Hehehe...moh sini nak kabo sal sejenis makanan yang di beri nama apam balik ni. Nama gerai dia, Apam Balik Nusantara..Kih..kih,gelak dulu sebelum nak cerita panjang ni. Abang bukan main lagi kecoh cerita pasal kesedapan apam balik orang ni. Yang kelakarnya ialah bila sesuka hati aje dia tukar nama motor bergerai orang ni. Apam balik Antarabangsa. Kui..kui..kui...Suka hati dia betul..
Apam ni ada di jual di Kampung Baru sahaja, tak ada francais kat memana lagi aku rasa. Rasa dia memang terbaik, tak manis sangat, isi dia pun memang tebal giler dan harga dia memang murah. Pergh!!memang sedap menjilat jarilah...
Pastukan, aku rasa semacam je bila berada kat Kag.Baru ni. Best gilet kot, kedai makan bersepah, gerai makan bagai. Ibaratkan macam syurga makanan. Melampaukan, tapi itu apa yang aku rasa. Korang nak makan apa, dekat sana rasa semua ada termasuklah apam balik ni.
Harga kat kedai makan pun reasonable price, kira macam tak percayalah sebab kg. Baru kan terletak di tengah kota raya. Sepatut harga mestilah mahal tapi, tak! Kg. Baru memang kg. untuk orang Melayu. Tanah tak usah cakaplah, mahal gilerlah kalu korang nak beli. Tak mampu den...
Kira macam untungkan, gerai tak payah sewa. Letak je gerai kat motor. Pastu, kat situ confirm ramai yang datang beli sebab apamnya yang sedap. |
Lepas ni nampak gaya bila mengidam nak makan sini memang kena datang Kg.Barulah. Baru di katakan apam kena selera anak tekak aku. Hoho, kena tanya abang, laratke nak datang Rawang-Kg.Baru semata untuk belikan apam buat isteri..Korang rasa dia okey ke tak? Hurmmm...aku rasa, okey kot sebab dia pun suka makan.
Rasa dia memang sedap. Tak terlalu manis dan banyak pulak inti jagung dan kacang. Padanlah abang kata sedap, memang sedap sesangat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)