Friday, September 28, 2012

PART 3: Hati Terusik..~


Joana memandu laju membelah jalan raya. Teringatkan akan hal tadi membuatkan hatinya panas serta merta. Nasib baik si kepala botak tiada di pejabat, lepas juga lah dia mengambil cuti separuh hari. Gara-gara virus lelaki sewel dia terpaksa mengambil cuti. Mana tidaknya, habis basah bajunya terkena percikan air. Seingat tadi dia hanya berbaring sahaja di atas lantai surau, tidak sangka pula boleh terlelap. Nasib baik Kak Nora, pegawai akaun syarikatnya masuk untuk bersolat. Kalau tidak, mahu haru biru hidupnya. Sudahlah satu bangunan kecoh pasal hubungannya dengan lelaki sewel itu. Kalau di lihat dari mata kasar, semua orang akan menyangka lelaki itu adalah teman istimewanya, hakikatnya adalah sebaliknya. Jauh sekali hendak di kaitkan dengan teman istimewa, teman bau-bau bacang pun belum tentu. Terimbau kembali kejadian di dalam surau.

" Joana....Joana...bangun, akak nak solat nih?" Tegur Kak Nora lembut.

Joana yang terkejut itu segera bangun. Di tatap jam tangannya, jarum jam sudahpun ke angka 2.35 minit. Bermakna, hampir sejam lebih dia bergolek di dalam surau." Subhanallah.." Mulutnya mengucap panjang. Joana termangu seketika memikirkan akan dirinya saat ini. Dengan keadaan baju yang lembap, membungkam di dalam surau. Nasib ada Kak Nora, kalau tidak mahunya esok pagi baru dia bangun.

" Kamu ni kenapa Joana...Kemeja kamu basah nih kenapa, kot ye pun gaduh, tak kan main siram air kot..." Gelak Kak Nora. Di hulurnya cermin sebesar telapak tangan kepada Joana. Seakan -akan faham dengan huluran itu, Joana pantas mengambil cermin dan mula memerhatikan segenak wajahnya di cermin.

" Ya ALLAH akak, apa dah jadi dengan muka Joana nih akak?" Joana menjerit kecil. Soalan yang tidak masuk di akal di ajukan kepada Kak Nora. Wanita yang baru menginjak awal 40 an itu hanya tergelak. 'Lucu betul si Joana nih. Patutnya aku yang tanya dia, alih-alih dia tanya aku...Ish..ish..Joana..Joana'

" Tu yang akak nak tahu, yang kau pergi soal akak buat apa? Tak ada maknanya Joana...Akak yang baru masuk ni terkejut besar tau. Belum pernah ada manusia macam kau terbaring atas lantai nih. Mulanya ingatkan hantu bungkus mana pengsan, rupanya kau..." Kak Nora sempat mengenakan Joana. Nasib dia yang terserempak dulu, kalau kawannya Saripah, agaknya dah lama Joana kena soal jawab dengan pihak admin. Mana taknya,sesuka hati lepak dan tidur pada masa bekerja.

Joana masih lagi membelek wajahnya, sudah hilang segala keayuan dan kecomelannya. Kini hanya tinggal kesan hitam di bawah mata akibat eyeliner yang di pakai pagi tadi, kesan gincu yang sudahpun menjalar ke seluruh dagu serta pipinya. Sekali tengok macam orang sakit jiwa yang baru dapat alat solek pun ada. Joana mengambil kotak tisu yang berada elok di atas rak kecil. Di tenyeh kasar mukanya, sudahlah terkena virus si Adi, muka pulak menjadi comot. Masa tengah basuh muka tadi, dia langsung tidak menghiraukan mukanya saat itu, apa yang di layan hanyalah amarahnya sahaja. Malu bukan kepalang apabila mengingatkan yang si Adi mungkin melihatnya sebegini. ' Argh..memang pun dia tengok. Bukan tadi dia masuk cari aku sampai dalam ladies...Lantak lah, bukan nak jadi laki aku pun...' Ujar Joana sendirian. Kak Nora yang masih terpacak di hadapannya di pandang. ' Pelik betul aku dengan Kak Nora nih, kata nak solat. Solat ajelah. Yang tersengih-sengih pandang muka aku kenapa. Cantik ke even keadaan macam nih?'

"Siapa lelaki tu..." Soal Kak Nora tiba-tiba.

Terpelanting cermin Kak Nora di buatnya. Joana mengusap dadanya akibat terkejut dengan latah spontannya. Di luar kawalan otak katakan. Joana hanya mencebik, tanda tidak faham akan soalan Kak Nora. Bukan tidak faham tetapi sebenarnya tidak mahu menyentuh langsung akan lelaki yang membawa bala ke dalam hidupnya. Ya, sejak kemunculan lelaki itu, ketenangan hidupnya sudah tiada, boleh di katakan susah untuk menggapai ketenangan seperti sebelum ini. Setiap masa telefonnya akan berbunyi, kalau bukan dari tuan empunya badan, di kerahnya minah hayun supaya menghubunginya. Langsung tiada istilah privasi di dalam kamus hidupnya lagi.

" Tak usah buat-buat tidak faham, satu bangunan duk cerita pasal kamu. Bukan sekali dua dia datangkan, boleh di katakan hari-hari bertempek dekat meja kamu. Tak kerja ke lelaki tu" Aju Kak Nora lagi, kali ini kain telekung sudah berada di dalam genggamannya hanya tunggu masa untuk di sarungkan ke kepala. Wajah Joana di pandangnya.

" Entahlah akak, saya pun tak berapa nak kenal. Bukan kawan saya dan saya pun tak ingin nak jadi kawan dia akak...by the way, akak solat dulu. Tak baik melambat-lambatkan solat. Allah tak suka tau..." Joana memang malas melayan pertanyaan Kak Nora. Perasaan benci pada lelaki itu semakin menggunung.

" Yelah...akak hutang kau nih..Kau kena ingat tu..."

Joana mendengus kasar. Ada-ada aje Kak Nora nih. Sibuk jaga tepi kain orang betul.

Ping!Ping!Ping!

Joana terkejut mendengar bunyi hon yang datangnya dari belakang. Dari cermin sisinya, dapat di lihat sebuah kereta betul-betul berada di belakangnya. Rapat. Joana beristighfar di dalam hati, nasib tidak berlaku kemalangan. Nahas betul mengelamun sewaktu memandu. Joana memperlahankan keretanya, sengaja mahu membiarkan kereta mewah di belakangnya memotong. Joana dapat rasakan pemandu kereta itu merenung tajam sewaktu memotong keretanya. 'Biarlah, asal aku tak langgar kereta kau sudah. Nak jeling sampai juling bijik mata kau pun, ada aku kisah..' Rungutnya sendirian. Nasibnya baik, tidak sampai setengah jam memandu, akhirnya dia tiba di rumah. Joana sengaja memarkirkan keretanya di luar garaj. Dengan langkah longlai dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.

" Assalamulaikum mama...akak.." Ujarnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Jeslyna  ada rupanya! Joana menyalami tangan Puan Aina dan juga tangan kakaknya Jeslyna. Di cuit pipi tembam anak kecil yang berada di atas riba Puan Aina. " Jo naik dulu ma...penat rini.."

" Jo..kenapa nih?" Soal Puan Aina, risau melihat keadaan Joana. Hati keibuannya terusik melihatkan keadaan anaknya yang tidak terurus sejak dua menjak ini. Melihatkan senyuman hambar Joana, Puan Aina sudah dapat mengagak apa yang terjadi kepada anak perempuanya itu. Dia hanya mampu mengeluh, Joana sudahpun memanjat anak tangga. Jesylena sempat lagi mencuit bahu Puan Aina.

" Kenapa dengan Jo tu mama.....Lain macam aje Jes tengok..muka dia macam comot giler, tak kan mandi hujan kot.." Soal Jesylena ingin tahu. Hairan melihat muka Joana yang comot dengan make up, masih jelas kelihatan warna hitam di bawah kelopak mata Joana.

" Mama pun tidak tahu Jes, hurm...kejap lagi cuba Jes pergi masuk bilik dan tanya dia.. Mama pun tidak sedap hati dengan kelakuan dia sejak dua menjak ni. Dulu tak suka, sekarang bila budak tu dah tak ada, gaya macam orang mati laki pun ada..." Kata Puan Aina, risau akan keadaan anak perempuan keduanya.

" Mama...memang pun...." Balas Jeslyna. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Puan Aina. Agaknya mamanya lupa kot apa yang berlaku pada Joana. Memang patut dia berkelakuan macam itu. Bukan mudah untuk menerima hakikat sebenar dalam sekelip mata. Dia berharap agar pintu hati Joana dapat menerima segala-gala tentuan Ilahi. Jeslyna akui, bukan mudah untuk kita sebagai manusia menerima sesebuah kehilangan dalam sekelip mata, hanya masa yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)