Showing posts with label Surprised From My LOVE. Show all posts
Showing posts with label Surprised From My LOVE. Show all posts

Monday, April 03, 2017

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut



A Little Something To Let You Know You're On My Mind And In My SoulπŸ’–My Hero....


First of all, alhamdulillah di panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk menjadi hamba-Nya...

Ingat tak, last year mak jemah ada pergi celebrate our 6th anni dekat Kuantankan...kan...Tahun lepas we all stayed dekat Swiss-Garden Beach Resort Balok, Kuantan..This year, on our 7th anny, we all stayed at Swiss-Garden Beach Resort jugak tapi dekat Lumut...Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut nama di beri. So far, walaupun 4 stars tapi amat berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan.

Oh, ye...berbalik plan asal ala2 surprise kononnya nak stayed kat hotel di tengah ibu kota you..Tapi, mak jemah punyer bibik aka adik mak jemah kena balik kampung jaga ayah mak jemah. So, tak dapatlah konon2 nak honeymoon berdua. Anak2 tak dak sapa jaga.. Ngelas, unplanned partner mak jemah ajak g bercuti. Mak jemah buat xtau jelah.. Yelah, dua minggu jugak mak jemah tak kemana-mana, budak2 down with high fever. So, mak jemah yang memang dah plan nak balik kampung tercinta, terpaksa cancel. Mak jemah tak sampai hati nak mintak cuti ngn supervisor mak jemah. Supervisor???? Hurm, Mak jemah dah kembali kepada asal. Dah menjadi student balik you. Nanti mak jemah buat story pasal camane mak jemah kembali kepada asal...Hikhik..

Big boy dah sibuk tanya, bila nak sampai ni? Mak jemah dah sediakan bekal siap2. Pening skit perjalanan sebab abg hensem sebelah mak jemah ni ikut laluan dalam. Bukit bukau, ladang, jalan rosak. Bab kata memang perjalanan yang memeningkan sungguh. Dalam hati "Kat celah mana dia nak bawak kami anak beranak ni bercuti". Mak jemah dah siap fikir dah camane nk berposing amik gambar ala-ala di pulau. Dalam hati ni mesti hotel dekat Lumut. Yang bersebelah dengan Pulau Pangkor...Acehceh..

Setibanya di dalam hutan, ladang, kira-kira almost 20km++ dari bandar Manjung. Akhirnya sampailah kami di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Ternganga sekejap mak jemah. Mana tak suasana yang tenang, setenangnya. Hotel tak payah cakap, cuti sekolah kan. Tentulah ramai. Amik masa jugak nak check in bilik. Fuh! Bila tanya si hensem, awak book berapa malam ni? Di jawabnya satu malam. Mak jemah sekali lagi ternganga. Satu malam sahaja. Perjalanan bukan main memeningkan. And we are going to stay only for 1 night. Tak agak2 suprise dia ni. Mak jemah bukak handbag, amik cc. Hulur dekat si hensem mak jemah. Mintak dia book satu malam lagi. Hurm, harga tak usah cakaplah. Mahallah weh book on the spot. Anak dan bini punyer pasal. Tapi telinga mak jemah dengar si ensem kata, semalam tak cakap nak duduk dua malam?..Eh..eh..dia nya plan, kita pulak di salahkan..Selesai book satu malam lagi, mak jemah menggigit jari sendiri. Itulah makjemah, buat apa-apa bukan nak fikir dulu. Si hensem datang, "baju anak2 cukup ke?" mak jemah anggguk. " Baju kita?". Mak jemah terus buat muka kiut kat dia. Apa lagi, dia tepuk dahi dia sendiri. Dah agak dah..mesti dia bebel kat mak jemah. Kata surprise kan...hihihi...Mak jemah gosok lengan si ensem sekejap. Last dia cakap, malam nanti keluar ke bandar. Cari baju..Yesss...yess....

Aktiviti kitaorang tau..
Jumaat (Check-in)
lepak2 dalam bilik sementara tunggu towel. Punyerlah ramai sampai towel hotel pun amik masa. OK...tarik nafas...

Malam
Dinner di luar aka Jusco Manjung. Yes, misi mencari kelengkapan kami.  Hurm, tak pasal2 mak jemah terbeli kasut PUMA..hihi, sory b...tuk keselesaan bini u jugak...

Sabtu     
Breakfast at dining hotel. mandi manda...naik bilik...Rest..petang sambung  mandi manda lagi...

Malam
Misi Jalan-Jalan Cari Makan...Yeah... yang agak azab sikit bila nak keluar dari kawasan hotel ke bandar. 20km++ yang oi..laluan agak memeningkan, ladang yang berbukit dan gelap.. I pilih better stayed at hotel jelah lepas ni kalau datang sini...Big boy x usah cakap, kepenatan. Sampai cakap tak nak jejalan dah. Nak balik tido kat hotel. Bila mami kasi peluang ni, baik gunakan sepenuhnya..

Ahad
Breakfast dulu..Lepastu big boy dan suami mak jemah mandi manda lagi. Mak jemah malas dah. Perut dah kembung telan air kolam banyak sangat..Sesi kemas2 da...


Around 11 am kami check out. Pasal apa? Pasal unexpected plan jadi banyak lah undone work kat rumah. Begitulah cerita celebrated anny kami tahun 2017.. Alhamdulillah...



                                  πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–









Alhamdulillah...after all this time, you are still amazing to me.                       Happy AnniversaryπŸ’–πŸ’–








Model utama mami....πŸ’“



Spot my two fish...πŸ˜‹



Sesi latihan renang big boy..hurm, cuti sekolah dah boleh register kelas renang.

Kan...aktiviti banyak di dalam pool....kata release tension. Anak2 mak jemah ni tak banyak songeh, every weekend we all memang terjah swimming pool...Big boy siap hari2 doa agar mami dadi di limpahkan rezeki yang banyak dan dapat built in swimming pool dekat dia..Amin..mana tau kan rezeki abg....

Friday, April 19, 2013

Dinner Provided BY Mr.Mama Again.....

Assalamualaikum wbt...semoga anda semua sihat sejahtera dan Salam Jumaat, penghulu segala hari. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Secara jujurnya, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan terharu terhadap abang. Dalam minggu ini sahaja, dah dua kali abang sediakan makan malam. Sungguh besar pengorbanan seorang suami dalam institusi rumahtangga. Bukan setakat mencari rezeki untuk memenuhi keperluan harian, balik kerja tolong isteri lagi, bab mandikan anak semua memang abang yang buat. Kadang-kadang aku rasa macam bersalah dekat abang, tapi bila penat datang memang aku tak larat untuk bangun apatah lagi buat kerja rumah.

Semalam abang balik awal, pukul 4 dah keluar opis, katanya ada meeting di malam hari (malam semalam ler). Hurm, selalu macam tu, tapi kira okehlah meeting dari rumah je, kalau kena pergi opis lagi lah naya. 2 jam jugak meeting tu..Sabar jelah ek. Aku ingatkan nak beli pasar malam or kedai makan je juadah berbuka semalam, tapi around pukul 5, abang cakap dia nak masak. Sempat ke? Tu yang aku sedikit musykil, selasa lepas dia masak sebab dia on leave. Dengan bahan-bahannya tak ada, sempat ke?

Sampai je kat rumah, aku call no. rumah sebab tunggu dalam satu minit dia tak ada turun pun ambik BB. So, aku terpaksa dail no.rumah. Mintak abang turun amik anak dia. Satu tingkat je pun tapi, memang aku tak larat bebenor. Dahlah setiap pagi, BB mengada tak mo jalan sendiri..Kenalah aku dukung turun tangga dan bawak masuk dalam kereta. Bila dengan daddy dia, memang patuh tapi bila dengan aku memang manja.

" Abang lupa nak masaklah sayang............" Muka abang masa tu memang selamba giler. Aku apa lagi, angin dah mula naik ke kepala. Tapi still boleh sabarlah. Sedih, kecewa semua ada. Dah cakap awal-awal aku memang lapar giler. Sedihlah dengan abang time tu. Rasa macam abang tak pedulikan keadaan aku. Mulut dah mula membebel. Macam keretapi paling laju keluar. Frust bebenor tau time tu..

Dengan muka yang memang tak boleh nak masuk lam gambar aku naik anak tangga. Dalam otak dah rangka nak masak benda apa yang boleh di makan dengan segera. Lapar sesangat kot..

" Eeh, ni bau apa ni abang?" Mata aku terpandang ayam goreng spicy atas meja. "Abang beli KFC ek..."

Toleh aje kat belakang abang dah senyum, hampeh tul kenakan aku. Rupanya abang goreng ayam pakai serbuk kentucky, sup sayur.

Dalam otak siap lagi fikir, angin nak masak laki aku ni tengah datang kot. Dah rajin giler nak masak sekarang ni. Senang hatilah aku balik pantang kat kampung nanti, abang boleh masak sendiri. Sebelum ni, abang memang reti masak sardin dan nasi goreng aje. Lauk-pauk macam ni memang tak pernah. Hurmm, ada bakat jadi chef jugak laki aku ni.


Ayam goreng spicy kentucky

Sup sayur
Soya ais





Korang tengok pun mesti berselerakan. Taste dia memang sedap. Bukan nak puji laki sendiri non oi tapi memang terasa di lidah lah. Kalau tak caya meh datang umah aku reramai, pastu kita suruh cik abang Mr.mama ni masak lagi ek....






Peace Yo!!!.....Salam Jumaat untuk semua, happy holiday for weekend!!!











p/s: boleh goyang kaki lah pasni, ada orang leh jadi tukang masak. Hehehe, angin nak masak tengah mengganas katakan..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tuesday, April 16, 2013

Dinner Provided by Mr Mama

Hai......amacam? dah sampai rumah belum? Dah makan malam belum? Entry ni saja aku buat awal, means on the spot, it was special dedicated to my love..

Nak tahu tak? Today punyer hal dekat opis memang menganginkan aku satu badan. Benda dah settle ikut spec yang di kasi tapi still komen. Dan yang paling bengang tukang komen tu langsung tak tahu pape dan tak de ilmu (ye, itu lebih tepat bagi menggambarkan tukang komen)...Dah, malas nak cakap panjang pasal manusia tu.. Tak pasal entry special ni terbang ke langit..

Last aku makan sebenar tengah ari semalam, tu pun makan nasi goreng yang di tapau oleh my colleague.. Terbaik kan, and then bila timbang berat pagi tadi..Hohmaigod!!! Berat badan aku turun. 500kg!!!! Mana boleh, tak elok untuk baby dalam perut. Baby, please forgive mummy okeh!!!...Tapikan, sebelum ni aku makan banyak tapi tak kan berat tak naik kot.. Tu memang menghantui kepala otak mak ni. Hurm, after check up pagi tadi also aku tak makan breakfast. Yang berat-beratlah, aku just makan donut satu kongsi dengan BB, sekeping nugget yang rasa ntah pape dan sekotak air coklat Dutchlady. Yang best, first time abang ada sekali masa check up tu. Kalau korang nak tahu, masa previous pregnant pun langsung tak pernah temankan aku. And, pagi tadi ialah first time. Its ok, aku tahu abang busy dan aku memang tak mengharapkan dia amik cuti semata untuk itu je. Baik simpan cuti tahunan dia untuk benda lainkan. Tadi tu, sebab BB pun kena check up sekali, tu yang dia amik cuti today! Sebab kesiankan bini dialah. Rupanya sekejap je check BB. Cuma ada masalah sikit dan BB kena masuk refer dengan doktor. Kecik punyer isu je...

Okey, berbalik cerita pada tajuk di atas..Hurm, hampehkan asik kelangit saja. Rasa macam nak cerita semua kat entry ni, happy punyer pasal. Lunch pun bantai makan roti, donut 2 keping, nugget 2 keping dan buah betik &jambu. Jangan ikut stail aku sebab few minutes later perut aku telah berlagu nyanyian dangdut. Lapar! once again,kesian baby kan.. Sebelum sampai rumah tadi, dalam hati dah bercongak untuk memasak benda yang paling simple untuk dinner. But, Mr.Mama aka abang dah siapkan segala-galanya, bukan setakat menu utama tapi di sertakan dengan desset sekali. Jangan main dengan Mr.Mama aku ni. Seperti biasa rumah menjadi clean and clear. Senang hati gitu melangkah masuk ke dalam rumah...

Sup sayur (fishball+sawi jepun)

Sardin fishball

Sayur campur tempe+kacang panjang

Hasilnya....Jeng-jeng-jeng

Milo ais

Dessert-Jelly Peach


Ehem-ehem, lengkap sudah menu makan malam yang di sediakan oleh abang. Bertambah aku makan. Serius, bukan sebab dia adalah suami aku tapi rasanya memang ada ummph. Sedap sangat. Tak ku sangka suamiku rupanya berbakat orangnya. Lepas ni, bolehlah aku goyang kaki...Hahahaha, tak adalah. Tak baik tau buat suami macam tu. Tapi kadang-kadang nak jugak di manjakan. Papepun, bersyukur ke hadrat Ilahi di sebabkan abang sudi menjadi suamiku. Terbaik! Tak tahu macam mana nak luahkan perasaan ini, betapa gembira bila perut lapar minta di isi akhirnya menu makan malam di sediakan oleh suami tercinta. 




I LOVE YOU SO MUCH....MUAH!!!MUAH!!!MUAH!!!










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~