Tuesday, November 29, 2016

BRAAAP TRACKDAY (26/11/2016)





Assalamualaikum....


Aktiviti hujung minggu lepas ni.. (Dalam hati tengah duk tertanya-tanya, aktiviti swimming dah ke mana dah bang oi). Tak pe, kita layan je, Big bos dah lama tak masuk trek... Katanya tahun ini belum masuk track lagi. Ok big bos, we all follow big bos je ek. 

Seperti biasa ye, bab kata nak amik hati bini. Big bos bangun awal pagi, basuh motor dulu. Siapkan breakfast. Wow! nak amik hati punyer pasal. Motif utama beli seken bike katanya nak bawak pi kerja. Mak jemah bagi green light sebab bila fikirkan kuda kuning nak bawak ulang alik Sg. Buloh - Cyberjaya menangis. Kos nak menten semua tu double okey. 3 bulan sekali ofkos dah kena tukar. And, before beli tu mak jemah sekali lagi tanya big bos, betul ke motor ni nak beli ulang alik keje..Tak ada hidden motive ke? ( Mak Jemah dah hidup lama dah ngn big bos ni ye). Bila dia kata ye.. Mak Jemah anggap tak dengar je. Pasal Mak Jemah tau motif utama dia apa. Tak pe ye, doakan Mak Jemah di murahkan rezeki. Kita beli cc besar pulak. Kasi dia rasa dia lah champion ye...cc 1000++.. Doa ye agar Mak Jemah di murahkan rezeki...Amin..amin....

Abg dan Ebi cam biasa, bagi sokongan penuh kat daddy diorang. Bab kata orang, kalau dah reti tukar tayar, rasanya diorang ni yang sibuk nak tukarkan. Al maklum, jiwa motor tu besar. 

Inilah enpai yang sudah berbelah bahagi..Padahal Mak Jemah dah offer big bos.." Nak masuk trek ni slow. Motor ni slow..Baik angkat SL.. Tak beza pun rege..Kalau nak beli, baik yang puas hati..." Kan, jangan kata Mak Jemah tak payung. Dah bagi cadangan siang malam.. Motor pergi ulang alik kerja katanya... Sekali masuk trek, siang malam duk garu kepala.. Motor tak laju..Alahai big bos, kesiannya. Tunggu duit jatuh ke riba kita tukar yang lain ye..

Yang bestnya, terus big bos offer enpai tu kat Mak Jemah....Alasan kedua kenapa nak beli..Jugak alasan nak bagi kat Mak Jemah kalau Mak Jemah kerja...hikhik...






















                            




Yang paling Mak Jemah panas, ada pulak yang jenis tangan panjang. Adoi...tak selamat lah pasni.. Sesungguhnya naluri seorang ibu dan isteri ni kuat. Mak Jemah terasa tak sedap hati. Rupanya ada kejadian. Hp big bos kena amik kat orang. Please lah, datang track sebab nak main motor ke atau nak ambik peluang rembat harta benda orang. Hp big bos bukan jenis mahal. Tapi Mak Jemah nak marah sebab dalam tu ada benda penting. Ada gambar kami semua. Dokumen semua, keluar masuk duit melalui hp tu. Haih...Lepas ni Mak Jemah nak pasang spy, siaplah kalau jumpa ngn Mak Jemah. Mak Jemah nak standby full face dan stereng lock batang tu. Tibai sampai lembik. 



P/s: Berhati-hatilah ye kaki rembat. Anda sedang di perhatikan. Selamat hari ini, esok kita xtau...

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)