Tuesday, April 21, 2009

3 tips ~ Pasti lelaki jatuh cinta!

Anda pun mulai lah terfikir, “Macamana nak buat dia benar-benar jatuh cinta kat aku?” haaa…Bad news nya, bomoh-bomoh tak main okay! Ilmu hitam hanya orang yang dayus saja guna. Tapi, good news nya…ada berbagai-bagai tip sebenarnya!!
tip brother love : #1 ~ Buatkan diri anda lebih menarik
Lelaki selalunya akan lebih tertarik kepada girls yang interesting dan tidak membosankan. Girls yang asyik bercakap soal cinta, asyik tanya, “Mengapa tak call? Mengapa tak jawab sms? Mengapa tak nak jumpa?” Itu soalan-soalan yang pasti membuatkan lelaki akan terus bosan dan meninggalkan anda.
Maknanya, you all mesti mempunyai kehidupan sendiri. You all mesti busy kan yourself dengan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatiannya bukan shopping je, bergossip je, … Contoh :-
  • Menghadiri berbagai kursus-kursus motivasi dan usahawan
  • Mempunyai jadual tetap ke gym
  • Menjadi ahli persatuan badan-badan kerajaan atau kebajikan
  • Mempunyai hobi seperti, berenang, melukis, bidang seni dan sebagainya.
Anything lah as long as…apa yang anda lakukan, adalah perkara yang tidak ada kena mengena dengan lelaki yang anda kenali itu. Dan pastinya, lelaki itu akan lebih menghormati anda jika anda adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti ini, malah lelaki itu juga akan merasa tercabar apabila berdepan dengan wanita yang berkerjaya serta mempunyai kehidupannya yang tersendiri, sehingga mereka akan merasakan yang anda adalah lain dari wanita lain dan sangat menarik.
tip brother love : #2 ~ Jangan cepat perasan dan jatuh cinta.Simpan dulu perasaan yang membuak-buak tergila-gilakan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu baik, you all terus perasan yang dia syok kat you all. Then jangan pula letakkan diri anda begitu bawah hanya kerana mengimpikan cinta seorang lelaki. The minute you buat you ternanti-nanti cintanya, tergila-gilakannya…habislah beb, dia surely bosan dengan you, belah terus berbatu-batu lari dia.
So, tak tunjuk salah, tunjuk pun salah jugak…aik? Macamana nak buat ni?
The trick here is, Tarik tali or tarik kuda…pernah dengar? Macam memancing ikan laaa…mula-mula kita tahan umpan, then bila ikan dah terpaut kat umpan kita tu…kita tarik tali pancing tu sikit, kasi tersangkut then kita lepas tali pancing tu…kasi ikan tu berenang bebas…then kita tarik sikit lagi…then kasi berenang lagi…then tarik, sampai-sampai ikan tu letih, then baru kita tarik habis, tertangkap lah ikan tu….
Amacam? Ada nampak kaa? :D Cara ini pasti akan membuatkan lelaki merasa susah dan senang. Haa, barulah interesting. Tidak susah untuk mendapatkan anda, tetapi tidak pula begitu mudah.
Masalahnya sekarang ni, ramai wanita yang cepat sangat tunjuk yang dia berminat dengan lelaki tu. Sms sepanjang masa, kalau call je layan…ajak keluar je terus On! Tak boleh macam tu. Angkat diri anda sikit, kasi mahal sikit. Walau anda boleh menjawab smsnya, walau anda boleh menjawab telefonnya…anda hindarkan sikit…biarkan dia tertanya-tanya. :)
tip brother love : #3 ~ Mengkaguminya…This one memang interesting hehe…alright kaum lelaki, jangan marah kat bro ya, nak mengata sikit…Lelaki cukup terkenal dengan egonya, ada banyak perkara yang menaikkan ego mereka. Perasaan bongkak or in control tu kira memang dia orang suka.
So, gunakan kelemahan ini untuk memikat lelaki! Caranya mudah…1st sekali you all kena buat supaya dia tahu yang you all suka kan lelaki itu TETAPI sekadar seorang kawan. Then…slowly you perhatikan apakah perbuatannya, cara pemikirannya, perlakuannya, perkara yang boleh you all puji dia, kaguminya.
Cari masa yang sesuai, then pelan-pelan cakap kat dia, mulakan dengan berkata,
  • “I kagum sangat dengan cara you berfikir”
  • “I admire keputusan you.”
  • “Saya tak pernah terfikir ada lelaki yang bijak bertindak seperti awak!”
Hahahaha…terus cair lah mamat tuuu bila dengar wanita cakap macam tu kat dia. Puji dan kagumi dirinya. TAPI, lepas cakap macam tu…belah lah, biarkan dia terfikir-fikirkan anda…biarkan terngiang-ngiang di telinganya sepanjang hari, sepanjang malam :D bro PASTI, lelaki itu akan jatuh cinta dengan anda tidak lama lagi. Okay? ;)
Pesan bro, anda sendiri pun kenalah bersiap, kena selalu berhias sebaik mungkin, keterampilan kena jaga. Jangan selekeh walau pun hanya ke kedai runcit. Latihkan diri anda sentiasa kelihatan menarik walau kemana anda pergi. Janganlah sesekali pakai kaftan keluar rumah beb…adoi!
“Look the best, then you’ll be the best and he’ll be the best for you”

Saturday, April 18, 2009

Kenali Siapa Lelaki.. ??



1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."

Tuesday, April 14, 2009

19 RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA




1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

sambungan...tts
















superb....memang the best..mula2 memang aku rasa nak menangis..nak balik. biasanye aku tts ngan pak cik aku..yang ni(geng zxrianz) aku xkenal n xjumpa lagi..ada jugaklah rasa nak patah balik dengan JY aku..tapi, diorg seme pakat pujuk aku..tahan jelah...anyway, aku xrasa macam di anaktirikan pun...best..best.. sib baik kawan2 aku okey...even baru jumpa tapi diorg concern kat aku..thanks kat clan selatan...jasa baik korang akan aku kenang..especially dekat bang lebai, bang aki, bang gnan dan ck...sanggup basah sebab follow kete antik aku, semata-mata xnak aku drive sorg2 dan jadi paper..i love u guys..memang korang the best...yang aku xtahannye, time order laju je..time air sampai..aku jadi terlupa aku order air apa..gelabah serta malu punyer pasal..pape pun, pengalaman TTS ngn zxrianz memang the best...sweet memories..berbaloi aku drive g sana even x penah sampai kat sana..

Monday, April 13, 2009

TTS @ Danga BAy

Tggu makanan sampai-DAnga BAy




Wak epul...


Bersama geng2 motor JB
With fullface
Me the only one single(girls) and Kak Farah mother of 3 girls

Gaya sempoi di tengah malam..
JY7777 (dalam kenangan)

Saturday, April 04, 2009

ni untuk mengubati hati yang lara....

Tips Melupakan kekasih lama


1) .Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2) .Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung


3) .Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4) .Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5) .Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6) .pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7) .Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8) .Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9.) Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

10) .Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa puaskan..




Buang segala pemberiannya..

Thursday, March 26, 2009

TTS Parit Raja

How to Recover From Heartbreak - Only For Women Who Have a Broken Heart

             
Recover From Heartbreak

 In this article I'd like to talk about how to recover from heartbreak. I know, it's NOT an easy topic, right? If you've EVER been in love, you know the pain and anguish that a bad breakup can leave. Not only do you feel overwhelmed with pain, it's easy to become SO depressed that you simply find yourself sinking into a deeper and darker hole of despair. If you are feeling this way right now, or fear that you MIGHT in the near future, there are some things you can do. Let's take a quick look at some of them below!

Tip#1: Get Involved!

One of the keys that I always recommend to people who are feeling the crushing weight of heartbreak is to give back! Sounds goofy, right? Well it may...but it DOES work. Simply allowing yourself to extend to people in need is an excellent way of lifting your OWN spirits as well....ALL while doing good to boot!

Tip #2: Schedule "Down" Time

Sounds a bit unorthodox, right? Schedule time to be down? Yes - it is, but it's VERY effective too! Simply allowing yourself the luxury of planned, scheduled blocks of time where you can emote, cry, feel sorry for yourself, whatever it is that you need to release, can be therapeutic and very healing. The key here is forcing yourself to be productive and proactive when you are NOT in this mind frame, sort of like the dieter who works HARD to lose weight all week because she knows she has a cheat day on Sunday..:-)
Tip#3: You ARE What You Consume

Your external world is a direct reflection of the emotions you feel, as well as the ingredients you take in to your body. Want to feel REALLY bad about your situation? Continue to eat bad foods. Want to take control of your emotional well being, simply start by balancing your body - your hormones, your mindset and your vitality CAN and are influenced by natural herbs and ingredients that can be of a tremendous aid in your time of emotional need.
Simply learning WHAT and when to feed your spirit is the very FIRST step back to a place of inner light, happiness, better health and a vitality you can see!
Are You Suffering from the Devastating Effects of a Broken Heart?
At Last! A Real Solution That Works!
Be First in Line to Learn How You Can Finally Mend Your Broken Heart Faster and More Easily Than Ever Before.
Our Special Formula and State of the Art Recovery Blueprint is EXACTLY What You Need to Start Feeling Like Yourself Again!