Saturday, April 13, 2013

Demi Mencari Sesuap Nasi...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih di berikan nafas untuk diriku ini terus berjuang.

Demi mencari sesuap nasi, ku gagahi jua untuk terus ke hadapan..

One way only
Korang tengoklah meter kereta aku tu, itu untuk satu hala sahaja. 51.8-0.7 km sehala.. Minus 0.7 km tu sebab masa aku nak drive dari rumah dah pakai 0.7km..Hehehe, malam tu abang pergi isi minyak kereta. 0.7km tu jarak stesen minyak ke rumah aku..Dasatkan, udahlah mak ni tengah membuyung. Tapi tak apa, dugaan..Hahah, belum kira cost minyak lagi, nasib bapaknya sponsored minyak. Hurm, kalau pakai kete besar, lagilaaaaaaaaaah..haru biru tukang sponsored. Ni pun rasa macam nak downgrade kereta., nak pakai yang jimat kental punyer minyak. Adaker? Abang cakap kereta kecil aku ni dah jimat minyak...

Whateverlah, papepun abang yang bayar. Isi penuh seminggu tak cukup...Biasa penuh dalam lebih kurang rm52-55 kot..Kurang arif bab isi minyak...

My colleague selalu tanya, tengah sarat still drive ker? Yelah, mak bukan ada driver nak tak nak memang kena drive. Tawakahl jelah, selalu mintak doa dari Yang Maha Esa, nak bersalin biarlah weekend..Nak mintak abang hantarkan,memang zalim aku rasa. Dia kt Exxon, aku kat Shah Alam...Tak ke naya abang nk pergi keje. Selagi aku daya, aku pergi sendiri..Bukan senangkan nak cari sesuap nasi ni, sebab tu aku berkira giler setiap duit keluar masuk (ayat tu boleh di pakai bile tak ada kehendak benda nak beli...)Hehehe, once dh cop duit tuk saving, memang tak pakailah. Tadah tangan kat abang jerr...
















p/s: Ya Allah permudahkan segala urusan kami..Amin..











No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)