" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma." Al-Hijr, ayat 26-27.
"....hampir 80% orang Melayu mempunyai saka! Kenyataan ini tentunya tidak digemari tetapi itulah yang berlaku."- Abdul Majid Hasan.
Tanda-tanda Gangguan Jin
Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun tiga tanda pada waktu tidur dan dua tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah diganggu oleh jin atau syaitan.
Tanda-tanda Gangguan Ketika Jaga
- Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
- Suara berubah ketika marah.
- Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala mengigit lidahnya.
- Berjalan terhuyung hayang.
- Berpaing daripada membaca al-Quran, tidak memerhatikan maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
- Benci kepada bau-bauan wangi terutama kasturi dan za'faran.
- Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa).
- Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
- Lupa atau sakit kepala ketika solat.
- Tidak menumpukan perhatian kepada sesuatu.
- Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
- Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar seolah-olah bergerak-gerak.
- Denyutan jantung bertambah laju tanpa sebab.
- Selalu bermimpi.
- Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentuhala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
- Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
- Suka mengasingkan diri daripada orang ramai kerana ia berasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
- Mengabaikan kerja, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
- Sakit tulang belakang ketika bangun daripada tidur tanpa sebab-sebab kesihatan yang lain seperti influenza atau pusinga darah haid.
- Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
- Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula akan keluar sedikit.
- Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
- Waswas.
- Cepat marah dan mudah melakukan kesilapan.
- Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.
- Lenguh-lenguh seluruh badan beserta dengan malas yang bersangat dan tidak berdaya.
- Semut-semut pada badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
- Berasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutinya.
- Pening yang berterusan melainkan kesilapan bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung gigi, kerongkong ataupun perut.
p/s: Hanya orang yang pernah mengalami gangguan sebegini akan lebih memahami. Hampir separuh dari tanda-tanda gangguan ada pada diri aku ni. Ye, gangguan ini hanya boleh di atasi dengan amalan yang berterusan, tiada bomoh yang berapi-api yer. Ingat!!! itu boleh menjurus ke arah syirik. Apapun, jika tanda-tanda ini ada pada anda sila rujuk kepada ustaz atau perawat yang merawat dengan bacaan ayat suci al-Quran dan juga zikir-zikir dari ayat al-Quran. Tiada pengeras, tiada amalan berasap-asap.
Semoga kita, keluarga kita bebas dari gangguan-gangguan ini...
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)