Tuesday, April 16, 2013

Aquaria~Hari Untuk Anas

Assalamualaikum......

Aku rasa hampir dua minggu Bb tak sihat..Demam+selsema+batuk..Sejak kena virus tiga serangkai tu memang melepek je dia. Kadang bila cari dia, dah melepek atas katil. Memang kesian giler kami tengok. Sedaya upaya aku bersengkang mata jaga dia di kala malam tiba. Risau betul if aku tertido dia plak tengah batuk sampai sesak nafas. Risau baby dan risau dia. Double tak boleh tido..pergi kerja usah cakap, dah jadi macam adik beradik zombie dah lagak aku. Memang muka kemaruk nak tido sesangat time kerja. Dugaan betul, Alhamdulillah...semuanya dah okey. Bb pun berselera makan, bangun pagi2 dah mintak nasi. Terbaiklah Anas...

Since dia dah okey, aku apa lagi request kat daddy dia..This weekend ni, spare duit dia untuk bawak Bb jenjalan. So, destinasi kami adalah Aquaria at KL Conventional Centre...So sad, bukan masa terbaik. Ramai betul orang hari ini di sebabkan today ada event pc fair. Memang wrong timing r. Bersesak orang...Lucky, and first time kot bagi kami lepak kat KL with free parking. Terbaiklah sebab weekend Exxon tak cas untuk parking. So, staff dia memang feel free to park lah. Bab parking memang tak yah poning2 dah. Nak parking situ and then pergi KLCC pun boleh. No hallah as long staff Exxon....

Niat after pergi Aquaria nak lawat Petrosains, tapi...biasalah bila bawak mak buyung macam aku ni. Jalan sikit cakap nak masuk toilet, jalan sikit mengadu penat,sakit kaki.. Abang pun kesian kat aku siap cakap dia tengok aku macam sengsara untuk berjalan. Percaya tak, semua orang cakap aku preggy twin. Mana ada weeh!!wa dah scan banyak kali dan memang ada satu...


Pertama kali aku datang kota raya nih, dapat parking free dan tak payah berebut. Tq Exxon

Mana pintu nak masuk ni?




Hah! Sementara tunggu abang beli tiket masuk, aku dan BB duduk di dalam bilik yang di khaskan untuk ruangan menunggu. Baguskan...tempat ni memang mesra ibu dan anak. Cuba kalau tak ada ruangan menunggu ni, korang ingat korang mampuke berdiri bersama ragam si anak sambil menunggu tiket. Ramai betul orang time aku datang ni.

Sambil menunggu, diorang ada kasikan information pasal haiwan yang di kenali sebagai spesis berbahaya jugaklah. Ular! Terdapat tiga kategori ular ni. Tak berbahaya dan beracun, separa berbahaya dan beracun dan berbahaya dan beracun. Fuh! Aku sendiri pun tak tahu pasal ular ni di kategorikan macam tu. So, ni memang info terbaiklah bagi aku. Yelah, kalau nampak ular sebelum ni pun, aku tak ada nak pergi pegang pun. Mencecer lari adalah...Huhu, memang aku tak berani pun..






Okey, first entry dah terserempak dengan Piranhna...Huahuahau, tari kecik je tapi sekali kena tak sampai lima minit ko dah tinggal tulang. Oh mak! memang mengerikan..



Masa ni muka dah cuak


Belangkas

Ikan Yu pasir

Gamat-eei, aku geli nak pegang. Abang cakap pegang tu rasa pegang sabun


Electrik eel..High voltage










Hahaha.....
 Aku tak tahulah BB ni camane, tengok rerama pun takut. Siap mengelepar lagi..


Butang baju habis tercabut


Takut terlampau sampai menangis.





Ikan jerung

Feeding frenzy-ikan buntal

Feeding Frenzy punyer ikan










Nemo....kecil giler.











Bb memang penakut..Tengok ularke, cicakke, even rerama pun cakap takut. Aku tahulah anak bujang aku tu ikut perangai sapa penakut sangat. Nak kata ikut aku, aku ni lasak masa kecik2 dulu. Setakat binatang gitu, memain je pegang. Hahaha, aku dari kecil lagi orang panggil budak jantan. Sah Bb bukan ikut aku penakut. Mungkin......(sambil pegang dagu)...ikut perangai daddy dia kot...:-) ....




Cantikkan! Memang berbaloilah bayar sorang rm38 for adult. And child from 3-12 years old bayar rm28. For me, tersangat berbaloilah. Bukan setakat ikan aje yang ada, hidupan liar yang lain pun ada and then siap bagi information lagi.






Bagi aku...:-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-)  sangat2















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)