Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Monday, February 29, 2016

2015 Jalan-Jalan Langkawi

Assalamualaikum...



Cuti sekolah tahun lepas we all satu family (but me without abang- abang keje..tak boleh nak apply cuti..) So far, as long with my family (my mom and dad) its okay. They will take care of us. Huhu.. Actually, aku tak plan pun nak pergi bercuti-cuti Langkawi. Tapi di sebabkan si boy dah sibuk ajak dan nak ikut mama dia, aku pun terpaksalah dengan hati gembira meninggalkan abang di rumah. Huhu..before tu, dah prepared sambal bilis siap2.  Biasa kalau aku nak balik kampung dengan anak-anak je, memang aku akan bekal kan sambal dekat abang. Iron baju siap2..Tak nak bebankan abang especially bila tugas mengosok baju dia aku dah fully take over....Hahahaha....Jangan kata itu memang tugas bini.. hahaha...

So, before ke Langkawi, adik laki aku yang drive keta aku. Malas plus umur makin meningkat ni, nak drive jauh-jauh rasa mak aih penatnya.. Tak laratnya. Abang kata aku mengada-ngada. Hahaha.. Kelantan -Sg. Buloh, jauh beb.. Tapi bila tahu nak balik excited bangat sih. Tak rasa penat.. Tapi bila teringat balik perjalanan dan masa yang di ambil..Penat sih..Hahaha...

Stay kat umah mama dulu before pagi selasa gerak ke Kuala Perlis. Kami stay kat homestay Kuala Perlis satu malam. Bawak orang tua (ayah), bawak baby yang baru lahir (Ariqa- anak kngah) bawak anak2 bilis..anak-anak aku, adik, kak ngah memang perlukan perjalanan yang steady. No rush anyway. Kejap-kejap berhenti situ, berhenti sini. Dua bijik kereta memang padat. Haha...Let the pic do its work...









































We all stayed sana 5 hari. Rabu check in Langkawi, tengahari ahad check out. Kereta aku terpaksa tinggal dekat jeti. Nak buat camane, unplanned vacation. Nama kereta atas nama MIL aku. So nak bawak masuk kereta, we have to prepare few documents. Like, geran kereta, if bukan nama kita. Kena dapatkan surat daripada owner kereta. Nak cepat approved loan kan, so pakai nama my MIL. Actually, thats give a problem jugak lah. So, nak beli apa2 just u your name.. Nak bawak bibah, bibah kecik. Barang banyak. So far, banyak tempat yang pergi tapi aku tak sempat nak snap picture. Abang tak ada memang susahlah sikit. Expecially si ebi, mana nak jalan sendiri. Nak dukung. 12kg beb nak kena dukung. First night, sakit badan aku. Apapun, ni percutian yang best. We all memang sentiasa bercuti bersama every years. Dulu aku kerja susah skit nak spend time together macam ni. Alhamdulillah, after submit everything, aku stayed kat rumah. So, bolehlah get along with my family. Sebelum ni diorang bercuti overseas, aku tak pat join. This year, hope dapat join lagi..


Best..best...eloklah spent time with family...Mak ayah sementara masing-masing masih sihat kan...

p/S: rugi sebab tak banyak snap pics....

Monday, May 19, 2014

~Zoo Negara~



Last weekend, my husband and I made a promised to our child that we're going having fun at ZOO NEGARA.. Tetapi, tak de having fun sangat sebab tak pergi pun. Al kisahnya, nak pergi sabtu tetapi mendung, hujan sepanjang hari. Cancel! Pagi ahad tu pulak, laki aku dah ajak tapi sebabkan aku ni mengantuk mata. Aku buat tak tahu. Tapi, dah siap sms member ajak pergi. Dia kata okey. So, aku pi google lah pasal zoo nih. Bila dah ada anak kecik ni, keadaan persekitaran tu penting. Ada tak tempat nak tukar lampin, tempat rehat, tempat makan. Itu penting ye bila kita dah ada anak-anak ni. They need fun but at the same time, keselesaan itu juga haruslah penting bagi diorang. So, as a mum and dad nih.. Memang kita kena bagi yang terbaiklah. Tak mampu lagi nak pergi jenjalan overseas. Tunggulah, nanti masanya akan tiba. Bukan setakat jenjalan, gamaknya kena duduk sekurang-kurangnya 7 tahun kat sana. Hah, masa tu ko pergilah jenjalan overseas sampai lebam bijik mata. Sekarang punyer cerita, memang tak mampu lagi. Back to pencinta alam semulajadi punyer story. Aku bukaklah website dia. Wah! melompat suka sebab online tiket lagi murah dari beli dekat kaunter and yang penting aku tak payah beratur panjang. Apa lagi, sesi pembelian online pun di lakukan. Ada instruction lengkap tapi aku yang tak faham!! Hahaha...memalukan betul.

Kepada mereka di luar sana yang teringin nak pergi jenjalan bawak anak, dating ke Zoo Negara. Mehlah beli tiket online. Yang penting lagi murah dan anda semua tak perlu nak bersusun panjang kat kaunter tiket. Nak ke korang waste korang punyer masa dengan beratur panjang. Tak ada orang, untunglah. Kalau musim ramai, haruslah lama kan kena tunggu.

 Go to Zoo Negara


Inilah dia rupa laman web zoo negara. Kat situ akan ada cerita semua pasal zoo negara. About feeding time, show time..macam-macamlah. Memang sesuailah kalau nak abeskan weekend bersama family.


If you want to buy online ticket, you have to be a member first. So, kena register dululah. Baru boleh beli online ticket.




Yang ini aku dah register akan as a member. So, dapat harga memberlah kot. Tu yang murah bila beli online. Good job. At least, we can save our money...tada...!! seronokkan. Bagi aku amat seronok bila dapat harga murah dari harga sebenar.

 See....look at the prices!!!







After your finish with your payment, they will sent notification that your booking has been confirmed and successfully.

This voucher ticket valid for one month and BOLEH di pakai selepas dua hari pembayaran. Kena ingat tu. Sebab aku ni tak faham sangat, apa lagi after print out voucher tiket tu terus pergi ke Zoo Negara. Excitedlah. Sekali, hujan lebat and my member pun dah buat u-turn balik rumah. Mana seronok tengok binatang dalam keadaan hujan lebat and we have two babies. Memang taklah nak pergi. Nasib voucher tiket valid sebulan.

And then, aku ingatkan kena pergi redeem tiket sebenar. Di sebabkan hujan yang lebat, aku just call no Saujana Jutaria Sdn Bhd. Tanya pasal redeem tiket. Dia tanya bila aku buat payment. Aku dengan selamba cakaplah baru sebentar tadi. Dia cakap..."Puan, voucher tiket tu sah selepas dua hari buat payment.." Hahaha, nak tergolek aku rasa malu. Nasib jugaklah hujan lebat, kalau tak mahu malu depan orang ramai. Rupanya, if aku buat payment 18/05/2014. Voucher ticket aku sah pada 20/05/2014. Dan ianya sah sampai 20/06/2014. Hahahha...Alhamdulillah, Allah sayangkan aku. Di turunkan hujan yang lebat. Kalau tak, mahu kena bebel sebakul dengan abang dan member aku tuh. Punyerlah nak murah beli tiket.



dan....




Akak tiket tu beritahu supaya aku datang 2nd weeks of Jun. Sekarang ni tengah dalam renovation. Alhamdulillah, jadi kesimupulannya. Weekend with family at Zoo Negara kena postpone sampai bulan June. Di sebabkan sekarang ini tengah dalam renovation. So, kepada mereka di luar sana yang berminat untuk jenjalan ke Zoo Negara. Eloklah book tiket next month sahaja..



Sekian...

Tuesday, April 16, 2013

Aquaria~Hari Untuk Anas

Assalamualaikum......

Aku rasa hampir dua minggu Bb tak sihat..Demam+selsema+batuk..Sejak kena virus tiga serangkai tu memang melepek je dia. Kadang bila cari dia, dah melepek atas katil. Memang kesian giler kami tengok. Sedaya upaya aku bersengkang mata jaga dia di kala malam tiba. Risau betul if aku tertido dia plak tengah batuk sampai sesak nafas. Risau baby dan risau dia. Double tak boleh tido..pergi kerja usah cakap, dah jadi macam adik beradik zombie dah lagak aku. Memang muka kemaruk nak tido sesangat time kerja. Dugaan betul, Alhamdulillah...semuanya dah okey. Bb pun berselera makan, bangun pagi2 dah mintak nasi. Terbaiklah Anas...

Since dia dah okey, aku apa lagi request kat daddy dia..This weekend ni, spare duit dia untuk bawak Bb jenjalan. So, destinasi kami adalah Aquaria at KL Conventional Centre...So sad, bukan masa terbaik. Ramai betul orang hari ini di sebabkan today ada event pc fair. Memang wrong timing r. Bersesak orang...Lucky, and first time kot bagi kami lepak kat KL with free parking. Terbaiklah sebab weekend Exxon tak cas untuk parking. So, staff dia memang feel free to park lah. Bab parking memang tak yah poning2 dah. Nak parking situ and then pergi KLCC pun boleh. No hallah as long staff Exxon....

Niat after pergi Aquaria nak lawat Petrosains, tapi...biasalah bila bawak mak buyung macam aku ni. Jalan sikit cakap nak masuk toilet, jalan sikit mengadu penat,sakit kaki.. Abang pun kesian kat aku siap cakap dia tengok aku macam sengsara untuk berjalan. Percaya tak, semua orang cakap aku preggy twin. Mana ada weeh!!wa dah scan banyak kali dan memang ada satu...


Pertama kali aku datang kota raya nih, dapat parking free dan tak payah berebut. Tq Exxon

Mana pintu nak masuk ni?




Hah! Sementara tunggu abang beli tiket masuk, aku dan BB duduk di dalam bilik yang di khaskan untuk ruangan menunggu. Baguskan...tempat ni memang mesra ibu dan anak. Cuba kalau tak ada ruangan menunggu ni, korang ingat korang mampuke berdiri bersama ragam si anak sambil menunggu tiket. Ramai betul orang time aku datang ni.

Sambil menunggu, diorang ada kasikan information pasal haiwan yang di kenali sebagai spesis berbahaya jugaklah. Ular! Terdapat tiga kategori ular ni. Tak berbahaya dan beracun, separa berbahaya dan beracun dan berbahaya dan beracun. Fuh! Aku sendiri pun tak tahu pasal ular ni di kategorikan macam tu. So, ni memang info terbaiklah bagi aku. Yelah, kalau nampak ular sebelum ni pun, aku tak ada nak pergi pegang pun. Mencecer lari adalah...Huhu, memang aku tak berani pun..






Okey, first entry dah terserempak dengan Piranhna...Huahuahau, tari kecik je tapi sekali kena tak sampai lima minit ko dah tinggal tulang. Oh mak! memang mengerikan..



Masa ni muka dah cuak


Belangkas

Ikan Yu pasir

Gamat-eei, aku geli nak pegang. Abang cakap pegang tu rasa pegang sabun


Electrik eel..High voltage










Hahaha.....
 Aku tak tahulah BB ni camane, tengok rerama pun takut. Siap mengelepar lagi..


Butang baju habis tercabut


Takut terlampau sampai menangis.





Ikan jerung

Feeding frenzy-ikan buntal

Feeding Frenzy punyer ikan










Nemo....kecil giler.











Bb memang penakut..Tengok ularke, cicakke, even rerama pun cakap takut. Aku tahulah anak bujang aku tu ikut perangai sapa penakut sangat. Nak kata ikut aku, aku ni lasak masa kecik2 dulu. Setakat binatang gitu, memain je pegang. Hahaha, aku dari kecil lagi orang panggil budak jantan. Sah Bb bukan ikut aku penakut. Mungkin......(sambil pegang dagu)...ikut perangai daddy dia kot...:-) ....




Cantikkan! Memang berbaloilah bayar sorang rm38 for adult. And child from 3-12 years old bayar rm28. For me, tersangat berbaloilah. Bukan setakat ikan aje yang ada, hidupan liar yang lain pun ada and then siap bagi information lagi.






Bagi aku...:-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-)  sangat2















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~