Showing posts with label Novela TGB. Show all posts
Showing posts with label Novela TGB. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Part 9 : Hati Terusik...~

Part 9 : Hati Terusik…~

      Puan Aina menyapu kesan air mata yang masih bersisa. Usah di gambarkan perasaannnya kala ini. Kecewa dan malu dengan perangai anak gadis yang tak seperti gadis. Nak kata bini orang, bukan bini orang. Malu bukan kepalang dia dengan kawan baiknya. Nasiblah Tengku Kamarul dan Sharifah Aina kawan baik mereka laki bini. Geram betul dia dengan Joana.  Belakang suaminya yang masih sibuk membelek barisan buku di rak yang berada bersebelaha dengan pintu bilik air mereka di pandang geram. Sikap selamba suaminya membuatkan dia kembali naik geram.

‘Orang tua ni memang nak kena, anak gadis dia pergi belasah anak teruna orang boleh pulak buat sikap selamba badak dia…aih, apalah nak jadi ni…’Keluh Puan Aina.

“ Mengeluh panjang nampak mamanya…” Lembut suara Datuk Johan menegur sang isteri. Bukan tidak perasan akan gerak geri isteri sejak mereka sampai di rumah dari rumah temannya sejam yang lalu.
Puan Aina menjeling sahaja mendengar teguran suaminya. Di tepuk tepuk bantal beberapa kali sebelum meletakkan di sebelah sisinya. Begitulah yang sentiasa di lakukan sebelum suaminya melabuhkan punggung di atas katil beradu mereka.

“ Tulah papa, manjakan sangat anak gadis awak tu. Boleh pulak buat muka selamba. Papa sedar tak, anak kita dah belasah anak orang. Kot ye pun nak marah sekalipun, bincanglah elok-elok. Malu papa, mama malu tau tak. Nasib baik Tengku Kamarul dengan Maria tu kawan kita dan sudah kena kita lama, buatnya orang tu kita tak kenal sangat. Malu mama tahu tak….”

Datuk Johan hanya tergelak.

“ Eh, boleh gelak sakan pulak papa ni. Anak kita tu perempuan papa oi….” Tegas Puan Aina. Nada suaranya sudah berubah rentak. Sedih.

Datuk Johan menarik lembut badan isterinya supaya rapat dengannya. Rambut Puan Aina di elus lembut. Perasaan sayang dan cintanya pada sang isteri semakin lama semakin bertambah. Biarpun mereka sudah bercucu tetapi kemesraan yang terjalin dalam hubungan mereka suami isteri tetap seperti dulu juga. Tidak berubah.

“ Mama, papa nak cakap apa lagi. Dah terang lagi bersuluh yang dia tak suka dengan anak teruna Kamal tu. Papa tak nak kita memaksa dia seperti sebelum ini. Biarlah dia memilih sendiri cara hidup dia kali ini…” Terluah juga apa yang berada di fikirannya selama ini. Sebenarnya dia juga gembira apabila Kamal ingin menyunting Joana sebagai menantunya tetapi biarlah anaknya membuat keputusan sendiri. Joana bukan lagi di bawah tanggungjawabnya seperti anak gadis lain. Joana sudah boleh membuat keputusan sendiri.

Puan Aina diam, mencari idea untuk memberikan alasan yang munasabah terhadap suaminya. Joana perlu di satukan dengan Adi. Hati nalurinya kuat mengatakan bahawa anak perempuan keduanya akan hidup bahagia dengan Adi. Cukuplah selama ini dia melihat hidup anaknya yang sentiasa di selubungi dengan bayang-bayang lama. Hati ibu mana yang gembira bila si anak seakan-akan putus harapan untuk terus hidup. Kematian Zariff cukup memberikan kesan yang mendalam buat Joana. Dapat di rasakan banyak persamaan Adi dengan arwah Zariff. Adi tidak cepat berputus asa sama seperti arwah Zariff. Gaya mereka menyunting Joana juga sama.

“ Mama nak Joana hidup bahagia pa. Bahagia seperti anak kita yang lain. Mama dapat rasakan yang Adi akan meberi kebahagiaan buat anak kita. Tengoklah cara dia menyunting anak kita, dia menggunakan Kamal dan Maria sebagai orang tengah, sama sebijik dengan apa yang di lakukan oleh arwah Zariff dulu pa. Tapikan, Zariff tak adalah kena penumbuk macam budak Adi kena tu. Kena penampar je…” Puan Aina tergelak mengingatkan kisah yang lepas. Joana anak yang barannya tak menentu. Puas mereka menasihati tetapi perangainya tetap macam itu.

Datuk Johan mengangguk perlahan, tanda setuju dengan kata-kata isterinya.

“Habis tu apa plan mama?” Berminat untuk mengetahui, membuatkan Datuk Johan duduk mengadap wajah isterinya. Puan Aina hanya mampu bersyukur melihatkan reaksi positif suaminya. Baru ada semangat nak keep going ni. Pasni kena bincang dengan Jeslyna anak sulongnya supaya rancangan mereka berjalan dengan lancar.

“Ada lah..papa tunggu dan lihat je..”Senyum Puan Aina.

“Pulak..Hish mama ni, dengan papa pun nak berkira. Tadi macam beria nak cerita kat papa…”

“Mana boleh, papa tu kalau bab Joana mama memang tak percaya. Sayang sangat dekat anak papa tu. Tengoklah, apa yang dia baru buat. Sejak kecil sampailah sekarang ni, asyik nak belasah orang je. Tulah papa, dulu rancak sangat hantar Joana kelas Taekwandolah, silat le, mak yong lah, muay thai lah..Sekali, pantang tak suka belasah je orang….”Panjang leteran Puan Aina.

“Ish..dia dah minat….Tak kan awak nak tengok pasu-pasu antik awak jadi bola dia…” Datuk Johan mengingatkan isterinya kenapa dia mengikut sahaja kata Joana dulu. Yelah, sekali tidak ikut apa yang di minta, habis pasu-pasu antik isterinya menjadi habuan. Pernah sekali Joana membaling laptop dari tingkat 3 ke laman rumah kerana dia menyekat aktiviti lasaknya semasa darjah 5. Nasib baik semakin meningkat remaja, Joana berubah menjadi seorang anak yang mendengar kata Cuma barannya tetap masih ada.

“Papa ni..dahlah, mama malas nak cakap dengan papa dah. Papa tengok lah hasilnya nanti. Masa tu,mesti papa akan puji isteri papa ni…”senyuman Puan Aina semakin lebar. Dia percaya yang rancangannya akan berjaya dengan lancar. Yang penting, dia tahu akan kelemahan si anak.

“Yelah mama, jangan sampai anak beranak bercakaran sudah. Papa kalau boleh tak nak memaksa Joana tapi demi kebahagiaan dia, papa terpaksa sokong mama tau…”Kata putus dari Datuk Johan. Puan Aina mengangguk tanda faham akan maksud yang ingin di sampaikan oleh suami kepadanya.

“Anak awak yang lelaki tu, tak ada tanda-tanda nak balik Malaysia ke mama?” Tiba-tiba Datuk Johan menyambung kata membuatkan Puan Aina tidak jadi untuk merebahkan badan. Wajah suaminya di renung seketika. Mengeluh panjang dia apabila mengingatkan kerenah anak bongsu mereka. Dah masuk tahun kedua dah membawa diri ke negara orang.

“Tak tahulah mama pa, dah puas Jes pujuk. Tak jalan jugak, dengan mama ni dia cakap macam merajuk aje lagi. Ni sorang lagi, kita bukan tak kasi dia bercinta tetapi pilihlah gadis yang elok-elok sikit. Yang kaki boros juga yang dia suka. Mama ni bukan nak masuk campur sangat hal anak-anak ni tapi dah tengok semacam aje tak kan nak biarkan je.”Sudah, tadi sedih sebab anak gadis mereka yang ala-ala gangster tapi sekarang ini sedih akan anak lelaki yang merajuk membawa diri.

“Nanti balik lah budak tu. Kita yang tua ni, kena banyakkan bersabar mama. Darah muda ni banyak yang tak fikir pakai otak. Tak macam zaman kita dulu. Mama pun advance sangat, pasang spy kiri kanan…Entah, dengan papa pun mama pasang juga…”Seloroh Datuk Johan, sengaja mahu mengusik Puan Aina. Dia tahu sangat akan sikap isterinya yang terlalu protective dengan anak-anak. Hanya dengannya sahaja Puan Aina tidak memasang spy kerana isterinya begitu mempercayainya.



            *                                     *                                          *                                               *

Jeslyna mengerling sekilas ke arah Joana yang sedang sibuk melayan Irdina,anaknya yang baru berusia 3 bulan lebih. Terkejut dia sewaktu melihat kedatangan Joana sebentar tadi. Di pelawa Joana makan malam bersama tetapi di tolak. Adiknya yang seorang ini susah untuk di duga. Petang tadi, sebaik sahaja mendapat ajakan untuk makan malam di rumah Tengku Kamarul, Jeslyna menolak kerana Irdina tidak berapa sihat dua hari kebelakangan ini.

“ Macam mana dinner tadi? Jo betul-betul dah makan kat rumah uncle ke?”

Joana mengangguk perlahan. Tanda menjawab pertanyaan dari kakaknya. Dia masih bengang akan hal tadi, malahan untuk berbicara mengenai hal itu bersama kak Jeslyna pun dia tidak ada mood. Biarlah, esok-esok akaknya akan tahu juga dari mulut mama sendiri. Yang penting, malam ini dia mahu bermalam di rumah kak Jeslyna. Timbul perasaan menyesal kerana belum memiliki rumah sendiri lagi. Itulah, hari itu bukan main berbuih arwah menyuruh dia membeli sebuah rumah atas namanya sendiri. Bukannya tak mampu tapi bila mengingatkan yang mama dan papa. Dia rasa tidak perlu lagi untuknya hidup di rumah lain. Di buatnya mama dan papa tak sihat di tengah-tengah malam siapa yang hendak bawa mereka ke hospital. Tapi, malam ini entah kenapa Joana seakan merajuk dengan kedua ibu bapanya sendiri.

“ Jo tumpang tidur rumah akak malam ni…Hurm, Jo masuk bilik dulu kak. Nak mandi dan solat Isyak….” Irdina yang sudahpun lena di ribanya di letakkan ke atas riba kak Jeslyna. Perlahan dia bangkit dari sofa dan melangkah ke arah tangga.

“ Mama dah tahu Jo tidur rumah akak…”

“Hmmmm…..”

‘Pasti sesuatu berlaku di rumah Tengku Kamarul kalau tidak masakan Joana mengalahkan ibu ayam hilang anak’. Telah Jeslyna, ingin sahaja menelefon bertanyakan kepada mama tetapi apabila mengenangkan waktu sudah pun menginjak ke pukul 11 malam, Jeslyna membatalkan sahaja niatnya. Malas mahu mengganggu kedua ibu bapanya. Esok kan masih ada Jes!

Selesai sahaja membersihkan diri, Joana duduk berteleku mengadap cermin solek. Dia mengetap bibir menahan perasaan. Adi dan Zariff, kedua-dua mempunyai banyak persamaaan. Apakah hubungan mereka sebenarnya. Apa yang dia tahu, Adi mengatakan dia dan arwah suaminya bersahabat baik. Selama ini, tidak pernah pula Adi muncul di hadapannya tetapi setelah arwah tiada, lelaki itu datang dalam hidupnya. Kalau datang sebagai sahabat arwah suaminya mungkin dia akan menerima Adi dengan baik. Sahabat arwah juga sahabatnya. Malangnya, Adi datang bersama niat yang lain sekali dengan paksaan. Memang pantang padanya kalau ada orang memaksa-maksa dia. Terutama sekali apabila melibatkan hati dan perasaan. Oh..No! I’m not an easy girl that you can choose freely.

‘Argh! Kenapalah aku nak serabutkan kepala otak aku dengan hal jantan lembik tu. Lembik giler! Baru kena penumbuk sulong aku pun dah menyeringau mengalahkan kambing hilang mulut. Siaplah kau, tunjuk muka lagi depan aku, taulah aku camana nak buat hidup kau bertambah bahagia lepas ni…’

Teringatkan yang dirinya masih belum solat Isyak cepat-cepat Joana beristigfar panjang. Dia segera menyarung telekung ke badannya dan terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam. Teringatkan kembali akan kata-kata Ustaz Islam, guru agama yang selalu datang ke surau di taman perumahannya mengenai solat. Ustaz Islam panjang lebar memberi tazkirah mengenainya. Masih terngiang-ngiang di kepala Joana tazkirah yang di berikan oleh Ustaz Islam tempoh hari.

Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda :

الصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ ، مَنْ أقَامَها فَقدْ أقَامَ الدِّينَ ، وَمنْ هَدمَها فَقَد هَدَمَ الدِّينَ

Sholat Adalah Tiang Agama, barangsiapa yang menegakkannya, maka ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang merobohkannya, berarti ia telah merobohkan agamanya”.

As-Syaikh berkata : “aku tidak mendapati matan hadits yang lengkap seperti ini. Hadits ini masyhur dikalangan manusia dengan bentuk kalimat seperti ini, biasanya sering disampaikan oleh para pemberi nasehat. Aku hanya menemukan awal lafadz hadits ini, yaitu “Sholat adalah tiang agama”.
Lafadz seperti ini dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam “Syu’abul Iman” dengan sanad lemah dari Ikrimah dari Umar As secara Marfu’. lalu Imam Baihaqi menukil perkataan gurunya Imam Hakim yang berkata : “Ikrimah tidak pernah mendengar Umar As”. (demikian yang ternukil dalam “Al-Maqoshid” hal. 632).

Imam Ibnu Sholah dalam “Misykalul Wasith” berkata : “tidak ma’ruf”. Sedangkan Imam Nawawi dalam “At-Tanqiih” berkata : “Mungkar dan Bathil”. Namun Al Hafidz Ibnu Hajar dalam “At-Talkhiish” (1/173) menyanggah dan berkata : “itu tidak tepat, bahkan lafadz ini (Sholat adalah Tiang Agama) telah diriwayatkan oleh Imam Abu Nu’aim gurunya Imam Bukhori dalam “Kitabush Sholat” dari Habiib bin Saliim dari Bilaal bin Yahya ia berkata, seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW lalu bertanya kepada Beliau , kemudian dijawab oleh Nabi SAW : “Sholat adalah Tiang Agama”. Kata Al Hafidz : “ini hadits Mursal, semua perowinya tsiqoh”.

Aku (Syaikh Abu Ishaq) berkata : “demikian menurut beliau, namun ini adalah terlalu longgar, karena Habiib bin Saliim, Imam Bukhori telah menulis biografinya dalam “Al Kabiir” (1/2/319) dan Imam Abu Hatim dalam “Al-Jarh wat-Ta’dil” (1/2/102), mereka berdua tidak menyebut Jarh dan juga Ta’dil kepadanya, sehingga Habiib ini adalah Majhul Hal, sekalipun ia mendapatkan tautsiq dari Imam Ibnu Hibban. Al Hafidz sendiri dalam kitabnya “At-Taqriib” memberinya penilaian “Maqbuul” yang artinya rowi ini hanya dijadikan sebagai Mutaba’ah (penguat) untuk yang lainnya, jika bersendirian maka ia Layyin (lunak) haditsnya. Imam Tirmidzi (no. 986) telah menghasankan haditsnya Habiib yang merupakan hadits lemah tentang larangan An-Na’yi (meratap) dalam Kitab Al Janaiz”.

Makna lafadz hadits (Sholat adalah Tiang Agama) dikuatkan dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi (no. 2616), Imam Ibnu Majah (no. 3973) dan Imam Ahmad (5/231, 237) dari hadits Muadz bin Jabal  dimana Nabi SAW bersabda :

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ

Pucuk urusan adalah Islam, Tiangnya adalah Sholat dan punuknya adalah Jihad”.
Imam Tirmidzi berkata : “Hadits Hasan Shahih”. Aku (Syaikh) berkata : “ini adalah hadits Hasan sebagaimana telah aku tahqiq dalam “Takhrij Kitab Ash-Shomtu” karya Imam Ibnu Abid Dunya (no. 6)”.

Joana sedar akan dirinya yang serba kekurangan, sekali sekala bila ada masa terluang dia akan mengikuti mama untuk bersama-sama hadir ke kelas agama yang di anjurkan oleh Ustaz Islam.

Part 8 : Hati Terusik...~

Seperti yang di rancang, sabtu malam sudah tiba. Tetamu Tengku Kamarul dan Puan Maria akhirnya tiba tepat pukul 7 malam. Senyum lebar Adi sebaik sahaja terpandangkan wajah cantik Joana yang baru sahaja melangkah masuk ke halaman rumahnya. Entah si gadis perasan atau tidak bahawa kereta mereka berada bersebelahan. Nampak kereta sahaja dah menunjukkan yang mereka berdua secocok bersama. Jauh berangan nampaknya si Adi kali ini. Apa salahnya memasang angan untuk benda yang baik. Akhirnya Adi ketawa sendirian, geli hati dengan angan-angannya sebentar tadi. Tak pernah di buat orang, melihatkan kereta sudah nampak secocok bersama. Sebaik sahaja kedatangan tetamu jemputan, Adi menarik wajah kecewa. Orang yang di tunggu tidak kunjung tiba bersama yang lain. Mamanya yang perasan akan perubahan anak teruna sulung terus menanyakan khabar buah hatinya. Mama Joana memberitahu yang Joana akan tiba lewat sedikit. Lega! Tetapi masih tidak keruan selagi baying empunya badan tidak berada di depan pandangannya. Sekarang, Adi sudah mampu tersenyum melebar. Nampak gaya Joana memang gadis yang baik. Dengar cakap orang tuanya.

Sebaik sahaja Joana melangkah masuk ke dalam rumahnya, Adi cepat-cepat berlari turun untuk bersama tetamu yang lain. Kalau tadi, moodnya hilang untuk beramah mesra tetapi sekarang ini dia sudah terlebih mood untuk beramas mesra. Aik! Beramah mesra, pembetulan.Sekali lagi Adi senyum sendirian. Memang dia tengah angau sekarang ini. Mabuk cinta. Melihatkan Joana yang sudah duduk selesa di atas sofa bersama yang lain, laju sahaja kakinya melangkah ke ruang itu. Senyuman manis di sedekahkan buat Joana. Malangnya hanya jelingan sahaja yang di balas. Nampak gaya, Joana keterpaksaan untuk makan malam bersama keluarganya.

“ Aik, dah siap ke kerja kamu Adi. Tadi bukan main kelam kabut naik atas..” Tegur papanya Tengku Kamarul. Berubah air muka Adi di tegur sedemikian oleh papanya sendiri. Pembetulan, bukan salah papa kerana papa langsung tidak mengetahui akan agendanya yang di rancang bersama mama. Uhuk..uhuk!Batuk adalah perkara paling mudah untuk di lakonkan bagi mengelakkan dirinya terkantoi bodoh.

“ Haah pa…Tetamu ada tak kan Adi nak berlama-lama kat atas. Hurm, maafkan Adi ye uncle..uncle dan Joana…” Ujar Adi setelah perasaan malunya hilang. Mama yang baru muncul dari ruang makan tersenyum sumbing. Apalah mama ni, bukan nak menolong dia.

“Oh...tak apa..Uncle dan aunti tahu. Lagipun, siapa yang take over klinik kamu sekarang ni. Papa kamu kata kamu jarang berada di klinik waktu malam?” kini papa Joana, Datuk Johan membuka mulut. Senyuman di lemparkan kearah anak sulong kenalan rapatnya.

Joana yang diam dari tadi hanya menjeling panas. Kalau bukan di sebabkan desakan mamanya, tak hingin langsung untuk bertandang ke rumah lelaki sengal ini. Usahkan untuk makan malam bersama, minum air pun dia tak sudi. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan Adi selepas kejadian di pejabatnya hamper 3 minggu yang lepas. Tut..tut, semalam mama beria mengajak dia datang makan malam di rumah sahabat baiknya. Rupanya datang makan malam di rumah lelaki sengal. Joana mengeluh di dalam hati, mahu meminta teramatlah tidak elok. Apa kata mama dan papanya nanti.

“ Kejap lagi waktu azan Magrib masuk, apa kata kita buat solat berjemaah. Lagipun, bukan selalu engkau datang teratak buruk aku ni Johan…” Tengku Kamarul mengajak tetamu-tetamunya solat berjemaah. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga, sebelum makan malam bersama mereka akan solat berjemaah.

‘Nampaknya keluarga Tengku Kamarul ni amat titik beratkan ilmu agama.’Ujar Joana dalam hati. Entah kenapa dia sungguh tidak selesa berada bersama-sama Adi. Kenapalah kak Jeslyna saat akhir memohon maaf tidak dapat bersama mereka malam ni. Alasan yang langsung tidak masuk akal. Irdina buat hal.Huh! Nampak sangat kak Na juga bersekongkol dengan mamanya.

“Eh..boleh aje Kamal. Kau kan kalau tak merendah diri memang tak sah. Dah tua dah kita ni, tak lama lagi nak menimang cucu. Nak berlawak bagus pun agak-agaklah..” sambung Datuk Johan. Sebaik sahaja habis ayatnya itu. Tengku Kamarul ketawa kuat. Masing-masing turut geli hati mendengar ayat Datuk Johan. Entah mana yang lucu pun Joana tidak tahu. Kamal! Papanya memanggil Tengku Kamarul dengan nama Kamal. Nampak sangat mereka ni bersahabat baik. Joana memaksa diri untuk tidak berasa janggal bersama-sama orang-orang tua di hadapannya. Mamat sengal itu masih memandangnya, entah berapa kali si bapa menegur akan kelakuannya yang tidak manis di pandang. Bagi Joana, seratus kali tegur pun bukannya berbekas kat jantan ni. Paling Joana tidak suka apabila dirinya di kaitkan bersama jantan tu.

Adi yang sejak dari tadi asyik menjamu mata memandang tepat ke wajah cantik manis di depannya tersentak. Melihatkan senyuman papa membuatkan Adi malu. Dia tahu sejak dari tadi lagi papa menegurnya, sesekali menepuk bahunya..” Behave yourself Dr.Adi, tak kemananya tetamu kita ni..” Kata-kata papa di sambut dengan gelak ketawa yang lain Cuma Joana yang memandangnya tajam. Alahai, dah hamper sebulan aku tak tengok kau Jo, peluang yang ada ni apa salahnya aku penuhi dengan hanya memandang wajahmu. Gaya Adi sekarang ini ibarat budak sekolah yang telah angau mabuk kepayang bersama cinta monyet. Makin di jeling makin cantik pula Joana pada pandangannya.

“ Jom, azan kejap lagi akan berkemundang apa kata kita bergerak ke surau di tingkat atas..Jemput Joe, Aina dan Joana….jom kita naik ke surau..” Ajak Tengku Kamarul ramah. Memang jarum jam menunjukkan lagi lima minit waktu azan Magrib akan berkemundang. Masing membuka langkah tanpa banyak soal. Adi orang pertama yang memanjat anak tangga, bukan apa niat di hati ingin menyediakan tempat solat untuk tetamu-tetamunya.

Dalam hati puas Joana menyumpah akan gelagat baik Adi…’ Nak tunjuk baiklah sangat, kau ingat kau dapat beli jiwa aku ke beruk woi..Tak ingin aku nak datang sini kalau bukan sebab mama aku yang beria ajak. Nampaknya Pak Engku dan Mak Engku ni tak kenal lagi dengan Joana ni. Tak pe…tadi bukan main anak kau tersengih macam kera kena belacan kat buntut ye. Jap lagi, aku nak tengok ada rupa macam tu lagi ke tak….’ Gumam Joana dalam hati. Cepat-cepat dia beristighfar setelah sedar akan omelan dia sebentar tadi. Ikutkan marahnya saat itu, mahu di sepak terajang sahaja mamat biul tu. Joana! Kau ni kejap lagi nak solat Magrib, berjemaah pulak tu. Bawak-bawaklah bertenang! Gesanya sendirian. Sedar akan kekhilafan diri, Joana terus mengambil wuduk di bilik air di sebelah surau. Terbayang akan wajah arwah suaminya, Zariff. Sejak dua tiga hari ini wajah Zariff yang muncul di dalam mimpinya tidak seperti biasa. Wajah arwah suaminya berseri-seri. Senyuman hanya di lemparkan ke arahnya. Ya Allah, apakah petanda yang ingin Kau sampaikan kepadaku ya Allah. Desah hati kecilnya. Joana melurut air ke mukanya beberapa kali. Dengan bacaan doa, dia mula mengambil wuduk. Niat di hati sebelum menunaikan solat berjemaah, dia ingin menyedekah bacaan Quran buat arwah suaminya.


*                                  *                                *                                      *                                   *

Usai solat Magrib berjemaah dan makan malam, mereka semua kembali duduk di ruangan tamu itu. Adi yang baru sahaja turun dari biliknya turut bersama yang lain. Kalau petang tadi dia hanya berdiri di tepi tingkat tapi sekarang ini dia telah memilih untuk berada di sofa bersama-sama yang lain.

“ Joana….hurm kamu sekarang kerja dekat mana ye?” Tengku Kamarul memulakan bicara. Wajah mulus anak gadis sahabat baiknya di pandang mesra. Sebaik sahaja selesai solat Magrib, isterinya kelam kabut menariknya ke dalam kamar beradu mereka. Rupa isteri dan anak terunanya merancang untuk merisik khabar anak Johan. Suka betul Tengku Kamarul mendengar rancangan isterinya tapi bila mengingatkan layanan dingin Joana terhadap Adi, dia sendiri was was Yelah, yang nak di risik tu terang-terang tidak suka dengan anak terunanya. Biarlah, cuba dulu mana tahu Joana ni lembut dan mendengar kata.

Joana menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan dari Tengku Kamarul. Dia memandang sekilas ke wajah papa dan mamanya. Kedua-dua turut memandang ke arahnya. Mungkin mahu mendengar jawapan darinya atau lebih tepat lagi mahu mendengar dia membuka mulut. Semenjak datang ke mari petang tadi lagi Joana hanya mengambil langkah berdiam diri. Mulut hanya menjawab apa yang di tanya. Itupun sepatah sahaja yang keluar dari mulutnya. Nasib baik Tengku Kamarul dan Puan Maria kenalan rapat mereka sejak dari sekolah lagi, tidaklah segan akan perangai Joana itu.

“ Megah Jaya Consultant…..” Jawab Joana pendek. Berharap sangat yang Tengku Kamarul tidak memanjangkan soalan kepadanya lagi. Harapannya untuk tidak di soal lagi rasanya tinggal harapan kerana wajah Tengku Kamarul nampaknya berminat dengan tempat kerjanya.

“Tan Sri Chong ke CEO dia?”

Joana mengangguk. Ah..Sudah! Jangan kata orang tua kepala botak tu kawan baik dia sudah. Malas aku nak bersoal jawab panjang lebar ni. Ni lah agaknya perangai orang-orang kaya ni, kawan-kawan seperniagaan memang banyak. Kawan betul atau kawan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hanya tuan empunya badan sendiri yang mengetahuinya.

Kedengaran Tengku Kamarul ketawa kuat, papanya juga turut ketawa. Apasal dengan orang tua ni? Aku ada buat lawak ke? Ketawa macam nak putus nyawa. Papa pun sama..Ya Allah, Joana rasa macam nak masuk bawah meja sahaja. Langsung tidak sedar yang papanya juga turut mengenali Tan Sri Chong aka bos besar tempatnya bekerja. Kawan papa maknanya kawan Tengku Kamarul juga lah nampaknya. Aiya, ini olang memang ramai kawan betul.

“ Baru minggu lepas uncle dengan papa kamu jumpa dengan dia. Hurm, kamu ada beritahu tak yang kamu ni anak papa kamu?” tanya Tengku Kamarul, tawanya masih ada cuma tidaklah seperti tadi. Agar reda walaupun masih lagi bersisa

“ Hurm…tak, actually saya nak independent. Saya tak nak orang nilai saya sebab papa, saya nak orang nilai saya sebab usaha saya..” Joana menjawab perlahan tetapi kedengaran tegas. Memang selama ini dia tidak pernah memperkenalkan dia anak kepada salah seorang usahawan ternama Malaysia. Biarlah dia berdiri dengan usahanya sendiri.

“ Johan, anak gadis kamu nikan..Aku berkenan betullah nak buat menantu. Ni aku kira merisik terus ni…” Selang beberapa saat kemudia Tengku Kamarul kembali bersuara. Papa hanya ketawa kecil begitu juga mama.

Joana tersentak mendengar kata-kata yang baru di luahkan oleh Tengku Kamarul. Tiba-tiba dia berasa begitu loya dan mahu muntah. Eh, apahal tiba masuk bab menantu ni. Oh ya dia sepatutnya sudah dapat mengagak sejak dari awal lagi. Hati Joana panas apatah lagi mama dan papa bagaikan mengiyakan sahaja permintaan Tengku Kamarul. Joana sedih di perlakukan begini seolah dia tiada hak ke atas dirinya sendiri. Sedih bila mama langsung tidak memandang ke arahnya malah begitu rancak berbual dengan mak engku mengenai dirinya dan juga Adi. Situasi yang sungguh menyesakkan dadanya.

“ Joana….Kami dah berterus terang dengan mama dan papa kamu. Uncle nak dengar sendiri dari mulut kamu. Bagaimana kalau Uncle dan Auntie jodohkan kamu dengan Adi…Adi cakap dia dan kamu dah beberapa kali bertemu…” Tengku Kamarul tak sempat menghabiskan ayatnya apabila melihatkan reaksi Joana.

Joana bingkas bangun berdiri. Dia memandang sekilas tepat ke wajah mama dan papanya. Wajah lelaki sengal langsung tidak di pandang. Huh, aku nak tengok kau masih nak tersengih-sengih lagi atau tidak ye Dr.Biul!

“ Saya rasa silap faham ni uncle..auntie. Pertama kali saya nak minta maaf sesangat, sebenarnya kami technically tak pernah bertemu..Dan kalau auntie dan uncle nak tahu saya ni sebenarnya dah kahwin..” Joana bersuara lantang. Biarrpun mata mamanya merenungnya tajam, seolah memberi amaran supaya dia menjaga tingkah laku tapi dia perlu membela dirinya

Tengku Kamarul hanya ketawa mendengar kata-kata Joana. Pelik! Joana rasa ayat dia dah jelas dan betul tetapi kenapa papa Adi boleh ketawa pula. Joana menarik muka masam. Sekali lagi dia memandang ke wajah mamanya. Mama hanya tersenyum ke arahnya.

“ Joana, uncle tahu kamu dah pernah berkahwin dan uncle kenal arwah suami kamu tu. Lagipun, arwah dah tiada apa salahnya kamu bukakkan pintu hati kamu untuk menerima Adi. Uncle tak kisah status yang kamu pegang sekarang ini. Yang penting kamu kena teruskan hidup ini. Yang pergi, tak akan kembali lagi. Kita yang hidup nilah kena selalu beringat. Hidup ni hanya sekali…”

Wah! Nampak gaya status yang aku pegang ni tak menjadi masalah. Cuba kalau papa tu orang kebanyakan, nak ke ambil aku jadi menantu? Berani potong jarilah, tak kan Tengku akan terima. Joana mencerlung tajam ke arah Adi.

“ Erk….Joana nak cakap dengan Adi sekejap…”

Tengku Kamarul mengangguk perlahan. Adi lantas bangun nak mengajak Joana keluar ke tepi kolam renang.

“ Aku akan cakap pasal ni sekali sahaja. Pasni kau gunalah otak kau sebetul-betulnya. Aku tak suka kahwin dengan kau. Bukan, aku tak suka tengok muka kau apatah lagi nak kahwin. Aku dah rasa tak sedap hati sejak mama aku beria mengajak aku datang ke rumah kau. Rupanya ini agenda kau kan. Kau betul-betul jantan kurang ajar. Langsung tak hormat perasaan orang lain. Aku sanggup menjanda sampai mati dari hidup dengan kau. Jantan lembik!” Macam bom atom Joana mengeluarkan serangannya. Sejak dari tadi dia hanya menahan rasa amarahnya. Belum sempat Adi membuka mulut, Joana terus menembak lagi. “ Kau memang sialkan. Guna orang tua untuk memuaskan nafsu kau. Eh, kau ni kan..”

Dush! Adi menyeringau menahan kesakitan. Joana menumbuk perutnya kuat. Dia menahan rasa sakit. Boleh tahan minah ni punya angin, sampaikan Adi tak sedar yang Joana menghayunkan penumbuk ke arahnya. Kalau lepas kahwin dia sentiasa berperangai macam ni, mahu mati awal Adi. Tapi, dia sanggup! Asalkan dapat bersama dengn Joana. Hurm, patutlah Zariff pernah memberitahunya sebelum ini yang Joana bukanlah seperti gadis-gadis yang lain. Kalau dia nak marah, dia marah je. Dia nak sepak orang, dia sepak je. Minah ni memang baran. Ada keturunan darah pahlawan ke?

Joana mendengus puas. Cis! Lembik macam sotong..


“ Selepas ni kau jangan kacau hidup aku lagi. Kalau kau rasa dah cukup amalan cubalah..Tak teragak-agak aku nak masukkan kau terus kat klinik kau tu…” Joana terus melangkah pergi setelah menghamburkan kata-kata terakhir. Adi yang mengerang kesakitan tidak di hiraukan langsung. Masuk sahaja ke dalam, Joana terus memohon keizinan untuk pulang. Di salami kedua-dua orang tua Adi sambil memohon maaf sebelum melangkah keluar. Tentu diorang melihat adegan heroin membelasah hero sebentar tadi memandangkan suasana begitu sunyi sebaik sahaja dia melangkah masuk. Lantaklah. Siapa suruh cari pasal. Panggilan mama dan papa di biarkan sepi. Tahu sangat yang mama dan papa akan menyuruhnya memohon maaf kepada si hero di atas kekasarannya sebentar tadi. Minta maaflah ye Dr.Biul, sendiri cari pasal. 

Wednesday, September 25, 2013

Part 7 : Hati Terusik...~

.
Part 7: Hati Terusik…~


Watie melangkah masuk ke bilik Adi. Wajahnya bersahaja langsung tidak menampakkan rasa bersalah akan tingkah lakunya yang lepas bebas. Hatinya ceria sebaik sahaja si Katty memberitahunya bahawa Adi ingin bercakap dengannya. Dia sudah berkira untuk mengajak lelaki itu makan malam bersama. Sudahlah tengah hari tadi hanya sempat menjamu sebuku roti, itupun di berikan oleh Diana, pembantu klinik yang sentiasa berada di dalam biliknya. Sudah terbiasa dengan keadaan klinik yang kadangnya akan di kunjungi ramai pesakit, kadangnya hanya biasa-biasa ramainya. Sudahnya, dia selalu menghulurkan duit kepada Diana supaya membeli roti sebagai pengalas perut mereka. Itupun dalam seminggu, hanya sehari sahaja klinik ini lengang. Adatlah kalau klinik di tempat strategi, memang membuahkan hasil yang banyak. Isnin dan Jumaat jumlah orang yang datang untuk menerima rawatan..hurmm, memang ramai. Tak menang tangan dia di buatnya.

“Katty cakap you ada benda nak cakap dengan I. Hurm, pasal apa?” Watie bertanya lembut. Sempat lagi matanya mengerling ke bilik farmasi yang bersambung dengan bilik Adi. Biasalah bos, bilik dia mestilah berdekatan dengan bilik farmasi yang menyimpan segala jenis ubat dan juga kaunter. Adi yang tekun mengadap Galaxy Note 2 dia terperanjat di sergah begitu. Langsung tidak sedar akan kemunculan Watie di hadapannya. Gaya duduk Watie, cara cakap Watie..Bukannya dia tidak tahu tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham. Langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkasih sayang dengan Watie kembali. Kalau bukan di sebabkan ayah Watie, orang yang paling dia hormati rasanya tak memang dia tidak akan mengupah Watie bekerja dengannya. Sewaktunya Watie mampu untuk membuka kliniknya sendiri tetapi Watie lebih gemar bekerja dengannya. Anak orang kaya, apa susah sangat. Bila-bila masa sahaja boleh membuka klinik.

“ This night I nak minta tolong you stay dengan Aman….I….” Belumpun sempat Adi menghabiskan ayatnya, Watie laju sahaja memotong.

“ What’s? Pasal itu sahaja. I ingatkan benda apa….I apa?” Desak Watie. Kecewa dia dengan Adi. Sungguh tidak percaya akan kata-kata Adi. Ingatkan lelaki itu mahu bercakap sesuatu yang lebih ke arah peribadi dengannya. Kalau setakat nak suruh dia kerja malam ni, telefon sahajalah. Watie merengus.

Ish, buruk betul perangai ni. Macam ni gaya memang lambatlah engkau nak kahwin. Mujurlah aku ni bukan sahaja suka pada wajah yang cantik, kelakuan dan perangai pun aku tilik juga tahu. Tapi kerana wajah inilah aku telah melakukan kesilapan yang besar dalam kamus hidup aku. Adi bermonolog di dalam hati. Sungguh tidak gemar dengan sikap anak orang kaya di hadapannya ini. Tetapi, kalau bab melayan orang sakit Watie memang patut di puji. Gayanya, sikapnya memang lemah lembut. Yang itu Adi memberi markah penuh. Bab layanan semasa merawat Watie memang terbaik. Bukan sekali dua dia mendengar para pesakit memuji akan sikap Watie.

“ Itulah, I belum habis cakap you dah sibuk nak mencelah. I ada lunch dinner dengan family. As usual…” Pendek sahaja penjelasan Adi. Dia malas untuk bercerita panjang-panjang. Otaknya sudah berada di tempat lain.

Watie sekali lagi merengus, lebih kasar dari yang tadi. Hancur lebur rancangannya untuk mengajak lelaki di hadapannya keluar makan malam bersama-sama. Wajah lelaki itu di pandang seketika, dia mencari anak mata Adi. Tanpa kata Watie memegang erat tangan Adi. Dalam hati harap sangat agar Katty tidak menjengah masuk bilik Adi macam biasa. Kalau tidak memang melepaslah dia untuk bermesra dengan lelaki pujaannya.

“ Watie, please…I tak nak staff-staff yang lain nampak….” Adi meleraikan pegangan Watie. Ni yang dia rimas bila berlama-lama dengan Watie. Perempuan di hadapannya begitu berani, lebih berani darinya yang lelaki. Dia sekali pun tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan tetapi Watie, pantang sahaja ada peluang, di peluknya erat. Rimas! Dah banyak kali juga dia menegur Watie supaya menjaga kelakuaannya malangnya ianya di pandang sepi. Bagaikan mencurah air di atas daun keladi. Buat buang air liur dia sahaja. Belumpun sempat Watie memegang tangannya lagi, Adi segera bangun dan melangkah ke arah farmasi.

“ I dah cakap, you kena jaga tingkah laku you. I tak nak staff I pandang rendah pada I. You tu perempuan and kita kerja in a team. Respect each other please. I tak nak di sebabkan perangai you reputasi I jatuh. Look Watie, I hormatkan papa you dan I harap sangat you jaga kelakuan. Kalau tak nak respect I sekalipun but please...respect diri you sendiri."

" Adi.....you tahukan I sayangkan you. Bukan semua lelaki I layan macam I layan you. You tahukan I sayang sangat dengan you."

" I tahu tapi I minta maaf..I tahu, dulu I sayangkan you, cintakan you tetapi itu sebelum you memutuskan hubungan kita."

" You...."Hanya itu sahaja yang terluah dari bibir Watie. Dia lantas bangun dan menghala ke pintu. Mujur saat itu Katty muncul. Kalau tak memang harulah kliniknya petang ini. Doktor Adi vs Doktor Watie, puncanya adalah mengenai perasaan cinta dan hati. Fuh! Macam mana dia boleh bersabar dengan Watie selama ini setelah hampir 2 tahun mereka putus cinta. Kalau bukan di sebabkan dia hormat akan papa Watie, tidak ingin di ambil wanita itu bekerja bersamanya. Bukan dia yang memutuskan hubungan mereka tetapi Watie. Alasan Watie membuatkan Adi hampir memusnahkan hidupnya. Di saat kasih dan cintanya menggunung, tanpa perasaan Watie mencantas hubungan mereka. Dia bukanlah lelaki igauan Watie, lelaki yang dapat mengegarkan perasaannya. Cinta Watie padanya adalah cinta mainan, tidak seperti Adi yang separuh mati cintakan perempuan itu. Watie hanya menganggap dia sebagai boneka hidupnya semata-mata. Sebagai tempat melempiaskan perasaannya sahaja sedangkan Watie begitu sibuk mengejar lelaki lain yang lebih hebat, bergaya darinya. Adi mengeluh! Di akui penampilannya sebelum itu terlalu selekeh, tidak padan dengan latarbelakangnya dari golongan berada. Kerabat gitu. Apa yang penting baginya saat itu adalah ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Pertemuan pertama keluarga Adi dengan keluarga Watie, atas dasar hubungan sahabat membuatkan Watie kembali muncul dalam dirinya. Dia kini bukanlah seperti Adi yang di gelar nerd oleh rakan-rakan sekuliahnya. Adi kini sekali pandang seperti orang korporat gayanya. Imejnya yang baru membuatkan sekali lagi Watie mengejarnya demi mendapatkan kembali kasih dan cinta Adi. Plastik semata-mata. Cintakan dirinya kerana perwatakannya sekarang ini, cintakan dirinya kerana duit dan kedudukan bukan cinta yang jujur-jujurnya. Adi mengimbas lagi kenangan lama. Kenangan yang amat pahit untuk di kenang.

" I ada orang lain.." Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Watie setelah hampir 2 bulan mereka tidak berhubung. Adi pada masa itu terkejut bukan kepalang. Kecewa teramat sangat. Dia begitu gembira di saat mendapat panggilan dari buah hati tercinta.

" Sayang, kenapa ni? I ada buat salah ke dengan you. You tahu tak I rindukan you sangat-sangat. I sms you, I called you..Tapi you diam je. Biasanya kalau you merajuk seminggu je. Ni dah masuk bulan kedua dah..?" Pujuk Adi lagi. Sudah lalu dengan kata putus yang keluar dari mulut Watie. Sebab itulah dia berusaha untuk tidak ambil kisah dengan kata putus itu.

" Adi, I dah jumpa someone else yang I cinta. You.hurm...what I'm supposed to describe to make sure you really understand it...." Watie memandang ke luar tingkap restoran makanan segera itu. Mulutnya di jungkit seakan mencari idea untuk mengucapkan kata seterusnya..."Look, thanks to you because you sayangkan I dan kerana itu Jack mengejar I.. Actually, I dan Jack dah declared since 2 months ago. I tahu you sedih tapi you kena ingat. You dengan I tak sepadan tau..." Selamba sahaja Watie mengeluarkan kata-kata. Adi hanya menunduk kepala sahaja. Pedih hatinya di permainkan oleh perempuan pertama yang dia sayang dan cinta. Tergamak Watie memperkotak katik maruahnya sebagai seorang lelaki. Sepatutnya dia sedar, yang gadis lincah, cantik bergaya seperti Watie bukannya ikhlas mencintainya. Tetapi, kerana layanan Watie yang pandai menggoda membuatkan dia hanyut dalam asmara cinta yang penuh kepura-puraan. Selepas itu Adi mula pandai memonteng kelas, tidak keluar dari dalam biliknya sehinggakan berbulan-bulan lamanya. Mujurlah pihak universiti memberitahu keluarganya mengenai perubahan kelakuannya yang mendadak. Memonteng kelas, tidak menghantar thesis yang sepatutnya di hantar bagi mereka yang akan menduduki ujian khas sebelum layak di berikan Ijazah kedoktoran. Keluarga sanggup terbang dari Malaysia untuk memujuknya. Sebulan juga papa dan mamanya berada bersamanya di sana sehinggakan dia akhirnya berjaya mendapatkan ijazah tersebut. Atas budi bicara pihak universiti, dirinya beruntung kerana tidak perlu mengulang semula kelas-kelas yang dia ponteng sebelum ini.

Adi kembali ke alam nyata apabila mendengar namanya di panggil oleh Katty.

" Kami nak keluar cari makan sekejap ni dekat pasar malam taman sebelah. You nak stayed sini atau balik?"

" Balik...and thanks...Hurm, Katty..Watie ada cakap tak dia tak nak masuk malam ni?'

Katty menggeleng kepala. Adi mengucapkan terima kasih kepada Katty sebaik sahaj pembantunya mula ingin menutup pintunya.

Nasib juga perempuan tu nak masuk malam ni, kalau tak jenuh juga dia nak menelefon kawannya supaya menggantikan tempat Watie. Mahu pengsan Aman seorang diri bertugas malam ini.

Friday, September 06, 2013

Part 6 : Hati Terusik...~

Katty cepat-cepat bangun dari kerusinya dan terus melangkah keluar dari pejabat kecilnya itu. Kelibat majikannya yang di lihat menerusi dinding kaca di perhatikan. Sudah 3 hari majikannya itu mengambil cuti sakit dan tiga hari jugalah kliniknya itu kelam kabut. Pesakit Dr.Adi sibuk bertanyakan akan hal Dr.Adi. Lelah jugaklah untuk dia melayan setiap pertanyaan. Katty sempat memandang ke sekitar tempat menunggu. "Ramai betul orang sakit hari ini....Masaklah kau hari ini..".Getusnya di dalam hati sendirian, kakinya melangkah ke arah pintu kaca.

"Doktor dah sihat dari demam?.." Katty menyoal Adi sebaik sahaja wajah lelaki itu tersembur di hadapannya. Sudah lama dia bekerja dengan Adi dan sedikit sebanyak dia sudah kenal benar akan perangai lelaki itu. Briefcase di tangan lelaki itu di ambil.

Adi mengangguk tanda menjawab pertanyaan Katty. Walaupun jam belum lagi mencecah ke angka 8.30 pagi, tetapi kliniknya sudahpun di penuhi dengan mereka-mereka yang ingin mendapatkan rawatan darinya. Adi mengucap syukur di dalam hati..Murah rezeki dia hari ini....Sempat lagi dia menyedekahkan sebuah senyuman untuk mereka yang sedang menunggu giliran di tempat ruangan menunggu.

"You ada call Joana tak sepanjang 3 hari I cuti neh...." Soal Adi perlahan. Risau juga takut staffnya yang lain mendengarnya. Katty lainlah, dia dah anggap seperti seorang kawan dah. Katty hanya tersengih mendengarnya. Dia menggeleng laju. Bukan dia sengaja tidak menelefon Joana seperti yang di arahkan tetapi gadis itu sudahpun blocking nombor telefon klinik...

" Adi, you tahu tak? That girl tu dah block nombor klinik kita ni? You tahu tak...?" Katty sengaja menekankan ayatnya yang terakhir itu. Di lihat wajah Adi cukup berubah kala itu. Mendung sahaja. Joana, dia tak pernah lagi melihat wajah perempuan itu. Cantik sangat ke sampai Adi dah menjadi kemaruk cinta ni. Suara Joana...Entahlah, dia bukannya boleh menilai seseorang dengan mendengar suara je. Sebaik sahaja pintu bilik Adi di tolak, Katty cepat-cepat meletakkan briefcase Adi ke dalam loker yang berada tepat di hujung sudut ruangan bilik itu. Meja yang sedia rapi dan kemas di perkemaskan lagi. Tahu sangat perangai Adi yang teramat cerewat apabila melibatkan kekemasan tempat kerjanya.

"Give me five minutes and then you can call them...."Arah Adi tanpa memandang ke wajah Katty. Sebenarnya dia berasa malu untuk memandang wajah temannya itu. Malu kerana Joana mentah-mentah menolak huluran cintanya. Zariff, aku tahu kau melihat segalanya. Joana, hatinya utuh buat kau. Ya, Allah..Aku berjanji pada-Mu, aku hanya ingin mneyanyanginya dan menemaninya sepanjang hayatku.

Salam berserta dengan ketukan kedengaran dari luar. Sebaik sahaja pintu di buka oleh Yati,pembantu klinik, masuk seorang perempuan muda bersama bayi perempuannya. Adi mempelawa perempuan muda itu duduk. Senyuman manis di lemparkan ke arah mereka berdua. Comel budak ni! Getusnya di dalam hati. Sempat juga matanya memandang ke skrin komputer, mahu melihat maklumat peribadi pesakit di hadapannya. Melihatkan keadaan bayi perempuan yang baru sahaja cecah umur 5 bulan, Adi sudah dapat mengagak akan kedatangan perempuan muda itu.

"Ye puan, apa sakit adik Adella ya...."Soal Adi ramah. Dahi Adella yang berada di pangkuan ibunya di sentuh lembut. Agak panas.

"Hari ini dah masuk hari kedua dia demam...Minum susu pun kurang. Risau saya doktor. Ni lah kali pertama dia mengalami demam seperti ini...." Terang perempuan dalam nada kerisauan.

Adi mengambil thermometer yang tersusun elok di atas meja lalu meletakkannya di celah ketiak Adella. Dia menunggu beberapa saat sebelum thermometer itu berbunyi.

"Memang agak panas ni puan. Boleh saya tahu Adella minum susu apa ye? Biasa dalam sehari berapa kali dia minum?" Soal Adi lagi. Semua itu penting untuk seseorang doktor mengetahuinya.

"Susu badan, biasa dia akan minum dua jam sekali, Tapi sejak semalam dia hanya minum 2 kali sahaja, dan asyik menangis. Saya dapat rasakan berat badan dia semakin berkurang. Lampir nya juga tidak basah seperti biasa...."Ujar perempuan muda itu lagi. Terpacar wajahnya yang cukup risau akan keadaan anak kecilnya. Barangkali anak pertamanya.

Adi bangun, dia mengarahkan agar Yati mengambil Adella dan meletakkam bayi itu di atas katil. Dada bayi itu di cek, melalui stateskop di telinganya dia dapat mendengar degupan jantung Adella laju kala ini. Peparunya sedikit berbunyi.

"Puan ada bagi dia minum air kosong tak...?" Adi inginkan kepastian, setelah memeriksa keadaan bayi tersebut, Adi sudah dapat mengagak bahawa bayi itu telah di jangkiti oleh virus yang bernama Rotavirus. Memang agak mudah untuk bayi seperti Adella terkena jangkitan tersebut.

Perempuan muda itu terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Adi mengeluh berat. Inilah masalah kebanyakan para ibu di luar sana. Mereka ini seringkali mengabaikan saranan pihak hospital supaya tidak memberi air masak kepada bayi sehinggalah bayi itu mencecah umur 6 bulan. Cukuplah sekadar di beri susu sahaja. Nampak macam seorang berkerjaya tetapi benda macam ini pun tidak tahu. Marah Adi di dalam hati.

"Puan...hurm....sebenarnya puan tahu kan, bayi yang belum cukup 6 bulan tidak di galakkan bagi air masak ataupun sebarang makanan kan...?" Adi membuka mulut setelah beberapa minit memerhatikan keadaan Adella. Ternyata bayi itu terlalu lemah, Adella juga kerap membuang air besar. Senyap! Tiada jawapan.

"Rotavirus is the most common cause of severe diarrhoea among infants and young children. It is a genus of double-stranded RNA virus in the family Reoviridae. Nearly every child in the world has been infected with rotavirus at least once by the age of five." Adi diam, menunggu reaksi dari perempuan di hadapannya. Dia tahu perempuan itu fasih berbahasa English memandangkan status pekerjaannya adalah seorang jurutera. Joana!! Argh...kenapa Joana yang muncul saat ini. Desah hati lelakinya. Cepat-cepat dia menyambung kembali kata-katanya.

"The virus is transmitted by the faecal-oral route. It infects and damages the cells that line the small intestine and causes gastroenteritis or which is often called "stomach flu" despite having no relation to influenza. Although rotavirus was discovered in 1973 and accounts for up to 50% of hospitalisations for severe diarrhoea in infants and children, its importance is still not widely known within the public health community, particularly in developing countries. In addition to its impact on human health, rotavirus also infects animals, and is a pathogen of livestock" Terang Adi panjang lebar. Konsultasi ini adalah percuma, Adi tahu sebagai seorang doktor dia perlu banyak menjelaskan setiap penyakit itu dengan jelas dan terang agar ianya tidak berulang lagi terutama apabila melihatkan seorang bayi yang masih merah. Bab kata orang, setiap penjelasan yang di berikan mestilah lengkap seperti apa,kenapa,bagaimana, mengapa,siapa. Semua itu perlu di beritahu supaya pesakit-pesakitnya tidak keliru.

"Can you explain about signs and sympthoms of this Rotavirus, doc?" Ujar perempuan itu tiba-tiba. Mungkin terlalu risaukan keadaan anaknya menyebabkan dia teruja untuk mengetahui tentang virus itu dengan lebih jelas. Adi mengangguk perlahan.

"Rotavirus gastroenteritis is a mild to severe disease characterised by vomiting, watery diarrhoea, and low-grade fever. Once a child is infected by the virus, there is an incubation period of about two days before symptoms appear. Symptoms often start with vomiting followed by four to eight days of profuse diarrhoea. Dehydration is more common in rotavirus infection than in most of those caused by bacterial pathogens, and is the most common cause of death related to rotavirus infection. Rotavirus A infections can occur throughout life: the first usually produces symptoms, but subsequent infections are typically mild or asymptomatic, as the immune system provides some protection. Consequently, symptomatic infection rates are highest in children under two years of age and decrease progressively towards 45 years of age. Infection in newborn children, although common, is often associated with mild or asymptomatic disease, the most severe symptoms tend to occur in children six months to two years of age, the elderly, and those with compromised or absent immune system functions. Due to immunity acquired in childhood, most adults are not susceptible to rotavirus gastroenteritis in adults usually has a cause other than rotavirus, but asymptomatic infections in adults may maintain the transmission of infection in the community.

Rotavirus is transmitted by the faecal-oral route, via contact with contaminated hands, surfaces and objects, and possibly by the respiratory route. The faeces of an infected person can contain more than 10 trillion infectious particles per gram, fewer than 100 of these are required to transmit infection to another person."

Hurm, sepatutnya sebagai seorang ibu awak kena lebih prihatin. Saya tak rasa yang awak memang tak tahu bahawa bayi di bawah umur 6 bulan tidak seharusnya di beri minum air masak. Tambah-tambah fully breasfeed. Tak apalah, saya bagi vaksin ni dekat dia. Alhamdulillah lepas cucuk ni, dia akan sembuh. Tapi, kalau dia still lagi cirit birit dan kurang minum susu. Saya sarankan awak hantar dia ke hospital terus. Tapi, biasanya lepas bagi vaksin ni InshaAllah dia akan beransur sembuh puan."

Perempuan itu hanya mengangguk tanda faham. Bayinya yang lena di pangkuannya di peluk dengan penuh kasih sayang. Adi mengerling sahaja perbuatan ibu muda itu. Sebaya Joana rupanya. Argh! Joana lagi. Kali terakhir dia berjumpa dengan Joana adalah di tempat kerja gadis itu. Hampir tiga hari dia terlantar di rumah, akibat demam panas berlanjutan.

Adella menangis kuat apabila jarum halus itu di cucuk tepat ke pehanya. Adi sudah biasa akan keadaan sebegitu, dalam seratus bayi yang di rawatnya, mungkin ada satu sahaja yang diam tidak berbunyi. Yang lainnya menangis kuat. Yati mengajar ibu muda itu cara-cara untuk menghilangkan lebam kesan dari suntikan sebentar tadi. Adi membiarkan pembantunya meletakkan kapas di bahagian peha yang terkena suntikan. Dia berlalu ke meja. skrin komputer di hadapan di tatap sebentar sebelum laju tangannya menaip nama ubat.

" Ingat, kalau keadaan masih seperti ini. Puan haruslah membawa anak puan ke hospital dengan kadar yang segera..." Sekali lagi Adi menitipkan pesanan buat perempuan itu.

Tidak sampai 2 minit, pesakit yang lain sudahpun memasuki biliknya. Adi meneruskan kerja merawat seperti biasa. Seorang demi seorang pesakit keluar dan masuk ke dalam klinik miliknya sehinggalah waktu menerima pesakit tamat pada pukul 6.00 petang.

Argh, leganya segala urat dan tulangnya saat ini. Sudahlah tiga hari lepas dia hanya berbaring di atas katil. Pergh, doktor macam dia ni kalau sakit lebih dari orang. Nak buat macam mana dia pun manusia biasa cumanya pekerjaan sahaja sebagai doktor tapi tubuh badan dia macam orang biasa. Hujan!!Joana....Terdetik di hati untuk menelefon si buah hati yang terlalu susah untuk di dekati. Fikiran Adi serabut. Mahu di ikutkan nafsu lelaki tapi takut nampak terlalu mendesak. Apa yang dia tahu, gadis itu bukan seperti gadis yang dia kenal. Bukan seperti Katty atau pun memana gadis yang dia kenal. Adi bingkas bangun dari kerusi, Galaxy Note 2 di ambil dari dalam loker sebelum tangannya sibuk menekan.

Matanya bersinar, terang. Bagaikan mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang sehingga ke titisan terakhir.

" Assalamualaikum....." Laju salam di berikan terhadap penerima panggilan di sebelah sana. Mama! hanya mama yang boleh merealisasikan hajatnya.

" Waalaikumussalam......belum tutup lagi ke klinik kamu tu. Sekarang dah pukul berapa? Jangan cakap kat mama yang kamu tak boleh balik makan malam bersama..." Dush..Gedebuk! Adi hanya melopong, belum sempat dia meluahkan isi hatinya Puan Maria sudah membuka bicara. Mama ni, kalut betullah.

" Ish mama ni, Abang balik makan lah. Klinik dah nak tutup, Katty tengah sibuk kemas-kemas barang. Abang nak bagi menantu kat mama ni. Tapi mama pulak kalut manjang. Abang nak minta pertolongan mama ni. Hurm....." Lambat-lambat Adi bersuara. Mahu tergelak Adi bila mendengar mamanya menjerit nyaring di sebelah sana. Terkejut mungkin dengan kenyataan yang baru di dengari dari mulut si anak.

" Kamu biar betul.. Anak siapa yang kamu nak buat isteri tu Adi..." Dah, hilang sudah panggilan Abang.

" Mama rasa....." Ha..ha..ha...Adi sengaja memanaskan keadaan. Tahu sangat Puan Maria mesti melenting, Joana juga yang di sukai. Status Joana langsung tidak di hiraukan. Pelik juga dengan perangai mamanya yang satu itu. Sebelum ini, pernah sekali dua dia memperkenalkan kawan perempuannya kepada mama tetapi mama hanya layankan sahaja. Tiada menunjukkan yang dia serius untuk mengenali lebih dekat dengan kawan perempuannya. Joana pula anak kawan baiknya sejak dari sekolah rendah lagi. Mungkin masa mama dan mama Joana pernah berjanji untuk menjadi besan kot bila dah beranak nanti. Ke situ pulak Adi melalut.

" Mama tahulah Joana tu bukan dara lagi..tapi mama kesiankan dia. Kalau bukan dia tu anak kawan mama, mama tak buat peduli abang. Tapi, sayu hati mama bila terpandangkan wajahnya. Baik budaknya, lemah lembut, sopan, ayu...hormat orang tua dan pandai masak......"

Lemah lembut, sopan, ayu....Adi rasa macam nak tercekik mendengarkan pujian mama terhadap Joana. Mama, kalaulah mama tahu bakal menantu mama tu bukan begitu orangnya. Mama tahu tak, silap haribulan anak mama ni arwah tahu..Adi hanya mampu mengucapkan kata-kata itu di dalam hati. Malas mahu merumitkan keadaan, mungkin ya atau sekadar untuk berlagak baik di hadapan orang-orang tua sahaja. Ishk!!!ke situ pulak dia pergi. Tetapi, Adi tetap suka akan Joana. Entah kenapa saat terpandangkan wajah Joana, hatinya sudah berdetup-detup. Suka,dan jatuh cinta pandang pertama. Nasib baik dia menemani mamanya membeli belah pada hari itu. Biasanya ada sahaja alasan untuk mengelak dari menemai mamanya. Apa kelas....

"Apa kata mama buat makan-makan dan ajak Auntie Aina datang makan. Masa tu mama berkias-kiaslah dengan Joana....Lagi cepat tarikh kawinnya lagi Adi suka....Tak yah tunang-tunanglah." Akhirnya Adi meluah juga hajat di hati. Malas mendengar bebelan yang berterusan dari pihak sebelah sana. Joana, tak kan perempuan tu nak mengamuk macam dia mengamuk dengan aku. Apatah lagi bila ibu bapa mereka ada bersama, tapi....perangai Joana ni lain macam sikit. Tawakal jelah Adi...

Tok!..Tok!..Pintu biliknya di ketuk dari luar. Tanpa menunggu jawapan dari Adi, tersembul wajah Katty. Adi segera memberi isyarat supaya dia menunggu sekejap.

"Mama, continue later..Bye..Assalamualaikum..." Adi mematikan talian, wajah Katty di pandang.

" Dr. Fiza tukar shift dengan Dr. Aman....Dia cakap malam ni tiba-tiba dia kena standby dekat hospital."

Adi hanya mengangguk. Maknanya malam ini Dr.Aman akan mengambil alih Dr.Fiza untuk bertugas di kliniknya.

"Dr. Watie dah balik belum?"

Katty menggeleng kepala.

" Panggil dia kejap. I malam ni kena balik dinner kat rumah. As usual. Harap dia boleh take over malam ni together with Dr. Aman...."

Katty segera berlalu keluar. Begitulah keluarga orang berada seperti Adi. Biasanya sebulan sekali mesti ada makan malam bersama keluarga. Yelah, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Adi, anak sulong dari 4 adik beradiknya. Apa yang pasti, adik beradik Adi semuanya lelaki. Adam, adik Adi yang paling muda juga sedang mengikuti kursus perubatan di Ireland. Katty juga sudah acap kali berjumpa dengan keluarga Adi. Di pendekkan cerita, boleh di katakan dia di ibaratkan sebagai PA Adi. Selepas menyampaikan pesanan ringkas dari Adi kepada Dr.Watie, Katty berlalu ke depan kaunter. Mahu melihat staf-staf yang lain mengemas sebelum klinik di buka semula tepat jam 8 malam nanti.


Friday, August 23, 2013

PART 5: HaTi Terusik ~~



Kertas-kertas yang masih berlambak di atas meja di tolak ke tepi. Liar matanya memandang ke ruangan pejabat yang sederhana besar itu. Joana mengeluh, entah kenapa hatinya resah sejak kebelakangan ini. Peristiwa minggu lepas berlegar di fikirannya. Sejak dari kejadian itu, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Lega! Bisik hatinya, tapi kenapa dirinya seperti tidak ketentuan. Rindu dekat lelaki itu ker? Huish..simpang malaikat 44 kali, tak ingin nak membiarkan dirinya menjadi begitu. Zariff....Ya, dia rindukan gurau senda lelaki itu. Joana sedar, menangis air mata sekali pun belum tentu suaminya akan kembali ke pangkuannya. Betul kata Kak Na, sejak kejadian itu tiga hari berturut-turut suaminya datang dalam mimpi. Bercahaya betul wajah suaminya, mendatanginya dengan sebuah senyuman yang indah sambil menghulurkan tangan ke arahnya. Sempat lagi di bisikkan kata-kata buatnya.." Kalau rindu abang, sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak. Abang redha dan maafkan sayang...Jaga diri dan jangan tangisi pemergian abang...." Belumpun sempat Joana menyambut huluran suaminya, perlahan-lahan Zariff pergi. Malam pertama di datangi Zariff, dia menangis semahu-mahunya, dia sendiri tidak sedar bila masanya dia tidur kembali. Malam kedua di datangi Zariff, dia sudah mampu mengawal emosinya. Sedar sahaja dari tidur, dia bangun membersihkan diri dan duduk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas solat Subuh, dia bagaikan rasa kekuatannya kembali pulih. Dan malam ketiga, Zariff hanya tersenyum sahaja padanya. Joana sedar, Zariff juga mahukan yang terbaik untuknya. Biarlah kisahnya dengan Zariff sentiasa berada di dalam hatinya.

" Jauh menung.....kau ni sihat ke tak?" Tegur Aishah, selaku pembantu dia dan juga kawan baiknya.

Joana sedikit terperanjat, hampir terlompat dia dari kerusi yang di dudukinya itu. Joana memandang tepat wajah Aishah dengan penuh perasaan geram. Minah ni memang tak reti nak bagi salam. Hari-hari macam ni mahu sakit jantung aku.

"Kau dah lama hidup ke Shah....?"Dia menyoal Aishah balik. Soalan Aishah di jawab dengan soalan. Aishah hanya tersengih. Tahu akan kesilapannya kerana menegur Joana sebentar tadi, kalau teguran lemah lembut tak mengapalah tapi ni baik sikit dari memekik melolong.

" Sorry Jo......."Aishah sudah faham benar akan perangai kawannya yang satu ni. Jangan pandang ringan dengan si Joana ni. Kawan dia ni jenis ikut kepala sendiri, kalau tak silap gaya, mahu sentap dia dengan hot temper si Joana ni..."Ko kenapa, sejak dari pagi tadi lagi aku asyik tengok ko mengeluh, fail-fail tender tu kau main campak je. Bos lalu pun kau tak tegur. Orang tua tu aku rasa ada benda nak discuss dengan ko tapi entah kenapa aku tengok dia patah balik masuk ke bilik dia...."

Joana tidak bersuara. Dia hanya mengeluh, dia tahu Aishah tentu akan menyoal siasat akan keributan yang berlaku di pejabat mereka sejak dua menjak ni.

"Erk.....pasal lelaki yang masuk lam ladies....Siapa dia?". Dalam tergagap-gagap terkeluar jugak dari mulut Aishah. Masa peristiwa tu, dia sedang bercuti. Sebaik sahaja masuk ke pejabat pagi ini, kecoh satu pejabat bergosip pasal Joana dan lelaki tu. Nak tanya pada si Kiah, kerani yang juga merangkap PA kepada bos memang dia tak harap sangat. Kadang Kiah bercerita banyak yang di tokok tambah olehnya. Bab kata orang, alang-alang nak bercerita biarlah cukup asam garam manis pahitnya. Ruslan, jurutera bahagian pengeluaran awal pagi sudah cabut keluar. Jumpa pembekal katanya. Di sebabkan malas mahu memecahkan kepala otaknya memikirkan gerangan lelaki yang datang mencari Joana sampai ke ladies, baik dia soal tuan empunya badan sendiri.

"Mamat sewel plus tak betul fius otaknya...Eh, tak kan kau tak kenal kot...."Joana menjawab malas. Sudah! Aishah sudah mula menyoal siasat. Bila dah disoal berdepan macam ni, harapan nak mengelak memang tipis sangat-sangat. Aishah...oh Aishah, kau ni memang berbakat jadi pegawai siasatan betul.

"Dah, kau jangan nak cakap aku layak jadi pegawai siasatan pulak ye. Aku ni malas nak tambah dosa dengar orang bergosip pasal kau kat dalam opis ni. Kiah tu bukannya betul sangat. Dia cakap kau mengamuk sakan kat dalam tandas tu..." Aishah sengaja mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu. Dia bagaikan dapat merasa yang Joana mengutuknya di dalam hati.

"Pulak...sampai satu opis tengah gosip pasal aku....Haih, ni yang aku nak angin satu badan ni..." Ujar Joana dalam nada kasar. Jantan tak guna tu memang dah rosakkan imej bersih aku selama ni." Nantilah aku cerita dekat kau,sekarang ini aku memang tengah serabut. Kau tahulah kan,projek Tapah belum siap lagi. GA drawing client belum approved lagi..Semua tu nak kena submit end of this month....Aku kalau boleh, tak nak semua benda tertangguh..Leceh Shah....."Bohong Joana,sebenarnya dia meluat untuk menceritakan prihal Adi kepada Aishah. Meluat betul dia dengan lelaki itu. Harap sangat Aishah percaya akan kata-katanya.

"Kau jangan nak kelentong ye mek. Karang aku tampar juga kau ni...."Aishah mendesak. Tahu sangat yang Joana mahu menyembunyikan sesuatu darinya. Ini tak boleh jadi, dia nak tahu juga siapa lelaki itu. Firasatnya mengatakan yang lelaki itu bakal mengubah kehidupan Joana. Ya!!Dia pasti sesuatu akan berlaku nanti."kawan Zariff ke?"

Joana bagaikan tersentak mendengar nama arwah suaminya dari mulut Aishah. Sememangnya dia amat rindukan areah suaminya itu. Walaupum boleh di kira kenangan manis bersama arwah tetapi arwah adalah suaminya. Di dalam hatinya, sudah terpahat dengan nama arwah, mana mungkin dia akan menerima lelaki lain selepas ini. Hatinya adalah milik arwah. Joana menarik nafas panjang. Kesal kerana tidak sempat berbuat baik sewaktu arwah suaminya masih ada. Walaupun dia hanya menjadi suami Joana hanya untuk beberapa jam sahaja tetapi kesannya begitu mendalam buat diri Joana.

"I am sorry Jo..Joana......"Aishah bersuara perlahan. Kesal.

"Nope, I'm okey....Dia cakap dia kawan baik arwah...I dont know Shah...I don't even know about him. Before this, arwah also never talked bout him. After what had happened he asked me to accept him. Wanna be my partner..Hurm, aku meluat tau tak. Aku dah cakap aku tak kenal dia, tak suka dengan dia. but, see..what happened to me now!!!!Depresses...tension Shah. Aku rindukan arwah. Aku rindu sesangat. Aku rasa sampai mati aku sanggup hidup dengan title janda berhias. Just zariff in my heart...Shah, aku rasa bersalah sangat dengan Zariff. Dia baik sangat, sabar dengan aku. Dia cakap dia sayangkan aku, nak hidup sehati dan sejiwa dengan aku. Dia tipu aku Shah...Dia tinggalkan aku sebaik hati aku terbuka untuknya Shah....." Esakan Joana semakin lama semakin kuat. Dia melepaskan semua yang terbuku di dalam hatinya. Nasib baik dia memiliki bilik sendiri, sesuailah dengan jawatan project engineer yang di sandangnya. Kalaulah meja dia berada di luar, agak haru biru juga pabila mereka yang lain melihat dirinya begini. Joana seperti seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan bapa. Menangis dan terus menangis. Pada Aishah dia melepaskan segalanya. Adi! Lelaki itu datangnya tidak di alukan tetapi memberi impak yang mendalam kepada Joana. Selama ini, Joana bijak mengawal perasaannya tidak pernah sekalipun dia meluahkan rasa sedih akibat kematian suami kepada sesiapa kecuali ahli keluarganya sendiri.

Aishah bangun dari kerusi yang didudukinya. Perlahan dia melangkah ke arah Joana, bahu kawan baiknya di peluk kemas. Aishah kesal, kerana mulut celuparnya dia berhadapan dengan sikap Joana yang sebenar. Gadis itu selama ini sentiasa berlagak ceria dan tenang bila bersamanya dan juga teman-teman yang lain. Aishah mengelus lembut rambut Joana. Biarlah...biarlah Joana melepaskan segala-galanya hari ini. Sungguh hebat lelaki itu sampaikan Joana sanggup mengenepikan sikap ego,tenang dan cerianya selama ini. Aishah semakin teruja untuk mengenali lelaki itu.

"Menangislah Jo....Aku tahu selama ini kau berusaha untuk kelihatan tenang. Menangislah.....kadang-kadang kita perlu menangis untuk melepaskan segalanya....."

Tangisan Joana semakin kuat..."Abang....I miss you....hua.......hua....." Aishah sedaya upaya mengawal perasaannya sendiri agar tidak di lihat oleh Joana. Sudahlah kawannya yang ini berada dalam kesedihan, tak kan dia ingin tumpang sekaki. Kot ye pun sedihkan kawan, dia perlu kuat untuk melihat Joana menjadi seorang yang tabah, kuat seperti sebelum ini. Dia sanggup melihat Joana yang garang, suka melenting dari Joana yang ini. Mengongoi, menangis teresak-esak.

Thursday, November 15, 2012

PART 4: Hati Terusik..~


Tok! Tok!

Jeslyna mengetuk pintu bilik si adik nya beberapa kali. Seketika dia menunggu, kalau di ikutkan perasaan ingin tahunya mahu sahaja di rempuh masuk. Memandang perbuatannya akan mengundang lagi bala, Jeslyna akur.

"Jo...Kak Na masuk boleh?" Ujar Jeslyna pula. Kedengaran tombol pintu di pulas kasar. Jeslyna tersenyum pabila wajah adiknya terpacul di hadapan. Mata Joana sedikit merah. ' Baru lepas nangis agaknya..'Getusnya di dalam hati. Tanpa menunggu lama, Jeslyna melangkah masuk dan melabuhkan punggung di birai katil milik Joana. Wajah Joana di pandang seketika.

" What?" Soal Joana. Dia tahu kedatangan Jeslyna bersebab. Bukan semata-mata ingin bertanyakan khabar, lebih tepat lagi ingin mengorek rahsianya. Bisik Joana di dalam hati.

Jeslyna ketawa lepas. Geli melihat perangai keanak-anak Joana. Umur sudah menginjak 26 tahun tapi perangai manjanya masih jelas. Langsung tidak berubah. Pantang di pandang wajahnya, laju sahaja dia menyoal orang balik.

" Meh..duduk dengan Kak Na...Dah lama akak tak bermesra dengan Jo kan..Sejak bersalin nih..akak dah lupa camane nak manja-manja dengan adik akak nih.." Jeslyna memujuk seraya menarik tangan Joana agar datang dekat dengannya. Rambut kusut Joana di usap lembut persis seorang ibu membelai anaknya. Joana tersentuh, tanpa di pinta dia memeluk tubuh akaknya. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Joana tahu dia tidak kuat. Dia rindukan seseorang yang mungkin tidak akan kembali kepadanya. Berdosakah dia selama ini? Api neraka ke yang bakal menjadi tempatnya nanti? Joana semakin takut menyebabkan tubuhnya menggeletar. Semakin kuat dia memeluk Jeslyna.

" Ish..akak kan ada. Akak tahu Jo kuat. Jo mampu mengatasinya. Jangan di ingat lagi kisah lama. Kak Na sendiri yang mendengarnya. Dia sudah lama memaafkan Jo. Allah lebih sayangkan dia. Dan Allah juga sayangkan Jo. Allah sentiasa menguji hambanya, menduga keimanan hambanya..." Pujuk Jeslyna. Sehabis mungkin dia menahan agar air matanya tidak menitis di hadapan Joana. Joana terlalu sedih, dia perlu menyokong adiknya selagi dia mampu.

Joana diam membatu. Dah beberapa kali dia mendengar ayat yang sama dari Jeslyna tetapi hatinya tetap rasa bersalah dan berdosa. Joana memandang tepat wajah Jeslyna, banyak persoalan bermain di mindanya.

" Berdosakah Jo Kak Na...Macam mana Jo nak minta maaf dengannya. Tidak mungkin dia akan kembali kepada Jo. Ya. Jo akui Jo memang bencikan dia, terlalu marah dengannya tapi itu sebelum kami di satukan. Di saat dia memegang tangan tok kadi, Jo dah sayangkan dia. Jo tahu Jo memang cintakan dia. Tak sempat Jo nak luahkan semua itu kepada dia...dia...dia pergi tinggalkan Jo. Kak, dia memang tiada penyakit seriuskan sebelum ini?"

Jeslyna mengangguk pantas, menjawab pertanyaan Joana. Dia tahu semua itu, dan dialah orang yang merancang untuk menyatukan mereka. Zariff meninggal dunia sebaik sahaja selesai majlis pernikahan mereka. Kenduri kesyukuran pada malam itu bertukar menjadi kenduri tahlil untuk Zariff. Semua ahli keluarga terkejut menerima berita tersebut terutama ibu dan bapa Zariff sendiri. Ujian bedah siasat yang di terima dari pihak hospital yang mengatakan Zariff meninggal kerana di serang sakit jantung. Puan Sri Mariam, ibu kepada Zariff terpaksa di masukkan ke dalam wad kecemasan sebaik sahaja mengetahui yang anaknya meninggal dunia. Joana tika itu hanya memandang kosong, dia hanya mengusap wajah Zariff sebelum arwah di bawah pergi ke hospital untuk di bedah siasat.

" Kak Na......" Jelas kedengaran suara serak Joana di telinganya. Jeslyna tersentak. Joana di pandang hiba.
" Jo...biarlah arwah bersemadi dengan aman. Jo rindu dia kan, sayang dia kan. Banyakkan membaca Al-Fatihah dan Yassin,sedekahkan untuk dia. Moga hati Jo lebih tenang selepas ini. Ingat sayang, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang mengaturkan segala-galanya..." Pesan Jesylna lembut. Setiap kali solat, dia menitipkan doa agar adiknya hidup bahagia. Jeslyna menarik nafas lega melihatkan Joana sedikit tenang.

" Tapi kan..Kak Na rasa mesti ada sebab lain yang membuatkan Jo sedih hari ini kan..."Soal Jeslyna lembut. Ya, tentu ada sebab lain yang membuatkan adiknya emosi dan pulang awal dari pejabat.

Joana mengeluh. ' Baru aku rasa okey, dah kena soal siasat. Aku masih ingatkan arwah lah kak oi...Tak nak fikir pasal orang lain. Buang masa aku!'

" Tak ada lah kak..Badan macam lemah semacam arini, tu yang keluar awal.." Joana masih belum bersedia untuk berbicara tentang lelaki itu. Malas. Kalaulah muka lelaki itu pun meluat untuk di pandang, nak sebut nama lagi lah...Alahai..

Jeslyna menjungkit kening tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Joana.." Bukan semalam mama cakap Jo balik dalam keadaan basah kuyup...Mandi dengan siapa?"

Argh..sudah! Mama nampak ke aku balik basah kuyup semalam? Joana lantas bangun dan berdiri membelakangi Jeslyna. " Erk...kan hujan. Memanglah basah bila keluar kereta..Kak Na, baby Kak Na menangis dekat bawah sana..Pergilah tengok sekejap. Karang kita sambung ek. Jo nak mandi..." Joana sengaja menekankan ayat baby supaya Jeslyna mematikan hasrat untuk mengorek ceritanya.

Ha..ha..ha...Jeslyna ketawa. Tahu sangat akan perangai Joana nan satu ini. Kalau melibatkan lelaki, macam inilah ragam dia. Sentiasa mencari alasan untuk melarikan diri. " Alhamdulillah..." Ucapnya di dalam hati. Jeslyna risau, takut Joana menjadi " janda berhias" hingga ke tua. Dan kalau boleh, dia tidak mahu Joana seperti dulu. Jeslyna tekad di dalam hatinya untuk mengupah seseorang supaya mengintip siapakah gerangan lelaki yang membuatkan jiwa Joana kacau. Tetqpi, rasanya dia tahu siapakah lelaki tersebut. Jeslyna mengukir senyuman manis buat adiknya. Joana mula resah melihat senyuman yang terukir di bibir kakaknya. 'Sudah, jangan pulak dia tahu pasal semalam dan tengah hari tadi..Kak Na nih bukan boleh percaya sangat. Kat luar sana tu, banyak sangat mata-mata gelap dia..'

" Okeylah..Kak Na keluar dulu..Jangan lupa call akak kalau ada pape yer..." Ujar Jeslyna sebelum mengangkat kaki keluar dari bilik Joana. Di dalam kepala otaknya, banyak benda yang perlu di selesaikan tanpa pengetahuan Joana sendiri. Akan di pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali. Zariff akan menjadi kenangan bagi Joana dan keluarga mereka. Sempat lagi Jesylna menghadiahkan surah Al-Fatihah buat arwah. Seperti Joana, dia juga merindui arwah. Arwah banyak bersamanya berbanding dengan Joana. Arwah sahabatnya dari sekolah rendah lagi, dan kerana arwah juga dia mendapat seorang suami yang baik dan penyanyang. Jeslyna hanya tersenyum hambar. Perlahan saja langkahnya menuruni setiap anak tangga. Tangisan sekecil menyentap lamunannya. Tanpa menunggu lama, dia mengorak langkah laju mencari anak kecil dan ibunya.

" Lama benar kamu kat atas...Sampai si kecil nih dah buka kelas muzik dah..." Puan Aina ketawa kecil. Mungkin geli hati dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Jeslyna pantas mengambil anaknya dah di letakkan di atas riba. Blous yang di pakai di tarik sedikit. Kedudukan di perkemaskan. Tanpa menunggu lama, si anak terus membuka mulut..' Amboi, tak sabar betul anak mummy nih. Lapar sesangat ke sayang?' senyum Jeslyna. Wajah Puan Aina di pandang seketika. Rasa bersalah kerana membiarkan mamanya melayan anak kecilnya.

" Jes minta maaf...dramatik sangat dekat atas sana. Mama tahulah anak mama tu macam mana, kalau dah menangis..alahai..." Jelas Jeslyna. Puan Aina mengeluh. Fikiranya buntu memikirkan akan perangai Joana sejak dua menjak ini. Baru beberapa hari lepas kawan baiknya mengadu yang Joana langsung tidak mengendahkan ajakan anak terunanya. Nasib baik kawannya itu memahami dan cukup mengenali Joana. Aih, kalaulah orang lain. Mahunya di tinggal terus anak dara berhiasnya itu.

" Berikan Jo masa ma...Nanti ada peluang mama jumpalah Adi dan ibunya tu. Memang diorang faham tapi Jes takut Adi tidak tahan melayan kerenak Jo lelama. Harap dia bukan macam tu ma...." Jeslyna akhirnya meluahkan perasaan risau yang sejak tadi terbuku di hatinya. Dia tahu, Joana tentu sukar untuk menerima sesiapa di dalam hidupnya sekarang ini. Dan Jeslyna juga tahu, Adilah orang yang membuatkan Joana menangis hari ini.Nantilah ada masa dia sendiri akan berjumpa dengan Adi. Kalau boleh, biarlah jodoh mereka ada. Adi..hurm..persama lelaki itu dengan arwah Zariff tidak banyak beze. Cara mereka memikat Joana juga tidak banyak beza cuma Zariff sedikit pemalu dan beradab orangnya. Adi pula jenis yang berterus terang dan tidak tahu malu. Dari segi fizikal, Adi lebih tinggi dan berkulit putih. Maklumlah anak kacukan English-Melayu. Zariff pula berkulit sawo matang dan berketinggian lelaki melayu.

Friday, September 28, 2012

PART 3: Hati Terusik..~


Joana memandu laju membelah jalan raya. Teringatkan akan hal tadi membuatkan hatinya panas serta merta. Nasib baik si kepala botak tiada di pejabat, lepas juga lah dia mengambil cuti separuh hari. Gara-gara virus lelaki sewel dia terpaksa mengambil cuti. Mana tidaknya, habis basah bajunya terkena percikan air. Seingat tadi dia hanya berbaring sahaja di atas lantai surau, tidak sangka pula boleh terlelap. Nasib baik Kak Nora, pegawai akaun syarikatnya masuk untuk bersolat. Kalau tidak, mahu haru biru hidupnya. Sudahlah satu bangunan kecoh pasal hubungannya dengan lelaki sewel itu. Kalau di lihat dari mata kasar, semua orang akan menyangka lelaki itu adalah teman istimewanya, hakikatnya adalah sebaliknya. Jauh sekali hendak di kaitkan dengan teman istimewa, teman bau-bau bacang pun belum tentu. Terimbau kembali kejadian di dalam surau.

" Joana....Joana...bangun, akak nak solat nih?" Tegur Kak Nora lembut.

Joana yang terkejut itu segera bangun. Di tatap jam tangannya, jarum jam sudahpun ke angka 2.35 minit. Bermakna, hampir sejam lebih dia bergolek di dalam surau." Subhanallah.." Mulutnya mengucap panjang. Joana termangu seketika memikirkan akan dirinya saat ini. Dengan keadaan baju yang lembap, membungkam di dalam surau. Nasib ada Kak Nora, kalau tidak mahunya esok pagi baru dia bangun.

" Kamu ni kenapa Joana...Kemeja kamu basah nih kenapa, kot ye pun gaduh, tak kan main siram air kot..." Gelak Kak Nora. Di hulurnya cermin sebesar telapak tangan kepada Joana. Seakan -akan faham dengan huluran itu, Joana pantas mengambil cermin dan mula memerhatikan segenak wajahnya di cermin.

" Ya ALLAH akak, apa dah jadi dengan muka Joana nih akak?" Joana menjerit kecil. Soalan yang tidak masuk di akal di ajukan kepada Kak Nora. Wanita yang baru menginjak awal 40 an itu hanya tergelak. 'Lucu betul si Joana nih. Patutnya aku yang tanya dia, alih-alih dia tanya aku...Ish..ish..Joana..Joana'

" Tu yang akak nak tahu, yang kau pergi soal akak buat apa? Tak ada maknanya Joana...Akak yang baru masuk ni terkejut besar tau. Belum pernah ada manusia macam kau terbaring atas lantai nih. Mulanya ingatkan hantu bungkus mana pengsan, rupanya kau..." Kak Nora sempat mengenakan Joana. Nasib dia yang terserempak dulu, kalau kawannya Saripah, agaknya dah lama Joana kena soal jawab dengan pihak admin. Mana taknya,sesuka hati lepak dan tidur pada masa bekerja.

Joana masih lagi membelek wajahnya, sudah hilang segala keayuan dan kecomelannya. Kini hanya tinggal kesan hitam di bawah mata akibat eyeliner yang di pakai pagi tadi, kesan gincu yang sudahpun menjalar ke seluruh dagu serta pipinya. Sekali tengok macam orang sakit jiwa yang baru dapat alat solek pun ada. Joana mengambil kotak tisu yang berada elok di atas rak kecil. Di tenyeh kasar mukanya, sudahlah terkena virus si Adi, muka pulak menjadi comot. Masa tengah basuh muka tadi, dia langsung tidak menghiraukan mukanya saat itu, apa yang di layan hanyalah amarahnya sahaja. Malu bukan kepalang apabila mengingatkan yang si Adi mungkin melihatnya sebegini. ' Argh..memang pun dia tengok. Bukan tadi dia masuk cari aku sampai dalam ladies...Lantak lah, bukan nak jadi laki aku pun...' Ujar Joana sendirian. Kak Nora yang masih terpacak di hadapannya di pandang. ' Pelik betul aku dengan Kak Nora nih, kata nak solat. Solat ajelah. Yang tersengih-sengih pandang muka aku kenapa. Cantik ke even keadaan macam nih?'

"Siapa lelaki tu..." Soal Kak Nora tiba-tiba.

Terpelanting cermin Kak Nora di buatnya. Joana mengusap dadanya akibat terkejut dengan latah spontannya. Di luar kawalan otak katakan. Joana hanya mencebik, tanda tidak faham akan soalan Kak Nora. Bukan tidak faham tetapi sebenarnya tidak mahu menyentuh langsung akan lelaki yang membawa bala ke dalam hidupnya. Ya, sejak kemunculan lelaki itu, ketenangan hidupnya sudah tiada, boleh di katakan susah untuk menggapai ketenangan seperti sebelum ini. Setiap masa telefonnya akan berbunyi, kalau bukan dari tuan empunya badan, di kerahnya minah hayun supaya menghubunginya. Langsung tiada istilah privasi di dalam kamus hidupnya lagi.

" Tak usah buat-buat tidak faham, satu bangunan duk cerita pasal kamu. Bukan sekali dua dia datangkan, boleh di katakan hari-hari bertempek dekat meja kamu. Tak kerja ke lelaki tu" Aju Kak Nora lagi, kali ini kain telekung sudah berada di dalam genggamannya hanya tunggu masa untuk di sarungkan ke kepala. Wajah Joana di pandangnya.

" Entahlah akak, saya pun tak berapa nak kenal. Bukan kawan saya dan saya pun tak ingin nak jadi kawan dia akak...by the way, akak solat dulu. Tak baik melambat-lambatkan solat. Allah tak suka tau..." Joana memang malas melayan pertanyaan Kak Nora. Perasaan benci pada lelaki itu semakin menggunung.

" Yelah...akak hutang kau nih..Kau kena ingat tu..."

Joana mendengus kasar. Ada-ada aje Kak Nora nih. Sibuk jaga tepi kain orang betul.

Ping!Ping!Ping!

Joana terkejut mendengar bunyi hon yang datangnya dari belakang. Dari cermin sisinya, dapat di lihat sebuah kereta betul-betul berada di belakangnya. Rapat. Joana beristighfar di dalam hati, nasib tidak berlaku kemalangan. Nahas betul mengelamun sewaktu memandu. Joana memperlahankan keretanya, sengaja mahu membiarkan kereta mewah di belakangnya memotong. Joana dapat rasakan pemandu kereta itu merenung tajam sewaktu memotong keretanya. 'Biarlah, asal aku tak langgar kereta kau sudah. Nak jeling sampai juling bijik mata kau pun, ada aku kisah..' Rungutnya sendirian. Nasibnya baik, tidak sampai setengah jam memandu, akhirnya dia tiba di rumah. Joana sengaja memarkirkan keretanya di luar garaj. Dengan langkah longlai dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.

" Assalamulaikum mama...akak.." Ujarnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Jeslyna  ada rupanya! Joana menyalami tangan Puan Aina dan juga tangan kakaknya Jeslyna. Di cuit pipi tembam anak kecil yang berada di atas riba Puan Aina. " Jo naik dulu ma...penat rini.."

" Jo..kenapa nih?" Soal Puan Aina, risau melihat keadaan Joana. Hati keibuannya terusik melihatkan keadaan anaknya yang tidak terurus sejak dua menjak ini. Melihatkan senyuman hambar Joana, Puan Aina sudah dapat mengagak apa yang terjadi kepada anak perempuanya itu. Dia hanya mampu mengeluh, Joana sudahpun memanjat anak tangga. Jesylena sempat lagi mencuit bahu Puan Aina.

" Kenapa dengan Jo tu mama.....Lain macam aje Jes tengok..muka dia macam comot giler, tak kan mandi hujan kot.." Soal Jesylena ingin tahu. Hairan melihat muka Joana yang comot dengan make up, masih jelas kelihatan warna hitam di bawah kelopak mata Joana.

" Mama pun tidak tahu Jes, hurm...kejap lagi cuba Jes pergi masuk bilik dan tanya dia.. Mama pun tidak sedap hati dengan kelakuan dia sejak dua menjak ni. Dulu tak suka, sekarang bila budak tu dah tak ada, gaya macam orang mati laki pun ada..." Kata Puan Aina, risau akan keadaan anak perempuan keduanya.

" Mama...memang pun...." Balas Jeslyna. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Puan Aina. Agaknya mamanya lupa kot apa yang berlaku pada Joana. Memang patut dia berkelakuan macam itu. Bukan mudah untuk menerima hakikat sebenar dalam sekelip mata. Dia berharap agar pintu hati Joana dapat menerima segala-gala tentuan Ilahi. Jeslyna akui, bukan mudah untuk kita sebagai manusia menerima sesebuah kehilangan dalam sekelip mata, hanya masa yang menentukan segalanya.

Wednesday, September 26, 2012

PART 2: Hati Terusik..~


Dia mendengus geram. Usahkan hendak mengadap muka, tengok nama pun dia sudah naik meluat. Memang jenis tidak faham bahasa. Kalau telefon, orang tak nak angkat. Sendiri mau ingatlah, orang tak suka lah tu. Cuba sesekali pakai otak sikit, jangan asyik nak menyemak kepala otak orang. Joana menyepak bakul sampah di kaki. Geram, marah, menyampah, meluat tahap bagai dengan mamat di depannya itu. Tersengin macam kera dapat bunga tahi ayam. Dia nih memang tak reti bahasa ke dungu. Nak kata otak terbantut, sihat elok...hurm, doktor lagi. Agaknya sesiapa yang datang ke klinik dia memang sewel macam dia jugak kot. Kalau bukan dia yang call, tali barut dia yang call. Tiba-tiba dia teringatkan Si Katty, dua kali sepuluh, sepuluh kali dua aje..doktor dengan pekerja sama bengap.

" Jo...hurm..kita pergi makan nak?" Pelawa Adi, senyuman paling manis di hadiahkan buat gadis di depannya. Huh...dalam keadaan deman panas  macam ni, sanggup ku redah lautan manusia hanya semata-mata untuk bertemu dengan mu. Demam panas hanya sampingan, sakit jantung terkena panahan Joana lagi teruk. Mama di rumah hanya menggelengkan kepala apabila melihat telatahnya tadi. Mana tak terkejut orang tua itu, sedang elok berbungkus di dalam selimut terus bangun apabila Puan Murni menyebut nama Joana. Di dalam hatinya hanya ada Joana.

" Jo......." Panggilnya lagi. Joana langsung tidak memandang ke arahnya. Adi bergerak merapati meja Joana. Kalau kena tibai pun dia sanggup tatkala itu. Cinta itu memang indah, kena belasah pun dia sanggup. Melihatkan Joana langsung tidak bergerak dari menaip sesuatu di laptopnya, Adi mendengus perlahan. 'Wahai hati, sabarlah di kau di dalam sana...' Bisik Adi.

" Ko memang sengaja nak cari pasal kan..." Keras nada suara Joana. Mata Adi di renung tajam. Kalaulah negara ini tiada undang-undang, dialah orang pertama yang akan menghumbankan jantan ini ke dalam kolam buaya dan pirana. Baru puas hatinya.

"Aku bukan nak cari pasal, nak datang ajak makan pun...." Luah Adi dengan lembut. Hairan juga dia, Joana langsung tidak kelihatan seperti demam. Kebal giler awek dia nih, kena hujan macam semalam pun segar bugar lagi. Aku nih dah macam putus nyawa, selsema dan demam panas. Tiba-tiba..

" Aachum.....aachum.." Fuh..lega sesudah terbersin. Di sapu lelehan di tepi bibir.

Joana mengetap bibir menahan marah. Kurang asam! Kata doktor, tak kan tak reti nak tutup mulut bila bersin. Habis muka aku terkena tempias...Eeeei..aku cekik sampai mati jugak mamat nih.

Adi terkejut apabila melihat Joana mengelap kasar mukanya dengan tisu. 'Aku terbersin dekat dia ker?'....Alamak!...

" Jo...aku mintak maaf..Saya tak sengaja.." Adi memohon maaf, beberapa kali dia menampar mulutnya yang tiada insurans itu.

Joana merenung tajam ke arah Adi. Tisu di tangan di lontar kasar ke dalam bakul sampah yang sudahpun tergolek akibat tendangannya sebentar tadi. Marahkan nyamuk, habis satu kelambu di bakar. Joana hanya menjeling tanpa perasaan bersalah pun melihat kertas-kertas yang berterabur di atas lantai. ' Kejap lagi, aku mintak Ena kutipkan balik....' katanya di dalam hati. Tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya, dia berlalu ke ladies. Mahu di cuci mukanya dengan clorox agar virus dari lelaki itu tidak terkena kepadanya. 'Lembik! kena hujan macam tu pun  nak demam'. Ejek Joana di dalam hati. Di tolaknya kasar pintu ladies, di ambilnya sabun buku berwarna oren itu dan di tenyeh kuat ke telapak tangan. Di titiskan beberapa titis air sebelum menggosok mukanya. Lantak lah kalau lepas ini mukanya di tumbuhi jerawat, janji virus lelaki itu tidak melekat. Sabun buku pun sabun buku lah. Joana memandang mukanya di cermin. Sejak akhir-akhir ini hidupnya sedikit tertekan, kalau bukan di sebabkan lelaki itu. Ya, lelaki yang telah meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Joana mengeluh kasar. Kelam hatinya saat itu apabila meningatkan kenangan bersama lelaki itu. 'Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini..Biarlah dia bersemadi dengan aman..' Bisiknya sendirian. Joana membasuh lagi mukanya dengan air paip, entah untuk ke berapa kali. Asalkan dia betul-betul puas hati yang virus lelaki itu tidak melekat di wajahnya. Perbuatan itu di ulang beberapa kali. Habis lencun baju kemeja putihnya.

" Jo...lambat lagi ker?"

Terkejut beruk Joana tika itu, di jeling sekilas melalui cermin di hadapannya. Gila! Dalam ladies pun dia buleh masuk, muka tempayan betul spesis di belakangnya itu. Kalau bos dia nampak, apa pulak kata orang tua kepala botak tu. Habislah kena balun lagi. Sudahlah sejak beberapa hari ini, si kepala botak asyik hendak mencari salah dia aje. Joana sengaja merenjis kasar, agar tempiasnya terkena lelaki yang berdiri rapat di belakangnya.

"Jom..." Ajak Adi lagi. Hendak di pegang bahu Joana. Tapi dia takut gadis itu melenting. Puas dia menunggu di luar tadi, dalam keterpaksaan dia masuk juga. Lantaklah orang nak kata dia gila, sexual harrassment. Yang penting dia dapat tengok keadaan Joana.

Tanpa mempedulikan Adi, Joana melangkah keluar dari situ. Adi mengeluh. Lambat-lambat melangkah keluar. Merah padam mukanya apabila bertembung dengan seorang perempuan yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke ladies. Adi tahu, bukan senang untuk membuatkan Joana menerimanya. Tapi, dia tidak akan berputus asa. Dia tahu Joana adalah jodohnya. Allah maha mengetahui segala isi hati dan perasaannya. Adi mencari Joana di meja, langsung tidak kelihatan kelibat wanita itu. Adi mengeluh.

Joana mengelap mukanya yang basah dengan tisu. Nasib waktu solat Zohor belum masuk, bolehlah dia berehat seketika di dalam surau pejabat. Kalau di ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menelefon pengawal supaya mengheret Adi keluar dari pejabatnya. Suka menyibuk betul! Angin satu badan apabila teringatkan akan lelaki itu. Perlahan-lahan Joana merebahkan badannya di atas lantai yang tidak beralas itu. Sejuk badannya langsung tidak dapat menyejukkan suhu kemarahannya saat itu. ' Jantan tak guna tu belum tahu lagi perangai aku yang sebenarnya. Kalau engkau still lagi berdegil, tahulah nasib ko nanti. Ini Joanalah..Joana cucu ketiga Tok Megat bermisai melentik..Silap orang lah kalau ko nak cari pasal...'Bentaknya geram.