Tuesday, May 15, 2012

MC....korang biasa amik tak?

        Hai, arini aku MC...kenapa aku Mc sebabnya aku sakit kepala sangat2 bila bangun tido pagi tadi...Hurm, tidokah aku malam tadi? Macam tak jer..Hurm...Ingatkan minggu terakhir aku di sana,aku ingin luangkan sehabis baik masa yang aku ada untuk bersama K.zu, Nor,K.Rose dan Fida...tapi, arini aku terpaksa MC..tetapi, masa tangan aku laju menaip setiap kata-kata ini sebenarnya aku belum lagi pergi jumpa doktor...Hehhe,kepala pusing,take medicine and tido..Nasib baik bubur Boboy ada lagi, so aku panaskan dan makan bubur jer..

     Hendak di jadikan cerita kenapa aku MC arini di sebabkan hal Boboy..Begini ceritanya, balik sahaja dari kerja, aku pergi amik Boboy dekat rumah K.Ila aka Umi pengasuh Boboy. K.Ila beritahu aku sewaktu Boboy tido ada bunyi macam siul kat dada dia. k.Ila suspect Boboy kena Asma.

      Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Dalam kes Boboy nih, akibat terlalu kuat batuk,kesukaran bernafas adalah tinggi dan menyebabkan oksigen di otak kurang, bila kurang maknanya pelbagai penyakit atau sindrom lumpuh boleh terkena ke atas dirinya. Cepat-cepat aku bawak ke hospital. Sebelum ini, aku sudah membuat rawatan di klinik swasta, atas nasihat doktor itu sendiri supaya aku menghantar Boboy ke hospital.

    Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

   Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Tanda-tanda yang anda boleh lihat apabila seseorang itu mengidap asma ialah:

 1) Nafas bersiul
 2) Masa hembusan lebih panjang dari masa mengambil nafas
 3) Ttisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel.
 4) Dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi).

Kes Boboy nih, kahak banyak dekat peparu menyebabkan dia batuk dan saluran nafas dia mengecil. Dalam pada masa yang sama selsema datang menyinggah.. Tak ke haru namanye tu..2 in 1 anak aku kena. His daddy pun half day today, anything happens hes around. Since, I'm getting ok. He's leaving us to go to work. We're fine but me not too sure..still got the headache.

Tapikan kejadian malam tadi too scary, aku tengah tido lena di ulit mimpi. As usual, aku tido dulu, abang yang jaga Boboy. But, masa aku terbangun aku tengok Boboy muntah banyak atas badan aku dan muka dia merah biru. Tanpa make up, tanpa basuh muka aku salin baju T n seluar track. Bancuh susu dan terus angkat Boboy. Abang stand by bukak pintu dan beg Boboy. Biasa kalau macam nih dia akan sedut oksigen tak pun admit. This is the third time kitaorang kena macam nih. So, aku memang tak fikir panjang, terus bawak hospital. actuallu, Boboy dah pernah admit pasal kes nih. tu yang buat aku risau. Lagi satu, bila batuk doctor memang tak bagi ubat batuk dekat budak under 2 years. Because, they all takut bila bagi ubat batuk, baby akan tido dan lupa untuk bernafas.

~~ P/s : kawan-kawan di luar sana, if ur child is under 2 years jangan bagi ubat batuk. If doctor bagi juga, sila tanya patut atau tidak bagi....Sometimes tidak semua doktor tau...maybelah...~~~

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)