Tuesday, February 23, 2016

Home made Chocolate Chips Cookies



Memang pun..ye..Mak tahu ramai yang jual ni.. Ye mak akui, Famous Amos pun ada..Tapi, yang mak buat ni penuh kelainan...resepi campur2...yang pasti sedap.. Al kisah kenapa mak buat cookies ni? Korang taulah anak2 mak dan laki mak ni, cookies wajib ada. Buat kunyah2 katakan.. Anak mak ni lagi lah, mmg cookies addicted. Chipsmore, Oreo, Munchy...Hershey...semua brand cookieslah suka. Mak pulak al maklum sejak jadi bos besar ni, banyak masa aje..Apa lagi, cuba lah buat sendiri. Dua kali bancuhan dah. Ingatkan stok sampai dua minggu, tapi seminggu pun tak sampai. Mana taknya, satu balang je licin. And then, laki mak suggest suh mak jual. Dia cakap sedap, sedap dari famous amos. Huhu, mak xtaulah betul ke idak sedap tu. Sebab yang puji tu laki mak. Tapi mak sendiri pun tak leh berhenti bila makan. Mak dahlah dalam proses diet atkins. Makanan berasaskan gandum mana boleh. Tapi sebab cookies mak ni sedap, mak terpaksa buat cheat days berhar-hari. Haru biru jadi diet mak ni. Muak? Huhu..trust me beb... x muak langsung makan. Resepi utama cookies ni, korang nak belasah letak apa letak lah.. Janji pakai butter. Mak pakai buttercup. Mahal tul benda alah ni, tapi nak buat pakai benda lain mak tak berani jamin kualiti kesedapan dia. Yang ni memang tak dapat di sangkal lagi. Ok, untuk pertama kali ni jual online, mak bukak market dekat BMI dulu, kasi tengok laris ke tak. Kalau tak laris kena cari ubat pelariis lah ni..Oopps...just kidding. Ubat tu syirik, berdosa tau....


Back to cookies ni. Ramuan dia biasa-biasa jer.. Mak mula ikut resepi yang org share dalam fesbuk tu dan mak tengok bahan apa yang mak ada. Ikut kesesuain. Chocolate chips cookies. and then koko mak pakai van houten. Of courselah korang tau kan. Tak yah tengok resepi pun dah tau. Chocolate chips lah...Huhu...Ni resepi mak...secret resepi tak ada...sharing is caring. Mak share sebab mak tau kesedapan dia ni memerlukan kesabaran. Haha.. gigih mak nak siapkan satu bancuhan ni... Hanya yang gigih sahaja yang berjaya. Mak dalam fasa ke arah itu. Siapa nak mencuba bolehlah buat tempahan...01774848751. Mak janji puas hati, terjamin kesucian dia, kehalalan dia, kesedapan dia, kesihatan dia.

Hahah sebelum tu mak nak cerita pasal kedaifan mak mengenai gula perang. Mak tahu packaging dia macam mana and then when I want to buy it, they said that it was sold out. They dont have any stock. Ok. I got it. And then mak amik gula tebu enko. Mak tanya one of staff there. She said that.." ah ah kak, betullah tu. sama je gula tebu dan perang.." Ok. mak amik. Memang dalam kepala otak tak pikir dah. Confident je. Selepas di pukul almost sejam lebih, mak give up. Gula tu tak hancur beb..Keras dan besar2. Buttercup mak dah cair. Mak rasa nk nangis je. Bukan sebab tak hancur, nangis sebab mak terpaksa berkorbankan sebijik telur dan satu buttercup. Buttercup okey...Seketul buttercup tu. Menangis woi....Ngelas tong sampah jadi tempat singgahan. Mak fikir nak buat apa lah ngn benda alah tu. Tak ada idea...


Ni lah cara-cara dia.

Mak buat dua bekas, satu bekas gula perang dan butter- di pukul sehingga kembang. Masukkan telur sebijik, esen vanila, minyak setgh cawan
Satu bekas lagi, korang kasi mixkan 2 cwn stgh gandum, koko, garam, bika, baking powder.
After butter dh kembang, korang mix kan campuran tu. 
Doh mesti lembik tau. 
And then korang buatlah bentuk dia dan bakar. Mak bakar suhu 180c. Tgk pada oven memasing. 

Ta daa....sedia menerima tempahan.. Order banyak2 mak kasi percuma postage.COD free area sg. buloh..




                                     








No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)