Saturday, November 19, 2016

Rainbow Paradise Beach Resort (A Short Vacation at Penang)



ThrowBack the Moment with Sweet Family


27/09/2016 - 29/09/2016

Assalamualaikum...

Tiba-tiba je dapat whatsapp from big bos. " Jom bercuti penang. B dah book hotel sudah.." OhmaiGod..Tiba-tiba..Nape? Biasalah, mak terjah big boss dengan peluru soklan. Big boss cam biasa gaya dan jawapannya.." Saja, dah lama tak jalan. Jangan lupa bawak baju swimming semua.." Al maklum, sejak dua menjak ni swimming dah jadi aktiviti wajib mingguan kami semua. Wajib you all.. Tak payah nak pi waterpark memahal. Pergi je Pusat Akuatik Shah Alam tu je. Dapat je swimming. Swimming lah korang sampai puas. Confirm tak puas.. Hurm, nanti nak buat entry sal survey swimming class family fees. Setakat ni swimming tenggelam tak timbul-timbul. Hahaha...

Okey, so ni entry lepas kan..Throwback balik. Sekian sudah selepas bebanan mak terlepas jua..Alhamdulillah. Sebelum ni mak selalu je merungut nak pi jalan. Al maklum, diri bebas dari kerjakan. Semua setel. Doa siang malam, akhirnya ada jugak percutian (walaupun di tengah tu bercuti sakan di kampung okeh..yang ni tak di kira bercuti tau..huhu)

Seperti biasa, pagi 27/09 tu kami gerak di awal pagi. Bekal memang wajib, mak sediakan sandwich, cookies, roti kosong dan air tau. Al maklum, bila ada anak, benda yang nampak so simple ni kita kena titik beratkan ye. Korang yang plan nak pi jalan tu sila sediakan semua ni. Make sure kena ada. Budak ni tak kira waktu, bila time makan diorang. Memang diorang nak. Prepared siap2 tau. Jangan asyik tanamkan dalam jiwa, stesen minyak bersepah, rnr tentu adanya..Jangan..mak sarankan jangan. Buatlah sedikit bekal, biskut keringke kalau malas sangat. For sure, bekal susu dan pampers kena cukup. Huh, sign...Ebi still like a baby. Paham-pahamlah kan...Ok, sebelum tu, big boss cam biasa pastikan keadaan kereta dalam keadaan ready. Check everything before the journey. Perlu ni..WAJIB..COMPULSORY....

Tak adalah excited mana sebab sebelum ni mak dah pergi Penang. Ni kali ke 4 mak ke sana. Tapi kali ni, big boss yang over excited! siap tugaskan mak buat itinerary sepanjang kat sana tau. Wau...wau...big boss mak ke ni.. (sejak layan Descendent of the Sun) mak letak nama partner mak big boss tau. My only big boss. Muahaha.. Okey, itinenary pertama, lunch di Ipoh, melayan Nasi Ganja. Sign....haih...(camane ni, mak anti mamak...) Ramai nak weh beratur nak beli nasi ni. Nasi Ganja made from mamak dan di jual di kedai cina. So far, Halal..Alhamdulillah.  Hurm, yang sedap tu tang mana ntah. (gaya macam ni sebab bukan taste mak. Telan nasi macam telan pasir..Big boss tahan gelak je..) Sebab kesian big boss makan sorang-sorang, mak telan jugak. Part ni memang berpeluh satu badan, dahlah dengan ramai orangnya, dengan kembang tekak maknya. Sebelum ni, dah ada one of my frens asking mak. "ko nak g penang, ko tak makan mamak..tak best wo.." Nak buat camane, dah ni pilihan destinasi big boss.. Tak pe aih tak makan mamak pun, mak make lah benda gelain. roti pun mak bekal banyak...



Ramai nau beratur nak makan nasi ganja ni- lokasi Ipoh mali.





Dengan perut yang tak berapa nak kenyang, perut maklah. Perut orang kenyang, sampai mengantuk nak drive pun ada. Kami meneruskan perjalanan. Perut tak kenyang pun, mak tido jugak. Konon nak tukar driver. Sedar tak sedar, mak bukak mata je dah naik jambatan kedua...hahaha..penat ntahlah..Kang main mak tido, abis sesi nak menjamu mata.. 

Rainbow Paradise Beach Resort






After kemas barang, we all kuar jenjalan kat penang. Pusing pulau...Sekian, kata tak excited tapi bukan main kan.


Day 2.

Bangun pagi, gosok gigi, mandi-mandi, siap sedia..Anak-anak request nak mandi kolam. Okey, kita layan jer.....












Pastu pasembor hunter....Kan pergi time weekdays, bestlah jalan. Memang smooth je jalan. Tapi kalau weekend memang haram lah nak jalan cam ni. Hunter menjadi huntido pulaak. Kami punyer style, malas nak layan jem. Dah puas ngadap jem kat umah kan. Tak sempat nak amik gambar pasembor.. Sampai je kat meja terus ngap..







Next, kami ke Bukit Bendera. Pertama kali kot. Mak sarankan kalau korang nak pi, pi lah awal pagi no. Pasal banyak tempat kat atas tu korang boleh lawat dan pusing. Berbaloi sangat pi Bukit Bendera. Kena letakkan dalam itinenary wajib anda ye. Sila add sekarang. Budak2 pun tentu suka. Kita mak bapak je meleleh penat. Diorang lagi jauh jalan. Laaagi enjoy. Yang part kelakarnya, duk pi masuk shopping mall kat sini buat apa.. Adeh..Padahal kat KL lagi banyakkan..Adeh..
















Tada...kelik je dari sini..semua terbokang tido...


Day 3

Tak ada buat apa pun..pasal dah siap3 kemas barangkan. Mood nak jalan pun kelaut pasalnya hujan je.. Maka segala itinenary yang di susun untuk hari ketiga tiada. Stay inside the room jelah. Cari jeruk-jeruk lah jelah. Nak bagi dekat jiran-jiran..Sekian.. Sekejap tapi okeylah. Big boss kata nak repeat lagi sebab banyak tempat tak pergi due to the bad weather..Sekian...

Booking room thru: https://www.airbnb.com/. Siap ada diskaun lagi..

Bolehlah go thru this website ye kalau anda berminat nak bercuti...



No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)