Thursday, November 15, 2012

PART 4: Hati Terusik..~


Tok! Tok!

Jeslyna mengetuk pintu bilik si adik nya beberapa kali. Seketika dia menunggu, kalau di ikutkan perasaan ingin tahunya mahu sahaja di rempuh masuk. Memandang perbuatannya akan mengundang lagi bala, Jeslyna akur.

"Jo...Kak Na masuk boleh?" Ujar Jeslyna pula. Kedengaran tombol pintu di pulas kasar. Jeslyna tersenyum pabila wajah adiknya terpacul di hadapan. Mata Joana sedikit merah. ' Baru lepas nangis agaknya..'Getusnya di dalam hati. Tanpa menunggu lama, Jeslyna melangkah masuk dan melabuhkan punggung di birai katil milik Joana. Wajah Joana di pandang seketika.

" What?" Soal Joana. Dia tahu kedatangan Jeslyna bersebab. Bukan semata-mata ingin bertanyakan khabar, lebih tepat lagi ingin mengorek rahsianya. Bisik Joana di dalam hati.

Jeslyna ketawa lepas. Geli melihat perangai keanak-anak Joana. Umur sudah menginjak 26 tahun tapi perangai manjanya masih jelas. Langsung tidak berubah. Pantang di pandang wajahnya, laju sahaja dia menyoal orang balik.

" Meh..duduk dengan Kak Na...Dah lama akak tak bermesra dengan Jo kan..Sejak bersalin nih..akak dah lupa camane nak manja-manja dengan adik akak nih.." Jeslyna memujuk seraya menarik tangan Joana agar datang dekat dengannya. Rambut kusut Joana di usap lembut persis seorang ibu membelai anaknya. Joana tersentuh, tanpa di pinta dia memeluk tubuh akaknya. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Joana tahu dia tidak kuat. Dia rindukan seseorang yang mungkin tidak akan kembali kepadanya. Berdosakah dia selama ini? Api neraka ke yang bakal menjadi tempatnya nanti? Joana semakin takut menyebabkan tubuhnya menggeletar. Semakin kuat dia memeluk Jeslyna.

" Ish..akak kan ada. Akak tahu Jo kuat. Jo mampu mengatasinya. Jangan di ingat lagi kisah lama. Kak Na sendiri yang mendengarnya. Dia sudah lama memaafkan Jo. Allah lebih sayangkan dia. Dan Allah juga sayangkan Jo. Allah sentiasa menguji hambanya, menduga keimanan hambanya..." Pujuk Jeslyna. Sehabis mungkin dia menahan agar air matanya tidak menitis di hadapan Joana. Joana terlalu sedih, dia perlu menyokong adiknya selagi dia mampu.

Joana diam membatu. Dah beberapa kali dia mendengar ayat yang sama dari Jeslyna tetapi hatinya tetap rasa bersalah dan berdosa. Joana memandang tepat wajah Jeslyna, banyak persoalan bermain di mindanya.

" Berdosakah Jo Kak Na...Macam mana Jo nak minta maaf dengannya. Tidak mungkin dia akan kembali kepada Jo. Ya. Jo akui Jo memang bencikan dia, terlalu marah dengannya tapi itu sebelum kami di satukan. Di saat dia memegang tangan tok kadi, Jo dah sayangkan dia. Jo tahu Jo memang cintakan dia. Tak sempat Jo nak luahkan semua itu kepada dia...dia...dia pergi tinggalkan Jo. Kak, dia memang tiada penyakit seriuskan sebelum ini?"

Jeslyna mengangguk pantas, menjawab pertanyaan Joana. Dia tahu semua itu, dan dialah orang yang merancang untuk menyatukan mereka. Zariff meninggal dunia sebaik sahaja selesai majlis pernikahan mereka. Kenduri kesyukuran pada malam itu bertukar menjadi kenduri tahlil untuk Zariff. Semua ahli keluarga terkejut menerima berita tersebut terutama ibu dan bapa Zariff sendiri. Ujian bedah siasat yang di terima dari pihak hospital yang mengatakan Zariff meninggal kerana di serang sakit jantung. Puan Sri Mariam, ibu kepada Zariff terpaksa di masukkan ke dalam wad kecemasan sebaik sahaja mengetahui yang anaknya meninggal dunia. Joana tika itu hanya memandang kosong, dia hanya mengusap wajah Zariff sebelum arwah di bawah pergi ke hospital untuk di bedah siasat.

" Kak Na......" Jelas kedengaran suara serak Joana di telinganya. Jeslyna tersentak. Joana di pandang hiba.
" Jo...biarlah arwah bersemadi dengan aman. Jo rindu dia kan, sayang dia kan. Banyakkan membaca Al-Fatihah dan Yassin,sedekahkan untuk dia. Moga hati Jo lebih tenang selepas ini. Ingat sayang, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang mengaturkan segala-galanya..." Pesan Jesylna lembut. Setiap kali solat, dia menitipkan doa agar adiknya hidup bahagia. Jeslyna menarik nafas lega melihatkan Joana sedikit tenang.

" Tapi kan..Kak Na rasa mesti ada sebab lain yang membuatkan Jo sedih hari ini kan..."Soal Jeslyna lembut. Ya, tentu ada sebab lain yang membuatkan adiknya emosi dan pulang awal dari pejabat.

Joana mengeluh. ' Baru aku rasa okey, dah kena soal siasat. Aku masih ingatkan arwah lah kak oi...Tak nak fikir pasal orang lain. Buang masa aku!'

" Tak ada lah kak..Badan macam lemah semacam arini, tu yang keluar awal.." Joana masih belum bersedia untuk berbicara tentang lelaki itu. Malas. Kalaulah muka lelaki itu pun meluat untuk di pandang, nak sebut nama lagi lah...Alahai..

Jeslyna menjungkit kening tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Joana.." Bukan semalam mama cakap Jo balik dalam keadaan basah kuyup...Mandi dengan siapa?"

Argh..sudah! Mama nampak ke aku balik basah kuyup semalam? Joana lantas bangun dan berdiri membelakangi Jeslyna. " Erk...kan hujan. Memanglah basah bila keluar kereta..Kak Na, baby Kak Na menangis dekat bawah sana..Pergilah tengok sekejap. Karang kita sambung ek. Jo nak mandi..." Joana sengaja menekankan ayat baby supaya Jeslyna mematikan hasrat untuk mengorek ceritanya.

Ha..ha..ha...Jeslyna ketawa. Tahu sangat akan perangai Joana nan satu ini. Kalau melibatkan lelaki, macam inilah ragam dia. Sentiasa mencari alasan untuk melarikan diri. " Alhamdulillah..." Ucapnya di dalam hati. Jeslyna risau, takut Joana menjadi " janda berhias" hingga ke tua. Dan kalau boleh, dia tidak mahu Joana seperti dulu. Jeslyna tekad di dalam hatinya untuk mengupah seseorang supaya mengintip siapakah gerangan lelaki yang membuatkan jiwa Joana kacau. Tetqpi, rasanya dia tahu siapakah lelaki tersebut. Jeslyna mengukir senyuman manis buat adiknya. Joana mula resah melihat senyuman yang terukir di bibir kakaknya. 'Sudah, jangan pulak dia tahu pasal semalam dan tengah hari tadi..Kak Na nih bukan boleh percaya sangat. Kat luar sana tu, banyak sangat mata-mata gelap dia..'

" Okeylah..Kak Na keluar dulu..Jangan lupa call akak kalau ada pape yer..." Ujar Jeslyna sebelum mengangkat kaki keluar dari bilik Joana. Di dalam kepala otaknya, banyak benda yang perlu di selesaikan tanpa pengetahuan Joana sendiri. Akan di pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali. Zariff akan menjadi kenangan bagi Joana dan keluarga mereka. Sempat lagi Jesylna menghadiahkan surah Al-Fatihah buat arwah. Seperti Joana, dia juga merindui arwah. Arwah banyak bersamanya berbanding dengan Joana. Arwah sahabatnya dari sekolah rendah lagi, dan kerana arwah juga dia mendapat seorang suami yang baik dan penyanyang. Jeslyna hanya tersenyum hambar. Perlahan saja langkahnya menuruni setiap anak tangga. Tangisan sekecil menyentap lamunannya. Tanpa menunggu lama, dia mengorak langkah laju mencari anak kecil dan ibunya.

" Lama benar kamu kat atas...Sampai si kecil nih dah buka kelas muzik dah..." Puan Aina ketawa kecil. Mungkin geli hati dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Jeslyna pantas mengambil anaknya dah di letakkan di atas riba. Blous yang di pakai di tarik sedikit. Kedudukan di perkemaskan. Tanpa menunggu lama, si anak terus membuka mulut..' Amboi, tak sabar betul anak mummy nih. Lapar sesangat ke sayang?' senyum Jeslyna. Wajah Puan Aina di pandang seketika. Rasa bersalah kerana membiarkan mamanya melayan anak kecilnya.

" Jes minta maaf...dramatik sangat dekat atas sana. Mama tahulah anak mama tu macam mana, kalau dah menangis..alahai..." Jelas Jeslyna. Puan Aina mengeluh. Fikiranya buntu memikirkan akan perangai Joana sejak dua menjak ini. Baru beberapa hari lepas kawan baiknya mengadu yang Joana langsung tidak mengendahkan ajakan anak terunanya. Nasib baik kawannya itu memahami dan cukup mengenali Joana. Aih, kalaulah orang lain. Mahunya di tinggal terus anak dara berhiasnya itu.

" Berikan Jo masa ma...Nanti ada peluang mama jumpalah Adi dan ibunya tu. Memang diorang faham tapi Jes takut Adi tidak tahan melayan kerenak Jo lelama. Harap dia bukan macam tu ma...." Jeslyna akhirnya meluahkan perasaan risau yang sejak tadi terbuku di hatinya. Dia tahu, Joana tentu sukar untuk menerima sesiapa di dalam hidupnya sekarang ini. Dan Jeslyna juga tahu, Adilah orang yang membuatkan Joana menangis hari ini.Nantilah ada masa dia sendiri akan berjumpa dengan Adi. Kalau boleh, biarlah jodoh mereka ada. Adi..hurm..persama lelaki itu dengan arwah Zariff tidak banyak beze. Cara mereka memikat Joana juga tidak banyak beza cuma Zariff sedikit pemalu dan beradab orangnya. Adi pula jenis yang berterus terang dan tidak tahu malu. Dari segi fizikal, Adi lebih tinggi dan berkulit putih. Maklumlah anak kacukan English-Melayu. Zariff pula berkulit sawo matang dan berketinggian lelaki melayu.

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)