Anas Vs Iman
Huhu...terkejut aku tengok drama sebabak adik beradik ni. Si adik still dalam walker, tapi mak oi...dia punyer ganas..Sampaikan si abang yang sedang elok duduk di kerusi jatuh di langgarnya. Hancur berkecai segala bagai lego ciptaan si abangnya. Di repuh denga kereta dia sambil tayang muka tidak bersalah. Bila si abang dah mula bising, dia happy je gelak.. Aku setakat tengok je, larang si adik macam tu. Tengok juga takut anas pi tampar adik dia ke?
( Anak baru dua, tapi kecohnya macam ada sepuluh. Tak di campur dengan bapakya lagi)
" Janganlah buat abang...Eby ni kan...." Anas asyik larang adik dia jer.. Mana taknya,baru je siap dia punyer binaan lego, Iman dah pergi langgar.Si gegurl aku ni, memang kena bagi perhatian lebih sikit. Kecik bukan sebaranf kecik, dia punyer peel, kalah orang lain.
" Eby ni...Mummy tengok Eby ni buat abang...." Larang si Anas lagi. Siap sampai panggil aku suruh tengok adik dia.. Oh ye, dia panggil adik dia Eby...I means baby lah kot...Baby dah jadi Eby...Suka sangat aku dengar dia sebut Eby. Kasih si abang memang tak terhingga. Harap bonding between them sampai ke akhir hayat..(them-so far aku kan ada anak dua orang ni je...)
"Iya...eeei....muiii...." Tu ayat yang keluar dari mulut Iman bila tak dapat barang yang dia nak. Of courselah, barang yang dia nak tu haruslah milik si abang. Apa barang abang, mesti dia nak. Tak dapat kan mulalah mulut dia bising. Menjerit. Sampai keras badan dia menjerit. Kalau dia tengah pegang barang, cubalah korang amik. Mahu bising mulut dia, siap dengan jeritan tangis bagai. Bila dia nak barang si abang dia, mai rampas je. Abanglah yang terpaksa mengalah. Kadang aku tengok Anas pun boleh tahan. Bila nampak je adik datang dekat, terus dia bangun lari ke tempat lain. Bila aku tegur tak elok macam tu, kena kongsi ngn adik. Barulah dia dengan muka keterpaksaan sambil mulut cakap sorry baring balik sebelah si adik.
Papepun, dioranglah permata hati kami. Dan kami bersyukur kerana Allah memberi amanat kepada kami untuk membesarkan mereka..
Ya Allah, kau lindungilah mereka..Amin
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)