Friday, April 19, 2013

Dinner Provided BY Mr.Mama Again.....

Assalamualaikum wbt...semoga anda semua sihat sejahtera dan Salam Jumaat, penghulu segala hari. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Secara jujurnya, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan terharu terhadap abang. Dalam minggu ini sahaja, dah dua kali abang sediakan makan malam. Sungguh besar pengorbanan seorang suami dalam institusi rumahtangga. Bukan setakat mencari rezeki untuk memenuhi keperluan harian, balik kerja tolong isteri lagi, bab mandikan anak semua memang abang yang buat. Kadang-kadang aku rasa macam bersalah dekat abang, tapi bila penat datang memang aku tak larat untuk bangun apatah lagi buat kerja rumah.

Semalam abang balik awal, pukul 4 dah keluar opis, katanya ada meeting di malam hari (malam semalam ler). Hurm, selalu macam tu, tapi kira okehlah meeting dari rumah je, kalau kena pergi opis lagi lah naya. 2 jam jugak meeting tu..Sabar jelah ek. Aku ingatkan nak beli pasar malam or kedai makan je juadah berbuka semalam, tapi around pukul 5, abang cakap dia nak masak. Sempat ke? Tu yang aku sedikit musykil, selasa lepas dia masak sebab dia on leave. Dengan bahan-bahannya tak ada, sempat ke?

Sampai je kat rumah, aku call no. rumah sebab tunggu dalam satu minit dia tak ada turun pun ambik BB. So, aku terpaksa dail no.rumah. Mintak abang turun amik anak dia. Satu tingkat je pun tapi, memang aku tak larat bebenor. Dahlah setiap pagi, BB mengada tak mo jalan sendiri..Kenalah aku dukung turun tangga dan bawak masuk dalam kereta. Bila dengan daddy dia, memang patuh tapi bila dengan aku memang manja.

" Abang lupa nak masaklah sayang............" Muka abang masa tu memang selamba giler. Aku apa lagi, angin dah mula naik ke kepala. Tapi still boleh sabarlah. Sedih, kecewa semua ada. Dah cakap awal-awal aku memang lapar giler. Sedihlah dengan abang time tu. Rasa macam abang tak pedulikan keadaan aku. Mulut dah mula membebel. Macam keretapi paling laju keluar. Frust bebenor tau time tu..

Dengan muka yang memang tak boleh nak masuk lam gambar aku naik anak tangga. Dalam otak dah rangka nak masak benda apa yang boleh di makan dengan segera. Lapar sesangat kot..

" Eeh, ni bau apa ni abang?" Mata aku terpandang ayam goreng spicy atas meja. "Abang beli KFC ek..."

Toleh aje kat belakang abang dah senyum, hampeh tul kenakan aku. Rupanya abang goreng ayam pakai serbuk kentucky, sup sayur.

Dalam otak siap lagi fikir, angin nak masak laki aku ni tengah datang kot. Dah rajin giler nak masak sekarang ni. Senang hatilah aku balik pantang kat kampung nanti, abang boleh masak sendiri. Sebelum ni, abang memang reti masak sardin dan nasi goreng aje. Lauk-pauk macam ni memang tak pernah. Hurmm, ada bakat jadi chef jugak laki aku ni.


Ayam goreng spicy kentucky

Sup sayur
Soya ais





Korang tengok pun mesti berselerakan. Taste dia memang sedap. Bukan nak puji laki sendiri non oi tapi memang terasa di lidah lah. Kalau tak caya meh datang umah aku reramai, pastu kita suruh cik abang Mr.mama ni masak lagi ek....






Peace Yo!!!.....Salam Jumaat untuk semua, happy holiday for weekend!!!











p/s: boleh goyang kaki lah pasni, ada orang leh jadi tukang masak. Hehehe, angin nak masak tengah mengganas katakan..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)