Showing posts with label Our stories..... Show all posts
Showing posts with label Our stories..... Show all posts

Monday, May 08, 2017

Ph.D Journey: MJIIT SPORTDAY 2017

Alhamdulillah...

Akhirnya setelah bertahun-tahun tak exercise aka tak turun padang, akhirnya mak jemah turun padang jua. Alhamdulillah kerana berjumpa dengan teman-teman yang sporting, sekaki, dan kaki sukan juga. Mak Jemah bukan nak up diri kot, tapi Mak Jemah ni memang kaki sukan sejak dari sekolah lagi. Kalau nak tau, lepas je abis darjah 6. Kulit Mak Jemah beransur tukar warna tau. Kalau tidak, tak payah cakap. Suami tengok mau dia tak pandang kita ni. Hahaha, dah kulit gelap gelemak, biji mata je putih. Rasa???

1st thing 1st, memang happy sangat. Orang kata gian nak turun tu tak payah cakap. Tapi, KL setiap petang hujan, sampai ada satu hari tu, request juga team mate lawan budak undergraduate (UG) even hujan renyai2. Gian oii...Dan yang paling happy, mestilah sebab cik suami sapot. Kalau dia tak sapot, tak dapat nak lepaskan gian jugak. Budak2 tak ada siapa nak pick up. Kesian kan.. Skang, memang Mak Jemah pakai servis van untuk ke sekolah kebangsaan sahaja. Balik Mak Jemah akan ambil. Time tulah Mak Jemah akan spent time dengan Big Boy, sembang dengan dia, tanya apa dia buat. Time is everything. Dah sibuk dengan hal lain, tapi Mak Jemah akan pastikan ada quality time dengan anak2. Sebelum pick up Big Boy, Mak Jemah pi amik si Ebi. Time tunggu BB lah Mak Jemah melayan kerenah si bam bam. Henpon, memang letak siap2 dalam handbag. 

Berbalik kisah sportday, mak jemah main netball n volleyball. Masa ni baru tau ada games lain. Yelah, mana nak tau, pic bukan email direct ke makhluk tak ada pangkat direct. Tak apalah, next year ada lagi. Nanti kita pulun main semua, nak lepas gian sangat kan. Hahaha, 1st day lawan netball (sebelum tu konon nak training-tapi hujan lebat setiap hari). After 1 games memang kelaut lah Mak Jemah. Sakit habis satu badan, cari pasal betul. Warming up pun memain, haruslah sakit badan kan. Adeh...kejam betul Mak Jemah dekat diri sendiri. Mau seminggu juga hilang sakit badan. Tak sedar diri dah tua, ada hati nak meloncat2 macam budak2 muda. Hahaha...

Tapi apa-apa pun, Mak Jemah enjoys...Volleyball team Mak Jemah jadi CHAMPION, netball just 2nd runner up. Okaylah, surrender awal2, pancittt....












Monday, April 03, 2017

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut



A Little Something To Let You Know You're On My Mind And In My SoulπŸ’–My Hero....


First of all, alhamdulillah di panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk menjadi hamba-Nya...

Ingat tak, last year mak jemah ada pergi celebrate our 6th anni dekat Kuantankan...kan...Tahun lepas we all stayed dekat Swiss-Garden Beach Resort Balok, Kuantan..This year, on our 7th anny, we all stayed at Swiss-Garden Beach Resort jugak tapi dekat Lumut...Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut nama di beri. So far, walaupun 4 stars tapi amat berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan.

Oh, ye...berbalik plan asal ala2 surprise kononnya nak stayed kat hotel di tengah ibu kota you..Tapi, mak jemah punyer bibik aka adik mak jemah kena balik kampung jaga ayah mak jemah. So, tak dapatlah konon2 nak honeymoon berdua. Anak2 tak dak sapa jaga.. Ngelas, unplanned partner mak jemah ajak g bercuti. Mak jemah buat xtau jelah.. Yelah, dua minggu jugak mak jemah tak kemana-mana, budak2 down with high fever. So, mak jemah yang memang dah plan nak balik kampung tercinta, terpaksa cancel. Mak jemah tak sampai hati nak mintak cuti ngn supervisor mak jemah. Supervisor???? Hurm, Mak jemah dah kembali kepada asal. Dah menjadi student balik you. Nanti mak jemah buat story pasal camane mak jemah kembali kepada asal...Hikhik..

Big boy dah sibuk tanya, bila nak sampai ni? Mak jemah dah sediakan bekal siap2. Pening skit perjalanan sebab abg hensem sebelah mak jemah ni ikut laluan dalam. Bukit bukau, ladang, jalan rosak. Bab kata memang perjalanan yang memeningkan sungguh. Dalam hati "Kat celah mana dia nak bawak kami anak beranak ni bercuti". Mak jemah dah siap fikir dah camane nk berposing amik gambar ala-ala di pulau. Dalam hati ni mesti hotel dekat Lumut. Yang bersebelah dengan Pulau Pangkor...Acehceh..

Setibanya di dalam hutan, ladang, kira-kira almost 20km++ dari bandar Manjung. Akhirnya sampailah kami di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Ternganga sekejap mak jemah. Mana tak suasana yang tenang, setenangnya. Hotel tak payah cakap, cuti sekolah kan. Tentulah ramai. Amik masa jugak nak check in bilik. Fuh! Bila tanya si hensem, awak book berapa malam ni? Di jawabnya satu malam. Mak jemah sekali lagi ternganga. Satu malam sahaja. Perjalanan bukan main memeningkan. And we are going to stay only for 1 night. Tak agak2 suprise dia ni. Mak jemah bukak handbag, amik cc. Hulur dekat si hensem mak jemah. Mintak dia book satu malam lagi. Hurm, harga tak usah cakaplah. Mahallah weh book on the spot. Anak dan bini punyer pasal. Tapi telinga mak jemah dengar si ensem kata, semalam tak cakap nak duduk dua malam?..Eh..eh..dia nya plan, kita pulak di salahkan..Selesai book satu malam lagi, mak jemah menggigit jari sendiri. Itulah makjemah, buat apa-apa bukan nak fikir dulu. Si hensem datang, "baju anak2 cukup ke?" mak jemah anggguk. " Baju kita?". Mak jemah terus buat muka kiut kat dia. Apa lagi, dia tepuk dahi dia sendiri. Dah agak dah..mesti dia bebel kat mak jemah. Kata surprise kan...hihihi...Mak jemah gosok lengan si ensem sekejap. Last dia cakap, malam nanti keluar ke bandar. Cari baju..Yesss...yess....

Aktiviti kitaorang tau..
Jumaat (Check-in)
lepak2 dalam bilik sementara tunggu towel. Punyerlah ramai sampai towel hotel pun amik masa. OK...tarik nafas...

Malam
Dinner di luar aka Jusco Manjung. Yes, misi mencari kelengkapan kami.  Hurm, tak pasal2 mak jemah terbeli kasut PUMA..hihi, sory b...tuk keselesaan bini u jugak...

Sabtu     
Breakfast at dining hotel. mandi manda...naik bilik...Rest..petang sambung  mandi manda lagi...

Malam
Misi Jalan-Jalan Cari Makan...Yeah... yang agak azab sikit bila nak keluar dari kawasan hotel ke bandar. 20km++ yang oi..laluan agak memeningkan, ladang yang berbukit dan gelap.. I pilih better stayed at hotel jelah lepas ni kalau datang sini...Big boy x usah cakap, kepenatan. Sampai cakap tak nak jejalan dah. Nak balik tido kat hotel. Bila mami kasi peluang ni, baik gunakan sepenuhnya..

Ahad
Breakfast dulu..Lepastu big boy dan suami mak jemah mandi manda lagi. Mak jemah malas dah. Perut dah kembung telan air kolam banyak sangat..Sesi kemas2 da...


Around 11 am kami check out. Pasal apa? Pasal unexpected plan jadi banyak lah undone work kat rumah. Begitulah cerita celebrated anny kami tahun 2017.. Alhamdulillah...



                                  πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–









Alhamdulillah...after all this time, you are still amazing to me.                       Happy AnniversaryπŸ’–πŸ’–








Model utama mami....πŸ’“



Spot my two fish...πŸ˜‹



Sesi latihan renang big boy..hurm, cuti sekolah dah boleh register kelas renang.

Kan...aktiviti banyak di dalam pool....kata release tension. Anak2 mak jemah ni tak banyak songeh, every weekend we all memang terjah swimming pool...Big boy siap hari2 doa agar mami dadi di limpahkan rezeki yang banyak dan dapat built in swimming pool dekat dia..Amin..mana tau kan rezeki abg....

Wednesday, August 21, 2013

Buat BB & BI

Assalamualaikum wbt....

Selamat pagi untuk anak-anak mummy......Actually, mummy hasilkan nukilan untuk both of you di PC dekat office tau. Nak buat dekat rumah, confirm mummy tak sempat...Mesti Anas sibuk mintak dengan mummy..Tab Anas mana mie...Adoi, memang tak boleh lah nampaknya....

BB and BI, mummy officially today (19/08/13) dah tender resignation letter dekat sini (SMCM). Biarlah kita hidup susah sikit janji mummy dapat tengok muka kamu berdua setiap hari especially BI coz youre so special to me....BB, as a brother you should be more independing and caring about your sister. Do you know what happened to her? What's wrong with her? You will know it one day. Thats why both of mummy and daddy pay more attention to her. Hope, youre find with that. I know, you must felt unfair right? Is it not your fault? If I have a time, surely I was playing with you, did you remenber that? We were playing lego together,watching you built traffic light and street lamp. Did yo know that Youre smarter than your daddy. We proud to had you BB.

Mesti nak tahu kan kenapa mummy tiba-tiba nak quit? Actually, BI still in my tummy lagi, mummy dah slow talked dengan daddy. Mungkin sebab mummy rasa macam, is it not fair for BI. Yelah, dulu masa BB, mummy yang jaga sampai cecah umur setahun lebih. Lagi satu, jaraknya yang jauh. Ohmaigod, mummy rasa dah macam driver teksi, 100+km setiap hari. Penat! Bila mummy penat, semua tak kenalah kat mata mummy. Mesti BB penah kena dengan mummy jugakkan. Eh, tapi tak de lah sampai mummy tangankan kamu yer. Mummy tinggikan suara aje tau. Tu pun after that, mummy rasa betul2 bersalah, almaklum badan dah penat...otak pun mulalah stop running. Sayang, i'm sorry okey.

So, sekarang ni kita kena belajar untuk hidup sederhana ye..(eh, selama ni pun hidup kita bukannya mewah pun....) Pakai pun kereta cap Malaysia je, rumah pun menyewa dengan orang...Hehehe, bab kata daddy, bersyukurlah dengan nikmat yang ada sekarang ni? Iya tak ya jugak...Masa neh, daddy dah plan nak beli rumah for us...Tapi, kena tunggu dululah.....Tunggu..Hehehe..

So, makin cepat masa berlalu kan, tak sedar dah BB dah nak jadi anak bujang mummy..Tahun depan dah boleh register sekolah dah...Hurm, BI pun dah pandai ajuk cakap orang. So sweets, mummy bahagia sangat sebab di kurniakan anugerah tak ternilai neh..Memang tak dapatlah nak cari kamu berdua dekat Habib Jewels, Branded Outlets...Hoho..memang sampai kiamat pun tak dapat tahu. These gift from ALLAH..Syukuran Jazillan...( Berbahasa Arab lah pulak mummy kat sini)

Mummy berjanji, mummy tak akan sia-siakan hidup korang berdua (sekarang neh just BB n BI jelah)..cerita pasal adik-adik kamu tu, kita story lain ek...Now, focus pada kamu berdua. Alhamdulillah, even belum cecah 3 tahun lagi, BB dah pandai ABC, numberic and so on. Dan, mummy nak as a brother, jangan lupa ajarkan BI supaya become like u jugak. Genius!!!!!

So, nanti mummy nak bila korang besar esok2 dan baca blog mummy neh, mummy nak korang jadi anak yang soleh dan solehah..Kita hidup kena selalu beringat akan hari pengakhiran, kematian kita. Mummy doakan kita sekeluarga di panjangkan umor, murah rezeki, jauh dari terpesong agama dan akidah, jadi seorang muslim dan muslimah sejati. InshaAllah, sama2 kan kita berusaha ke arah itu. Mummy pun tak sangka yang mummy dah ada kamu berdua. Kalau di ingatkan zaman mummy sekolah dulu-dulu, memang buat malu sungguh dengan perangai mummy neh. Camanelah tok ayah dan nek ma kamu hadapi perangai mummy neh. Dahlah adik beradik mummy 10 orang...

Kadang-kadang kalau kamu nak tahu, mummy still perasan yang mummy neh muda belia padahal dah masuk 27 tahun dah tahun ini. Tapi, apakan daya...mummy still ada perasaan perasan. Nak kata muka baby face..Ahaks..jauh panggang dari daging ayam....Camanelah, daddy boleh jatuh cinta dengan mummy. Kuasa ALLAH...Alhamdulillah...











~ Tatapan buat Anas n Dhia....~

Thursday, April 04, 2013

Nenda

Innalillahi wainnailaihirojiun..

Al-Fatihah untuk nendaku. Setiap manusia yang hidup akan mati jua. Kita kena redha dengan pemergian orang kita sayang. Tanggal 30/03/13, nendaku telah kembali ke Rahmatullah bertemu dengan segala Pencipta Yang Maha Esa..


Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sedih tak terkata, terasa diri ini terlalu banyak dosa terhadap arwah nenda. Betul apa yang di kata selama ini, yang pergi di rindui berbanding yang berada di depan mata.

Tok Mek @ Zoo Melaka..

Ya Allah, engkau ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini. Kau tempatkan tok mek di kalangan orang beriman...Amin!! Memang terasa sangat akan kehilangan tok mek. Memang Allah tidak mengizinkan aku untuk mengadap saat-saat terakhir tok mek.

Hari Jumaat tersebut, aku memang teringin untuk mengikut K.Ngah balik menjenguk tok mek malangnya BB berada di Penang. Memikirkan yang abang sudah mengajak balik next weeknya, aku sabarkan hati.

Before bertolak ke Penang, once again aku call mama tanya perkembangan tok mek, mama cakap tok mek oke dan dia sendiri berada kat Melor aka rumah kami...

Sabtu petang @ Penang
Then, got a called from mama, tok mek sudah di pakaikan oksigen. After few minutes later, Tok Mek dah tak ada.

+_____+

Tak ada rezeki tapi aku tetap bersyukur kerana sepanjang jenazah ada di rumah aku dan adik beradik yang lain sentiasa menjaga tok mek. Setiap masa kami mengiringi Tok Mek dengan Ayat suci Al-Quran..




Semoga tok mek sentiasa di rahmati Allah....



We Loved you so much..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Saturday, December 22, 2012

Patutkah aku menangis........kerana Dia....

Salam.....tengoklah entri tajuk cam lain macam kan. Memang..memang lain macam. Aku nak bongkarkan semua perkara...Ini kerana Dia, kami macam ini. Dulu, abang bukan macam ni..Abang seorang yang prihatin, selalu amik berat pasal aku, sometimes (weekdays), we always spend time together watching movies..Tapi sekarang ini, kerana Dialah....kami berubah..

Kerana Dialah, abang balik kerja..mandi, wangi sepanjang malam. Lepas saja solat Magrib terus pandang telefon. Asal aku dekat dengan telefon abang, laju jer mata abang jeling2 dekat aku. Yelah, kerana Dia abang juga dapat handphone baru. Dulu, dapat juga tapi hp nokia cikai..Yang ni, dari orang banyak duit. Aku,apa lagi tarik mukalah walaupun bukan hp pilihan tapi jauh di sudut hati aku jeles.

Aku ingatkan, penat balik dari kerja boleh manja-manja dengan abang tapi abang tak ada masa dengan aku kerana terpaksa melayan si Dia. Dia yang terlalu mengada, selalu menunggu abang untuk bersamanya. Jeleskan..isteri mana tak jeles. Puas abang melayan dia, baru nak cari aku. Tapi, aku dah lama dah tido..Malas nak tunggu abang, nak tengok abang macam tu...

Bangun aje pagi, abang dah siap2 awal..Agaknya abang memang tak sabar nak jumpa dengan Dia kan..Sabarlah wahai hati.....masa untuk mu akan tiba jua....

Pastuh, kerana Dia, aku di tinggalkan berbulan-bulan (2 bulan).Ces, kalau lah dia support aku sekali kan best, boleh jugak aku pergi sana...windows shopping..Sesorang pun tak kisah, abang nak layan dia sampai pagi pun tak kisah janji aku dapat habuan jugak...Papepun, aku tetap sayangkan abang. Suami aku dunia dan akhirat tu..Mana nak cari se hensem dia, serajin dia, sebaik dia...Hanya abang dan patutkah aku menangis kerana Dia.....??

Patutkah aku menangisi hidup ini kerana Dia??....Pape pun aku bersyukur sangat pada ALLAH yang maha Esa...kerana memberikan Dia dalam hidup kami..


Dialah adalah kerja...

Terukkan aku jeles bila abang kena kerja..Yelah, balik rumah jer..terus open laptop...8.30- 11.00 malam kerja. Setiap hari kerja kecuali malam sabtu..Malam jumaat pun tak de masa buat kami..Huhu..salah aku gak, aku yang tak mampu nak bertahan mata ni.. Abang masuk kerja, aku masuk tido...Sampaikan BB pun aku paksa lepak dalam bilik...


Abang yang berbaju melayu purple..Hahah..dia je lelaki..yg tu bos besar dia..


Menara Exxonmobile
 Hahaha...saja mengada letak menara Exxonmobile...Kalau letak KLCC kan, orang kata mengada jugak tapi saja nak pilih this building..Hahaha, bukan ada apa cerita pun di sebalik menara nih...Langsung tak ada!!!


Kad esso
Dengan adanya kad ni, kami dapat rebate minyak sebanyak 15%...Huhu, sapa nak bagi rebate tu kan....untung jugaklah..Nih one of benefit yang abang dan keluarganya dapat (kami anak beranak ler).
Lets say that sebulan isi minyak abeslah dalam rm1000, so korang kiralah....1000 x 15/100= 150. Maknanya rebate tu dapat rm 150. Okeylah, dari tak ada langsung kan...Alhamdulillah...
Kad insuran

Setiap ahli keluarga dapat..Huh, termasuklah nak bersalin. Tapi, at this time..aku lagi prefer gomen nye hospital.This is for my baby....Tak pe, once adik ok, mummy tak kisah...Yang ni kan, out patient just cover rm34, if lebih kena bayar lebih. Tak pe, aku swipe aku nyer kad jer. Total up satu family outpatient company aku cover rm1000. Bab outpatient aku prefer swipe akunyer kad ler..Tak pakai abang punyer. Kat area sini, sekali pergi lebih rm50. Mana cukup, kat kampung bolehlah..Huhu...
Tapi, kad abang boleh cover 400K setiap orang..Huhu, in case, kena admit hospital..Hoho, penyakit berbahaya, bukan mintak ni..Ini cerita in case kalau ada...Part of benefit dari company abang..

Company aku..huh, habuk jelah..Tumpang company abang je..

Wednesday, December 19, 2012

Confinement time...

Assalamualaikum.....


Hurm...even baru je masuk 4 bulan lebih tapi aku nih kalau boleh nak everything's under control, complete..wakakaka...Kalau boleh tak mo macam dulu..tau kenapa? Semuanya tak sempat nak prepare,
mana ada masa nak buat tu buat ni..Full time study kot, tahun akhir apa lagi sibuk ngn thesis lah manjang..Kelas lagi, assignment lagi..another project lagi..Huhu..last..last, aku lupa nak settlekan set untuk confinement. Bila dah selamat deliver, langsung tak ingat pape. Nasib pakai bidan jugak selepas deliver nak selepas 5 bulan bersalin. Huhu, time tu memang aku tak terfikir pun nak cari set, sebab fully BF katakan..Orang kata tak elok. Amik ko! memang aku tak ada makan pape..Pantang bertungku, jaga makan dan berehat jer...Rindukan time tu, ish..ish..tak apa, tak lama je lagi. Harinya akan tiba...InshaAllah...

Korang rasa yang mana patut. Selama berbulan ni aku duk mengadap pc, buat research..Ramai yang prefer SHAKLEE...betul ker? Nak tanya family aku, diorang tak penah makan ni. Tapi, few of my friends kata cap ni ok bukan macam cap ayam lah..Hohoho..Cap ayam...Ayam brand...Tak adalah..mengarut je aku ni..Tapi, ada brand lain jugak aku research..Kalau boleh, memang nak cari yang terbaik ler...Tak de effect dekat baby...Ni yang aku tengah survey skang...Banyakkan baca ni elok gakkan..Kalaulah aku serajin ni menkaji, ase dulu aku confirm jadi DOKTOR kan..ahaks..


Ni kot set confinement from SHAKLEE...


combination with...

Vitamin B complex dgn asid folik-pas bersalin kena makan lgi ker..eii..xsuka.
Vitalea/multivitamin dengan zat besi- jugak x best nak telan..anak tekak rasa lain macam
Vitamin C- yg ni aku suka
Zink- bolehlah...
Energizing soy protein- nak try lah..


As long as dapat bagi kebaikan dekat me and baby, aku akan berusaha untuk makannya...Chayok.chayok..( mintak abang sponsorkan ek)..Abang lagi yang kena...

Set confinement Sendayu Tinggi...


Tapi, few of my friends cakap yang ni panas tapi ok. Tapi kalau BF tak berapa ok...Betul ker? Yang pastinya aku memang tak tahu. Ada jugak orang pakai ni. Papepun, aku akan menkaji ianya dengan lebih detail...Part yang bes pasal ni, dia bagi complete..ada massage tuk ibu, minyak telon..

Set confinement NONA ROGUY

PAKEJ MENGANDUNGI:


PhytoNatal - 90 biji

Akar Herbanika - 10 paket

Minyak Herbanika - 100 ml

Herbanika barut (krim) - 60gm

Uncang Cuci Herbanika - 10 paket

Herbanika Lulur - 100gm

HARGA : RM365.00

OFFER : RM 300 ----> dengan PERCUMA(pilih antara set di bawah):

Set free gift 1:

Bengkung bodycare/seraimas

Set Free gift 2:

1. Losyen Pati Halia

2. Minyak Telon

3. Barut bayi

4.Sabun Susu Kambing

5. Param

6. Pilis


Set free gift 3

1. Losyen Pati Halia

2. Minyak Telon

3. Barut bayi

4.Sabun Susu Kambing

5. Tungku bayi

 
 
Cuba korang tgk harga ni..aku copy paste lam satu blog..online blog. Macam tak munasabah jer dengan harga, ntah2 harga tu termasuk free gift kot. Nak komen lebih2, aku tak tahu betul ke tak. Kalau ikut logik aku, macam tak logik jer..huhu..ye kot..( nak kena survey dengan dealer lain jgk nih..) Tapi, harga dia memang mahal pon...cakap jelah terus terang tak yah nak belit2 kan ayat..hoho...agak yang ni ok tak????????
 
 
p/s: Kalau di ikutkan skang, memang banyak lah orang jual set berpantang ni. Yang ok tu yang tak tahu actually. Aku kalau boleh, tak nak yang bagi effect kat baby...Harga tu belakang kira, kotnye bayar tu mahal tapi hampeh..Tu yang masalahnye..
 
 
Erk! barang baby belum shopping lagi. Yang pasti, persiapan macam nak dapat anak pertama. Semuanya kena beli baru except car seat and stroller coz BB bapaknya beli dua. Yg BB baby dan sekarang. So, aku rasa tak yah membazir beli baru kan..Tak yah nak show off sangat..Pakai yang mana ada sudah...Tapi, barang lain kena beli..Sebabnya, ada yang aku dah dermakan dekat adik aku...(',)..Ingatkan lambat lagi BB nk dapat adik....rezeki murah..

Thursday, December 06, 2012

Hadiah dari Daddy...LEGO the Builder..

              Last week on BB besday, abang belikan BB set lego...Bukan mak ai suka budak kecik tu. Bapaknya suka ajar anaknya main mainan. Nasib ada Pak long BB yang suka adiahkan BB buku. Ala-ala nak ajar anak sedara jadi macam dia kan..Bagus..bagus..jadi doctor macam Pak Long yer, BB..Senang hidup mommy nanti. Make sure bukak klinik biar mommy yang jaga akaun..Hahahaha..mata duitan betul si maknya ni...




Sempat lagi BB bergaya..alahai...



Hahaha..kantoi ngn mommy...
 Nampak tak kotak lego tu..Huh, kecik saja kan tapi harganya almost RM100...Tak berbaloi betul tapi dah si bapaknya cakap benda ni dapat menjana minda anak dia. So, dia tak kisah..Mula tu aku jeling je, pastu bila tengok balik..macam berminat juga nak main. Aku request soh bapaknya belikan satu tuk aku, set Barbie..amik bang!! Satu set Barbie almost RM300..Hahaha..yang lawaknya nak kasi tuk besday aku next year. Agak-agaklah cik abang oi..Lama benor nak tunggu tuk dapatkan benda alah tue. Aku suh dia belikan satu set tuk anak dia setiap satu minggu. Dia cakap boleh botak kepala dia...Kata dapat jana minda anak dia..Opps...Hadiah dari aku pulak, aku dah terbagi awal tu pun share ngan mak cik n pak cik BB..Hehehe..tak nak post hadiah tu. Lagipun dah banyak picture kereta hijau dia tu..But, aku beli jugak tapi yang murah lah..Aku beli Boboi Boy tuk dia..Suka.....Nanti aku letak pic Boboi Boy tapi bukan ruangan ni.Ni ruangan hadiah dari Daddy...

Saturday, December 01, 2012

Based on true story~ How to raise our childs...

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat untuk anda semua...Huhu, walaupun bukan ramai yang sanggup singgah di sini tapi aku dengan rela hati suka juga untuk mencoretkan luahan..huhhuhu....

So, jap lagi aku nak cerita pasal true story..Cerita ini bukan rekaan tau, memang asli dari aku..Muahahha..memanglah sebab ni kan kisah aku..Kisah kehidupan aku sejak bergelar ibu nih...Dalam masa 2 tahun ni, banyak benda yang aku pelajari. Melalui pemerhatian aku, kajian aku selama 2 tahun ini (actually nak memantapkan fizikal dan mental sendiri kerana tidak lama lagi akan bertambahnya ahli keluarga Bang Boy...Amin)....Dulu, aku selalu risau, mampukah aku jadi seorang ibu. Kalau di lihat peribadi aku ni, confirm tak layak!Aku tak suka dengan budak-budak, apatah lagi bebudak yang selalu buat bising,bergaduh, menangis..Hua..hua..aku memang tak tahan. Aku bukan berjiwa penyanyang..Kalau dulu, sepupu-sepupu aku memang jadi mangsa. Bila dorang tak dengar cakap aku, memang aku belasah. Tak kira depan mak bapak diorang ke, atuk diorangke memang aku belasah. Nak..nak time aku nak makan, mengada mintak di suapkan nasi. Pantang! dan bila time aku tido. Pantang!!..Tu yang buat aku risau tu, mampukah aku jadi mak yang baik...


Masa baby

Dekat umo 2 years old


Bersama abangnyer..Anas & Asyraf

Kan..kan..susah ni jadi seorang ibu. Tapi, bila aku rasa susah, aku teringat dekat mama...She got 9 childrens to raise up...Huhu....so, aku tabahkan hati sambil memohon pertolongan dari ALLAH..amin, aku rasa aku dah membesarkan seorang anak yang baik..Korang nak tahu apa kaedah aku amik..Meh aku ceritakan...

Actually, semua orang sayang anak apatah lagi anak yang baru di lahirkan. Dalam family aku ada doktor, sesetengah orang cakap cara doktor adalah cara kejam tapi bagi aku tidak. Ianya adalah effective dalam membesarkan anak..Korang tau tak, masa dia baby, aku memang jarang pegang dia dan aku memang x allowed people (adik-adik aku especially) yang ghairah dapat nephew ni pegang or riba dia. Aku selalu cakap, jangan sesekali angkat baby even he's crying. Biar dia menangis, korang cuma tengok aje. Alhamdulillah, masa aku dengar dia menangis di tinggalkan memang aku sedih tapi aku tahu tu cara yang terbaik untuk dia. Habis aje menyusu aku letak dia atas tilam. Aku pastikan dia bermain di atas tilam not on my riba. And then, aku tak kasi dia tido dalam buaian..Cuba korang bayangkan, kalau anak anda di biasakan tido di dalam buian, time korang balik kampung tak kan korang nak angkutkan..(aku tengok mak cik-mak cik aku tidokan anak dalam buaian, so bila time nak tido mengamuk sebab bukan dalam buaian) from that, aku jadikan pengajaran...Satu lagi, bila dia dah pandai merangkak, make sure selalu cakap dengan dia. " Baby, kalau nak tido, datang kat mommy dan tido kat bantal baby.." even dia masih kecil, tapi selalu cakap macam tu. InshaALLAH, dia akan mendengar kata. Sama juga selepas or semasa dia menggunakan botol susu. Aku selalu cakap-cakap dengan dia.."pas abes isap susu, tutupkan balik botol susu" dan seiring dengan tunjuk ajar. Tunjuk dekat dia macam mana kita tutup botol..Sekarang ini, so far semua ok. Apa yang aku selalu beritahu dekat dia, dia dah implement dalam kehidupan dia.


Bila dapat aje botol susu, dia akan cari bantal Doreamon dia dan tido. Habis saja isap susu, dia akan tutup botol susu dia dan tido...Tak pernah merengek bila time tido, aku just angkat jer dia. Sebab dia dah tido, yang pastikan tido berbantalkan Doreamon..Alhamdulillah....Yang penting, kena selalu cakap dengan dia. Kalau aku marahkan dia, aku akan mintak maaf dengan dia dan explain kenapa aku marah dia. Budak-budak ni memang unpredictable, but as long kita cakap elok2, dia akan faham. Jangan fikir dia budak-budak, he's never understand..Its totally WRONG!!..

Dan sekarang ini, bila saja dia main or pakai buku-buku dia, aku selalu mintak dia simpan balik..Dia faham..Alhamdulillah, aku rasa aku semakin bersemangat nak timang anak lagi..Tak sabar dah ni non.....DAN, jangan lupa, sebelum tido, baca-bacakan ayat AL-QURAN dan hembus ke ubun-ubun dia...Bila time mengaji AL-QURAN, make sure dia ada dekat sebelah..Amin, aku doakan anak-anak aku menjadi seorang yang berilmu dan soleh serta solehah..Menjadi mukmin yang baik..amin..

Tenkiu mama dan ayah kerana membesarkan kami adik-beradik sehingga menjadi orang-orang yang berguna...Sob..sob..mama sanggup bergolok gadai semata ingin melihat kami berjaya dan berilmu...LOVE YOU SO MUCH SO MUCH!!!!

Tuesday, November 20, 2012

Zoo Melaka~~


Last week, we went to ZOO MELAKA for jalan-jalan tengok binatang..Hehehe, satu family besar pergi kot nih..Adventures at Zoo Melaka;
1) 2 warga emas
2) 9 dewasa       
3) 2 kanak2 underages
4) 2 kanak2 kecil

Hahahaha.....dengan confident aje pergi sana tapi silap time. Ramai giler orang. Aku tepuk dahi bila tengok ramai budak2 berbaju pakaian seragam sekolah. Adush! silap time..ni first day school holiday..Patutlah ramai, cikgu cikgi bawak students diorang datang melawat kat sini..Adeh...ramai pun ramailah. Alang-alang dah tiba kan, redah jelah. Tengok muka tok mek ngn tok bah excited giler..Tak kan nak patah balik pulak. So, abang yang amik alih pergi beli tiket nak masuk. Sorang dewasa rm10.00, warga emas ( kena tunjuk IC) rm4.00 perperson. Kanak-kanak under 12 years old rm4.00 and underage( 2 years ke bawah-FOC). Lets go...have fun....yeah..yeah...yeah..Zoo Melaka ni actually korang boleh pergi pagi dan juga malam (night safari). Tapi, di sebabkan adanya warga emas dan underage..Kami tukar plan melawat waktu siang.

Tunggu Encik daddy belikan tiket


Tok Mek & Tok Bah...yang cute tu Auntie aku..


Kak Ngah & Asyraf


Kanak-kanak riang tengok binatang..muahaha


Adik aku (Ein), Bang Boy & daddy


Style Bang boy bila bergambar...

Its me...muahahaha...slim kan aku...alahai, asal Bang Boy tengok bawah

Bang Boy..bird...bird..sibuk daddy suh anak dia tengok
Eh..Mak cik kita tu tido ke berjalan..
Di atas kereta api kecik yang bertayar...Pengembaraan bermula..Aku sengaja amik seat paling last..Pasangan di atas adalah mak cik dan pak cik aku...Muahahaha
Nih barisan aku..saja nak berhimpit dengan aku budak-budak nih. Padahal kat depan banyak kosong..Last aku suh Cik Ten, kiri sekali duduk depan...

Kijang kot..

Zirafah..


Apa tue..Bang Boy cakap.."cat.." Alahai anak mummy,semua binatang panggil cat.Actually kambing gurun kat sana..Nampakkan yang hitam atas batu tu


Nak cakap ke binatang tu apa? Gajah..erk,mesti orang tau kan





Seram...sebab itu kena letak dalam sangkar...Harimau bintang...spesies ini jenis melompat dari pokok..



Seladang kot..Muahaha...lupa der

 
Sang kancil..


Hahaha..lembu pun ada...siot betul..datang jejauh..tengok lembu..'first perkata kuar dari mulut depa..'





Rusa paya
~ Sorry, picture kat atas antara nampak dengan tidak nampakkan..Apa komen ada? Mesti anda akan kata tidak nampak kan? Huhuhu..sayang sekali sayang kerana gambar ni di ambil sewaktu kereta api kecik yang kami naiki bergerak even bergerak perlahan still tak dapat amik dengan jelas. Kami suruh pemandu berhenti, ada ke patut pak cik drebar buat tidak layan. Eh, kami bayar mahal tau. Tiket nak masuk lain, tiket nak nek kereta api bertayar lain tau. Sekepala kena rm3.00..huh, mintak berhenti sekejap pun tak mau...Taulah awak buat business tapi anak kita yang kecik nih nak tengok sangat...(Bukan kami malas nak jalan, tapi kami bawak warga emas...) Hehehe, kalau tak ada warga emas pun aku rasa aku give up nk jalan. Mak bawak perut nih.

Aih..tu melawat binatang sambil menaiki kereta api kecik. Kalau jalan kaki, mahu tercabut lutut mak nih. Semua binatang Bang Boy panggil cat..aduh anak mummy nih..Buat malu mummy dan daddy jer..Hahaha..diorang gelakkan kami and siap cakap lagi.." nih mesti mak bapak dia ajar...semua binatang adalah cat..' Memandai korang serkap jarang ek, mana ada. Aku tak pernah ajar ajaran songsang kat anak aku. Nak buat macam mana, that was his first time tengok bintang len. Yang dekat umah, dia selalu jumpa cat and lizard (yang spesis binatang nih Bang Boy memang takut giler..) Tengok aje lizard depan mata terus buat drama..hahaha..

After puas pusing satu zoo, kami semua mencari tempat untuk menjamu selera. Pe lagi, rombongan tiga buah kereta bergerak mencari destinasi untuk mengenyangkan perut..Yang paling tak tahan lapar, akulah orangnya. Dah siap buat asik kebuluran dengan abang time tu. Abang apa lagi, kelam kabut pergi beli buah.

" Eh, buah je ke...mana kenyang nih..."
Abang apa lagi, geleng kepala lah dengar bebelan aku nih. Nak buat camane, anak dia juga yang nak makan. Aku tukang sampaikan maklumat saja..Hehehe..betul x baby? Baby kena sokong mummy tau..hehehehe

Around kul 5.30, kami bergerak balik. Abang pecut kereta dia laju giler (nak kejarkan solat zohor dan asar) tulah, orang suruh sembahyang kat rumah adik ayah dea aka pak cik aku tak mau. Segan konon! Huh..makan dan tido umah orang tu tak malu pulak..Ish abang nih...macam-macam perangai..

Conclusionnya;

Badan aku penat giler nak pergi kerja keesokkan harinya...But I'm enjoy...Tak pernah lagi aku jejak kaki dekat zoo Melaka. Zoo negara pun belum lagi walhal selalu saja lalu depan pintu pagar zoo negara.