Saturday, October 20, 2012

I think I'm too pampered by my husband

Iyeke??...Aku memang teramat bergantung dengan abang. Sob..sob..sob!! Sebelum ini abang hanya tinggalkan aku dan Boboy paling lama pun seminggu-dua minggu. Tapi, tidak kali ini....Mungkin 2 bulan kami berjauhan...I love him very very much...Siapa cakap suami yang macho idaman seMalaya, lelaki yang gagah perkasa, idaman si dara, lelaki yang hensem, igauan para gadis itu adalah lelaki paling baik dan bagus. Tidak!! Jangan sesekali terjerat dengan indahan luaran sahaja...

Ehem..ehem, aku nak cerita sikit pasal 'buah ati' aku ni. Dialah igauan aku, membuatkan mimpi ku sentiasa indah, membuatkan lenaku sampai ke tengah ari..Ahaks...tak tahu, sampai terkantoi bangun tengah ari dah..hehehe...Serius, kalau abang tiada di sisi aku, aku memang kepatahan tangan. He is my right hand...!!!

Aku memang perlukan dia untuk melengkapkan hidup aku. Ya ALLAH, panjangkanlah usia dia dan berkatilah kasih sayang kami berdua. Abang memang baik, terlalu baik di pandangan aku. Biarlah orang mengatakan abang itu, abang ini tapi pada aku, abang memang MR.PERFECT buat aku. Abang yang selalu ringankan tulang menolong aku..( Selalunya, abang yang kemas rumah, vakum and mop lantai...) Tambahan pula, I'm pregnant lagi lah abang tak bagi aku buat. Suatu hari tu, nak cerita sikit nih....Abang keluar joging ngn kawan baik dia ( aku selalu cakap kawan gay dia-kelakarkan!!!) tapi abang dan kawan dia tak marah pun...Iyeke abang tak marah? Balikkan aku akan tanya dia pasal nih, dan kawan baik dia aka Amir (bukan nama sebenar). Hope, they don't mind kan...

Okey, berbalik pada cerita tadi. Abang pergi joging dekat Kepong ke Kelana Jaya ek..Lupa lak, tapi yang pasti memang jauh dari rumah kami ler. And then, balik dari joging terus pancit. Memang selalu macam tu, so...aku biarkan abang tido. Boboy aku biarkan dia bermain sendirian bersama koleksi books nyer. Saja bagi dia leka supaya dia tidak melekat dengan daddynya. So, aku dengan perasaan rajin lain macam terus memulakan sesi mengemas rumah. Tapi, sebaik sahaja bunyi ekzos vakum, abang bangun dan marah aku sebab aku bersihkan rumah. Dia cakap.." Kenapa nak vakum, biar abang buat ler. Sayang duduk rehat. Kan abang yang selalu buat ni.." Aku apa lagi, tersengih-sengih malu. Hajat di hati hendak tunjuk rajin, tapi kena marah der...sob!sob!..abang memang baik.. I love you so much..

Dan...urusan menguruskan anak memang abang yang amik alih..Eh..Eh..aku bukan queen control tahu. Tapi, Boboy memang rapat dengan daddy. If aku tegur dia,jangan harap dia nak dengar. Boleh buat muka derk dan selamba. Kalau dengan daddy dia, jangan cakap. Patuh aje! " Adik, kemaskan balik mainan adik.." Laju dia kemas bila di suruh daddy dia..Tu lah, kalau abang kena kerja jejauh, kursus jejauh. Camane aku di rumah dengan adik. Siapa yang nak bancuh susu adik setiap malam. Abang mesti risau jugak pasal nih kan. Hurm, aku  akan pastikan everthing under control tau abang. Aku akan berdikari seperti yang abang selalu cakap...Tapi, aku memang tak boleh berjauhan dengan abang. Hari tu pun balik rumah kakak aku dekat Muar pun dah rasa macam nak nangis tak ada abang.


Pape pun, aku akan cuba buat yang terbaik. Tak nak bagi abang risaukan aku dan adik. Aku kan mommy to be..again!!






ema yusof

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)