Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Monday, February 29, 2016

2015 Jalan-Jalan Langkawi

Assalamualaikum...



Cuti sekolah tahun lepas we all satu family (but me without abang- abang keje..tak boleh nak apply cuti..) So far, as long with my family (my mom and dad) its okay. They will take care of us. Huhu.. Actually, aku tak plan pun nak pergi bercuti-cuti Langkawi. Tapi di sebabkan si boy dah sibuk ajak dan nak ikut mama dia, aku pun terpaksalah dengan hati gembira meninggalkan abang di rumah. Huhu..before tu, dah prepared sambal bilis siap2.  Biasa kalau aku nak balik kampung dengan anak-anak je, memang aku akan bekal kan sambal dekat abang. Iron baju siap2..Tak nak bebankan abang especially bila tugas mengosok baju dia aku dah fully take over....Hahahaha....Jangan kata itu memang tugas bini.. hahaha...

So, before ke Langkawi, adik laki aku yang drive keta aku. Malas plus umur makin meningkat ni, nak drive jauh-jauh rasa mak aih penatnya.. Tak laratnya. Abang kata aku mengada-ngada. Hahaha.. Kelantan -Sg. Buloh, jauh beb.. Tapi bila tahu nak balik excited bangat sih. Tak rasa penat.. Tapi bila teringat balik perjalanan dan masa yang di ambil..Penat sih..Hahaha...

Stay kat umah mama dulu before pagi selasa gerak ke Kuala Perlis. Kami stay kat homestay Kuala Perlis satu malam. Bawak orang tua (ayah), bawak baby yang baru lahir (Ariqa- anak kngah) bawak anak2 bilis..anak-anak aku, adik, kak ngah memang perlukan perjalanan yang steady. No rush anyway. Kejap-kejap berhenti situ, berhenti sini. Dua bijik kereta memang padat. Haha...Let the pic do its work...









































We all stayed sana 5 hari. Rabu check in Langkawi, tengahari ahad check out. Kereta aku terpaksa tinggal dekat jeti. Nak buat camane, unplanned vacation. Nama kereta atas nama MIL aku. So nak bawak masuk kereta, we have to prepare few documents. Like, geran kereta, if bukan nama kita. Kena dapatkan surat daripada owner kereta. Nak cepat approved loan kan, so pakai nama my MIL. Actually, thats give a problem jugak lah. So, nak beli apa2 just u your name.. Nak bawak bibah, bibah kecik. Barang banyak. So far, banyak tempat yang pergi tapi aku tak sempat nak snap picture. Abang tak ada memang susahlah sikit. Expecially si ebi, mana nak jalan sendiri. Nak dukung. 12kg beb nak kena dukung. First night, sakit badan aku. Apapun, ni percutian yang best. We all memang sentiasa bercuti bersama every years. Dulu aku kerja susah skit nak spend time together macam ni. Alhamdulillah, after submit everything, aku stayed kat rumah. So, bolehlah get along with my family. Sebelum ni diorang bercuti overseas, aku tak pat join. This year, hope dapat join lagi..


Best..best...eloklah spent time with family...Mak ayah sementara masing-masing masih sihat kan...

p/S: rugi sebab tak banyak snap pics....

Wednesday, October 09, 2013

UTEM



Wah...............for the first time having a trip to UTEM..Apa maksud saya ialah pergi dan balik pada hari yang sama. Even bukan saya yang drive taaaaaaapi apa yang boleh di simpulkan..Gua terasa yang amat penat. Plus, lunch dengan nasi arab "mandi" flavor..Huaragh..memanglah mata kuyu tahap tak boleh bukak..Ehem..ehem, tapi amik set single pun dah kalau anak tekak jenis tak leh nak terima makanan arab, memang tak habislah. Amik hati kepada tuan tanah yang sanggup kuarkan duit belanja kami.



Meeting jap, tapi ada  makan-makan pulak. Aiyo, aku baru nak diet, nak turunkan berat badan. Tapi, nampak gaya hari ini memang cancel terus. Belasah bihun goreng pulak. Sedap! Nak tambah tapi segan,huhu..aku tak tambahlah. Jaga reputasi skit...Walaupun keinginan nak mencekik bihun tu amatlah tinggi. Control! Kata nak jaga badan. Aku rasa aku amalkan diet yang salah. Tak makan nasi tapi mak oi, kalau time belasah ayam..berketul-ketul ko. Mana nak turun berat badan. Nasi kononnya tak nak makan..huargh..

Okey, berbalik pada entry asal ye. Asyik kelaut je aku ni kan..Bukan I yang drive tapi sampai around kul6..Mak..jem teruk ko. Biasa kul 4 aku dah cabut, inikan pula pukul6..memang jem tahap tak bergerak tambah MRR2 puyer jalan..Hohoho...Nasib ler...

Tu kot, agak dah lama tak update blog ni..Macam suram giler..



Tuesday, April 16, 2013

Apam Balik Nusantara

Hehehe...moh sini nak kabo sal sejenis makanan yang di beri nama apam balik ni. Nama gerai dia, Apam Balik Nusantara..Kih..kih,gelak dulu sebelum nak cerita panjang ni. Abang bukan main lagi kecoh cerita pasal kesedapan apam balik orang ni. Yang kelakarnya ialah bila sesuka hati aje dia tukar nama motor bergerai orang ni. Apam balik Antarabangsa. Kui..kui..kui...Suka hati dia betul..


Apam ni ada di jual di Kampung Baru sahaja, tak ada francais kat memana lagi aku rasa. Rasa dia memang terbaik, tak manis sangat, isi dia pun memang tebal giler dan harga dia memang murah. Pergh!!memang sedap menjilat jarilah...

Pastukan, aku rasa semacam je bila berada kat Kag.Baru ni. Best gilet kot, kedai makan bersepah, gerai makan bagai. Ibaratkan macam syurga makanan. Melampaukan, tapi itu apa yang aku rasa. Korang nak makan apa, dekat sana rasa semua ada termasuklah apam balik ni. 


Harga kat kedai makan pun reasonable price, kira macam tak percayalah sebab kg. Baru kan terletak di tengah kota raya. Sepatut harga mestilah mahal tapi, tak!  Kg. Baru memang kg. untuk orang Melayu. Tanah tak usah cakaplah, mahal gilerlah kalu korang nak beli. Tak mampu den...





Kira macam untungkan, gerai tak payah sewa. Letak je gerai kat motor. Pastu, kat situ confirm ramai yang datang beli sebab apamnya yang sedap.

Lepas ni nampak gaya bila mengidam nak makan sini memang kena datang Kg.Barulah. Baru di katakan apam kena selera anak tekak aku. Hoho, kena tanya abang, laratke nak datang Rawang-Kg.Baru semata untuk belikan apam buat isteri..Korang rasa dia okey ke tak? Hurmmm...aku rasa, okey kot sebab dia pun suka makan.






Rasa dia memang sedap. Tak terlalu manis dan banyak pulak inti jagung dan kacang. Padanlah abang kata sedap, memang sedap sesangat.

 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~