Wednesday, September 25, 2013

Part 7 : Hati Terusik...~

.
Part 7: Hati Terusik…~


Watie melangkah masuk ke bilik Adi. Wajahnya bersahaja langsung tidak menampakkan rasa bersalah akan tingkah lakunya yang lepas bebas. Hatinya ceria sebaik sahaja si Katty memberitahunya bahawa Adi ingin bercakap dengannya. Dia sudah berkira untuk mengajak lelaki itu makan malam bersama. Sudahlah tengah hari tadi hanya sempat menjamu sebuku roti, itupun di berikan oleh Diana, pembantu klinik yang sentiasa berada di dalam biliknya. Sudah terbiasa dengan keadaan klinik yang kadangnya akan di kunjungi ramai pesakit, kadangnya hanya biasa-biasa ramainya. Sudahnya, dia selalu menghulurkan duit kepada Diana supaya membeli roti sebagai pengalas perut mereka. Itupun dalam seminggu, hanya sehari sahaja klinik ini lengang. Adatlah kalau klinik di tempat strategi, memang membuahkan hasil yang banyak. Isnin dan Jumaat jumlah orang yang datang untuk menerima rawatan..hurmm, memang ramai. Tak menang tangan dia di buatnya.

“Katty cakap you ada benda nak cakap dengan I. Hurm, pasal apa?” Watie bertanya lembut. Sempat lagi matanya mengerling ke bilik farmasi yang bersambung dengan bilik Adi. Biasalah bos, bilik dia mestilah berdekatan dengan bilik farmasi yang menyimpan segala jenis ubat dan juga kaunter. Adi yang tekun mengadap Galaxy Note 2 dia terperanjat di sergah begitu. Langsung tidak sedar akan kemunculan Watie di hadapannya. Gaya duduk Watie, cara cakap Watie..Bukannya dia tidak tahu tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham. Langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkasih sayang dengan Watie kembali. Kalau bukan di sebabkan ayah Watie, orang yang paling dia hormati rasanya tak memang dia tidak akan mengupah Watie bekerja dengannya. Sewaktunya Watie mampu untuk membuka kliniknya sendiri tetapi Watie lebih gemar bekerja dengannya. Anak orang kaya, apa susah sangat. Bila-bila masa sahaja boleh membuka klinik.

“ This night I nak minta tolong you stay dengan Aman….I….” Belumpun sempat Adi menghabiskan ayatnya, Watie laju sahaja memotong.

“ What’s? Pasal itu sahaja. I ingatkan benda apa….I apa?” Desak Watie. Kecewa dia dengan Adi. Sungguh tidak percaya akan kata-kata Adi. Ingatkan lelaki itu mahu bercakap sesuatu yang lebih ke arah peribadi dengannya. Kalau setakat nak suruh dia kerja malam ni, telefon sahajalah. Watie merengus.

Ish, buruk betul perangai ni. Macam ni gaya memang lambatlah engkau nak kahwin. Mujurlah aku ni bukan sahaja suka pada wajah yang cantik, kelakuan dan perangai pun aku tilik juga tahu. Tapi kerana wajah inilah aku telah melakukan kesilapan yang besar dalam kamus hidup aku. Adi bermonolog di dalam hati. Sungguh tidak gemar dengan sikap anak orang kaya di hadapannya ini. Tetapi, kalau bab melayan orang sakit Watie memang patut di puji. Gayanya, sikapnya memang lemah lembut. Yang itu Adi memberi markah penuh. Bab layanan semasa merawat Watie memang terbaik. Bukan sekali dua dia mendengar para pesakit memuji akan sikap Watie.

“ Itulah, I belum habis cakap you dah sibuk nak mencelah. I ada lunch dinner dengan family. As usual…” Pendek sahaja penjelasan Adi. Dia malas untuk bercerita panjang-panjang. Otaknya sudah berada di tempat lain.

Watie sekali lagi merengus, lebih kasar dari yang tadi. Hancur lebur rancangannya untuk mengajak lelaki di hadapannya keluar makan malam bersama-sama. Wajah lelaki itu di pandang seketika, dia mencari anak mata Adi. Tanpa kata Watie memegang erat tangan Adi. Dalam hati harap sangat agar Katty tidak menjengah masuk bilik Adi macam biasa. Kalau tidak memang melepaslah dia untuk bermesra dengan lelaki pujaannya.

“ Watie, please…I tak nak staff-staff yang lain nampak….” Adi meleraikan pegangan Watie. Ni yang dia rimas bila berlama-lama dengan Watie. Perempuan di hadapannya begitu berani, lebih berani darinya yang lelaki. Dia sekali pun tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan tetapi Watie, pantang sahaja ada peluang, di peluknya erat. Rimas! Dah banyak kali juga dia menegur Watie supaya menjaga kelakuaannya malangnya ianya di pandang sepi. Bagaikan mencurah air di atas daun keladi. Buat buang air liur dia sahaja. Belumpun sempat Watie memegang tangannya lagi, Adi segera bangun dan melangkah ke arah farmasi.

“ I dah cakap, you kena jaga tingkah laku you. I tak nak staff I pandang rendah pada I. You tu perempuan and kita kerja in a team. Respect each other please. I tak nak di sebabkan perangai you reputasi I jatuh. Look Watie, I hormatkan papa you dan I harap sangat you jaga kelakuan. Kalau tak nak respect I sekalipun but please...respect diri you sendiri."

" Adi.....you tahukan I sayangkan you. Bukan semua lelaki I layan macam I layan you. You tahukan I sayang sangat dengan you."

" I tahu tapi I minta maaf..I tahu, dulu I sayangkan you, cintakan you tetapi itu sebelum you memutuskan hubungan kita."

" You...."Hanya itu sahaja yang terluah dari bibir Watie. Dia lantas bangun dan menghala ke pintu. Mujur saat itu Katty muncul. Kalau tak memang harulah kliniknya petang ini. Doktor Adi vs Doktor Watie, puncanya adalah mengenai perasaan cinta dan hati. Fuh! Macam mana dia boleh bersabar dengan Watie selama ini setelah hampir 2 tahun mereka putus cinta. Kalau bukan di sebabkan dia hormat akan papa Watie, tidak ingin di ambil wanita itu bekerja bersamanya. Bukan dia yang memutuskan hubungan mereka tetapi Watie. Alasan Watie membuatkan Adi hampir memusnahkan hidupnya. Di saat kasih dan cintanya menggunung, tanpa perasaan Watie mencantas hubungan mereka. Dia bukanlah lelaki igauan Watie, lelaki yang dapat mengegarkan perasaannya. Cinta Watie padanya adalah cinta mainan, tidak seperti Adi yang separuh mati cintakan perempuan itu. Watie hanya menganggap dia sebagai boneka hidupnya semata-mata. Sebagai tempat melempiaskan perasaannya sahaja sedangkan Watie begitu sibuk mengejar lelaki lain yang lebih hebat, bergaya darinya. Adi mengeluh! Di akui penampilannya sebelum itu terlalu selekeh, tidak padan dengan latarbelakangnya dari golongan berada. Kerabat gitu. Apa yang penting baginya saat itu adalah ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Pertemuan pertama keluarga Adi dengan keluarga Watie, atas dasar hubungan sahabat membuatkan Watie kembali muncul dalam dirinya. Dia kini bukanlah seperti Adi yang di gelar nerd oleh rakan-rakan sekuliahnya. Adi kini sekali pandang seperti orang korporat gayanya. Imejnya yang baru membuatkan sekali lagi Watie mengejarnya demi mendapatkan kembali kasih dan cinta Adi. Plastik semata-mata. Cintakan dirinya kerana perwatakannya sekarang ini, cintakan dirinya kerana duit dan kedudukan bukan cinta yang jujur-jujurnya. Adi mengimbas lagi kenangan lama. Kenangan yang amat pahit untuk di kenang.

" I ada orang lain.." Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Watie setelah hampir 2 bulan mereka tidak berhubung. Adi pada masa itu terkejut bukan kepalang. Kecewa teramat sangat. Dia begitu gembira di saat mendapat panggilan dari buah hati tercinta.

" Sayang, kenapa ni? I ada buat salah ke dengan you. You tahu tak I rindukan you sangat-sangat. I sms you, I called you..Tapi you diam je. Biasanya kalau you merajuk seminggu je. Ni dah masuk bulan kedua dah..?" Pujuk Adi lagi. Sudah lalu dengan kata putus yang keluar dari mulut Watie. Sebab itulah dia berusaha untuk tidak ambil kisah dengan kata putus itu.

" Adi, I dah jumpa someone else yang I cinta. You.hurm...what I'm supposed to describe to make sure you really understand it...." Watie memandang ke luar tingkap restoran makanan segera itu. Mulutnya di jungkit seakan mencari idea untuk mengucapkan kata seterusnya..."Look, thanks to you because you sayangkan I dan kerana itu Jack mengejar I.. Actually, I dan Jack dah declared since 2 months ago. I tahu you sedih tapi you kena ingat. You dengan I tak sepadan tau..." Selamba sahaja Watie mengeluarkan kata-kata. Adi hanya menunduk kepala sahaja. Pedih hatinya di permainkan oleh perempuan pertama yang dia sayang dan cinta. Tergamak Watie memperkotak katik maruahnya sebagai seorang lelaki. Sepatutnya dia sedar, yang gadis lincah, cantik bergaya seperti Watie bukannya ikhlas mencintainya. Tetapi, kerana layanan Watie yang pandai menggoda membuatkan dia hanyut dalam asmara cinta yang penuh kepura-puraan. Selepas itu Adi mula pandai memonteng kelas, tidak keluar dari dalam biliknya sehinggakan berbulan-bulan lamanya. Mujurlah pihak universiti memberitahu keluarganya mengenai perubahan kelakuannya yang mendadak. Memonteng kelas, tidak menghantar thesis yang sepatutnya di hantar bagi mereka yang akan menduduki ujian khas sebelum layak di berikan Ijazah kedoktoran. Keluarga sanggup terbang dari Malaysia untuk memujuknya. Sebulan juga papa dan mamanya berada bersamanya di sana sehinggakan dia akhirnya berjaya mendapatkan ijazah tersebut. Atas budi bicara pihak universiti, dirinya beruntung kerana tidak perlu mengulang semula kelas-kelas yang dia ponteng sebelum ini.

Adi kembali ke alam nyata apabila mendengar namanya di panggil oleh Katty.

" Kami nak keluar cari makan sekejap ni dekat pasar malam taman sebelah. You nak stayed sini atau balik?"

" Balik...and thanks...Hurm, Katty..Watie ada cakap tak dia tak nak masuk malam ni?'

Katty menggeleng kepala. Adi mengucapkan terima kasih kepada Katty sebaik sahaj pembantunya mula ingin menutup pintunya.

Nasib juga perempuan tu nak masuk malam ni, kalau tak jenuh juga dia nak menelefon kawannya supaya menggantikan tempat Watie. Mahu pengsan Aman seorang diri bertugas malam ini.

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)