Friday, August 23, 2013

PART 5: HaTi Terusik ~~



Kertas-kertas yang masih berlambak di atas meja di tolak ke tepi. Liar matanya memandang ke ruangan pejabat yang sederhana besar itu. Joana mengeluh, entah kenapa hatinya resah sejak kebelakangan ini. Peristiwa minggu lepas berlegar di fikirannya. Sejak dari kejadian itu, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Lega! Bisik hatinya, tapi kenapa dirinya seperti tidak ketentuan. Rindu dekat lelaki itu ker? Huish..simpang malaikat 44 kali, tak ingin nak membiarkan dirinya menjadi begitu. Zariff....Ya, dia rindukan gurau senda lelaki itu. Joana sedar, menangis air mata sekali pun belum tentu suaminya akan kembali ke pangkuannya. Betul kata Kak Na, sejak kejadian itu tiga hari berturut-turut suaminya datang dalam mimpi. Bercahaya betul wajah suaminya, mendatanginya dengan sebuah senyuman yang indah sambil menghulurkan tangan ke arahnya. Sempat lagi di bisikkan kata-kata buatnya.." Kalau rindu abang, sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak. Abang redha dan maafkan sayang...Jaga diri dan jangan tangisi pemergian abang...." Belumpun sempat Joana menyambut huluran suaminya, perlahan-lahan Zariff pergi. Malam pertama di datangi Zariff, dia menangis semahu-mahunya, dia sendiri tidak sedar bila masanya dia tidur kembali. Malam kedua di datangi Zariff, dia sudah mampu mengawal emosinya. Sedar sahaja dari tidur, dia bangun membersihkan diri dan duduk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas solat Subuh, dia bagaikan rasa kekuatannya kembali pulih. Dan malam ketiga, Zariff hanya tersenyum sahaja padanya. Joana sedar, Zariff juga mahukan yang terbaik untuknya. Biarlah kisahnya dengan Zariff sentiasa berada di dalam hatinya.

" Jauh menung.....kau ni sihat ke tak?" Tegur Aishah, selaku pembantu dia dan juga kawan baiknya.

Joana sedikit terperanjat, hampir terlompat dia dari kerusi yang di dudukinya itu. Joana memandang tepat wajah Aishah dengan penuh perasaan geram. Minah ni memang tak reti nak bagi salam. Hari-hari macam ni mahu sakit jantung aku.

"Kau dah lama hidup ke Shah....?"Dia menyoal Aishah balik. Soalan Aishah di jawab dengan soalan. Aishah hanya tersengih. Tahu akan kesilapannya kerana menegur Joana sebentar tadi, kalau teguran lemah lembut tak mengapalah tapi ni baik sikit dari memekik melolong.

" Sorry Jo......."Aishah sudah faham benar akan perangai kawannya yang satu ni. Jangan pandang ringan dengan si Joana ni. Kawan dia ni jenis ikut kepala sendiri, kalau tak silap gaya, mahu sentap dia dengan hot temper si Joana ni..."Ko kenapa, sejak dari pagi tadi lagi aku asyik tengok ko mengeluh, fail-fail tender tu kau main campak je. Bos lalu pun kau tak tegur. Orang tua tu aku rasa ada benda nak discuss dengan ko tapi entah kenapa aku tengok dia patah balik masuk ke bilik dia...."

Joana tidak bersuara. Dia hanya mengeluh, dia tahu Aishah tentu akan menyoal siasat akan keributan yang berlaku di pejabat mereka sejak dua menjak ni.

"Erk.....pasal lelaki yang masuk lam ladies....Siapa dia?". Dalam tergagap-gagap terkeluar jugak dari mulut Aishah. Masa peristiwa tu, dia sedang bercuti. Sebaik sahaja masuk ke pejabat pagi ini, kecoh satu pejabat bergosip pasal Joana dan lelaki tu. Nak tanya pada si Kiah, kerani yang juga merangkap PA kepada bos memang dia tak harap sangat. Kadang Kiah bercerita banyak yang di tokok tambah olehnya. Bab kata orang, alang-alang nak bercerita biarlah cukup asam garam manis pahitnya. Ruslan, jurutera bahagian pengeluaran awal pagi sudah cabut keluar. Jumpa pembekal katanya. Di sebabkan malas mahu memecahkan kepala otaknya memikirkan gerangan lelaki yang datang mencari Joana sampai ke ladies, baik dia soal tuan empunya badan sendiri.

"Mamat sewel plus tak betul fius otaknya...Eh, tak kan kau tak kenal kot...."Joana menjawab malas. Sudah! Aishah sudah mula menyoal siasat. Bila dah disoal berdepan macam ni, harapan nak mengelak memang tipis sangat-sangat. Aishah...oh Aishah, kau ni memang berbakat jadi pegawai siasatan betul.

"Dah, kau jangan nak cakap aku layak jadi pegawai siasatan pulak ye. Aku ni malas nak tambah dosa dengar orang bergosip pasal kau kat dalam opis ni. Kiah tu bukannya betul sangat. Dia cakap kau mengamuk sakan kat dalam tandas tu..." Aishah sengaja mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu. Dia bagaikan dapat merasa yang Joana mengutuknya di dalam hati.

"Pulak...sampai satu opis tengah gosip pasal aku....Haih, ni yang aku nak angin satu badan ni..." Ujar Joana dalam nada kasar. Jantan tak guna tu memang dah rosakkan imej bersih aku selama ni." Nantilah aku cerita dekat kau,sekarang ini aku memang tengah serabut. Kau tahulah kan,projek Tapah belum siap lagi. GA drawing client belum approved lagi..Semua tu nak kena submit end of this month....Aku kalau boleh, tak nak semua benda tertangguh..Leceh Shah....."Bohong Joana,sebenarnya dia meluat untuk menceritakan prihal Adi kepada Aishah. Meluat betul dia dengan lelaki itu. Harap sangat Aishah percaya akan kata-katanya.

"Kau jangan nak kelentong ye mek. Karang aku tampar juga kau ni...."Aishah mendesak. Tahu sangat yang Joana mahu menyembunyikan sesuatu darinya. Ini tak boleh jadi, dia nak tahu juga siapa lelaki itu. Firasatnya mengatakan yang lelaki itu bakal mengubah kehidupan Joana. Ya!!Dia pasti sesuatu akan berlaku nanti."kawan Zariff ke?"

Joana bagaikan tersentak mendengar nama arwah suaminya dari mulut Aishah. Sememangnya dia amat rindukan areah suaminya itu. Walaupum boleh di kira kenangan manis bersama arwah tetapi arwah adalah suaminya. Di dalam hatinya, sudah terpahat dengan nama arwah, mana mungkin dia akan menerima lelaki lain selepas ini. Hatinya adalah milik arwah. Joana menarik nafas panjang. Kesal kerana tidak sempat berbuat baik sewaktu arwah suaminya masih ada. Walaupun dia hanya menjadi suami Joana hanya untuk beberapa jam sahaja tetapi kesannya begitu mendalam buat diri Joana.

"I am sorry Jo..Joana......"Aishah bersuara perlahan. Kesal.

"Nope, I'm okey....Dia cakap dia kawan baik arwah...I dont know Shah...I don't even know about him. Before this, arwah also never talked bout him. After what had happened he asked me to accept him. Wanna be my partner..Hurm, aku meluat tau tak. Aku dah cakap aku tak kenal dia, tak suka dengan dia. but, see..what happened to me now!!!!Depresses...tension Shah. Aku rindukan arwah. Aku rindu sesangat. Aku rasa sampai mati aku sanggup hidup dengan title janda berhias. Just zariff in my heart...Shah, aku rasa bersalah sangat dengan Zariff. Dia baik sangat, sabar dengan aku. Dia cakap dia sayangkan aku, nak hidup sehati dan sejiwa dengan aku. Dia tipu aku Shah...Dia tinggalkan aku sebaik hati aku terbuka untuknya Shah....." Esakan Joana semakin lama semakin kuat. Dia melepaskan semua yang terbuku di dalam hatinya. Nasib baik dia memiliki bilik sendiri, sesuailah dengan jawatan project engineer yang di sandangnya. Kalaulah meja dia berada di luar, agak haru biru juga pabila mereka yang lain melihat dirinya begini. Joana seperti seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan bapa. Menangis dan terus menangis. Pada Aishah dia melepaskan segalanya. Adi! Lelaki itu datangnya tidak di alukan tetapi memberi impak yang mendalam kepada Joana. Selama ini, Joana bijak mengawal perasaannya tidak pernah sekalipun dia meluahkan rasa sedih akibat kematian suami kepada sesiapa kecuali ahli keluarganya sendiri.

Aishah bangun dari kerusi yang didudukinya. Perlahan dia melangkah ke arah Joana, bahu kawan baiknya di peluk kemas. Aishah kesal, kerana mulut celuparnya dia berhadapan dengan sikap Joana yang sebenar. Gadis itu selama ini sentiasa berlagak ceria dan tenang bila bersamanya dan juga teman-teman yang lain. Aishah mengelus lembut rambut Joana. Biarlah...biarlah Joana melepaskan segala-galanya hari ini. Sungguh hebat lelaki itu sampaikan Joana sanggup mengenepikan sikap ego,tenang dan cerianya selama ini. Aishah semakin teruja untuk mengenali lelaki itu.

"Menangislah Jo....Aku tahu selama ini kau berusaha untuk kelihatan tenang. Menangislah.....kadang-kadang kita perlu menangis untuk melepaskan segalanya....."

Tangisan Joana semakin kuat..."Abang....I miss you....hua.......hua....." Aishah sedaya upaya mengawal perasaannya sendiri agar tidak di lihat oleh Joana. Sudahlah kawannya yang ini berada dalam kesedihan, tak kan dia ingin tumpang sekaki. Kot ye pun sedihkan kawan, dia perlu kuat untuk melihat Joana menjadi seorang yang tabah, kuat seperti sebelum ini. Dia sanggup melihat Joana yang garang, suka melenting dari Joana yang ini. Mengongoi, menangis teresak-esak.

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)