Wednesday, September 26, 2012

PART 2: Hati Terusik..~


Dia mendengus geram. Usahkan hendak mengadap muka, tengok nama pun dia sudah naik meluat. Memang jenis tidak faham bahasa. Kalau telefon, orang tak nak angkat. Sendiri mau ingatlah, orang tak suka lah tu. Cuba sesekali pakai otak sikit, jangan asyik nak menyemak kepala otak orang. Joana menyepak bakul sampah di kaki. Geram, marah, menyampah, meluat tahap bagai dengan mamat di depannya itu. Tersengin macam kera dapat bunga tahi ayam. Dia nih memang tak reti bahasa ke dungu. Nak kata otak terbantut, sihat elok...hurm, doktor lagi. Agaknya sesiapa yang datang ke klinik dia memang sewel macam dia jugak kot. Kalau bukan dia yang call, tali barut dia yang call. Tiba-tiba dia teringatkan Si Katty, dua kali sepuluh, sepuluh kali dua aje..doktor dengan pekerja sama bengap.

" Jo...hurm..kita pergi makan nak?" Pelawa Adi, senyuman paling manis di hadiahkan buat gadis di depannya. Huh...dalam keadaan deman panas  macam ni, sanggup ku redah lautan manusia hanya semata-mata untuk bertemu dengan mu. Demam panas hanya sampingan, sakit jantung terkena panahan Joana lagi teruk. Mama di rumah hanya menggelengkan kepala apabila melihat telatahnya tadi. Mana tak terkejut orang tua itu, sedang elok berbungkus di dalam selimut terus bangun apabila Puan Murni menyebut nama Joana. Di dalam hatinya hanya ada Joana.

" Jo......." Panggilnya lagi. Joana langsung tidak memandang ke arahnya. Adi bergerak merapati meja Joana. Kalau kena tibai pun dia sanggup tatkala itu. Cinta itu memang indah, kena belasah pun dia sanggup. Melihatkan Joana langsung tidak bergerak dari menaip sesuatu di laptopnya, Adi mendengus perlahan. 'Wahai hati, sabarlah di kau di dalam sana...' Bisik Adi.

" Ko memang sengaja nak cari pasal kan..." Keras nada suara Joana. Mata Adi di renung tajam. Kalaulah negara ini tiada undang-undang, dialah orang pertama yang akan menghumbankan jantan ini ke dalam kolam buaya dan pirana. Baru puas hatinya.

"Aku bukan nak cari pasal, nak datang ajak makan pun...." Luah Adi dengan lembut. Hairan juga dia, Joana langsung tidak kelihatan seperti demam. Kebal giler awek dia nih, kena hujan macam semalam pun segar bugar lagi. Aku nih dah macam putus nyawa, selsema dan demam panas. Tiba-tiba..

" Aachum.....aachum.." Fuh..lega sesudah terbersin. Di sapu lelehan di tepi bibir.

Joana mengetap bibir menahan marah. Kurang asam! Kata doktor, tak kan tak reti nak tutup mulut bila bersin. Habis muka aku terkena tempias...Eeeei..aku cekik sampai mati jugak mamat nih.

Adi terkejut apabila melihat Joana mengelap kasar mukanya dengan tisu. 'Aku terbersin dekat dia ker?'....Alamak!...

" Jo...aku mintak maaf..Saya tak sengaja.." Adi memohon maaf, beberapa kali dia menampar mulutnya yang tiada insurans itu.

Joana merenung tajam ke arah Adi. Tisu di tangan di lontar kasar ke dalam bakul sampah yang sudahpun tergolek akibat tendangannya sebentar tadi. Marahkan nyamuk, habis satu kelambu di bakar. Joana hanya menjeling tanpa perasaan bersalah pun melihat kertas-kertas yang berterabur di atas lantai. ' Kejap lagi, aku mintak Ena kutipkan balik....' katanya di dalam hati. Tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya, dia berlalu ke ladies. Mahu di cuci mukanya dengan clorox agar virus dari lelaki itu tidak terkena kepadanya. 'Lembik! kena hujan macam tu pun  nak demam'. Ejek Joana di dalam hati. Di tolaknya kasar pintu ladies, di ambilnya sabun buku berwarna oren itu dan di tenyeh kuat ke telapak tangan. Di titiskan beberapa titis air sebelum menggosok mukanya. Lantak lah kalau lepas ini mukanya di tumbuhi jerawat, janji virus lelaki itu tidak melekat. Sabun buku pun sabun buku lah. Joana memandang mukanya di cermin. Sejak akhir-akhir ini hidupnya sedikit tertekan, kalau bukan di sebabkan lelaki itu. Ya, lelaki yang telah meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Joana mengeluh kasar. Kelam hatinya saat itu apabila meningatkan kenangan bersama lelaki itu. 'Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini..Biarlah dia bersemadi dengan aman..' Bisiknya sendirian. Joana membasuh lagi mukanya dengan air paip, entah untuk ke berapa kali. Asalkan dia betul-betul puas hati yang virus lelaki itu tidak melekat di wajahnya. Perbuatan itu di ulang beberapa kali. Habis lencun baju kemeja putihnya.

" Jo...lambat lagi ker?"

Terkejut beruk Joana tika itu, di jeling sekilas melalui cermin di hadapannya. Gila! Dalam ladies pun dia buleh masuk, muka tempayan betul spesis di belakangnya itu. Kalau bos dia nampak, apa pulak kata orang tua kepala botak tu. Habislah kena balun lagi. Sudahlah sejak beberapa hari ini, si kepala botak asyik hendak mencari salah dia aje. Joana sengaja merenjis kasar, agar tempiasnya terkena lelaki yang berdiri rapat di belakangnya.

"Jom..." Ajak Adi lagi. Hendak di pegang bahu Joana. Tapi dia takut gadis itu melenting. Puas dia menunggu di luar tadi, dalam keterpaksaan dia masuk juga. Lantaklah orang nak kata dia gila, sexual harrassment. Yang penting dia dapat tengok keadaan Joana.

Tanpa mempedulikan Adi, Joana melangkah keluar dari situ. Adi mengeluh. Lambat-lambat melangkah keluar. Merah padam mukanya apabila bertembung dengan seorang perempuan yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke ladies. Adi tahu, bukan senang untuk membuatkan Joana menerimanya. Tapi, dia tidak akan berputus asa. Dia tahu Joana adalah jodohnya. Allah maha mengetahui segala isi hati dan perasaannya. Adi mencari Joana di meja, langsung tidak kelihatan kelibat wanita itu. Adi mengeluh.

Joana mengelap mukanya yang basah dengan tisu. Nasib waktu solat Zohor belum masuk, bolehlah dia berehat seketika di dalam surau pejabat. Kalau di ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menelefon pengawal supaya mengheret Adi keluar dari pejabatnya. Suka menyibuk betul! Angin satu badan apabila teringatkan akan lelaki itu. Perlahan-lahan Joana merebahkan badannya di atas lantai yang tidak beralas itu. Sejuk badannya langsung tidak dapat menyejukkan suhu kemarahannya saat itu. ' Jantan tak guna tu belum tahu lagi perangai aku yang sebenarnya. Kalau engkau still lagi berdegil, tahulah nasib ko nanti. Ini Joanalah..Joana cucu ketiga Tok Megat bermisai melentik..Silap orang lah kalau ko nak cari pasal...'Bentaknya geram.

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)