Showing posts with label 2o14. Show all posts
Showing posts with label 2o14. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



Tajuk kat atas macam tema Hari Merdeka tahun 2014. Orang dah abis dah celebrate merdeka dan hari Malaysia tapi kita baru nak bukak cerita pasal ni kan..Huhu...mood memang tak dak abes nak menulis menaip mengarang ni. Entah kenapa, memang lama betullah tak menjengah blog yang tak seberapa ni. Timbul tenggelam je kan. Busyyyyyyyyyyyyyyy....Banyak perkara nak kongsi nak story tapi memang tak sempat nak menjengah. Nak kata banyak kerja, baru dua paper aku siapkan itupun banyak yang kena komen. Nak kata buat manuskrip, start pun belum lagi. Nak kata tengah writing, hurm, pages je yang ada. Isi belum terkeluar elok lagi. Kan... tahap malas ni kan...Tak usah nak cerita panjang lah kan..


Mungkin pagi Jumaat yang cukup mulia ini, idea datang untuk menulis. Confirm idea yang mengarut. Before ni aku memang terabai fikiran, sebab sibuk amik tau hal MH370 dan MH17. Mak memang amik tahu pasal tu. Memang tak ada mood sebab fikirkan nasib mereka yang terkorban. Pasal isu Gaza. Boikot...semuanya tu banyak nak di kongsi tapi last-last ke laut semuanya. Hati ini tak boleh nak di buat runding cara, perasaan ni asyik memberontak malas nak buat semua benda. Nasiblah anak-anak kat rumah tu masih elok jaga. Kan kalau anak-anak pun terbiar sama macam blog ni. Mahunya masuk wad spital tanjung rambutan seh..


Cinta! Apa yang anda faham maksud cinta....Cinta ini bagi akulah perasaan halus yang ada dalam hati kita untuk pasangan kita. Waktu dia tidur,kita perhatikan wajah dia. Kita rasa betul bersyukur dapat menjadi sebahagian dalam hidup dia. Kita rasa kita perlukan dia dalam melengkapkan hidup kita. Kita rasa selamat dan damai di samping dia. Itu dari sudut aku punyerlah. Lagi, kita sanggup buat apa saja demi melihat dia bahagiakan. Cinta juga perlu give and take. Kenapa? sebab bila sebelah side sahaja yang give, and another side hanya taking sahaja. No point jugak. Kat sini akan ada banyak kepincangannya. So, untuk cinta ianya perlu seimbang. Give and take..

Drama sekarang ni hangat mengadaptasikan novel ke drama. " Maaf jika aku tak sempurna.." Wah...tajuk tu memang kena sebijik dengan aku. Maaf suami, jika aku (isteri) yang tak sempurna. Banyak cacat dari eloknya. Banyak perangai buruk dari baiknya...

Tapi drama aka novel, ending dia mestilah akhirnya perempuan jadi baik. Ada isu orang ketigalah bagailah, jeles melampaulah bagailah. Pastu tolong kawanlah sampai bini pulak naik confius.


Layanlah korang dengan drama tu. Tapi, yang aku paling sayu pasal kisah drama yang watak utama Zul Ariffin tu. Bila teringatkan peristiwa MH17, bagaimanalah perasaan balu untuk arwah2 pilot and co pilot. Rindu mereka buat suami mereka, hanya mampu di ucapkan dengan Al-Fatihah.


Al- Fatihah untuk mereka yang terkorban dalam nahas MH17. Dan tunjukklah bukti di manakah MH370. Masih ramai yang mengharap berita baik dari MH370..







Wednesday, April 02, 2014

Our Fourth Anniversary...

Syukur alhamdulillah....Sudah masuk tahun ke-empat usia perkahwinan kami. B, I love you so much. Terima kasih kerana menerima diri ini sepenuh hati. Huhu, biarpun diri ini memang banyak peelnya..Huhu..tapi B tetap terimakan..Huhu, biasalah, lagikan lidah boleh tergigit..Fuh!!, dah lama giler tak menaip dalam blog ni. I seriously super duper busy..Muahahaha....jadi surirumah pun boleh jadi superduper busy lol. Kalau korang nak tahu, cubalah jadi surirumah..Tak payah lama, seminggu pun jadilah..

Neway, lots of bad things happened during these past few months. Nanti-nantilah aku ceritakan. Dugaan memang datang berlumba-lumba, tapi dengan ada sokongan family terutama dari Mr. B, aku terus kuat. Ayat mak tak leh blah..Kalah novelis terkenal..

Okey...So, inilah 1st entry untuk tahun 2014. Yeah!! Yeah!!..akhirnya semangat untuk menulis telah datang..(kalau dah tau semangat dah datang, jangan lupa lah tulis ari-ari..tak reti-reti ke nak update blog ko nih mak....) Sebenarnya, tiap2 ari aku duk menulis, tapi malangnya bukan menulis di sini, tapi menulis di tempat lain.. Menulis pulak tu, bukan boleh sesuka hati mak datuk ko nak taip, ko kena ada ilmu pengetahuan on that topic..Ok..ok.back to the track..Pasni, kena setting balik otak ni, kena organize balik benda apa nak coret dalam blog nih..Kang tak pasal-pasal semua kelaut..Huhu, ada ke orang nak baca? Okey, itu semua tak perlu.. blog ni bukan untuk kita mintak orang baca semata-mata tapi kita boleh jadikan ianya sebagai jurnal kehidupan kita. Bila tua esok-esok, percayaah..semua hasil nukilan ini kita akan baca balik dengan penuh perasaan. Tapi, janganlah semua rahsia ko nak dedah kat sini.. Maksudnya, yg sweet memories, kisah cinta cintun ko laki bini, kisah kiut miut anak-anak ko...

Yeah!!! cerita asal blog ni akan kembali.. Sesungguhnya blog ni di bukak sempena rasa jatuh cintaku kepada motor..Setelah bertahun-tahun kisah blog sepi tanpa motor tapi kini......kisah motor akan kembali lagi..Huhuhu.....





Thats all for today....

p/s: agak terasa kebekuan otak..dan ayat yang berbelit-belit..layankan jelah..