Pertama kali ingin aku memohon kemaafan sekiranya luahan aku ini membuatkan ada yang tidak senang atau selesa. Hakikatnya, jika ianya berlaku pada diri sendiri baru kita akan mengakuinya. Betul tak? Wah...entry tajuk macam bersastera lah pulak aku ni di petang-petang gini. Actually, dah lama sangat aku nak bukak pasal HSB ni tapi tak berkesempatan dan ingin mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu. Bab kata orang, setakat pendapat aku je macam tak boleh pakai sangat kan tapi, bila dah 2 3 orang cakap benda yang sama. Korang faham-fahamlah kan...Menilailah dengan sendiri, nak cuba dan rasa sendiri pun boleh.
Okey, sebelum kita masuk part yang mendalam..aku nak bongkar dulu kisah HSB dan BB. Time BB demam+batuk+selsema..korang bayangkan betapa teruknya HSB ni. Kalau anak tak teruk, tak kanlah si mak bapak sanggup meredah tengah malam. Bila dah 2 3 pagi tercongok depan hospital tu maknanya anak tu teruklah. Nak kena explain lagi ker? HO dan MO semua macam hampeh. Macam dapat sijil medic beli aje. MA lagi pakar dan alert bagi aku. Yang pangkat medical officer punyer orang ni, boleh just kasi cincau-cincau. Time tu BB memang teruklah, nafas tak boleh..All the night asyik batuk sampai muka naik biru. Boleh kata anak aku dah ok. HSB memang teruklah. But, bukan semua hospital kerajaan macam HSB lah. Yang lain bagi aku okey je. Hospital Zainab kat Kota Bharu tu okey aje. KK lain pun okey tapi HSB memang tak ok. Nurse yang kerja kat situ sendiri cakap, kalau ada emergency case jangan bawak pergi HSB, pergi HKL lagi bagus. Hah tengok, akak bawah rumah aku tu kerja nurse dekat HSB..Dia sendiri cakap macam tu. And then, nurse yang kerja dekat KK Rawang pun mengomel jugak.
Al-kisah kejadian..huhu, baru nak masuk part yang lagi panas ni. Ini minggu lepas punyer cerita, aku terasa sakit pinggang, baby mengeras. Yang ni mungkin salah aku kot. And then, abang ajak terus pergi PPUM..Aku cakap tak nak, pergi dulu emergency dekat HSB. Memang dah tahu kat sana teruk tapi still rasa teruk tu boleh di ambil mudahlah kan. Sebenarnya,aku malas nak menyusahkan abang..lagipun BB ada sekali. Bayangkan kalau pergi PPUM..hurm, agak jauh jugaklah dari rumah aku. So, masa daftar tu (kaunter pendaftaran kat luar)..apa salahnya bagitahu suh aku refer dekat dewan bersalin terus kan. Tak adalah aku mengadap muka MO yang entah apa-apa tu. So, after pendaftaran maka dengan hati yang berdebar aku tunggu. Few minutes later, my turn. So, masuklah.. Masa aku masuk tu, MO dah gelak dan siap cakap..
" Saya tahu apa masalah awak..Sila baring atas katil.."
Masuk je tanya, ada bawak kain batik tak? Aduyai, makin mendidih lelama di sini |
Rasa nak ambik je buku merah dan lari keluar |
Aku pun dengan menurut perintah, baring jelah atas katil. MO tu angkat kaki aku, tekan perut and then suruh aku bangun. Tumbuk belakang aku dan tanya sama ada aku sakit ke tidak..
Aku cakap aku sakit pinggang, mungkin kencing kotor kot. MO tu siap cakap, adatlah orang mengandung..
Just tu aje, aku ni bukan main explain dekat dia. Buat abes air liur mak aje. Dan MO cakap lagi, tak ada ubat untuk aku. Thats all..tak ada pun nak cek air kencing ke apa..
Keluar je dari bilik tu, aku terus cakap kat abang. Tak boleh jadi, MO kat dalam tak ada check pape, just suh baring dengar jantung baby, angkat kaki jer. Aku dah makin risau kot baby ada jangkitan. Terus ajak abang pergi dewan bersalin kat belakang. Kalau korang nak tahu, dewan bersalin ni memang teruk. Masa nak daftar tu aku dah terkejut beruk dah baca statement kat meja pendaftaran.
Anda akan dapat katil sekiranya ada kekosongan. Masa untuk anda menunggu bagi mendapatkan katil adalah 24 jam hinggan 48 jam..
Begitulah lebih kurang ayat tu. Heheh, lupa nak snap gambar. Risau kat baby dalam perut tau. Mana ada fikir nak ambik gambar.
And then, sesi pendaftaran almost sejam. Aku tak tahu kenapa lambat sangat. Tengok jam dah almost pukul 11 malam dah. Bila pandang abang rasa sayu sangat, yelah esok abang kerja. Bila tengok BB, aku rasa nak menangis. Bb terpaksa ikut mommy dan daddy ke HSB. Sedihkan, dulu aku sakit BB tak perlu fikir pasal lain. Sekarang dah beza, dalam hati doa moga aku tak kena warded. Kalau dah masa nak bersalin tu tak apalah.
Masuklah dekat dalam, seram sejuk mak. tengok ibu-ibu bersalin duduk melepak di atas kerusi. Mak oi, dasyatnye dekat sini. Aku terus di bawa ke bilik CTG, dengar dengupan jantung baby. Alhamdulillah siap, jantung baby gerak normal dan sometimes ada contraction. So, dia suruh aku duduk menunggu nama di panggil oleh MO or HO.. Dah lah aku sakit pinggang, kadang tu ada contraction, kena pulak duduk menunggu di kerusi lama giler. Dalam duk menunggu tu, dengar jugaklah suara baby baru lahir. Suka sangat tapi bila ada akak kat sebelah cakap yang ibu bersalin yang duduk sebelah aku tu masuk dari pukul 2 lagi, sampai sekarang tak dapat katil.
Ternganga aku dengar, dalam hati rasa macam nak blah. Serius masa dia cakap tu, mata aku meliar mencari buku merah aku. Memang aku nak blah terus tanpa refer dekat doktor. Giler!!!
Sejam setengah tunggu baru nama aku panggil, sebelum tu aku dah sorok2 keluar jumpa abang. Melalak dengan abang cakap kalau aku kena admitted, aku nak keluar. Nak pergi hospital lain. Aku cakap kat abang sambil tahan nangis. Abang cakap dia akan mintak aku keluar jugak dari HSB. Lega!!
Jumpalah dengan MO dan HO, bla..bla..bla...Buat scan perut tengok baby, pastu masukkan muncung itik kat bawah tu. Dia cakap keputihan aku banyak dan air kencing kotor. Tu yang aku rasa sakit pinggang tu. And then dia cakap, contraction memang dah ada. Pastuh, aku tanyalah kenapa dia (baby) asyik mengeras? Ko tahu MO cakap apa..
" Awak dah pernah bersalin kan sebelum ni? Tak kan tak reti nak beza contraction nak labour atau tidak..."
Fuh!! Bahasa ayat memang manis giler. Terdiam aku..Speechless.....
Pastuh aku mintak MC..MO kata kenapa?
Korang bayangkan waktu tu dah almost 1.30 pagi, and I'm pregnant lady. Laratke nak pergi kerja dalam keadaan tak cukup rehat. Fikir2 sendirilah. Settle, dia cakap aku boleh discharge. Memang nak melompat bila aku dengar. Tak hingin aku nak datang sini lagi..Uweks!!!
Sebelum tu nak cerita sikit kat sini, ada akak tu datang dari Meru, Klang. Dia cerita kat aku, siang hari dia dah datang sebab sakit perut dan keluar lendir+darah. Doktor cek jalan dah bukak 2cm, boleh pulak doktor tu suruh dia balik. Pastu, dekat2 Magrib dia cakap dia rasa sakit sangat. Korang bayangkan Meru dengan HSB tu jauhkan, orang dah ada tanda-tanda nak bersalin. Jalan pun dah bukak 2cm,boleh pulak suruh balik. So horrible!!
Aku keluar jenguk abang kat luar sekejap, BB dah melentok kat bahu daddy dia. Kesian sangat. Abang tanya lambat lagi ker? aku jawablah tunggu surat discharge dulu baru boleh balik. Abang dah nampak macam bengang giler dah. Aku suruh dia bersabar. Dalam hati memang aku dah mendidih, servis lembap giler, dahlah mulut MO macam kuang ajor sikit. Dia ingat because of her status, boleh berlagaklah.
Lima belas minit, setengah jam, sejam berlalu masih tiada tanda-tanda untuk dapatkan discharge letter. What the hell? Lembap giler, aku apa lagi. Mula mencari nurse dan tanya pasal buku merah. Kelam kabut nurse tu cari buku aku. Ohmaigod, still kat bilik scanning. Nurse tu panggil HO suruh settlekan surat tu. Ko tahu kenapa lembap. Sorang HO, sorang MO. Pastu bile kelam kabu ada orang nak bersalin. Diorang ni kelam kabut pergi tengok. Pastuh, siap duduk berbual-bual elok manis lagi. Gelak-gelakkan lagi. Aku ni tak apalah, jenis yang tak sabar. Setiap masa aku tanya, dalam reramai kat sana. Akulah orang pertama dapat surat keluar. Yang masuk belah petang pun tak dapat lagi. Depa ni duduk menunggu je, tak ada pun pergi tanya nurse. Hahaha, padanlah muka. Tunggu sampai pagi belum tentu korang dapat surat. Geramkan!!!
Yang bestnya..tengah nurse tulis surat mc untuk aku, akak yang jaga kaunter pendaftaran masuk dan siap cakap dengan suara yang kuat lagi..
" Suami kepada Siti Nurul Akmal cakap, dia tak nak pape dia cuma nak wife dia discharge sekarang dan buku merah..Yang lain dia tak nak.."
Terkejut juga mak dengar time tu, first time abang marah macam tu. Hahah, malu pun ada. Agak-agak r nak sound pun sampai satu dewan bersalin dengar. Mungkin orang yang tengah teran baby pun tergamam. Papepun aku rasa puas, biar diorang tahu kami yang datang ke HSB ni bukan sengaja nak datang tahu. Hurm, kesiankan kalau orang-orang yang tak berapa nak mampu. Terpaksalah tahan semua tu dan bersalin kat situ. Aku ni lain case, case yang sengaja cari pasal. Memang aku tak ingin datang ke situlah. Dah cakap kat abang, pasni aku nak bersalin dekat KPJ or SDMC. Full stop, anak-anak kita pun pasni kalau sakit biarlah kita refer ke specialist. Jauh dari rumah belakang kira. Fed up dengan servis HSB.
But, jangan ingat aku ni anti sangat dan sengaja buat-buat cerita. Nurse KK Rawang pun cerita kat aku. Baru je cerita kat aku pagi tadi masa aku buat check up kat sana. Dia cakap kat sana memang teruk!! Mulut macam longkang, tak ada insurans. Terkejut jugak aku dengar, yelah dia kan nurse. Tak kanlah nurse2 dan para doktor nak buat lebih kurang je. Dia kata sama saja, kalau dah perangai buruk. Mana nak kenal orang. Huhuhu..membebel bagaikan akak tu.
Mata dah naik lembam baru boleh balik rumah. BB pulak tengah segar..
Mata dah naik lembam baru boleh balik rumah. BB pulak tengah segar..
Memalam buta boleh pulak pakai spec hitam.. |
So, inilah luahan hati aku terhadap HSB. Kalau korang nak rasa sendiri pengalaman seperti ini silalah datang bersalin di sini. Huhuu, kalau yang tak nak jadi macam aku ni. Sila jauhkan diri anda...Harapkan bangunan besar dan gah tapi servis hampeh.. Betapa teruknya, diorang tak ada pun note kat dalam buku merah yang aku pernah datang ke hospital untuk further check up. Dan nurse2 kat KK Rawang siap pesan lagi jangan perfgi HSB..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)