Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Monday, April 03, 2017

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut



A Little Something To Let You Know You're On My Mind And In My SoulπŸ’–My Hero....


First of all, alhamdulillah di panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk menjadi hamba-Nya...

Ingat tak, last year mak jemah ada pergi celebrate our 6th anni dekat Kuantankan...kan...Tahun lepas we all stayed dekat Swiss-Garden Beach Resort Balok, Kuantan..This year, on our 7th anny, we all stayed at Swiss-Garden Beach Resort jugak tapi dekat Lumut...Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut nama di beri. So far, walaupun 4 stars tapi amat berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan.

Oh, ye...berbalik plan asal ala2 surprise kononnya nak stayed kat hotel di tengah ibu kota you..Tapi, mak jemah punyer bibik aka adik mak jemah kena balik kampung jaga ayah mak jemah. So, tak dapatlah konon2 nak honeymoon berdua. Anak2 tak dak sapa jaga.. Ngelas, unplanned partner mak jemah ajak g bercuti. Mak jemah buat xtau jelah.. Yelah, dua minggu jugak mak jemah tak kemana-mana, budak2 down with high fever. So, mak jemah yang memang dah plan nak balik kampung tercinta, terpaksa cancel. Mak jemah tak sampai hati nak mintak cuti ngn supervisor mak jemah. Supervisor???? Hurm, Mak jemah dah kembali kepada asal. Dah menjadi student balik you. Nanti mak jemah buat story pasal camane mak jemah kembali kepada asal...Hikhik..

Big boy dah sibuk tanya, bila nak sampai ni? Mak jemah dah sediakan bekal siap2. Pening skit perjalanan sebab abg hensem sebelah mak jemah ni ikut laluan dalam. Bukit bukau, ladang, jalan rosak. Bab kata memang perjalanan yang memeningkan sungguh. Dalam hati "Kat celah mana dia nak bawak kami anak beranak ni bercuti". Mak jemah dah siap fikir dah camane nk berposing amik gambar ala-ala di pulau. Dalam hati ni mesti hotel dekat Lumut. Yang bersebelah dengan Pulau Pangkor...Acehceh..

Setibanya di dalam hutan, ladang, kira-kira almost 20km++ dari bandar Manjung. Akhirnya sampailah kami di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Ternganga sekejap mak jemah. Mana tak suasana yang tenang, setenangnya. Hotel tak payah cakap, cuti sekolah kan. Tentulah ramai. Amik masa jugak nak check in bilik. Fuh! Bila tanya si hensem, awak book berapa malam ni? Di jawabnya satu malam. Mak jemah sekali lagi ternganga. Satu malam sahaja. Perjalanan bukan main memeningkan. And we are going to stay only for 1 night. Tak agak2 suprise dia ni. Mak jemah bukak handbag, amik cc. Hulur dekat si hensem mak jemah. Mintak dia book satu malam lagi. Hurm, harga tak usah cakaplah. Mahallah weh book on the spot. Anak dan bini punyer pasal. Tapi telinga mak jemah dengar si ensem kata, semalam tak cakap nak duduk dua malam?..Eh..eh..dia nya plan, kita pulak di salahkan..Selesai book satu malam lagi, mak jemah menggigit jari sendiri. Itulah makjemah, buat apa-apa bukan nak fikir dulu. Si hensem datang, "baju anak2 cukup ke?" mak jemah anggguk. " Baju kita?". Mak jemah terus buat muka kiut kat dia. Apa lagi, dia tepuk dahi dia sendiri. Dah agak dah..mesti dia bebel kat mak jemah. Kata surprise kan...hihihi...Mak jemah gosok lengan si ensem sekejap. Last dia cakap, malam nanti keluar ke bandar. Cari baju..Yesss...yess....

Aktiviti kitaorang tau..
Jumaat (Check-in)
lepak2 dalam bilik sementara tunggu towel. Punyerlah ramai sampai towel hotel pun amik masa. OK...tarik nafas...

Malam
Dinner di luar aka Jusco Manjung. Yes, misi mencari kelengkapan kami.  Hurm, tak pasal2 mak jemah terbeli kasut PUMA..hihi, sory b...tuk keselesaan bini u jugak...

Sabtu     
Breakfast at dining hotel. mandi manda...naik bilik...Rest..petang sambung  mandi manda lagi...

Malam
Misi Jalan-Jalan Cari Makan...Yeah... yang agak azab sikit bila nak keluar dari kawasan hotel ke bandar. 20km++ yang oi..laluan agak memeningkan, ladang yang berbukit dan gelap.. I pilih better stayed at hotel jelah lepas ni kalau datang sini...Big boy x usah cakap, kepenatan. Sampai cakap tak nak jejalan dah. Nak balik tido kat hotel. Bila mami kasi peluang ni, baik gunakan sepenuhnya..

Ahad
Breakfast dulu..Lepastu big boy dan suami mak jemah mandi manda lagi. Mak jemah malas dah. Perut dah kembung telan air kolam banyak sangat..Sesi kemas2 da...


Around 11 am kami check out. Pasal apa? Pasal unexpected plan jadi banyak lah undone work kat rumah. Begitulah cerita celebrated anny kami tahun 2017.. Alhamdulillah...



                                  πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–









Alhamdulillah...after all this time, you are still amazing to me.                       Happy AnniversaryπŸ’–πŸ’–








Model utama mami....πŸ’“



Spot my two fish...πŸ˜‹



Sesi latihan renang big boy..hurm, cuti sekolah dah boleh register kelas renang.

Kan...aktiviti banyak di dalam pool....kata release tension. Anak2 mak jemah ni tak banyak songeh, every weekend we all memang terjah swimming pool...Big boy siap hari2 doa agar mami dadi di limpahkan rezeki yang banyak dan dapat built in swimming pool dekat dia..Amin..mana tau kan rezeki abg....

Friday, March 04, 2016

Amanah Dalam Kerja

Bismillahirahmanirahim....



Assalamualaikum...Salam Jumaat


Amanah dalam kerja memang patut di tekan kan kepada setiap insan. Tak kira kerja kerajaan ke swasta ke, apa jua bidang sekali pun. Yang penting kita perlu amanah dan jujur. Tak lupa juga untuk peringatan kepada diri sendiri. Hari ini dengan hati yang tenang, inginku luahkan segalanya di sini ( tak segala jugak. Masih kena tutup juga atas sebab-sebab tertentu). Perjalananku sebagai pelajar memang banyak onak dan duri. Hahaha...yang part enjoy, joli lain cerita okey. Di entri yang lain okey... Kasi mak buat sesi luahan hati. Actually, my status still pending, waiting for the date. Make Allah ease my way.....Doalah jelah banyak2..Semoga semua kerja di pernudahkan. Dekat abang pun, aku selalu pesan. Kerja elok2, setiap hasil yang kita dapat akan di kira. Nak bagi makan dekat anak2 dan isteri. Jadi darah daging dengan hasil yang tidak halal. MashaAllah. Harap di jauhkan benda-benda yang mendatangkan dosa. Ampun ya Allah..

Ceritanya begini, perasaan marah, bengang dan nak mengamuk ni lahir pada hari rabu lepas. Ala, dua tiga ari yang lepas selepas aku tau satu berita ni. Memang tahap rasa macam nak bakar bangunan aje. Mak ni satu masalah sikit dengan perangai mak. Perangai yang memang tak boleh nak tahan kesabaran, memang apa orang kata jenis tak sabar. Berbulan beb mak sabar, ni melibatkan duit beb. Bukan seratus dua beb.. Riban jugak beb. Sabar? Perlukah just wait and see setelah kita tengok orang lepas2 mengalami benda yang sama. Come on, dah tau ada problem why not solve that problem. Aih..ntahlah. 6 bulan, 8 bulan baru nak setel. Lama beb...lama...

Okey, I make a way dengan notis everyone. Lantaklah nak jadi apa lepas ni. I call my sponsor. Told them what happened and asks them ada solution tak. Half matter ada, and another half matter memang tak boleh tolong. At least, bila dengar camtu. Lega lah mak.

Bila time mak ni mengamuk, nak marah, rasa macam-macam. Mak tau perangai mak ni buruk, mak cari solution atau something that makes mak rasa cool. Kalau tak, mak akan jadi singa. Singa yang tunggu masa je nak pergi mengadap mangsa..







Tada..untuk elakkan mak ni menjadi singalah kan.. Mak mengamuk di dapur. Mak buat chicken roaster yang resepinya mak ambik dalam facebook. Nasib ada Italian herb kat umah. Cuma rasa dia xsedap..(sedap) skiiiiiiiiiiiit sebab mak tak pakai buttercup. Lepas ni repeat balik pakai buttercup. Yang ni mak pakai farmcow nye butter. Rasanya kuuuureeeeng skit. Tapi so far, seddddaaaaaaap sangat. Cuba lah try. Just few ingredients. Ada pumpkin lagi sedap.....




Ayam separuh je.

Tak sempat nak amik picture ayam yg dh masak. Dah kena potong dik abang dah.. Lapar sangat and this chicken so tempting.. Like, eat me eat me.


Abang rasa bersalah...try nk kasi cantikkan kedudukan ayam.. Tak pe bang, next time buat kita amik picture banyak2.



Alhamdulillah... Ngap je abis. Walaupun tak puas hati. Tapi makan malam yang so tempting....Hahahaha.......Nanti kita buat cara Jimmy pulak..Segala rempah sumbat dalam ayam...Yeah.....






Okey....Semasa nak tunggu ayam ni masak. Apa mak buat lagi. Sebab suhu kemarahan memang tengah mendadak naik kan..Mak jahit sarung bantal pakai tangan. Sebab rumah mak tak ada mesin jahit okey. Actually mak hantar tailor suruh jahit sarung bantal tuk my boy and my girl. Sekali tengok ada lebih banyak. Mak amik bantal kesayangan mak. Mak ukur dan mak jahit sendiri. Alhamdulillah. Mak dapat terapi yang paling berjasa dalam hidup mak. Darjat suhu amukan mak dah normal...


yang tak bersarung tu bantal busuk kesyangan mak. Jangan berani amik!!!hahaha

Jahit tepi katanya

macam jahit pakai mesin kannn


Tada...inilah hasilnya...



Okey, sesiapa nak tempah sarung bantal ngan mak bolehlah ye. Tapi kena hati yang sabar lah kan...Al maklum pakai tangan. Homemade gitu.. Jimat RM5 jahit sendiri. Hantar tailor..Dua bantal upahnya RM10...yeahhhh...

Wednesday, February 17, 2016

New Year untuk 2016



Hahahaha...gelak je ni...mana taknya, punyer lah sibuk nak siapkan kerja sekolah..Mak bukak je blog tapi lupa nak update. Alhamdulillah tahun lepas banyak memberi pengalaman pahit dan manis buat mak jemah ni as a student kan. Tak apa, pengalaman itu mendewasakan kita. Lagi pahit pengalaman tu, lagi mendewasakan kita. Betulkan... Sejak mengambail alih jawatan besar di rumah ni, usahkan nak menulis di blog, nak baca gosip pun xsempat. Tapi ada satu kerja je yang mak memang akan bagi masa sedikit iaitu spent time dengan game mak...CANDY CRUSH...hahaha... jangan xtau, usia mak main game tu sebaya dengan usia anak "bongsu" mak ni..hahahaha...skit lagi cukup 3 tahun...hebat x??


Salam pembukaan untuk tahun 2016. Semoga tahun ini di berkati dan dimurahkan dengan rahmat dari Yang Esa. InshaALLAH...


Rumusan untuk tahun 2015:

- Pindah rumah sendiri.
- Almost finish my homework
- Resign as a RA
- Kids alhamdulillah, xde kena admit dekat hospital ( which is tahun 2014 selalu berkampung di hospital).
- Looking for the right pre school for Abg..( highly recommended to all parents to send their kids to Al-Baghdadi..)
- Got a lucky draw (Thanks Exxon....bercuti free lah...)
- Vacation with whole family at Langkawi (sponsor by b.ngah and kngah..)
- Jadi pengurus circuit suami sepenuh masa..( hahaha..sbb mak pun minat..jadi xde masalah..)
- 1st time ride with husband after a long long time ago...( Betong, Thailand)
- My mom buat Umrah
- Ayah sihat alhamdulillah
- 1st time bake pizza..home made pizza...
- 1st time buat roti..
- 1st time prepare biskut raya (sebelum ni tiada kerajinan...)












p/s: Rumusan yang teramat simple..nak buat camane, dah lupa..Apapun, years ahead semoga di berkati dan di limpahi rahmat dari Yang Esa..

Wednesday, March 20, 2013

Kisah Seorang Ayah

Assalamualaikum, hai selamat malam...

Terdetik di hati ini ingin berkongsikan cerita tentang seorang ayah. Ya, ia adalah ayah kepadaku...Yusof Bin Awang Man. Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku teramat bangga menjadi anak ayah. Kerana ayah, aku dan adik adik yang lain berjaya dalam kehidupan especially in education.

Ayah, even susah mana mencari rezeki tetapi tetap mengutamakan anak-anak. Ingat lagi suatu ketika dulu, sanggup menjelajah pasar ke pasar semata-mata ingin mencari kasut seperti Cinderella padaku... Masa tu aku budak lagi, ala lam darjah satu ke dua, gitulah...Bila tengok kawan ada, mesti nak jugak... Bebudak katakan...Hehehe..

Actually ayah aku bekas guru menengah...And then, berenti jadi cikgu sebab nak berkecimpung lam business minyak...Aku ingat lagi nama syarikat minyak ayah, if nak bangunkan balik syarikat tu kena ada modal setengah juta, at least...Mana nak cekau, lam mimpi bolehlah...

Tak mo citer panjang pasal business minyak tu, nak jump terus business jadi supplier kerepok segera cap pinggan (Tumpat), dan kerepok dari Besut..Alhamdulillah, ayah mampu menyara kami walaupun untungnya tidak seberapa...at the same time, ayah anta minyak dalam tong ke kampung yang jauh dari stesen minyak.. Dan aku, bila aje cuti sekolah suka ikut ayah...Seingat aku semua adik beradik pun suka ikut ayah dan mama aku meniaga... Bukan senang nak hidup senang ni...

Hurm, few years later sejak k.long aku sakit, and then aku sakit before amik SPM...Ayah dan mama sedih sangat. Duit abes di gunakan hanya untuk mengubati anak-anaknya... Then, ayah jual lori dia sebabkan tak mampu nak tanggung cost repair lori..Kalau korang nak tahu,lori yang di gunakan untuk buat business mesti kena test JPJ every 6 months..(correct me if I'm wrong)...

Bermula di situ, patahlah kaki kami sekeluarga, just ada motor Honda Cup C70..Syukur dari tiada langsung, and then start from that saudara mara dah mula jauhkan diri, tak senang dengan kami..Mungkin diorang ingat ayah dan mama akan minta sedekah kot...Itulah yang terlintas di fikiran kami adik beradik..Of course, time tu kami agak susah..Dengan ayah yang mula di serang penyakit jantung, tiada modal untuk berniaga lagi...K.long even dah habis belajar still tak dapat kerja, selalu sakit2..Nasib baik ayah selalu tekankan dan pentingnya pelajaran untuk masa depan.. Yes, kami adik beradik tak ada pun attend kelas tuition berbayar kerana ayahlah yang menjadi cikgu kami, especially add maths and maths moden....Huhuhu,Geografi pun ayah ajar..Bertuahkan aku...
:-) 

Ayah sampai jual tanah semata-mata untuk menyekolahkan kami adik beradik, nasib ayah pandai kalau tidak mahunya di tipu bulat3 oleh adik dia dan anak saudara dia sendiri..Jangan main-main dengan ayah...

Aku sayang ayah...Ayahlah tempat aku meluahkan perasaan..Hehehe, especially kalau melibatkan hati dan perasaan....Huhuhu...consultant 

Sekarang ni ayah dah tak mampu berjalan jauh, ayah perlu sokongan tongkat untuk berjalan. Solat pun ayah dah solat duduk. Ya Allah, berikan kesihatan yang baik untuk ayah!!

Ayah mempunyai sepasang mata yang terang dan otak yang tajam, ayah masih dapat melihat dan membaca dengan jelas, kalah aku yang muda ni.. Ayah selalu amalkan zikir dan doa..Itu kelebihan Allah berikan pada ayah..

Sekarang, ayah dah mula membuka kedai mini dia..Hahha, kedai di dalam rumah. Pelanggan dia mestilah bebudak sekolah, rumah aku sekangkang kera je dengan sekolah. Part yang bebudak suka, bila abes je air di depan ayah, ayah akan kasi tambah secara percuma. Bila aku cakap, mana nak untung kalau asyik macam tu, ayah akan cakap..Tak apa, asal bebudak suka.. Bukan niat nak kaut keuntungan sangat pun cuma nak memeriahkan rumah. Ayah suka bile bebudak datang rumah..
Ayah juga ada buat part time secara free, dia suka pujuk budak supaya belajar. Of course, dia punyer students from anak-anak yang malang(ibu bapa kurang tegaskan pelajaran), budak yang tak pandai langsung membaca, menulis dan mengira dan bebudak yang bercita tinggi nak berjaya. Yang hairan, anak cikgu-cikgu yang menjadi jiran kami, ayah tak terima. Alasan ayah, dia nak tolong bebudak dalam golongan di atas. Anak-anak cikgu ni mostly dah pandai..Ayah oh ayah, mulia sungguh hati ayah...

Satu sen pun dia tidak ambil bayaran.. Aku tahu, ayah tak mampu nak buat pape, dengan cara itulah ayah berbakti pada bangsa, masyarakat dan negara....

Aku sayang ayah...Tiap hari kol, pun tak pat nak melepaskan rindu...Sejak ayah bukak kedai mini ni, dah tak suka jenjalan. Tambah-tambahan ada pulak dua tiga orang pelajar, lagilah tak ke mana..

Yang paling tak tahan dengan ayah, setiap duit keluar masuk dari kedai mini dia, mesti dia catatkan...Macam aku kata, tak mudah nak kelentongkan dia. Bila cucu-cucu dia balik, lagi lebat ayah meniaga...Hahaha, pantang cucu-cucu mintak, laju ajr bagi..Pastu masukkan dalam buku mak-mak ni..Hahaha, ayah tak berkira dengan kami pun, tapi kadang saja nak kenakan ayah..Sebelum balik, biasa aku akan tanya ayah dan bayar..Bayar terlebih ke terkurangke ayah ok aje...

Itulah kisah serba sedikit cerita tentang ayah aku...Yang famos di kampung sebagai cikgu Daud....Akekekeke....





Sekian, tak leh nak cerita detail takut ada plak yang dengki...Hehehehehe......









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~