Assalamualaikum, hai selamat malam...
Terdetik di hati ini ingin berkongsikan cerita tentang seorang ayah. Ya, ia adalah ayah kepadaku...Yusof Bin Awang Man. Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku teramat bangga menjadi anak ayah. Kerana ayah, aku dan adik adik yang lain berjaya dalam kehidupan especially in education.
Ayah, even susah mana mencari rezeki tetapi tetap mengutamakan anak-anak. Ingat lagi suatu ketika dulu, sanggup menjelajah pasar ke pasar semata-mata ingin mencari kasut seperti Cinderella padaku... Masa tu aku budak lagi, ala lam darjah satu ke dua, gitulah...Bila tengok kawan ada, mesti nak jugak... Bebudak katakan...Hehehe..
Actually ayah aku bekas guru menengah...And then, berenti jadi cikgu sebab nak berkecimpung lam business minyak...Aku ingat lagi nama syarikat minyak ayah, if nak bangunkan balik syarikat tu kena ada modal setengah juta, at least...Mana nak cekau, lam mimpi bolehlah...
Tak mo citer panjang pasal business minyak tu, nak jump terus business jadi supplier kerepok segera cap pinggan (Tumpat), dan kerepok dari Besut..Alhamdulillah, ayah mampu menyara kami walaupun untungnya tidak seberapa...at the same time, ayah anta minyak dalam tong ke kampung yang jauh dari stesen minyak.. Dan aku, bila aje cuti sekolah suka ikut ayah...Seingat aku semua adik beradik pun suka ikut ayah dan mama aku meniaga... Bukan senang nak hidup senang ni...
Hurm, few years later sejak k.long aku sakit, and then aku sakit before amik SPM...Ayah dan mama sedih sangat. Duit abes di gunakan hanya untuk mengubati anak-anaknya... Then, ayah jual lori dia sebabkan tak mampu nak tanggung cost repair lori..Kalau korang nak tahu,lori yang di gunakan untuk buat business mesti kena test JPJ every 6 months..(correct me if I'm wrong)...
Bermula di situ, patahlah kaki kami sekeluarga, just ada motor Honda Cup C70..Syukur dari tiada langsung, and then start from that saudara mara dah mula jauhkan diri, tak senang dengan kami..Mungkin diorang ingat ayah dan mama akan minta sedekah kot...Itulah yang terlintas di fikiran kami adik beradik..Of course, time tu kami agak susah..Dengan ayah yang mula di serang penyakit jantung, tiada modal untuk berniaga lagi...K.long even dah habis belajar still tak dapat kerja, selalu sakit2..Nasib baik ayah selalu tekankan dan pentingnya pelajaran untuk masa depan.. Yes, kami adik beradik tak ada pun attend kelas tuition berbayar kerana ayahlah yang menjadi cikgu kami, especially add maths and maths moden....Huhuhu,Geografi pun ayah ajar..Bertuahkan aku...
:-)
Ayah sampai jual tanah semata-mata untuk menyekolahkan kami adik beradik, nasib ayah pandai kalau tidak mahunya di tipu bulat3 oleh adik dia dan anak saudara dia sendiri..Jangan main-main dengan ayah...
Aku sayang ayah...Ayahlah tempat aku meluahkan perasaan..Hehehe, especially kalau melibatkan hati dan perasaan....Huhuhu...consultant
Sekarang ni ayah dah tak mampu berjalan jauh, ayah perlu sokongan tongkat untuk berjalan. Solat pun ayah dah solat duduk. Ya Allah, berikan kesihatan yang baik untuk ayah!!
Ayah mempunyai sepasang mata yang terang dan otak yang tajam, ayah masih dapat melihat dan membaca dengan jelas, kalah aku yang muda ni.. Ayah selalu amalkan zikir dan doa..Itu kelebihan Allah berikan pada ayah..
Sekarang, ayah dah mula membuka kedai mini dia..Hahha, kedai di dalam rumah. Pelanggan dia mestilah bebudak sekolah, rumah aku sekangkang kera je dengan sekolah. Part yang bebudak suka, bila abes je air di depan ayah, ayah akan kasi tambah secara percuma. Bila aku cakap, mana nak untung kalau asyik macam tu, ayah akan cakap..Tak apa, asal bebudak suka.. Bukan niat nak kaut keuntungan sangat pun cuma nak memeriahkan rumah. Ayah suka bile bebudak datang rumah..
Ayah juga ada buat part time secara free, dia suka pujuk budak supaya belajar. Of course, dia punyer students from anak-anak yang malang(ibu bapa kurang tegaskan pelajaran), budak yang tak pandai langsung membaca, menulis dan mengira dan bebudak yang bercita tinggi nak berjaya. Yang hairan, anak cikgu-cikgu yang menjadi jiran kami, ayah tak terima. Alasan ayah, dia nak tolong bebudak dalam golongan di atas. Anak-anak cikgu ni mostly dah pandai..Ayah oh ayah, mulia sungguh hati ayah...
Satu sen pun dia tidak ambil bayaran.. Aku tahu, ayah tak mampu nak buat pape, dengan cara itulah ayah berbakti pada bangsa, masyarakat dan negara....
Aku sayang ayah...Tiap hari kol, pun tak pat nak melepaskan rindu...Sejak ayah bukak kedai mini ni, dah tak suka jenjalan. Tambah-tambahan ada pulak dua tiga orang pelajar, lagilah tak ke mana..
Yang paling tak tahan dengan ayah, setiap duit keluar masuk dari kedai mini dia, mesti dia catatkan...Macam aku kata, tak mudah nak kelentongkan dia. Bila cucu-cucu dia balik, lagi lebat ayah meniaga...Hahaha, pantang cucu-cucu mintak, laju ajr bagi..Pastu masukkan dalam buku mak-mak ni..Hahaha, ayah tak berkira dengan kami pun, tapi kadang saja nak kenakan ayah..Sebelum balik, biasa aku akan tanya ayah dan bayar..Bayar terlebih ke terkurangke ayah ok aje...
Itulah kisah serba sedikit cerita tentang ayah aku...Yang famos di kampung sebagai cikgu Daud....Akekekeke....
Sekian, tak leh nak cerita detail takut ada plak yang dengki...Hehehehehe......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)