Monday, May 08, 2017

Ph.D Journey: MJIIT SPORTDAY 2017

Alhamdulillah...

Akhirnya setelah bertahun-tahun tak exercise aka tak turun padang, akhirnya mak jemah turun padang jua. Alhamdulillah kerana berjumpa dengan teman-teman yang sporting, sekaki, dan kaki sukan juga. Mak Jemah bukan nak up diri kot, tapi Mak Jemah ni memang kaki sukan sejak dari sekolah lagi. Kalau nak tau, lepas je abis darjah 6. Kulit Mak Jemah beransur tukar warna tau. Kalau tidak, tak payah cakap. Suami tengok mau dia tak pandang kita ni. Hahaha, dah kulit gelap gelemak, biji mata je putih. Rasa???

1st thing 1st, memang happy sangat. Orang kata gian nak turun tu tak payah cakap. Tapi, KL setiap petang hujan, sampai ada satu hari tu, request juga team mate lawan budak undergraduate (UG) even hujan renyai2. Gian oii...Dan yang paling happy, mestilah sebab cik suami sapot. Kalau dia tak sapot, tak dapat nak lepaskan gian jugak. Budak2 tak ada siapa nak pick up. Kesian kan.. Skang, memang Mak Jemah pakai servis van untuk ke sekolah kebangsaan sahaja. Balik Mak Jemah akan ambil. Time tulah Mak Jemah akan spent time dengan Big Boy, sembang dengan dia, tanya apa dia buat. Time is everything. Dah sibuk dengan hal lain, tapi Mak Jemah akan pastikan ada quality time dengan anak2. Sebelum pick up Big Boy, Mak Jemah pi amik si Ebi. Time tunggu BB lah Mak Jemah melayan kerenah si bam bam. Henpon, memang letak siap2 dalam handbag. 

Berbalik kisah sportday, mak jemah main netball n volleyball. Masa ni baru tau ada games lain. Yelah, mana nak tau, pic bukan email direct ke makhluk tak ada pangkat direct. Tak apalah, next year ada lagi. Nanti kita pulun main semua, nak lepas gian sangat kan. Hahaha, 1st day lawan netball (sebelum tu konon nak training-tapi hujan lebat setiap hari). After 1 games memang kelaut lah Mak Jemah. Sakit habis satu badan, cari pasal betul. Warming up pun memain, haruslah sakit badan kan. Adeh...kejam betul Mak Jemah dekat diri sendiri. Mau seminggu juga hilang sakit badan. Tak sedar diri dah tua, ada hati nak meloncat2 macam budak2 muda. Hahaha...

Tapi apa-apa pun, Mak Jemah enjoys...Volleyball team Mak Jemah jadi CHAMPION, netball just 2nd runner up. Okaylah, surrender awal2, pancittt....












No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)