Thursday, September 12, 2013

LG Mini Washing Machine



Itulah gambar dia kat atas tu. Tak silap aku capacity dia ni just 3.5kg sahaja. Correct me if I'm wrong. Mana nak cari benda ni? Aku rasa macam berkenan sangat ni. Memang kalau boleh nak beli juga. Cute+comel. Cuba korang tengok link HERE. Aku suka sangat nak tambahkan koleksi home appliances yang kecik molek ni. Tapi, bila pergi survey kat LG website tu tak ada letak harga berapa? Aku kena tahu jugak harga dia berapa, kalau affordable boleh aku beli sekarang. Nak!!! Nak!! Tapi tak tahu mana nak cari. Try tengok kat Sen Heng tapi tak ada.

Sekarang ni pun bila basuh baju baby memang aku basuh asing, tak ada istilah bazir letrik kat sini. Yelah, bukan hari2 kot ko nak pakai benda alah ni. Cuma yang ini khas untuk basuh baju kecik2 dah sangatlah sesuai untuk basuh baju baby. Yang part tu aku suka, canggih dan comel. Lagi, cucian dia macam cucian tangan gitu. Kat opis ni aku dah macam orang tak betul, sibuk tanya orang ada nampak tak mesin basuh yang kecik macam ni. Bila search kat youtube, amik ko, kecik benar, basuh stoking sepasang muatlah, nak banyak pasang memang tak muatlah gamaknya. Nak tak nak memang tak boleh beli yang tu, membazir adalah. Kecik macam budak2 main masak2, periuk pinggan sudu..argh, macam tulah. Benda yang kecik2 tu. Korang boleh bayangkan tak? Ala, mainan budak2 gegurl yang kecik2 tu...

Okey, berbalik pada LG Mini Washing Machine...Aku tak ada idea nak cerita macam mana sebab gambar dia bagi tu macam tak complete untuk aku. And then bila aku buat research kat encik Google macam tak banyak info yang aku dapat. Price, size tu aku tak tahu. Tak tahulah sama ada dia ada bagitau dan aku yang terlepas pandang atau dia sengaja nak bagi orang yang addicted benda2 kiut macam aku ni sasau mengagau nak cari..Huhu, tak baik ko LG buat Mak Jemah macam ni. Mak Jemah sedih, terkilan cuma part merengek minta tolong laki cari tu belum lagi. Al maklum Mak Jemah sibuk nak pindah umah. A better rumah untuk kami berempat ni so memang Mak Jemah tak kalutkan laki lagi. Bila dah settle seme, siaplah. Mak Jemah ajak dia jajah seme outlet LG. Itu janji Mak Jemah. Hah, lagi satu aku ada masuk peraduan yang AbangNara anjurkan dan hadiah dia dapat sebijik LG Mini Washing Machine ni. AbangNara kata kat rumah dia dah ada. Jelesnya..Kenapa AbangNara yang dapat, kenapa bukan aku?? Apa lebihnya AbangNara tu..ishk..ishk....Sedarlah sikit diri kau tu, AbangNara tu top blogger, kau tu sapa...? Ayat ni mungkin akan di tembak kepada aku. So, sebelum kena tembak macam tu lebih baik muhasabah diri.

Oopss...LG Mini Washing Machine, jelmakan diri kau tu. Kasi hint kedai mana kau duduk sekarang ni. Aku nak pi cari jugak.

Sesiapa yang ada info pasal ni, silalah jangan keberatan kongsi dengan aku ye. Aku amatlah berbesar hati dan sangatlah terharu. Demi LG Mini Washing Machine...Aku sanggup lakukan apa saja...Jangan nak main sorok-sorok dah dengan aku..






p/s: Nak sangat!!!!

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)