Wednesday, March 13, 2013

Lunch at Ikea~

Huhu..baru berkesempatan nak buat entry pasal ni. Even this event had happened last Saturday. You know why? I've got problem with my Experia...Aih, asal aku bab-bab mak nenek ni slow sangat. Pictures yang aku amik, tak boleh nak transfer, tu yang lambat nak post lam blog yang tak seberapa ni...

Hahaha...meh nak citer sikit pasal ni. Korang tahu, plan asal nak pergi pagi. Tapi, akhirnya pergi lepas Zuhur itupun dah almost pukul 4. Mana taknya, si daddy sibuk dengan game, si anak sibuk dengan traffic light. Last-last, si mummy plak masuk membungkam dalam bilik. On pulak aircond kasi sejuk, lama r mengabdikan diri di dunia maya..Hahahaha..penat sangat...

So, dekat Ikea memang biasalah, nak cari parking dah dekat sejam...Nak beratur cari makan dah setengah jam dan yang paling sadisss...nak cari meja makan pun kena tebalkan muka tanya..." Excuse me! are you finish already..!"

Tapi, ada satu cerita tu..part ni aku memang malu giler dan at the same time think positif jugaklah..... Tengah-tengah abang beratur untuk beli makanan, BB mintak fries dekat orang sebelah..Alamak, malu time tu. Aku rasa aku dah bagi didikan terbaik dah, selalu pesan jangan mintak makanan orang. Hurm, agaknya dia lapar sangat. Nasib akak tu faham, dia bagi fries dekat BB. Satu tak cukup, tunjuk lagi kasi tau dia nak. Masa tu muka aku memang rasa teramat tebal. Ini tak boleh jadi, cepat2 aku mintak maaf. Akak tu dengan laki dia elok aje cakap.." Budak-budak apalah sangat dia tahu, biasalah tu..". No!!..bagi aku ini disaster...You know why? Tak boleh biarkan benda ni berlaku, korang nak ke setiap kali tengok orang makan, anak korang mintak!! Tak nak kan...Tak apa, jadikan ianya sebagai pengajaran.. Now, everytime I talked to him.. Jangan mintak barang orang, kalau nak just cakap kat mommy or daddy.. I'll buy it for you. Harap dia faham dan tak ulangi lagi..

Tengok tangan tu, siap mulut sibuk mintak fries- mood~malu teramat


tomei-tomeinya...anak sapa lah ni

Muka lepas kena lectured dekat his daddy pasal kes mintak makanan orang sebelah..

Nasib dapat masa panas2 lagi

Jimat!

Ini aku punyer, dah abes baru teringat nak amik gambar-buruk tul perangai

Eeei..aku tak suka rasa dia. Dia letak kulit kayu manis.
 Kalau korang nak tahu, mat saleh memang suka makan makanan ni. Most of masakan diorang, diorang suka bubuh kulit kayu manis...


Bebola daging...


After one hour bersungguh menghabiskan masa untuk menelan semua makanan ni...Mana taknya, wings 5 ketul, 4 ketul aku yang telan. Spageti tu 5 minit tak sampai, macam sedut air aku makan.. Gaya teramat lapar agaknya. Hehehe..


So, Sabtu lepas kami just menghabiskan masa dan duit di Ikea..Korang kalu pergi sana, tak kan balik sajakan..Paling sikit mesti kuar jugak dua tiga ratus kan..Hehehhe, aku pun macam tulah.Nasib kerusi ngn sofa tak ada stock dekat bawah, kalau tak mahunya robek jugak kocek abang...








~ Time nak g shopping, bawak kereta kecik..Memanglah...Aih!!~



Ramai tak orang.....



 Tapikan.....hurmm..pada pendapat akulah...* tangan pegang dagu*...Ni lah port paling panas untuk pasangan berdating. Seriyes aku cakap, memang ramai giler cople-cople datang sini. Mungkin merancang untuk membeli persiapan kelengkapan rumah bila kahwin kot..Hahahhaa.....Sambil dating, sambil berangan...( eleh,ayat jeles sebab dulu dating bukan area KL)...










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tuesday, March 12, 2013

Lee Min Ho

This guy makes me sick!!! Hahahah..I really really like this guy....LEE MIN HO..

His personal detail as below;

Born: June 22, 1987 (age 25), Seoul

Height: 1.86 m

Weight: 71 kg

Nationality: South Korean

Education: Konkuk University



I'm watching this drama now!! FAITH!!! I think I fall in love with him again and again while watching this drama. It was very interesting, touched my heart..~O0O~

You all better watch this drama!!! Hahahaha..me? as a peminat tegar korean..Of course will saying like that...Hehhehee..







Baby!!Please wake up and saw Lee Min Ho together with mommy...

Last pregnancy ( means while BB still in my tummy) I always watched anime..hahaha..Naruto. Started from episod 1 (season 1 ) to season 2. I love to see Naruto and his sifu, Kakashi...

But, right now baby likes to see Lee Min Ho....




-





-














-







-



Tak apalah tak dapat LEE MIN HO










cause....







-






















-

























-























-






Aku dah ada my LEE MIN NIS


<3>








Abaikan si tembam bertudung tu...








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Thursday, March 07, 2013

Start To Become Like His Daddy


Presenting our lil gamer...Muhammad Anas Hafiy bin Mohd Anis aka BB (Bang Boy)


Since his a baby, he got a passion to be like his daddy. Be a gamer!!!

I dont like it but I need to accept this because its already happened. Copy and paste. He can ignoring me because of that..Aiyo!! I'm sick with these two guys...

Right now, he's very familiar with our smartphone, our pc and our tab. No needs to give tour to him. He knows where to get the best game and plays with that....Ohmaigod. He's only 2 years ++...




















Daddy have to give up with his pc!!!

* Laugh*Laugh*

Take a Q to play.....



My laptop already arwah......
















P/s : Ayat english macam berterabur berterbangan tapi tak pe..salah sila betulkan ye...Al maklum akal tidak berapa nak cukup...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, March 06, 2013

Apa itu G6PD~

Assalamualaikum...

Hai...

Actually check up adalah semalam @ 05/03/12..Tapi di sebabkan mood yang tak berapa nak baik terpaksalah buat entry pasal ni hari ini..

Okey, berapa ramai ibu-ibu or bakal ibu or sesiapa tahu pasal penyakit ni..Penyakit G6PD..This is my first time also..So, balik sahaja from klinik aku terus buat research pasal penyakit. Actually, penyakit ni popular dengan penyakit dari KACANG PARANG...Agak-agak boleh bayang tak canerlah rupa bentuk kacang tue.. So, untuk memudahkan otak korang bekerja, aku letakkan picture kacang tu di bawah..Mesti kenal kan bila tengok rupa dia..Betul tak?


Kacang Parang
Actually, because of darah aku jenis O...maka....percentage nak kena adalah besar. So far, kalau kita tahu macam mana nak avoid tak ada papelah. So, jangan serius sangat tau...Ianya kebiasaan berbahaya apabila anda berdarah O dan anak yang lahir adalah lelaki..Huhu, akulah tu..Aku darah O, anak dalam kandungan pun anak lelaki. Tepat sekali!!!

Berbalik pada tajuk utama:
 G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.



Komplikasi

Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki. Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).


Rawatan
 
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.


P/s : Sumber dari Wikipedia..

The story was begin with......bla..la..la..la...sebab result HB aku rendah..Apa lagi, teruklah kena bla..bla..bla..bla..sampai 15 minit. Aku cakap kat diaorang..." Saya ni, dari anak first sampai bersalin tak pernah naik HB..heheheh" Siap kena marah sebab aku gelak..Mula cerita kepentingan, keburukan.. Yes, I know about that..I dah beli benda yang doc suggest tapi still got the same result..Pastu, tanya anak pertama ada kena jaundis tak? Aku cakap tak ada, setakat sikit je bacaan...Thats why dia keluarkan pasal penyakit G6PD selepas tengok darah aku jenis O...

Pesanan dari pihak klinik:

1) Basuh baju baju/barangan baby dengan detergen khas baby, jangan sesekali letak softlan or watever pewangi...
2) Sila naik kan HB, kalau boleh...- yg ni aku serius tak confident. Dont know why!!
3) Becareful after baby lahir, kot-kot terkena jaundis..


Actually, tu jelah dia pesan. Berbaloi dan berharga coz, aku memang basuh baju baby dengan softlan...Nasib tau...






Sharing is caring....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, March 04, 2013

Demi Agama, Bangsa dan Negara

Assalamualaikum w.b.t


Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata semalam yang mendakwa mereka merupakan Tentera Kesultanan Sulu.




Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.


Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Tapi yang tak leh blah, isu macam ni boleh di politikkan. Korang ni tak fikirke pasal keselamatan orang yang terlibat dalam operasi ni. Yelah, sebab bukan korang yang berada di sana, yang mengalami situasi beginikan.. Sebab tu boleh melalak tuduh sana tuduh sini. Kalau kerjasama semuakan bagus. Sepatutnya kita bangga, kerana mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan keselamatan negara. Pak cik aku askar, kakak aku pegawai polis. Even diorang tak terlibat dalam operasi ini tapi aku tetap rasa. Mintak di jauhkan semua bala ini.

Kalaulah kita semua pakat-pakat doakan keselamatn para pejuang kita kan bagus. Setiap masa kita memanjatka doa ke hadrat Ilahi supaya menjaga mereka. Ini tidak, aku tengok lam Facebook ramai aje yang tuduh situ, tuduh sana.. Alahai, masing-masing belajar tinggi tapi kenapalah tak guna otak untuk benda berfaedah. Bikin malu sungguh!!


Takziah untuk anak,isteri, ibu bapa dan keluarga mangsa. Semoga anda semua tabah menghadapinya. Kita patut bangga dengan semangat juang yang ada dalam diri pejuang-pejuang negara kita.



Allahuakbar! Allahuakbar!! Panjangkanlah usia pejuang-pejuang kami, semoga Engkau letakkan mereka-mereka yang terkorbang di tempat orang-orang mukmin, lindungilah mereka dari segala-galanya..Amin!!










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Friday, March 01, 2013

Lego ~ Part 3

 Assalamualaikum, part 3 ni kita still lagi bina building but not cabin anymore. Kali ini kita bina small cottage..

Here we go....This small cottage pun dapat bina dalam tiga bentuk;
1) Easy cottage
2) Medium cottage
3) Advance cottage

Malam tadi wo buat ni, pastu aku tak sempat nak buat advance cottage di sebabkan beberapa hal tidak di ingini berlaku..Other reason is aku kan pregnant, sakit kot pinggang duduk lelama atas stool. Puas sit atas stool beralih pada bean bag..Last-last, belum pun habis buat medium cottage dah mintak pertolongan abang tercinta supaya habiskan. Kalau di biarkan bersepah di atas meja tu, adalah orang senyum memanjang. Sejak aku belum balik lagi, dia suruh daddy dia bukakkan..

" Daddi..butak...butak..."

Alahai, mak semayang isyak pun tak kusyuk, sibuk suruh bukak benda alah ni. Excited nak buat.







Easy Cottage

Medium Cottage

Hai, anda sedang melihat cottage saya. Jaga kebersihan yok!

Jemput minum



Di dalam cottage- ada meja study, kerusi sofa..

View dari belakang

Model berbayar


Siap ada skateboard ko...




Busykan abang as a exterior designer


Building 2 set dah siap..



So, aku dah siap dengan 2 set building aku ni, cabin dan small cottage ( advance cottage je belum develop lagi) tapi for sure, pasni nak build yang advance ler.
Ni mungkin pembawakan budak kot aku ni, asik nak main benda-benda under age manjang..At least, dapat merangsang otak baby dalam perut. Jangan keluar je sibuk nak main lego dah lah.. Memang kena caution sesangatlah after ada baby, benda kecil kot. Sekali masuk lam perut, tak ke naya. Isu kes hospitallah. Baik Be Careful ye...!!!!


Nantikan Lego ~ Part 4.....Set-set lori akan di paparkan di sini...















P/s: Nak kena masuk kelas photography ni..Memang fail amik gambar..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

March Already




Hai....Nampak gaya dah nak masuk bulan ke tiga untuk tahun 2013 ni...So, apa perubahan anda? Adakah azam yang anda tanam untuk tahun ini sudah bermula atau sudah pun tercapai? Bulan ni juga bulan (berlaga pusat)..Ayat tak boleh blah, maksudnya bulan ni ramai yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing dan bulan ini jugalah Bulan Kami Di satukan- This month is our 3rd Anniversary....Alhamdulillah, nampak gaya tahun ini abang akan dapat hadiah paling bernilai tak terhingga pricenya tapi bukan bulan ni lah...Mungkin akan dapat hadiah tu hujung bulan Mei..Sabarlah abang ek...

Hurm, seriously aku tak de plan nak bagi hadiah apa untuk anniversary ni? But abang already had suprise for me..Nanti sampai masa, aku cerita ek pasal surprise tu..Hehehe, adalah....Oops lupa, aku nak beli cincin baru untuk abang, as a gift for this year. Yelah, cincin aku bagi masa kapel (beberapa bulan je kot sempat kapel) abang tercicir masa solat Jumaat kat US minggu lepas. Cincin kenangan tu, cincin tu banyak makna tau pada kami. Cincin tu tanda DIA HANYA MILIKKU SEORANG- Insha ALLAH...Tapi dah hilang..


Macam nilah lebih kurang

Rezeki sudah tiada, tak apa aku gantikan dengan cincin lain. Hujung minggu ni boleh start survey dah.. Planning untuk bulan ni agak fix kot..Banyak benda nak kena settle dalam bulan ni. Cari barang keperluan baby, after that basuh cuci seme keperluan baby, short trip to Penang, special occasion time anniversary...mengundi pun bulan ni kan..

Hope bulan ni berjalan dengan selancar-lancarnya..Amin!!!!







1/3/13- Jumaat


Satu tarikh yang cantik untuk bulan baru dah jatuh pada hari yang mulia. Semoga ianya memberikan barakah kepada kita semua...Amin!!!





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~