Wednesday, March 13, 2013

Khasiat Buah Delima

Kali ini kita bukak cerita pasal buah delima....Banyak tau khasiat dia, tak terkira...Dahlah rasa dia pun sedap...Masam-masam sikit, manis-manis sikit, masin-masin sikit..Hahaha, tu dah macam gaya Qi dalam ulasan masa Jalan-Jalan Cari Makan..Ahaks!!!

Tak adalah, rasa buah delima ni memang sedap, kenalah dengan selera anak tekak aku yang di katakan sedikit cerewet ni...( abang selalu cakap aku cerewet bab makan...)  *sob------

Time pregnant BB dulu, seingat aku dapat makan separuh bijik je. Lagi separuh tu entah sapa yang rembat. Dahlah buah tu susah nak jumpa. Orang tua-tua cakap, masa mengandung ni bila makan delima tak boleh kongsi dengan orang tau. Sebabnya itu aku tak pasti, tapi tulah pesan orang tua..Hurm, setakat ni aku makan, aku selalu kongsi ngan anak aku. Melampau kot, bila mak makan, anak mintak and then mak tak kasi. Kejam benor!!! Tak sanggup aku buat macam tu.




Nasiblah abang nak melayan isteri mu ni..Hahha, sejak aku pregnant ni..aku selalu mintak dia belikan buah delima..At least, aku nak makan sebijik satu bulan..Tu pun kalau buahnya ada. Sometimes, tak ada tau..Selalu pesan kat abang, before balik rumah..Singgah kat ColdStorage tengok buah delima ada tak...Sebijik RM10...kurang dan lebih dari harga tulah..Tapi, biasa aku beli harga macam tu lah....


( Ada sesiapa tahu mana nak dapatkan anak pokok ni...Nak tanam sendiri)




Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :


Membaikpulih fungsi hati dan limpa

•Mencuci buah pinggang dan salur kencing

•Membantu penghadaman

•Membuang lemak-lemak berlebihan

•Menambah tenaga

•Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung

•Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

•Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

•Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis

•Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin

•Mencantikan kulit




(Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)


Rasulullah bersabda,

“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat))



Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-•Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

•Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

•Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .




Sebelum ni, aku ada makan juga satu jus delima ni. 10ml setiap pagi dan malam tapi....pemalas katakan, tak sampai separuh botol aku dah skip..Rugikan...Tapi, pasni aku memang nak sambung makan jus tu lagi lah..Sayangkan!!
 
 
 
 
 
shu!! Pergi main jejauhlah sikap pemalas oi......
 
 
 
 
 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)