Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Saturday, November 19, 2016

Rainbow Paradise Beach Resort (A Short Vacation at Penang)



ThrowBack the Moment with Sweet Family


27/09/2016 - 29/09/2016

Assalamualaikum...

Tiba-tiba je dapat whatsapp from big bos. " Jom bercuti penang. B dah book hotel sudah.." OhmaiGod..Tiba-tiba..Nape? Biasalah, mak terjah big boss dengan peluru soklan. Big boss cam biasa gaya dan jawapannya.." Saja, dah lama tak jalan. Jangan lupa bawak baju swimming semua.." Al maklum, sejak dua menjak ni swimming dah jadi aktiviti wajib mingguan kami semua. Wajib you all.. Tak payah nak pi waterpark memahal. Pergi je Pusat Akuatik Shah Alam tu je. Dapat je swimming. Swimming lah korang sampai puas. Confirm tak puas.. Hurm, nanti nak buat entry sal survey swimming class family fees. Setakat ni swimming tenggelam tak timbul-timbul. Hahaha...

Okey, so ni entry lepas kan..Throwback balik. Sekian sudah selepas bebanan mak terlepas jua..Alhamdulillah. Sebelum ni mak selalu je merungut nak pi jalan. Al maklum, diri bebas dari kerjakan. Semua setel. Doa siang malam, akhirnya ada jugak percutian (walaupun di tengah tu bercuti sakan di kampung okeh..yang ni tak di kira bercuti tau..huhu)

Seperti biasa, pagi 27/09 tu kami gerak di awal pagi. Bekal memang wajib, mak sediakan sandwich, cookies, roti kosong dan air tau. Al maklum, bila ada anak, benda yang nampak so simple ni kita kena titik beratkan ye. Korang yang plan nak pi jalan tu sila sediakan semua ni. Make sure kena ada. Budak ni tak kira waktu, bila time makan diorang. Memang diorang nak. Prepared siap2 tau. Jangan asyik tanamkan dalam jiwa, stesen minyak bersepah, rnr tentu adanya..Jangan..mak sarankan jangan. Buatlah sedikit bekal, biskut keringke kalau malas sangat. For sure, bekal susu dan pampers kena cukup. Huh, sign...Ebi still like a baby. Paham-pahamlah kan...Ok, sebelum tu, big boss cam biasa pastikan keadaan kereta dalam keadaan ready. Check everything before the journey. Perlu ni..WAJIB..COMPULSORY....

Tak adalah excited mana sebab sebelum ni mak dah pergi Penang. Ni kali ke 4 mak ke sana. Tapi kali ni, big boss yang over excited! siap tugaskan mak buat itinerary sepanjang kat sana tau. Wau...wau...big boss mak ke ni.. (sejak layan Descendent of the Sun) mak letak nama partner mak big boss tau. My only big boss. Muahaha.. Okey, itinenary pertama, lunch di Ipoh, melayan Nasi Ganja. Sign....haih...(camane ni, mak anti mamak...) Ramai nak weh beratur nak beli nasi ni. Nasi Ganja made from mamak dan di jual di kedai cina. So far, Halal..Alhamdulillah.  Hurm, yang sedap tu tang mana ntah. (gaya macam ni sebab bukan taste mak. Telan nasi macam telan pasir..Big boss tahan gelak je..) Sebab kesian big boss makan sorang-sorang, mak telan jugak. Part ni memang berpeluh satu badan, dahlah dengan ramai orangnya, dengan kembang tekak maknya. Sebelum ni, dah ada one of my frens asking mak. "ko nak g penang, ko tak makan mamak..tak best wo.." Nak buat camane, dah ni pilihan destinasi big boss.. Tak pe aih tak makan mamak pun, mak make lah benda gelain. roti pun mak bekal banyak...



Ramai nau beratur nak makan nasi ganja ni- lokasi Ipoh mali.





Dengan perut yang tak berapa nak kenyang, perut maklah. Perut orang kenyang, sampai mengantuk nak drive pun ada. Kami meneruskan perjalanan. Perut tak kenyang pun, mak tido jugak. Konon nak tukar driver. Sedar tak sedar, mak bukak mata je dah naik jambatan kedua...hahaha..penat ntahlah..Kang main mak tido, abis sesi nak menjamu mata.. 

Rainbow Paradise Beach Resort






After kemas barang, we all kuar jenjalan kat penang. Pusing pulau...Sekian, kata tak excited tapi bukan main kan.


Day 2.

Bangun pagi, gosok gigi, mandi-mandi, siap sedia..Anak-anak request nak mandi kolam. Okey, kita layan jer.....












Pastu pasembor hunter....Kan pergi time weekdays, bestlah jalan. Memang smooth je jalan. Tapi kalau weekend memang haram lah nak jalan cam ni. Hunter menjadi huntido pulaak. Kami punyer style, malas nak layan jem. Dah puas ngadap jem kat umah kan. Tak sempat nak amik gambar pasembor.. Sampai je kat meja terus ngap..







Next, kami ke Bukit Bendera. Pertama kali kot. Mak sarankan kalau korang nak pi, pi lah awal pagi no. Pasal banyak tempat kat atas tu korang boleh lawat dan pusing. Berbaloi sangat pi Bukit Bendera. Kena letakkan dalam itinenary wajib anda ye. Sila add sekarang. Budak2 pun tentu suka. Kita mak bapak je meleleh penat. Diorang lagi jauh jalan. Laaagi enjoy. Yang part kelakarnya, duk pi masuk shopping mall kat sini buat apa.. Adeh..Padahal kat KL lagi banyakkan..Adeh..
















Tada...kelik je dari sini..semua terbokang tido...


Day 3

Tak ada buat apa pun..pasal dah siap3 kemas barangkan. Mood nak jalan pun kelaut pasalnya hujan je.. Maka segala itinenary yang di susun untuk hari ketiga tiada. Stay inside the room jelah. Cari jeruk-jeruk lah jelah. Nak bagi dekat jiran-jiran..Sekian.. Sekejap tapi okeylah. Big boss kata nak repeat lagi sebab banyak tempat tak pergi due to the bad weather..Sekian...

Booking room thru: https://www.airbnb.com/. Siap ada diskaun lagi..

Bolehlah go thru this website ye kalau anda berminat nak bercuti...



Swiss-Garden Beach Resort Kuantan (Weekend at Kuantan)

ThrowBack the sweet moment with family

19/03/2016 - 21/03/2016



Alhamdulillah...


Syukur ke hadrat ilahi...It had been 6th years with my husband and hope till jannah...Alhamdulillah...
Sebelum ni kitaorang tak ada pun celebrate cuti2, just short ride to Fraser Hill... Our love journey started there. So, every years we ride there. Just to remind our memories. Sweet kan. So, this year, alhamdulillah, ada rezeki lebih we all celebrate together with our kids and spent almost 3 days and 2 nights with full of joys and happiness. Got a buffet dinner, we ate like we never eat before this. Having buffet doesnt means you have to go wasted with your foods. Sad when I looked the other tables, they took as much as they want but they didnt finish it. Hotel ma, ko amik banyak2, ko tak makan. And then, ko ingat makanan tu orang akan makan ke? Mesti lah orang buangkan.. Behave as like your title lah. Jangan behave macam orang tak bertamadun. My partner always keep remind me, amik makanan sikit2, makan sikit2, rasa sikit2, jangan membazir. So, I keep all those advises in my mind. Amik secoet, makan, bila nak lagi, amik lagi...Huh, tak pasal2 mak membebel. Yelah, bila teringat kejadian membazir, geram je kan....


Okey, bebalik pada our short vacation. My baby boy, aka BB pergh...5 hari sebelum dah kasi tau dia, memang excited betul. Malam sabtu, tak lena tidur. Asyik duk tanya bila nak pergi bercuti. FYI, since Ebi di lahirkan we never having our vacation together. Biasa mak pergi berdua (yang ni mmg short betul, pergi pagi balik pagi esok...al maklum anak2 tinggalkan..) atau, me and my kids without their daddy. SO, this is our first time having vacation berempat. Alhamdulillah...

Dengan Bismillah...kami mulakan perjalanan...


Ooops...berhenti breakfast dulu.. Mak memang tak sediakan breakfast, kenapa? Pasal mak tak nak sepahkan dapur mak. Mak dah kasi licin habis berkilat dah malam tu, dah memang decide tak nak bawak bekal.. Tapi, biskut, roti, cookies tu adalah. Budak2 ni memang dalam kereta behave, cuma susu ebi memang kena sediakan one and one. One ready to drink and the other one stand by.

Seperti biasa sebelum mulakan perjalanan panjang, partner mak singgah stesen minyak, isi minyak penuh-penuh, cek tayar sama ada cukup angin ke tak. Lepas tu baru berdezummmmmm menghala ke destinasi. Yeah...

Alhmadulillah..kami sampai di tempat yang di tuju dengan selamat. Amin, Alhamdulillah.. Sepatutnya check in kul3 tau. Tapi mak dapat awal..Kul1.30 dah boleh check in. Kenapa dapat awal? Budi bicara budaya kita. Mak walaupun perangai hot temper ni, banyak yang buruk dari elok tapi mak pentingkan budi bicara tau. Kita cakap elok, maka eloklah layanan kita dapat. Not bad, puas hato dengan service dia. Mak memang rekemen kan tempat ni Swiss-Garden Beach Resort Kuantan. So, dah nak mula cuti sekolahkan, bolehlah pelan bawak anak-anak ke sini. Best you all, makanan dia, view dia, kemudahan dia..Memang best sesangat. Andai ada masa nanti (partner baru tukar tempat kerja-so, cuti memang xde) memang akan repeat lagi..Best sangat..cumaaa..kalau anda pandai berenang....laaagi best tau...Sepanjang percutian 2 malam, 3 hari mak tak buat ronda memana..All the time kitaorang lepak di resort je. Bab kata...banyak sangat yang menarik di resort, Makan minum di situ ajelah..hikhik

Biarlah gambar yang berbicara....memang rekemenkan korang datang sini tau..


















Details boleh google ke this link: http://www.swissgarden.com/hotels/sgrk/




Alhamdulillah..Happy Anniversary for us..


p/s: Dah lama entry ni tergantung, mak baru ada kelapangan. Al maklum, mak kena setelkan kerja mak..Alhamdulillah..Mak sudah berjaya, hanya tinggal satu anak tangga lagi sebelum pencen betul-betul dan menjadi full housewife ye...