Friday, March 29, 2013

PPUM

Ini nak cerita pasal PPUM, kisah kelakar pun ada. Nak naik darah pun ada. First, before aku pergi PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), aku call pusat dulu. Tanya macam mana nak booking bilik untuk bersalin kat sana. Dia cakap, awak datang dulu. Nanti kita cerita
Aku pun dengan penuh bergaya pergilah dekat sana last Friday hari itu..Abang dan BB ikut sama. Hampeh tau, bila ambil nombor giliran dia dia just mintak buku merah, bagi tarikh untuk next appoinment. Ingat orang senang ke nak amik cuti. Setakat bagi benda macam tu, on the phone je boleh. Kalau company bapak aku, okeylah. Tak datang kerja pun aku tak kisah. Ni company bapak orang lain. Sabar jelah..

Bila aku tanya pasal bilik, cas nak bersalin, pendaftaran dia bagi brochure yang di postostat entah berapa ribu kali kat aku. Bila tanya GL, selamba cakap swasta tak ada pakai GL....( terngangang dah aku kat situ).

Satu lagi, bila tanya pasal insurans ING cover tak untuk maternity. Mak cik tu dengan confident cakap tak kot. Then, bila aku tanya banyak kali dia dail nombor someone, mungkin rakan dia kot. Siap dengan muka confident cakap tak cover lagi..( double terngangang aku..) Kepala dah rasa berdenyut-denyut. Take it easy..Dalam hati membara nak marah. Mungkin sebab kitaorang bukan goverment staff, layan pun lebih kurang. Ikutkan nafsu aku, aku memang tak nak bersalin dekat sini. FINISH!! Tapi, bila fikir untuk baby kat dalam perut ni, aku sabarkan hati. Mungkin dia je kot yang buat perangai macam tu..

Aku ingatkan, pastu nak check ke apa ke, bagi jumpa doktor ke apa ke..Last, dia cakap..

" Isi borang ni dulu, 8/5/13 awak datang balik. Masa tu bawaklah bla...bla..bla...."

Terbeliak mata aku, kitaorang cari parking pun susah, nak datang dahlah kena cuti..Both of us..Just untuk beritahu tarikh untuk booking bilik. Hurm...Tak tau nak cakap apa daaa...Ok or KO...Mungkin ada jugak yang mengalami macam aku ni kan. Thingking of BIL cakap servis dia ok..Ada specialist...Calm down baby!!

Yang aku terkilan tu, date untuk booking on my 37 weeks...Sempat ke idok tu hanya ALLAH yang mengetahui..Kalau tak sempat dengan date booking mak cik tu bagi, aku akan terjah masuk..Nak gaduh, story later..Let me deliver my baby first ye..!! Asik nak gaduh aje keje mak ni...Ish..Ish...






Dalam hati membara

Sunyi kan tapi, nak tunggu orang panggil take some time jugak

Safety playground for kids



Just bersyukur dekat dengan kafeteria.. Ni paling baguslah, kot kena tunggu lama boleh lelepak beli makan dulu..Hehehe..


Port aku nak park bila emergency..Hahaha


Sebelum sampai ke tempat pendaftran ni, kami dah tawaf satu bangunan ni..Hahha, siap mistaken receptionist dengan patient. Siapa suruh duduk dekat receptionist punyer meja. Belasah tanyalah..That chinese man siap cakap yang dia bukan penyambut tetamu..Hahaha...Tapi, yang best dia leh tanya kami nak pergi dekat mana. Bila aku cakap nak booking bilik bersalin. Dengan penuh tatatertib bagi direction. Baguslah macam tu..

After sesi dekat PPUM tu, aku pergi rumah BIL. Cerita pasal PPUM punyer perangai. Dia suh double check dengan insurans. Walaweh, PPUM tu panel ING. BIL aku dulu kerja kat sana, dia cakap orang yang jaga kaunter tu tak tahu.

Ok! Kalau tak tahu, aku tak adalah nak mengamuk tapi dengan muka confident gile cakap direct. Tak betul pulak tu. Memanglah mak berangin..

So, sesapa nak pergi kat sana tak kiralah bersalin ke, cek sakit itu ini better check dengan korang punyer insurans, ada cover ke tak? Tak usah tanya kat kaunter, memang diorang akan jawab tak punyer.

Kira confirm ke kat sini? Hurm, begitulah gamaknya..

Hurm, time register at least korang kena bawak RM600 cash untuk deposit booking. Aku nak tanya banyak pun malas, yelah dah awal2 cakap tak cover..










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)