Friday, September 07, 2012

PART 1: Hati terusik..~


Walaupun hujan mulai turun sedikit demi sedikit tetapi itu langsung tidak membuatkan pasangan itu berganjak dari kerusi batu. Pengunjung-pengunjung lain sudah pun terkedek-kedek berlari mencari tempat untuk berteduh, ada yang terus berlari menuju ke kawasan letak kereta dan terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta, dan ada juga memarahi anak-anak kecil yang terlalu gembira bermain air hujan. Tidak kurang juga banyak mata memandang ke arah pasangan itu..

" Biar betul diorang tu, hujan makin lebat nih"Kedengaran suara seorang pemuda berkata kepada seorang wanita, mungkin isterinya memandangkan wanita itu sibuk memegang tangan dua anak kecilnya. Wanita itu hanya mengangguk kepala tanda setuju. Mungkin lebih risaukan anak-anaknya daripada memandang ke arah pasangan yangmasih tidak menghiraukan akan keadaan sekeliling.

Tanpa bersoal banyak, pemuda itu terus mengendong anak kecil yang kelihatan terkial-kial apabila di tarik oleh ibunya. Kakinya melangkah laju menuju ke arah keretanya. Di gamik si isteri supaya melangkah lebih pantas. Wanita itu hanya mengangguk tanda mengiakan si suami..

" Ko kenapa...?" Soal Adi, nada suaranya sedikit meninggi. Sudahlah hujan makin lebat. namun wanita di sebelahnya masih lagi mendiamkan diri. Sudahlah hatinya walang, hujan semakin lebat. Bab kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga, di hempak pulak anak gajah..Eh, yeke pepatah aku tu. Detik Adi di dalam hatinya. Dia tersengih, lucu dengan pepatah yang baru sahaja bermain di fikirannya. Mengingatkan keadaan mereka di saat itu, Adi kembali ke alam nyata. Sempat lagi berangan. Matanya memandang sekejap ke muka bersih di sebelahnya sebelum memandang ke sekitar taman. Hurm, sudah tiada pengunjung lain. Hanya tinggal mereka berdua. Berbeza betul keadaan setiba nya di taman itu setengah jam yang lalu. Kalau tadi, untuk mencari bangku kosong terlalu sukar, kini...!! Adi mengeluh.

" Jom kita balik..Aku hantar ko, tak pasal ko demam nanti...Bukan ko saje, aku pun buleh demam sekali nih...." Ajak Adi lagi. Dia sudah bangun. Bukannya dia tidak dengar tadi, pemuda yang melintasinya mengatakan sama ada mereka betul atau tidak. Nak salahkan siapa, pemuda itu tidak bersalah. Mana ada orang duduk berbincang di dalam hujan.

Wanita tadi yang hanya mendiamkan diri sudahpun bangun, tanpa memandang ke wajah Adi, dia memulakan langkah ke tempat letak kereta. Di rabanya beg tangan jenama Polo itu dengan rakus. Kunci keretanya di ambil.

" Joana........tunggu aku..." Pekik Adi geram. Hati lelakinya tercabar. Tahap kesabarannya mulai tipis dengan gelagat Joana. Kalau bukan di sebabkan sayangnya yang menggunung buat perempuan itu, sudah lama di masukkan perempuan itu ke dalam guni dan di biarkan kesejukan di bawah hujan yang semakin lebat itu. Ish..Ish..apa punyer hati si Joana nih ada yer. Adi mengusap mukanya beberapa kali, melangkah perlahan ke keretanya. Joana sudah pun memandu pergi dari situ. Adi melangkah lemah. Hatinya betul-betul sakit di perlakukan sedemikian oleh Joana.

' Apa salah aku Jo...Oh..Wan Joana..Salahkah aku ingin menyuntingmu menjadi suri hatiku...Aku cintakan mu Jo...'


                        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)