Showing posts with label Our stories.. Show all posts
Showing posts with label Our stories.. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

Cara Mengatasi dan Menghilangkan Jerawat Degil

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak tahu patut ke tak mak jemah buat entry ni..Entry about how to solve acne problems. Mak jemah tengok sudah banyak entry berkaitan di luar sana.. Tapi mak jemah terpanggil jugak untuk menulis kerana mak jemah tahu ramai di luar sana kulitnya sensitif seperti mak jemah. Mak jemah dulu sebelum kahwin, jerawat tu ada. Tapi naik time period je u alls. Bukan all the time..sampai husband mak jemah naik takut tengok masalah muka mak jemah.. After giving birth to my second baby, makin melampau pulak naiknya kat muka. Heran betul. Tak ada tempat lain ke nak naik. Jenuh mak jemah fikir dan fikir. Sampaikan husband offer buat laser kasi hilangkan parut. U alls, laser tu membazir je. Kenapa? Mak jemah dah cuba kebanyakan product kecantikan je. Ada satu je mak jemah belum cuba, iaitu skll...yang lain semua dh belasah. Herba organic ke, bebas kimia ke, hak yang kimia ke, semua dah. Jadinya kejap pastu berlumba-lumba mak ko jerawat naik balik. Scary..

Tak nak cakap apa-apa, silalah tengok wajah mak jemah di masa wabak jerawat melanda dengan teruk. Serius nak keluar rumah pun,segan, malu dengan jiran-jiran..

Yang di bawah ni paling teruk sejak dalam sejarah pembesaran mak jemah. Bila tu, 20 October 2016. Masa ni Allah, azabnya..korang tengok merah pun mesti dah agak kan..sakit dan gatal plus mak jemah ada resdung!!!!. Allah, dugaan betul. Suami mak jemah dah ajak pergi jumpa pakar. Mak jemah takut.




Yang ni pada 04 February 2017. See, ada perubahan kan. Mak jemah time ni level confident tak payah cakap. Dah tinggi dah. Suka bila tengok perubahan...



Yang di bawah pula pada 25 March 2017. Makin bersihkan muka mak jemah. Betul x? Ke mak jemah sorang yang perasan.. Tak pe, perasan pun perasanlah tapi mak jemah tak kisah sebab penderitaan mak jemah dah makin berakhir. Sabar je lagi..


Kenapa? Bagaimana mak jemah mampu merawat jerawat degil di muka. Pertama, mak jemah pergi jumpa doktor. Doktor bagi antibiotik makan untuk rawat resdung, ubat makan dan nasal spray. 
Korang pakailah apa jenis produk, yang mahal ke yang murah ke? Semua tu membazir. Kenapa mak jemah kata membazir? Sebab, yang di dalam sebenarnya kita kena bersih. Orang jaman sekarang panggil Detox!!!!. Akhirnya mak jemah mendisiplinkan diri makan supplement dalaman. Apa yang menjadi pilihan mak jemah, adalah set Shaklee. Kenapa? Sebelum ni mak jemah dah cuba makan vit c from other supplier,buy at watson or pharmacy but, it didn't go well with me. So, why not mak jemah consumed supplement yang memang sebelum ni mak jemah guna. During my confinement before this (4 years ago) memang consumed shaklee.. amazing. Kesan jahit recover too fast. Ok, berbalik pada supplement sekarang yang memang mak jemah hari-hari makan untuk merawat jerawat degil, mula-mula mak jemah hanga consumed vit c sahaja. Dalam hati dah dup dap dup dap. Elok ke makan ubat/supplement setiap hari. Tak ada effect ke? Still takut-takut nak telan setiap hari. What happens if my kidneys fail completely. Hurm..risau. But, that day before i went to the ot room, seorang doktor pakar bius asks me about my drugs. I said i just took few of supplement from shaklee. And guess what, he said good for me. And I took an opportunity to ask him back, either ok or not ok to take supplement everyday. What happens to my kidneys? He said jangan risau. Alhamdulillah. Sejak dari itulah Mak jemah setiap hari makan tau. Tak ada miss dah amik supplement. Nothing to worry. And alhamdulillah.. cepat perubahan pada mak jemah. Untuk cepat hilangkan parut, mak jemah telan vit C n E n omega guard. Untuk tulang, yes. Umur makin meningkat mak jemah perlu amik supplement untuk tulang dan gigi. Muka dah cantik tapi gigi pulak tak ada.. scarryyyy..





Okeylah. Dah tengok kan testimoni mak jemah. So, sesiapa yang nak beli set shaklee, belilah tanpa was. Beli dengan akaun mak jemah, for sure korang dapat murah. Sebab mak jemah bukan meniaga, mak jemah cuma nak tolong. Mak jemah faham sangat perasaan bila muka berjerawat teruk.. sambil menuntut ilmu, sambil berkongsi..




Jom tinjau-tinjau barangan supplement Shaklee....





Tuesday, February 23, 2016

Home made Chocolate Chips Cookies



Memang pun..ye..Mak tahu ramai yang jual ni.. Ye mak akui, Famous Amos pun ada..Tapi, yang mak buat ni penuh kelainan...resepi campur2...yang pasti sedap.. Al kisah kenapa mak buat cookies ni? Korang taulah anak2 mak dan laki mak ni, cookies wajib ada. Buat kunyah2 katakan.. Anak mak ni lagi lah, mmg cookies addicted. Chipsmore, Oreo, Munchy...Hershey...semua brand cookieslah suka. Mak pulak al maklum sejak jadi bos besar ni, banyak masa aje..Apa lagi, cuba lah buat sendiri. Dua kali bancuhan dah. Ingatkan stok sampai dua minggu, tapi seminggu pun tak sampai. Mana taknya, satu balang je licin. And then, laki mak suggest suh mak jual. Dia cakap sedap, sedap dari famous amos. Huhu, mak xtaulah betul ke idak sedap tu. Sebab yang puji tu laki mak. Tapi mak sendiri pun tak leh berhenti bila makan. Mak dahlah dalam proses diet atkins. Makanan berasaskan gandum mana boleh. Tapi sebab cookies mak ni sedap, mak terpaksa buat cheat days berhar-hari. Haru biru jadi diet mak ni. Muak? Huhu..trust me beb... x muak langsung makan. Resepi utama cookies ni, korang nak belasah letak apa letak lah.. Janji pakai butter. Mak pakai buttercup. Mahal tul benda alah ni, tapi nak buat pakai benda lain mak tak berani jamin kualiti kesedapan dia. Yang ni memang tak dapat di sangkal lagi. Ok, untuk pertama kali ni jual online, mak bukak market dekat BMI dulu, kasi tengok laris ke tak. Kalau tak laris kena cari ubat pelariis lah ni..Oopps...just kidding. Ubat tu syirik, berdosa tau....


Back to cookies ni. Ramuan dia biasa-biasa jer.. Mak mula ikut resepi yang org share dalam fesbuk tu dan mak tengok bahan apa yang mak ada. Ikut kesesuain. Chocolate chips cookies. and then koko mak pakai van houten. Of courselah korang tau kan. Tak yah tengok resepi pun dah tau. Chocolate chips lah...Huhu...Ni resepi mak...secret resepi tak ada...sharing is caring. Mak share sebab mak tau kesedapan dia ni memerlukan kesabaran. Haha.. gigih mak nak siapkan satu bancuhan ni... Hanya yang gigih sahaja yang berjaya. Mak dalam fasa ke arah itu. Siapa nak mencuba bolehlah buat tempahan...01774848751. Mak janji puas hati, terjamin kesucian dia, kehalalan dia, kesedapan dia, kesihatan dia.

Hahah sebelum tu mak nak cerita pasal kedaifan mak mengenai gula perang. Mak tahu packaging dia macam mana and then when I want to buy it, they said that it was sold out. They dont have any stock. Ok. I got it. And then mak amik gula tebu enko. Mak tanya one of staff there. She said that.." ah ah kak, betullah tu. sama je gula tebu dan perang.." Ok. mak amik. Memang dalam kepala otak tak pikir dah. Confident je. Selepas di pukul almost sejam lebih, mak give up. Gula tu tak hancur beb..Keras dan besar2. Buttercup mak dah cair. Mak rasa nk nangis je. Bukan sebab tak hancur, nangis sebab mak terpaksa berkorbankan sebijik telur dan satu buttercup. Buttercup okey...Seketul buttercup tu. Menangis woi....Ngelas tong sampah jadi tempat singgahan. Mak fikir nak buat apa lah ngn benda alah tu. Tak ada idea...


Ni lah cara-cara dia.

Mak buat dua bekas, satu bekas gula perang dan butter- di pukul sehingga kembang. Masukkan telur sebijik, esen vanila, minyak setgh cawan
Satu bekas lagi, korang kasi mixkan 2 cwn stgh gandum, koko, garam, bika, baking powder.
After butter dh kembang, korang mix kan campuran tu. 
Doh mesti lembik tau. 
And then korang buatlah bentuk dia dan bakar. Mak bakar suhu 180c. Tgk pada oven memasing. 

Ta daa....sedia menerima tempahan.. Order banyak2 mak kasi percuma postage.COD free area sg. buloh..




                                     








Wednesday, February 17, 2016

New Year untuk 2016



Hahahaha...gelak je ni...mana taknya, punyer lah sibuk nak siapkan kerja sekolah..Mak bukak je blog tapi lupa nak update. Alhamdulillah tahun lepas banyak memberi pengalaman pahit dan manis buat mak jemah ni as a student kan. Tak apa, pengalaman itu mendewasakan kita. Lagi pahit pengalaman tu, lagi mendewasakan kita. Betulkan... Sejak mengambail alih jawatan besar di rumah ni, usahkan nak menulis di blog, nak baca gosip pun xsempat. Tapi ada satu kerja je yang mak memang akan bagi masa sedikit iaitu spent time dengan game mak...CANDY CRUSH...hahaha... jangan xtau, usia mak main game tu sebaya dengan usia anak "bongsu" mak ni..hahahaha...skit lagi cukup 3 tahun...hebat x??


Salam pembukaan untuk tahun 2016. Semoga tahun ini di berkati dan dimurahkan dengan rahmat dari Yang Esa. InshaALLAH...


Rumusan untuk tahun 2015:

- Pindah rumah sendiri.
- Almost finish my homework
- Resign as a RA
- Kids alhamdulillah, xde kena admit dekat hospital ( which is tahun 2014 selalu berkampung di hospital).
- Looking for the right pre school for Abg..( highly recommended to all parents to send their kids to Al-Baghdadi..)
- Got a lucky draw (Thanks Exxon....bercuti free lah...)
- Vacation with whole family at Langkawi (sponsor by b.ngah and kngah..)
- Jadi pengurus circuit suami sepenuh masa..( hahaha..sbb mak pun minat..jadi xde masalah..)
- 1st time ride with husband after a long long time ago...( Betong, Thailand)
- My mom buat Umrah
- Ayah sihat alhamdulillah
- 1st time bake pizza..home made pizza...
- 1st time buat roti..
- 1st time prepare biskut raya (sebelum ni tiada kerajinan...)












p/s: Rumusan yang teramat simple..nak buat camane, dah lupa..Apapun, years ahead semoga di berkati dan di limpahi rahmat dari Yang Esa..

Sunday, September 20, 2015

Ride to Betong, Thailand





First ride with Mr. hubby. Yang ni tak tau sambutan sempena apa? Hahaha..Mungkin sempena upgrade motorkan. Tak ada idea nak cerita. Sob..sob...sob, anak2 tinggal bersama umi dan abah. Abang pun dah faham dah bila kita cakap kita nak naik motor dengan daddy nak pergi Thailand. Siap pesan lagi, daddy bawak mummy elok2 tau..So sweet. Pas anta diorang umah umi dan abah diorang. Dengan berat ati kita bergerak....Mulakan perjalanan dengan Bismillah 21x. Baca doa semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. This time, kita dah get ready...Ready nak honeymoon balik..hahaha..ayat tak leh blah...(sob..sob..sob, atas jalan pun dok fikir, ok ke tak anak2 tu...Dah lama tak tinggalkan diorang. Biasa if aku tinggalkan diorang, bapaknya ada. Bapaknya tinggalkan diorang, aku ada..Sob..Sob.Sob...Harapkan diorang suka duduk di rumah umi dan abah. Kalau orang lain yang jaga, memang aku tak harap kot. Nak tinggalkan semalaman lagi. HhUuhu..Padahal nek ma ngn tok ayah dah pesan, kalau nak g memana.. Nak ride memana, anta cucu2 depa ni balik kampung dulu. Tak kan nak antar dua ari je, mahu aku kena penampar sulong ngn nek ma diorang. Belum puas kelek cucu, dah amik balik. Hahhaha...Sabar jelah. Budak2 ni kemain, asal balik kampung atok nenek opah diorang, aku ni di tinggalkan terkebil2. Selalu sokmo eh anak2 tinggalkan aku kat umah. Suke bebenor kalau dapat ikut atok nenek opah ni..Alahai anak2...Dah membesar sungguh. Cepat betul masa berlalu..



Jeng,..jeng..this time ride yang paling jauh untuk pertama kali bagi aku setelah hampir 5 tahun. Pi Betong mak..Betong kat Thailand..Ala, tak sampai 20km pun dari border. Tapi memang nak kena cop passport kite lah. Bergerak selepas subuh, around 7 lebih jugaklah. Dalam kul 8 lebih berhenti breakfast dekat RNR Tapah. Refuel minyak balik. Tangki kuda kuning dapat pergi sejauh 250km sahaja. Ok lah tu kan. Aku ni masa ni masih dalam mood mencari keselesaan jiwa dan raga. 

Jom pasni kita bercuti kat tasik banding ye cik rider...Hahaha...ayat tak leh blah. Abis tu anak2 macam mana? Next time kita plan, kita ride again but anak2 ikut sekali. Hurmmm...macam mana tu? Nanti kita fikirkan...

Around pukul 12.00 lebih kita orang sampai di border. Imigresen Malaysia tanah air tercinta tak dak masalah. Berjalan lancar, masuk je border siam..Aku dah mula bukak jaket. Partner ku cakap, memang masuk siam kelam kabut. Dia dah biasa, so boleh adapt lah kan. Aku yang pes time ni memang nampak kerimasan aku ni. Biasa g Mundok, masuk jalan tikus je.. tak de nak kena cop passport. Sabar jelah.. negara orang katakan. Kalau masuk thru belon udara mungkin teratur kot. Kalau ikut jalan darat.. Kebanyakan memang macam ni.. Actually, geng PMC (geng Segamat) dah gerak awal sehari dari kami. Just kami (with BIL) gerak pepagi sabtu. 








Setting waze dulu nak ke Betong melalui Pengkala Hulu

Border

Nak melepasi imigresen Malaysia


Masuk siam sdh



Time ni dah kurang dah. Masa mula2 sampai, beratur (atau erti kata lain bersepah2 sampai ke bawah)






Standby nak gerak balik sudahhh..





Tiba-tiba polis ke org majlis daerah(yg ni aku x pasti) datang nak bergambar. Layan kan je...






Si gedikka....hahaha




N d way balik daaa...




P/s: Nak masuk Thailand kena bayar rm2 semasa imigresen diorang nak copkan passport kita. Aku pun tak faham pasal apa. Ada yng jadi ulat, tukang tulis form. Padahal boleh je kita nak tulis sendiri. Tapi masa tengah ramai tu, aku mtk abang suruh diorang je tulis and then byar je. Malas nak berebut tempat bagai. Boleh kaya kot kalau jadi ulat camtu...(cara diorang cari rezeki..kalau ada ramai yang pemalas macam aku ni.. memang kaya lah kan..) Rimas...masa nak keluar Thailand. Waktu pepagi memang tak ada orang. Oklah, time tu aku tulis sendiri.. Tapi masa nak check out keluar pun tetap kena bayar rm2 dekat imigresen. Tak paham aku....

Saturday, September 19, 2015

Kenangan Bersama Hijau***********



Sebelum Hijau di lepaskan ke tangan tuan baru. Abang buat ala-ala surprise ajak ke Fraser Hill (2015). Sebelum anny ke-5. Hahaha..nak menggamit tempat cinta pandang pertama kat aku lah tu. Terfikir jugak, uish..bolehke hijau ni naik bukit berdua. Dulu lain, sekarang lain. Dulu aku kurus je, sekarang aku debab. Anak dah dua kan...(alasan yang abang tak leh terima sampai sekarang)..Hahaha.. yelah, i dalam proses nak kurus dah ni...(alasan abang bila tanya bila nak invite kita jadi pillion dia: Kena kurus ni, nanti susah nak ride naik hijau...kena kurus ni....) Last2, before anny, invite kita pergi Fraser. Dalam usia 5 tahun ni, dah 3 kali dah naik fraser. Memang sengaja sebab itu tempat kenangan. Sweetkan!!!! Hahaha.....mengada sungguhkan..




Di sebaliknya anny, ada lagi agenda lain. My BIL baru berjinak2 dengan motor ni. And he paid cash beli Kawa SL250. For beginner, memang i suggest kan you all bawak cc rendah dulu. Bagi serasikan jiwa tu dengan motor. Tak pernah main motor, terus angkut 1000cc, padah woi....Kena belajar dulu dari bawah. Yup, once you dah biasa. You akan upgrade cc lebih besar. Tu memang tak leh sangkal dah. Jiwa motor kan..Laju tu penting. Chop....nasihat skit ni..Laju tak pe, alert tu kena tinggi. Pengguna jalan raya asyik kata orang yang bawak superbike ni mcm action sikit, tak..tak...salah tu. Kereta tiba-tiba tukar lane tanpa bagi signal, memanglah kita kena mengelak. And then, bile kita elak. orang lain akan cakap kita action...Sedangkan kita nak mengelak sahaja. Salah satu contohlah....Jangan marah pulak ye pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, kita masing2 kena bijak. Jangan selfish. Ada je yang naik motor ni selfish...Sebab itu kita highlight kat sini..JADILAH PENGGUNA JALAN RAYA YANG BIJAK!!!.. Abang selalu ride solo.. bila nak layan corner, dia masuk track. Itu lagi selamat. Ko nak layan corner atas jalan raya, memang tempah batu nisan lah...(peringatan untuk kita semua...)




Aip...dah melalut ke laut mana dah ni..Back..back to the story...maka sekian hampir 5 tahun, aku menjadi pillion abang ke Fraser Hill.. Masa tu tak payah cakap, asyik mintak abg berhenti je..Kenapa? Sebab mak sakit belakang..sakit belakang...bertahun2 tak naik, pastu naik pulak babybike...memanglah..Excited nak ke Fraser Hill menghilangkan segalanya..Hahaha...Oppss...anak2 masa tu, umi dan abah diorang (pengasuh) nak tolong jaga..Sebab nak kasi can kat kami ni bercinta...

























P/s: Ride yang pertama dan terakhir bersama hijau sebelum hijau berpindah ke tuan baru.. Abang dan Ebi di rumah umi....(terima kasih sebab kasi can mummy dan daddy bercinta) Love abg n ebi ketak2..