Friday, May 04, 2012

Kawasaki



Suamiku
Belum Ride-me with janda abg
Me,suami & ninja 250r

ER6N-Kawasaki
Enjin: 650cc, 4-lejang, 2-silinder sebaris
Transmisi: 6 kelajuan 'return'
Berat Kering: 119kg
Harga: RM 33,799


Er6-N nama bike kat atas nih...Biasa jer kan..Tapi nilah bekas janda suami aku..Sebelum ni suami aku rider motor ni.Aku tak pernah bawak sebabnya suami aku tidak bagi..Katanya motor nih tinggi, x sesuai dengan ketinggian aku yang ketot nih..Tapi Er6-N nih dah arwah,habis terbang downpayment 10K.Nak buat camane,benda dah jadi...hancuss berderai hati suamiku seperti hatiku jua..Maka kami retired buat masa sekarang..Akunyer fullface dah berkarat di dalam drawer..sayangkan..MARUSHIN suami ku juga mempunyai nasib yang sama even harganya mencecah seribu lebih..



Marushin & Shoei

    Tapi aku berazam, suatu hari nanti aku nak pakai juga bike tapi bukan yang ini..Hehehe...aku nak Z750r...nak tengok camane rupa dia..nanti aku tunjukkan.Memang tidak sesuai dengan aku yang rendah,hanya 151 cm aje ketinggian aku.Tapi xpe,ada lowering kit, jangan risau..akekeke..Yeke?
   
    Tak mengapa,nanti kalau impian jadi kenyataan kita cubalah. Tak salahkan untuk kita mencuba,kalau still tak dapat, maka akan aku sedekahkan bike aku kepada suami aku.Mesti dia suka punyer!!!

Kawasaki new Z750R sports suspension at both ends plus radial mounts for the four-piston N...
Z750R



Yang nih bukan Z750r tapi Z750.Sekali pandang macam samakan,tapi banyak bezanya...Yang atas ada Z,yang bawah tak ada Z,kan beza tue..heheheheh....





File:Z750.jpg
Z750-Kawasaki

Enjin: 748cc, 4-lejang, 4-silinder
Transmisi: 6 kelajuan 'return'
Berat Kering: 203kg
Harga: RM 83,900



Okey, kalau korang nak tahu apa beza dia,meh sini aku ceritakan..Z750 nih di downgrade cc asal iaitu z1000 dan mengekal blok enjin yang sama cuma tulah, cc dari 1000 ke 750 je..Ianya mula di launch pada tahun 2003,ngan enjin kovensional. Huhu,tapi tetap laju beb...Z1000 lagi laju..Sebelum aku lupa, cc dia kita boleh tahu melalui nama model dia..contohnye Er6-maknanya 650cc,eh..betulke..betullah tu..Z750-750cc..

Manakala Z750r,which featured upgraded suspension and brakes components and a lightly revised styling.Lebih kurang je kan..Model yang nih nampak lebih sporty berbanding yang lama..Banyak parts jugaklah yang di design balik antaranya ialah headlight cluster, front mudguard and front and rear indicators. Korang sendiri buleh buat perbandingan bila melihat contoh model di atas...Kedua-duanya berwarna hijau,dan yang nyata Z750R adalah lebih sporty..

Downpayment pun mestilah banyak kan,aritu aku ada tanya berapa downpayment kalau aku hendak beli jentera nih..Korang tahu berapa aku kena sediakan..Rm20K...Wah,dah macam bayar dp rumah kan..Begitulah nasib rider kalau mahu menjadi rider superbike..terpaksalah mengempiskan perut asalkan berada di atasnya..Tu baru dp,harganya pulak lagi mahal dari HOnda City...Lagi best Special Edition...Ada berani ke??

File:ZR1000B8F-BLK-1.jpg
Z1000-Kawasaki.
Enjin: 953cc, 4-lejang, 4-silinder
Transmisi: 6 kelajuan 'return'
Berat Kering: 204kg
Harga: RM 73,900

Hah, yang black sweet kat atas tu abang depa semua..ramai lagi abang depa..Tapi aku tunjuk motor yang aku suka jer..Banyak lagi bike dari kawasaki nih..



              Korang pergi jer kat blog nih kalau berminat untuk menjadi rider..Tapi kena ingat,bawak dengan kelajuan yang di tetapkan(mana best bawak motor laju tp speed hanya 80Km/h kan..Hahaha..) Pape pun aku nasihatkan dekat sini,bawaklah dengan berhati-hati dan selamat.Kalau rasa hantu sangat nak bawak laju,pergi trek..Suamiku dulu kalau gian nak pulas sampai habis, dia masuk trek..Tapikan,malang tidak berbau..sehati-hati dia pon, dia excident gak..MAlang tidak berbau..


No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)