Tajuk memang tak leh nak belah..Muahahaha...bukan senang nak senang tau..Tapi, yang pasti aku rasalah kerja yang paling teruk adalah menjadi SURIRUMAH..jeng..jeng...jeng...Hari dah masuk hari kedua duk melepak je kat rumah..erk, pembetulan..hari kedua menjadi surirumah yang tak berapa nak penuh ni. Korang bayangkan sejenak, bangun pagi terus melompat bangun untuk bancuh susu anak. If korang ada sorang je anak still boleh controlkan keadaan,boleh maintain ayu, boleh pasang badan tapi kalau anak dah berderet-deret janga haraplah ye...Mimpi di siang hari tambah kalau ada baby dan seorang anak yang sedang membesar.. Muahahaha...Tak mo pergi citer jejauh..Tengah bagi susu dekat si baby, si abang pula bangun dan merengek nak susu. Apa lagi, melompat lagi turun katil bancuh susu..Pastu, badan sendiri belum mandi tapi dah sibukka diri mandi anak-anak. Apa yang penting, settlekan anak dulu..
Belum sempat siap mandikan kedua-duanya, terkocoh-kocoh pulak buat susu. Hahaha, nak kata lipas kudung tapi tak macam lipas kudung, tapi busy mengalahkan lipas kudung yang kudung kedua belah kakinya. Nak membuat pelaburan pun kadang terbantut macam tu. Mana taknya, kalau dah menangis-nangis sampai kuar air mata sanggupke korang nak tinggal macam tu...Muahahha, sadisnya. Yang tersadis lagi terseksa rumah pulak bertingkat dua. Naya mak sekarang ni, terkejar-kejar. Time nak masak angkut semua hulubalang turun bawah, bila part settle kat atas, angkut naik seme. Betis pun macam bunting padi, seksi ala seksa gitu.
Tapi, dalam hati tenang lega tak terkata, anak sentiasa di depan mata. Itu yang puas sepuasnya. Mengadap muka diorang 24 jam sehari. Bahagianya hidup. Muahaha, setakat ini aku tak confident lagi nak bawak anak-anak keluar shopping just bertiga. Kalau setakat pergi klinik tu okeylah. Pergi Ampang pun okeylah tapi kalau nak keluar shopping..Maaplah, aku tak berani lagi beb!! Takut...zaman sekarang ni bukan selamat macam dulu, nak jadi pape sekelip mata baik berjaga-jaga.
Penat! Yes, surirumah ni aku rasa penat dia lain macam sikit. Penat pergi site ke, settle keje kat opis ke tu kacang je kot banding ngn kerja surirumah ni. Dapur pun aku rasa macam berkilat, bakul baju kotor macam kosong je..Huhu, tapi nak unpack everything tu aku belum buat sepenuh hati lagi. Biarkan masa mengambil ahli...
Jeng..Jeng....Akanku penuhkan masa dua minggu menjadi surirumah ini dengan sebaik mungkin. Yes, akanku penuhinya dengan aktiviti yang berfaedah..Chewah, gaya ayat macam aku ni bujang. Huhu, baru aku terasa macam pergh..penatnya menjadi seorang perempuan ni. Penat, malas semua itu akan berterabur bila terpandangkan wajah-wajah yang aku sayangi, cintai sepanjang hayatku....
Dalam duk sibuk jaga anak, sempat lagi tau Mak Jemah baca novel. Siap bertukar stok novel lagi. Baru je siap baca I LOVE YOU, STUPID dari Melur Jelita. Fuh, pulun habis-habisan. Sampaikan Candy Crush aku pun aku bo layan, semangat nak abeskan cerita novel tu. Bebudak ni, aku tidurkan kat bawah sambil bukak Baby First, Dhia yang baru masuk 3 bulan pun aku paksa dia layan Tv juga. Dan aku, menelaah novel dengan tekunnya.
Duk sibuk shuh..shhhh...suruh BB diam, terdengar pulak ekzos motor si bapaknya. Awal pulak abang balik rini, rupanya kena masuk meeting malam ni. Tertipu aku, ingatkan balik awal boleh manja2 tapi ada plak agenda dia. Huh, baik tak yah balik awalkan. Siapkan makan malam abang, dengan wajah yang tenang sebab nak pulun habiskan novel tu selamba badak je aku sambung baca. Abang, dah berkali-kali jeling aku. Okey, I dah mandi tau tengah hari tadi, malam je belum. Mungkin tengok bini sedikit serabai kot, tu yang ingat aku tak mandi lagi. Macam mana nak pasang badan, nak berus muka pun tak sempat!!! Anak awak asyik nak menangis je rini, pantang tak nampak muka mak dia..terus bukak mulut.
Fuh, tulis entry dah macam tulis diari..Muahahaha..Diari seorang surirumah. Pengalaman ni, pasni kalau baca balik mahu tergolek aku sendirian...
p/s: Dua minggu ni......
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)