Friday, July 12, 2013

Di Saat Kelahiran puteriku.....

Assalamualaikum....


Dah lama tak update blog ni.. Ni kisah perjalanan hidup kami,tua esok 2 boleh review balik dan masa tu confirm gelak ketawa kan. Nak skip cerita pasal admit kat KPJ Ampang Specialist dua malam, mc 12 hari.. Ter over excited nak cerita saat kelahiran puteri kecil kami....Dhia Iman!!!.Now masa tengah taip entry ni, aku still kat KBMC tau. Ritu pernah cerita pasal GBS kan...so,kalau nak tahu detail..sila ke entry GBS.. nak post link kat sini pun susah,men update pakai tab..

Hurm, harap korang semua pakat doakan puteriku Dhia semoga sihat dan bebas dari jangkitan. So far sekaranng ni darah dia dah ok, tak macam second day dia. Huhu, yang tu kita hold dulu, nak cerita pengalaman melahirkan anak ni. Masa Anas dulu, tak sempat nak cerita sebab masa tu kelam kabut nak jawab exam..Huehue...
The story began with...aku kan dah rasa sakit sejak masuk minggu ke-35 lagi tau. When I was admitted at KPJ Ampang Specialist reported that aku ni prematured contraction. Tak leh banyak gerak...so, dapatlah mc 7 ari....And then, folo up dekat KBMC, dia orang cakap benda sama and then sambung lagi mc aku. So, aku start terus maternity leave pada 20/5...Huhuhu,kira amik ml awal seminggu,oklah tu....Sakit,contraction tak usah cakap...setiap masa aku rasa. Sampaikan mama aku pun tak sempat nak gi memana tapi aku selalu bagitau dia ni sakit sampai due date ni. Macam sakit memain je..Huhuhu, sampai satu malam tu siap standby mesej gynae bagitau aku sakiy perut..Mama siap panggil bidan sebelah rumah datang tengok aku. Dramatik betul pregnant kali ini...

So, next appointment ngan dr.Ramli on 26/5, elok benarlah tu sebab due date akunye keesokan hari. Seperti biasa, my gynae tu akan check urine, berat badan, tekanan darah dan ultrasound.. Huhu, tengok2, air ketuban kurang. Hurm, kalau korang nak tahu air ketuban ni seeloknya di atas patas 8. 8 apa tu aku tak pasti, akunye air ketuban saat tu tak sampai 8,hanya ada sebanyak 7 sahaja. Tanpa banyak cakap, dr.Ramli said that I need to admit as soon as possible dan kena induced. Mama mintak nak masukkan aku esok saja memandangkan bilik kosong tak ada. Dr. Ramli tak bagi, nak tak nak sementara tunggu bilik kosong tu, dia suruh aku masuk labour room. Tunggu kat dalam tu. Mak berdebar giler, dalam hati siap bercakap sendirian lagi, aku ni dah nak bersalin ker?sign of in labour tak de pun. Maka bertapalah aku kat LB selama 13 minit, pastu nurse panggil aku nak buat ctg. Graf kat CTG shows that ada contraction and nurse check jalan. Tak bukak pun!!!

Around pukul 1, dr.Ramli datang dan check jalan. Bukaan tak ada langsung still tip of finger, bape cm tu aku tak tahu yang pasti jalan tak bukak..Tanpa berlengah, dr masukkan ubat(induced), hanya separuh saja ubat di masukkan kat bawah. Aku kena stay on the bed dalam sejam dan baru boleh pergi toilet tuk selesaikan pape yang patut. Huhu, dalam tengah tunggu bilik kosong aku terus decided nak amik bilik berharga rm350/semalam. Malas nak amik bilik yang dalam package bersalin tu. Nak pergi berehat cepat...korang tahu,memang berkesan giler ubat tu even separuh. Tak sampai setengah jam aku dah rasa sakit, perut memulas sikit. Pukul 2 tu nurse cakap aku dah boleh masuk bilik. Fuh!! bilik macam hotel gitu. Tapi, hurm...bilik bersalin kt KBMC kecik je tak macam dekat KPJ AMPANG SPECIALIST...Sedikit terkilan lah sebab rasa macam indah khabar dari rupa. But at least, aku dapat gynae yang sememang pakar dari Husm. :-)

Sesi cek bilik,puas hati dengan harga ke tak?

Peneman yang setia




Sakit perut!!!!!

Cover(tahan sakit)


Tapi sempat lagi mintak abang belikan ais krim corneto..Huehue...lidah rasa nak makan. Lunch, even kena paksa makan pun aku dah tak ada selera dah. Bila aku mengadu je sakit mama terus pergi bagitahu dekat nurse. Nurse datang check jalan, yes!!!bukaan jalan dah 2 cm. Alhamdulillah, tak yah masukkan lagi ubat. Tu je dalam kepala otak aku. Dr. Ramli datang jenguk lagi around pukul 6...Dia check jalan, dah beritahu dah 3 cm. Dia siap cakap lagi suh aku makan sebab aku akan bersalin dalam pukul 3-4 pagi ni. Pakar katakan, mesti boleh bajet bila tengok graf CTG dan keadaan pesakit. Pastu aku di masukkan antibiotik untuk cegah jangkitan GBS dari terkena anak aku.

Pukul 9.30, perut aku dah rasa sakit lain macam, abang apa lagi pujuk aku suh amik epidural sebab dia tak tahan tengok aku menahan sakit. Belum sempat aku setuju dia dah panggil nurse. Nurse datang dengan wheelchair dan aku memang nekad nak amik epidural. Tak tahan sakit!!! Nak buang air kecil pun ada tapi nurse tak bagi. Nak check jalan dulu. 

Hah amik kau, dah 5 cm memang tak boleh amik epidural dah. Huargh!!!nak kencing pun nurse yang buatkan. Tengah2 dia nak check jalan lagi, air ketuban pecah. Huhu, aku cuak jugak sambil mulut duk zikir doa nabi yunus. Abang siap cakap lagi, pegang tangan dia. Dia ada. Aku suh dia kol mama, bagitau yang aku dah ada kt LB, rupanya mama dah ada kat depan. Mama dan mak ngah, mak cik aku masuk. Aku cakap aku dah sakit, mama usap perut aku sambil baca2. I love you mama. Abang, mama dan mak ngah tak tinggalkan aku even sekejap pun.

Sikit demi sikit kesakitan tu terasa, nurse asik datang tanya aku sama ada rasa nak berak atau tidak. Aku geleng kepala, memanb tak rasa pape lagi. Cuak jugak, takut dah fully tapi tak rasa nak teran. Tu yang bahaya, risiko untuk csar memang tinggilah. Aku zikir, aku doa. Sakit dah semakin kuat, abang panggilkan nurse. Sekali lagi check jalan, 5 cm lagi, Dr. Ramli dah stand by kat luar. Pesan aku suh sabar dan banyakkan doa. Aku praktiskan tarik nafas, hembus. 

Tengok jam, asik bergerak aje tapi jalan tetap macam tu. Aku tak tahan sakit, dr. mintak nurse inject bagi ubat tahan sakit. Korang tahu, aku boleh terlelap jugak tapi bila sakit tu datang memang tersengihlah. Siap suruh mama aku pergi berehat or minum2 dulu. Yelah, jalan tak bukak lagi. Around pukul 2 lebih aku terasa sakit sangat, nurse check lagi. Dia cakap dah 8 cm,pesan suh aku baring mengiring. Hoho, baring mengiring memang amat terasa tekanan kesakitan tu. Sakit!!!

Pukul 3.30 tu dr.Ramli check jalan, dia cakap sikit lagi dan jangan teran sebab nampak pintu rahim aku dah macam bengkak. Suruh aku mengiring lagi, tak sampai sesaat aku cakap kat abang, rasa macam baby nak keluar. Abanb terus panggil dr nak bila doc tengok, dia cakap okeh, nak teran pun boleh. Masa tu baru mama masuk. Tak sampai 5 minit aku teran, keluarlah puteri aku.

Alhamdulillah.....

Yang lawaknya, siap pesan kat doc suh jahit elok2 even orang tu dah pakar. Nurse cakap, jangan risau. Aku bersyukur sangat. Puteriku selamat di lahirkan..


Alhamdulillah...:-) :-) :-) :


My lil princess...Iman


No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)