Wednesday, July 17, 2013

Pengalaman Berpuasa Bersama Newborn..,

Assalamualaaikum wbt...

Dah lama betul tak menaipkan. Banyak sebab blog ni di biarkan sepi tanpa siraman ayat2..Heheeh, kat kampung internet macam siput. Tak pelah lagipun bila kat kampung memang sibuk manjang sampai tak sempat nak belek blog even seminit pun. Okey, kita terus lompat bukak cerita pasal bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Cerita pengalaman kena warded, mc, sampaikan saat bersalin tu kita hold dulu ye.. Kasi luka dalaman dan luaran sembuh dulu..Hehehehe....serius banyak cerita nak bukak pasal tu. Hot story gitu...

Okey, this time syukran Ya Allah! Tuhan Maha Kaya dan Maha Pengasih. Alhamdullilah kerana tahun ini aku berpuasa bersama newborn. Baru je lepas 40 hari dan dengan penuh kegembiraan aku dapat berpuasa. Confirm penuh tahun ini...No ganti macam previous year. Tapi, semangat kena kental lah ye adik kakak..Jauh dengan family and you have a son that going to grow up plus with newborn. 19/7 aku dah mula masuk kerja now sekarang aku tengah menghabiskan pantang sambil berpuasa...hurm, nak kata pengalaman tu mungkin tak banyak lagi sebab baru 3 hari puasa. Mencabar sungguh sebab every 2 hours aku kena bangun bagi susu..Yang tu memang lumrah dan memang as a newbie,every two hours kena minum..Tapi, yang tak best bila baby tak mo duduk bawah. So, aku kena dodoikan sampai sure dia tido baru letak. Another story, time nak sahur time tulah dia bangun.. BB pun sama bangun sekali dengan adik. Dua-dua nangis plak tu...mana tak haru..Oh my Ramadhan....

Even still dalam pantang tapi aku berusaha untuk menjadi surirumah,ambil pahala bulan yang mulia. Juadah berbuka dan sahur aku prepared sendiri. Kitaorang memang serasi, memang tak membazir beli makanan banyak2 kat bazar. Dari nak kumpul pahala jadi terkurang plak sebab membazir. Membazir tu amalan syaitan tahu...

Pantang je dua2 tido, lipas kudung aku buat kerja rumah. Kalau BB bangun ok jugak cuma penat mulut jelah cakap dan tegur dia...(marah tu adap ler).....

Setakat ini Alhamdulillah lagi berpuasa bersama gegurl aku...mungkin selepas masuk kerja, hurmm....pengalaman lain plak yang akan aku hadapi..Betul tak? Masa tu, memang aku rasa terkejar2 kot....Kita tunggu lah hari jumaat depan ni...









*Selamat menjalani ibadah puasa untuk kaum muslim dan muslimat...Semoga kita beramai2 berebut untuk mendapatkan pahala yang berganda2.....*

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)