Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Hospital Sungai Buloh

Pertama kali ingin aku memohon kemaafan sekiranya luahan aku ini membuatkan ada yang tidak senang atau selesa. Hakikatnya, jika ianya berlaku pada diri sendiri baru kita akan mengakuinya. Betul tak? Wah...entry tajuk macam bersastera lah pulak aku ni di petang-petang gini. Actually, dah lama sangat aku nak bukak pasal HSB ni tapi tak berkesempatan dan ingin mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu. Bab kata orang, setakat pendapat aku je macam tak boleh pakai sangat kan tapi, bila dah 2 3 orang cakap benda yang sama. Korang faham-fahamlah kan...Menilailah dengan sendiri, nak cuba dan rasa sendiri pun boleh.

Okey, sebelum kita masuk part yang mendalam..aku nak bongkar dulu kisah HSB dan BB. Time BB demam+batuk+selsema..korang bayangkan betapa teruknya HSB ni. Kalau anak tak teruk, tak kanlah si mak bapak sanggup meredah tengah malam. Bila dah 2 3 pagi tercongok depan hospital tu maknanya anak tu teruklah. Nak kena explain lagi ker? HO dan MO semua macam hampeh. Macam dapat sijil medic beli aje. MA lagi pakar dan alert bagi aku. Yang pangkat medical officer punyer orang ni, boleh just kasi cincau-cincau. Time tu BB memang teruklah, nafas tak boleh..All the night asyik batuk sampai muka naik biru. Boleh kata anak aku dah ok. HSB memang teruklah. But, bukan semua hospital kerajaan macam HSB lah. Yang lain bagi aku okey je. Hospital Zainab kat Kota Bharu tu okey aje. KK lain pun okey tapi HSB memang tak ok. Nurse yang kerja kat situ sendiri cakap, kalau ada emergency case jangan bawak pergi HSB, pergi HKL lagi bagus. Hah tengok, akak bawah rumah aku tu kerja nurse dekat HSB..Dia sendiri cakap macam tu. And then, nurse yang kerja dekat KK Rawang pun mengomel jugak.

Al-kisah kejadian..huhu, baru nak masuk part yang lagi panas ni. Ini minggu lepas punyer cerita, aku terasa sakit pinggang, baby mengeras. Yang ni mungkin salah aku kot. And then, abang ajak terus pergi PPUM..Aku cakap tak nak, pergi dulu emergency dekat HSB. Memang dah tahu kat sana teruk tapi still rasa teruk tu boleh di ambil mudahlah kan. Sebenarnya,aku malas nak menyusahkan abang..lagipun BB ada sekali. Bayangkan kalau pergi PPUM..hurm, agak jauh jugaklah dari rumah aku. So, masa daftar tu (kaunter pendaftaran kat luar)..apa salahnya bagitahu suh aku refer dekat dewan bersalin terus kan. Tak adalah aku mengadap muka MO yang entah apa-apa tu. So, after pendaftaran maka dengan hati yang berdebar aku tunggu. Few minutes later, my turn. So, masuklah.. Masa aku masuk tu, MO dah gelak dan siap cakap..
" Saya tahu apa masalah awak..Sila baring atas katil.."



Masuk je tanya, ada bawak kain batik tak? Aduyai, makin mendidih lelama di sini


Rasa nak ambik je buku merah dan lari keluar


Aku pun dengan menurut perintah, baring jelah atas katil. MO tu angkat kaki aku, tekan perut and then suruh aku bangun. Tumbuk belakang aku dan tanya sama ada aku sakit ke tidak..

Aku cakap aku sakit pinggang, mungkin kencing kotor kot. MO tu siap cakap, adatlah orang mengandung..
Just tu aje, aku ni bukan main explain dekat dia. Buat abes air liur mak aje. Dan MO cakap lagi, tak ada ubat untuk aku. Thats all..tak ada pun nak cek air kencing ke apa..

Keluar je dari bilik tu, aku terus cakap kat abang. Tak boleh jadi, MO kat dalam tak ada check pape, just suh baring dengar jantung baby, angkat kaki jer. Aku dah makin risau kot baby ada jangkitan. Terus ajak abang pergi dewan bersalin kat belakang. Kalau korang nak tahu, dewan bersalin ni memang teruk. Masa nak daftar tu aku dah terkejut beruk dah baca statement kat meja pendaftaran.

Anda akan dapat katil sekiranya ada kekosongan. Masa untuk anda menunggu bagi mendapatkan katil adalah 24 jam hinggan 48 jam..

Begitulah lebih kurang ayat tu. Heheh, lupa nak snap gambar. Risau kat baby dalam perut tau. Mana ada fikir nak ambik gambar.

And then, sesi pendaftaran almost sejam. Aku tak tahu kenapa lambat sangat. Tengok jam dah almost pukul 11 malam dah. Bila pandang abang rasa sayu sangat, yelah esok abang kerja. Bila tengok BB, aku rasa nak menangis. Bb terpaksa ikut mommy dan daddy ke HSB. Sedihkan, dulu aku sakit BB tak perlu fikir pasal lain. Sekarang dah beza, dalam hati doa moga aku tak kena warded. Kalau dah masa nak bersalin tu tak apalah.

Masuklah dekat dalam, seram sejuk mak. tengok ibu-ibu bersalin duduk melepak di atas kerusi. Mak oi, dasyatnye dekat sini. Aku terus di bawa ke bilik CTG, dengar dengupan jantung baby. Alhamdulillah siap, jantung baby gerak normal dan sometimes ada contraction. So, dia suruh aku duduk menunggu nama di panggil oleh MO or HO.. Dah lah aku sakit pinggang, kadang tu ada contraction, kena pulak duduk menunggu di kerusi lama giler. Dalam duk menunggu tu, dengar jugaklah suara baby baru lahir. Suka sangat tapi bila ada akak kat sebelah cakap yang ibu bersalin yang duduk sebelah aku tu masuk dari pukul 2 lagi, sampai sekarang tak dapat katil.

Ternganga aku dengar, dalam hati rasa macam nak blah. Serius masa dia cakap tu, mata aku meliar mencari buku merah aku. Memang aku nak blah terus tanpa refer dekat doktor. Giler!!!

Sejam setengah tunggu baru nama aku panggil, sebelum tu aku dah sorok2 keluar jumpa abang. Melalak dengan abang cakap kalau aku kena admitted, aku nak keluar. Nak pergi hospital lain. Aku cakap kat abang sambil tahan nangis. Abang cakap dia akan mintak aku keluar jugak dari HSB. Lega!!

Jumpalah dengan MO dan HO, bla..bla..bla...Buat scan perut tengok baby, pastu masukkan muncung itik kat bawah tu. Dia cakap keputihan aku banyak dan air kencing kotor. Tu yang aku rasa sakit pinggang tu. And then dia cakap, contraction memang dah ada. Pastuh, aku tanyalah kenapa dia (baby) asyik mengeras? Ko tahu MO cakap apa..

" Awak dah pernah bersalin kan sebelum ni? Tak kan tak reti nak beza contraction nak labour atau tidak..."

Fuh!! Bahasa ayat memang manis giler. Terdiam aku..Speechless.....

Pastuh aku mintak MC..MO kata kenapa?

Korang bayangkan waktu tu dah almost 1.30 pagi, and I'm pregnant lady. Laratke nak pergi kerja dalam keadaan tak cukup rehat. Fikir2 sendirilah. Settle, dia cakap aku boleh discharge. Memang nak melompat bila aku dengar. Tak hingin aku nak datang sini lagi..Uweks!!!

Sebelum tu nak cerita sikit kat sini, ada akak tu datang dari Meru, Klang. Dia cerita kat aku, siang hari dia dah datang sebab sakit perut dan keluar lendir+darah. Doktor cek jalan dah bukak 2cm, boleh pulak doktor tu suruh dia balik. Pastu, dekat2 Magrib dia cakap dia rasa sakit sangat. Korang bayangkan Meru dengan HSB tu jauhkan, orang dah ada tanda-tanda nak bersalin. Jalan pun dah bukak 2cm,boleh pulak suruh balik. So horrible!!

Aku keluar jenguk abang kat luar sekejap, BB dah melentok kat bahu daddy dia. Kesian sangat. Abang tanya lambat lagi ker? aku jawablah tunggu surat discharge dulu baru boleh balik. Abang dah nampak macam bengang giler dah. Aku suruh dia bersabar. Dalam hati memang aku dah mendidih, servis lembap giler, dahlah mulut MO macam kuang ajor sikit. Dia ingat because of her status, boleh berlagaklah.

Lima belas minit, setengah jam, sejam berlalu masih tiada tanda-tanda untuk dapatkan discharge letter. What the hell? Lembap giler, aku apa lagi. Mula mencari nurse dan tanya pasal buku merah. Kelam kabut nurse tu cari buku aku. Ohmaigod, still kat bilik scanning. Nurse tu panggil HO suruh settlekan surat tu. Ko tahu kenapa lembap. Sorang HO, sorang MO. Pastu bile kelam kabu ada orang nak bersalin. Diorang ni kelam kabut pergi tengok. Pastuh, siap duduk berbual-bual elok manis lagi. Gelak-gelakkan lagi. Aku ni tak apalah, jenis yang tak sabar. Setiap masa aku tanya, dalam reramai kat sana. Akulah orang pertama dapat surat keluar. Yang masuk belah petang pun tak dapat lagi. Depa ni duduk menunggu je, tak ada pun pergi tanya nurse. Hahaha, padanlah muka. Tunggu sampai pagi belum tentu korang dapat surat. Geramkan!!!

Yang bestnya..tengah nurse tulis surat mc untuk aku, akak yang jaga kaunter pendaftaran masuk dan siap cakap dengan suara yang kuat lagi..

" Suami kepada Siti Nurul Akmal cakap, dia tak nak pape dia cuma nak wife dia discharge sekarang dan buku merah..Yang lain dia tak nak.."

Terkejut juga mak dengar time tu, first time abang marah macam tu. Hahah, malu pun ada. Agak-agak r nak sound pun sampai satu dewan bersalin dengar. Mungkin orang yang tengah teran baby pun tergamam. Papepun aku rasa puas, biar diorang tahu kami yang datang ke HSB ni bukan sengaja nak datang tahu. Hurm, kesiankan kalau orang-orang yang tak berapa nak mampu. Terpaksalah tahan semua tu dan bersalin kat situ. Aku ni lain case, case yang sengaja cari pasal. Memang aku tak ingin datang ke situlah. Dah cakap kat abang, pasni aku nak bersalin dekat KPJ or SDMC. Full stop, anak-anak kita pun pasni kalau sakit biarlah kita refer ke specialist. Jauh dari rumah belakang kira. Fed up dengan servis HSB.

But, jangan ingat aku ni anti sangat dan sengaja buat-buat cerita. Nurse KK Rawang pun cerita kat aku. Baru je cerita kat aku pagi tadi masa aku buat check up kat sana. Dia cakap kat sana memang teruk!! Mulut macam longkang, tak ada insurans. Terkejut jugak aku dengar, yelah dia kan nurse. Tak kanlah nurse2 dan para doktor nak buat lebih kurang je. Dia kata sama saja, kalau dah perangai buruk. Mana nak kenal orang. Huhuhu..membebel bagaikan akak tu.


Mata dah naik lembam baru boleh balik rumah. BB pulak tengah segar..


Memalam buta boleh pulak pakai spec hitam..






So, inilah luahan hati aku terhadap HSB. Kalau korang nak rasa sendiri pengalaman seperti ini silalah datang bersalin di sini. Huhuu, kalau yang tak nak jadi macam aku ni. Sila jauhkan diri anda...Harapkan bangunan besar dan gah tapi servis hampeh.. Betapa teruknya, diorang tak ada pun note kat dalam buku merah yang aku pernah datang ke hospital untuk further check up. Dan nurse2 kat KK Rawang siap pesan lagi jangan perfgi HSB..











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, April 29, 2013

~ 36 Weeks

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, minggu ni kandunganku dah masuk 36 minggu++..Ikutkan si abang, dah lama dah kuar ni. Tapi, kalau korang nak tahu..mak sekarang ni memang tak senang duduk. Cerita dulu pasal tak senang duduk dan pasni aku nak bukak satu entry pasal kisah betul ni. Semalam badan aku dah panas-panas sikit. Tido memang tak lena, adik asyik mengeras aje. Kadang tu rasa memulas macam nak buang air besar...

Susah betul nak differentiate sama ada false contraction or betul. Aih, tapi tulah mama aku pun dah cakap, perut aku dah turun. Hohoho, tak lama lagikan. My BIL pun cakap, lagi seminggu dua ni. Means that, aku boleh balik mengundi lah kan. Bestnya...

Tapi, sungguh tak selesa bila keadaan macam ni. Nak makan pun tak ada selera, hurm..esok aku ada check up seperti biasa. Mengikut kata orang tua-tua or berpengalaman ni, kalau berat badan korang turun. Sah, tak lama dah tu. Ai rasa macam cuak dan berdebar pun ada. Memang banyak beza first pregnancy dengan second pregnancy. Banyak beza sangat-sangat...Jangan-jangan aku akan dapat baby gul kot.. Eeei...bestnya. Mesti mama dan ayah aku excited ni. Al-maklum memang diorang harap dapat cucu perempuan ni. Dah 4 orang cucu deme ni, semuanya hero....Tunggu jelah. Scan pun asyik tak nampak aje manjang. Yang aku scan masa masuk bulan ke-lima tu macam tak leh pakai. Ntahlah, tak tahu nak describe doktor tu buat scanning macam mana. Like ..ntah papelah..Biarlah ianya menjadi rahsia sampai tiba masanya ianya akan terselah kejantinan baby aku.

Adusss..mengeras tak usap cakaplah. Sampai nak tersenak akunye bawah. Buang air tu kalau tak tahan tak kepit memang on the chair boleh terkeluar bila baby mengeras. Sabor jelah..Yang pasti, hati untuk bersalin pun senang bila benda wajib dah langsaikan. Aku dah langsaikan segala hutang puasa aku tahun lepas. Amin...Alhamdulillah...

Cuma sekarang tunggu masa je...

"adik, mummy dan daddy dah tak sabar nak tunggu adik lahir tau..Camane rupa adik, ada tak kesamaan dengan abang atau lain. Ikut mummy ke ikut daddy..."

Baby, fetus at 36 weeks - BabyCenter
36 Weeks-Baby looks like..

Kalau ikutkan gambar ni, baby memang ke bawah dah kan. Hurm, kat kawasan rumah aku tak tau ada bidan ke tak? Huhu, mama cakap kalau kat kampung boleh mintak bidan tengok-tengokkan. Betulkan kedudukan baby, kadang baby ni tak duduk betul2 pun kita akan rasa sakit. Itu mengikut pakar yang berjaya melahirkan anak 9 orang tau. Love my mum dan my dad. Ayah aku yang beriya mintak mama aku datang sini temankan aku. Pengorbanan ayah dan mak kita sampai besarkan. Mereka tak senang duduk bila tengok anak tunggu masa nak bersalin. Sehabis mungkin aku nak membuatkan kedua-duanya bahagia. Mak ayah, even kita ni dah ada keluarga sendiri still lagi risau. Bukan aku mintak my mum datang awal tapi dia risaukan keadaan aku dan abang. Tambah-tambah now mak cik dan akak sulong aku kat obersea...Tu yang diorang risau giler...




p/s: Love you mum and dad. I'm here because both of you.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, April 22, 2013

~ 35 Weeks

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan segala kurnia-Nya kepada kami sekeluarga. Sedar tak sedar sudah masuk minggu ke-35 usia kandunganku ini. Amin, ya Rabbal alami...Syukur Alhamdulillah...

Bismillahirahmanirahim.....


Ketika tangan ini menulis laju entry 35 minggu, ketahuilah hati aku sudah tidak tenteram. Korang tahu tak kenapa, sejak lately memang aku sering mengalami contraction. Serious, I can not make a difference whether its a sign for labour time or just Braxton contraction (false contraction)..Huhuu...memang tak boleh nak ceritakan. Hanya pada-Nya aku mampu berdoa. And, cecepat aku call my mama..Dia cakap mungkin aku ni jenis rendah orangnya dan senang mengalami contraction bila baby bergerak. Legalah sikit, tapi pagi ni saja dekat 30 minit aku terasa contraction and at the same time baby memang mengerak. Panik!!! On the way nak anta BB kat rumah mama dia dah ni. Sempat call abang tanya camane, abang suruh pergi hospital direct. Ish!! Kena fikir banyak kali ni, kalau pergi confirm kena admitted and then part aku tak suka bile HO sesuka nak check jalan. Itu memang aku tak mahu, so aku cakap kat abang..If anything discharge, I will go as soon as possible. Alhamdulillah, dah petang gini masih lagi boleh di katakan okeh lagilah. Mak bukan degil tapi kesian abang dan BB if terpaksa admitted tapi bukan nak bersalin lagi.

Selalu talk to my baby, make sure baby kuar cukup bulan. Tak sabar sangat, minggu depan dah ok. If keluar minggu ni still consider prematured. And then, baby terpaksa admitted to NICU..Tu yang mommy tak nak tahu...35 weeks...Oh, minggu yang mendebarkan..BB dulu, just sekejap contraction and then waterbag broken..Huhu, 36 minggu!! tepat masuk 9 bulan. Sebulan seminggu awal dari jangkaan..Allah Maha Mengetahui segalanya..


I'm really hope that AllaH turut permudahkan di saat aku bersalinkan anak kedua. Yang paling best dan saat tak boleh aku lupakan ialah, tiap kali nak mengaji Al-Quran. Aku akan kejutkan baby..

" Assalamualaikum baby...wake up please. Stay together with mommy. Mommy nak mengaji ni. Ok, kalau baby dah bangun. Give mommy some kicks..so, mommy tahu baby dah bangun.."

Subhanaallah...mula je dengan bacaan Bismillah, dia dah mula menendang. Menandakan yang dia dah bangun untuk dengar mommy dia mengaji. Ya Allah...memang tak boleh nak gambarkan perasaan aku setiap kali dia tunjuk sign macam tu.

BB tak usah cakap, memang prihatin. Bila aku pegang perut je terus tanya..." Mommy, sakit...sakit..".

Tapi, bila datang angin dia. Selalu mintak aku dukungkan. Bila kita cakap sakit pun dia buat tak tahu. Suka merajuk sekarang ni...Alahai anak teruna mommy ni.

Doakan aku bersalin dengan mudah yer...Amin...


Baby, fetus at 35 weeks - BabyCenter
Baby looks like- 35 weeks..







p/s: Stand by sudah bebarang dalam kereta and also buku merah.





Sempat ke idok mengundi ni.. My mama also cakap, dia rasa dia memang tak pat mengundi ini tahun. Biasa naluri ibu adalah betul..heheheh..kita tengoklah nanti...





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, March 29, 2013

PPUM

Ini nak cerita pasal PPUM, kisah kelakar pun ada. Nak naik darah pun ada. First, before aku pergi PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), aku call pusat dulu. Tanya macam mana nak booking bilik untuk bersalin kat sana. Dia cakap, awak datang dulu. Nanti kita cerita
Aku pun dengan penuh bergaya pergilah dekat sana last Friday hari itu..Abang dan BB ikut sama. Hampeh tau, bila ambil nombor giliran dia dia just mintak buku merah, bagi tarikh untuk next appoinment. Ingat orang senang ke nak amik cuti. Setakat bagi benda macam tu, on the phone je boleh. Kalau company bapak aku, okeylah. Tak datang kerja pun aku tak kisah. Ni company bapak orang lain. Sabar jelah..

Bila aku tanya pasal bilik, cas nak bersalin, pendaftaran dia bagi brochure yang di postostat entah berapa ribu kali kat aku. Bila tanya GL, selamba cakap swasta tak ada pakai GL....( terngangang dah aku kat situ).

Satu lagi, bila tanya pasal insurans ING cover tak untuk maternity. Mak cik tu dengan confident cakap tak kot. Then, bila aku tanya banyak kali dia dail nombor someone, mungkin rakan dia kot. Siap dengan muka confident cakap tak cover lagi..( double terngangang aku..) Kepala dah rasa berdenyut-denyut. Take it easy..Dalam hati membara nak marah. Mungkin sebab kitaorang bukan goverment staff, layan pun lebih kurang. Ikutkan nafsu aku, aku memang tak nak bersalin dekat sini. FINISH!! Tapi, bila fikir untuk baby kat dalam perut ni, aku sabarkan hati. Mungkin dia je kot yang buat perangai macam tu..

Aku ingatkan, pastu nak check ke apa ke, bagi jumpa doktor ke apa ke..Last, dia cakap..

" Isi borang ni dulu, 8/5/13 awak datang balik. Masa tu bawaklah bla...bla..bla...."

Terbeliak mata aku, kitaorang cari parking pun susah, nak datang dahlah kena cuti..Both of us..Just untuk beritahu tarikh untuk booking bilik. Hurm...Tak tau nak cakap apa daaa...Ok or KO...Mungkin ada jugak yang mengalami macam aku ni kan. Thingking of BIL cakap servis dia ok..Ada specialist...Calm down baby!!

Yang aku terkilan tu, date untuk booking on my 37 weeks...Sempat ke idok tu hanya ALLAH yang mengetahui..Kalau tak sempat dengan date booking mak cik tu bagi, aku akan terjah masuk..Nak gaduh, story later..Let me deliver my baby first ye..!! Asik nak gaduh aje keje mak ni...Ish..Ish...






Dalam hati membara

Sunyi kan tapi, nak tunggu orang panggil take some time jugak

Safety playground for kids



Just bersyukur dekat dengan kafeteria.. Ni paling baguslah, kot kena tunggu lama boleh lelepak beli makan dulu..Hehehe..


Port aku nak park bila emergency..Hahaha


Sebelum sampai ke tempat pendaftran ni, kami dah tawaf satu bangunan ni..Hahha, siap mistaken receptionist dengan patient. Siapa suruh duduk dekat receptionist punyer meja. Belasah tanyalah..That chinese man siap cakap yang dia bukan penyambut tetamu..Hahaha...Tapi, yang best dia leh tanya kami nak pergi dekat mana. Bila aku cakap nak booking bilik bersalin. Dengan penuh tatatertib bagi direction. Baguslah macam tu..

After sesi dekat PPUM tu, aku pergi rumah BIL. Cerita pasal PPUM punyer perangai. Dia suh double check dengan insurans. Walaweh, PPUM tu panel ING. BIL aku dulu kerja kat sana, dia cakap orang yang jaga kaunter tu tak tahu.

Ok! Kalau tak tahu, aku tak adalah nak mengamuk tapi dengan muka confident gile cakap direct. Tak betul pulak tu. Memanglah mak berangin..

So, sesapa nak pergi kat sana tak kiralah bersalin ke, cek sakit itu ini better check dengan korang punyer insurans, ada cover ke tak? Tak usah tanya kat kaunter, memang diorang akan jawab tak punyer.

Kira confirm ke kat sini? Hurm, begitulah gamaknya..

Hurm, time register at least korang kena bawak RM600 cash untuk deposit booking. Aku nak tanya banyak pun malas, yelah dah awal2 cakap tak cover..










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, March 13, 2013

Khasiat Buah Delima

Kali ini kita bukak cerita pasal buah delima....Banyak tau khasiat dia, tak terkira...Dahlah rasa dia pun sedap...Masam-masam sikit, manis-manis sikit, masin-masin sikit..Hahaha, tu dah macam gaya Qi dalam ulasan masa Jalan-Jalan Cari Makan..Ahaks!!!

Tak adalah, rasa buah delima ni memang sedap, kenalah dengan selera anak tekak aku yang di katakan sedikit cerewet ni...( abang selalu cakap aku cerewet bab makan...)  *sob------

Time pregnant BB dulu, seingat aku dapat makan separuh bijik je. Lagi separuh tu entah sapa yang rembat. Dahlah buah tu susah nak jumpa. Orang tua-tua cakap, masa mengandung ni bila makan delima tak boleh kongsi dengan orang tau. Sebabnya itu aku tak pasti, tapi tulah pesan orang tua..Hurm, setakat ni aku makan, aku selalu kongsi ngan anak aku. Melampau kot, bila mak makan, anak mintak and then mak tak kasi. Kejam benor!!! Tak sanggup aku buat macam tu.




Nasiblah abang nak melayan isteri mu ni..Hahha, sejak aku pregnant ni..aku selalu mintak dia belikan buah delima..At least, aku nak makan sebijik satu bulan..Tu pun kalau buahnya ada. Sometimes, tak ada tau..Selalu pesan kat abang, before balik rumah..Singgah kat ColdStorage tengok buah delima ada tak...Sebijik RM10...kurang dan lebih dari harga tulah..Tapi, biasa aku beli harga macam tu lah....


( Ada sesiapa tahu mana nak dapatkan anak pokok ni...Nak tanam sendiri)




Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :


Membaikpulih fungsi hati dan limpa

•Mencuci buah pinggang dan salur kencing

•Membantu penghadaman

•Membuang lemak-lemak berlebihan

•Menambah tenaga

•Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung

•Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

•Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

•Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis

•Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin

•Mencantikan kulit




(Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)


Rasulullah bersabda,

“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat))



Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-•Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

•Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

•Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .




Sebelum ni, aku ada makan juga satu jus delima ni. 10ml setiap pagi dan malam tapi....pemalas katakan, tak sampai separuh botol aku dah skip..Rugikan...Tapi, pasni aku memang nak sambung makan jus tu lagi lah..Sayangkan!!
 
 
 
 
 
shu!! Pergi main jejauhlah sikap pemalas oi......
 
 
 
 
 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 

Wednesday, March 06, 2013

Apa itu G6PD~

Assalamualaikum...

Hai...

Actually check up adalah semalam @ 05/03/12..Tapi di sebabkan mood yang tak berapa nak baik terpaksalah buat entry pasal ni hari ini..

Okey, berapa ramai ibu-ibu or bakal ibu or sesiapa tahu pasal penyakit ni..Penyakit G6PD..This is my first time also..So, balik sahaja from klinik aku terus buat research pasal penyakit. Actually, penyakit ni popular dengan penyakit dari KACANG PARANG...Agak-agak boleh bayang tak canerlah rupa bentuk kacang tue.. So, untuk memudahkan otak korang bekerja, aku letakkan picture kacang tu di bawah..Mesti kenal kan bila tengok rupa dia..Betul tak?


Kacang Parang
Actually, because of darah aku jenis O...maka....percentage nak kena adalah besar. So far, kalau kita tahu macam mana nak avoid tak ada papelah. So, jangan serius sangat tau...Ianya kebiasaan berbahaya apabila anda berdarah O dan anak yang lahir adalah lelaki..Huhu, akulah tu..Aku darah O, anak dalam kandungan pun anak lelaki. Tepat sekali!!!

Berbalik pada tajuk utama:
 G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.



Komplikasi

Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki. Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).


Rawatan
 
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.


P/s : Sumber dari Wikipedia..

The story was begin with......bla..la..la..la...sebab result HB aku rendah..Apa lagi, teruklah kena bla..bla..bla..bla..sampai 15 minit. Aku cakap kat diaorang..." Saya ni, dari anak first sampai bersalin tak pernah naik HB..heheheh" Siap kena marah sebab aku gelak..Mula cerita kepentingan, keburukan.. Yes, I know about that..I dah beli benda yang doc suggest tapi still got the same result..Pastu, tanya anak pertama ada kena jaundis tak? Aku cakap tak ada, setakat sikit je bacaan...Thats why dia keluarkan pasal penyakit G6PD selepas tengok darah aku jenis O...

Pesanan dari pihak klinik:

1) Basuh baju baju/barangan baby dengan detergen khas baby, jangan sesekali letak softlan or watever pewangi...
2) Sila naik kan HB, kalau boleh...- yg ni aku serius tak confident. Dont know why!!
3) Becareful after baby lahir, kot-kot terkena jaundis..


Actually, tu jelah dia pesan. Berbaloi dan berharga coz, aku memang basuh baju baby dengan softlan...Nasib tau...






Sharing is caring....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, February 27, 2013

~ 27 weeks

Hai....you all sihat tak? Aku, alhamdulillah sihat!! Sejak abang balik aku memang sihat..
Semalamkan, balik rumah after kerja..Fuh!! rumah aku bersih, berkilat, wangi dan sebagainya..Memang terbaiklah bila abang ada..Huhu, thanks abang, love you so much....

Actually, dah lama kan aku tak buat entry pasal pregnancy. So, this weeks I'm already at 27 weeks Here you go...

Weeks 27

Besarkan kuasa Allah...Sekarang baby dah mula buat gerakan ganas...Huhu, memang terbaiklah anak mommy kan...

Hurm, cabaran this time...Banyak sangat compared dengan previous one.. But, aku kena kuat demi baby...Demi bukti kasih sayang antara aku dan abang..Hanya pada Allah aku berdoa, moga permudahkan segalanya..Hehehe, barang baby belum sedia dengan lengkap lagi...Tak tahulah sama ada larat ke tak nak tawaf shopping mall ni. Kalau korang tengok gaya pada perut aku..Mak aih!! Besarnya dah macam cukup bulan dah...Heheh, biasalah aku kan model ketot..Perot besarlah...

Just ni kot perkembangan pasal baby sekarang..Oh ya, minggu lepas aku ada buat check up macam biasa. My hb drop again..So, nak tak nak aku kena jumpa dengan doktor..Memang panjanglah soal jawab, aku cakaplah aku makan obat-obatan macam yang di suruh dan tak pernah skip..Eh, betulke?Heheh, kalau balik kampung memang aku terlupa terus pasal ubat tu....Nak buat camane, memang lupa dan tak ada orang nak remind aku....Now, tak jadi masalah, abang dah ada...

Ok, berbalik cerita masa check up tu, aku amiklah peluang cerita sikit kat doktor pasal keputihan yang keluar tu. Ala, bukan banyak pun tapi doktor still suruh aku amik ubat.So, aku amiklah..Fuh, cayalah almost sejam jugak aku tunggu turn nak amik ubat dekat farmasi...Biasalah, gomennya kelinik..Ramai orang..
Gambar bentuk rupa ubat tu aku lupa nak ambik, so tak adalah ye..Kalau aku teringat nanti aku amik gambar. But after pakai ubat tu (actually masukkan ke dalam V ) keputihan dah tak keluar dah. So, aku dah rasa selesa dan hati pun dah tak gelisah. Kawan aku cerita, bila dia masukkan ubat tu keputihan dia keluar dengan banyaknya. Tapi aku tak ada pun keluar. Yelah, before aku ambik ubat tu pun keputihan aku bukannya selalu keluar dalam kuantiti yang banyak..Tapi, sikit je. Macam setitik pun ada..

Hurm, okeylah tu. Nak cerita pasal perkembangan kandungan tapi melalut sampai ke klinik.Suka ati betul aku ni kan..Hehehehe








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, February 19, 2013

Maternity Pillow~~



Sob!!Sob!!Sob!!...Aku dah tak tahan ni...Bukan merungut tau tapi juz nak share...Tido tak selesa,kadang sian dekat baby mesti tak selesa sama kan..

So, hendak tak hendak..dapat gaji bulan ni..heheh..gaji abg....Oopss,terlepas sudah...nak beli jugak maternity pillow ni...Tapi, kalau boleh nak harga yang bawah rm300 ler...? Tak kuasa haku nak beli yang mengmahal..Buang karang but hwua...hwua..(sambil mengesat air hidung yang meleleh) aku nak jugak maternity pillow..Since, ramai cakap after deliver still can use to feed your baby..
Ehem..bukan benda alah tu yang bagi susu kat anak korang..Jangan salah faham pulak!! Actually, boleh jadi nursing pillow, while bagi susu kat baby, ko letak le bantal tu as alas but kalau ko rasa selesa, tak yah pakai pillow pun tak apa...Sure ke? After deliver, oh mak oi...sakit2 badan...pergerakan kena jaga, jangan lasak sangat. Orang tua cakap, nanti bentan..Bentan tu apa? Hurm, nanti kita buat entry pasal bentan ek..(Sendiri tak tau apa itu istilah bentan)...Tu, ayat orang tua dahulu kala..



Maternity Pillow..


Abang..abang, nak yang macam kat atas ni...Selesa, dapat support sayang...Alahai, ayat merengek pulak dah...Macamlah laki ko dengar..Hikhik..sob..sob..

Tapi, aku memang nak macam kat atas. Sejibak tak nak yang lain...Aku harap, ada orang bagi surprise benda alah ni kat aku....




Sesungguhnya hanya Allah yang tahu keadaan aku sekarang ni..




p/s: Semoga ada yang bermurah ati untuk menghadiahkan aku sebijik macam di atas..






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, December 19, 2012

Confinement time...

Assalamualaikum.....


Hurm...even baru je masuk 4 bulan lebih tapi aku nih kalau boleh nak everything's under control, complete..wakakaka...Kalau boleh tak mo macam dulu..tau kenapa? Semuanya tak sempat nak prepare,
mana ada masa nak buat tu buat ni..Full time study kot, tahun akhir apa lagi sibuk ngn thesis lah manjang..Kelas lagi, assignment lagi..another project lagi..Huhu..last..last, aku lupa nak settlekan set untuk confinement. Bila dah selamat deliver, langsung tak ingat pape. Nasib pakai bidan jugak selepas deliver nak selepas 5 bulan bersalin. Huhu, time tu memang aku tak terfikir pun nak cari set, sebab fully BF katakan..Orang kata tak elok. Amik ko! memang aku tak ada makan pape..Pantang bertungku, jaga makan dan berehat jer...Rindukan time tu, ish..ish..tak apa, tak lama je lagi. Harinya akan tiba...InshaAllah...

Korang rasa yang mana patut. Selama berbulan ni aku duk mengadap pc, buat research..Ramai yang prefer SHAKLEE...betul ker? Nak tanya family aku, diorang tak penah makan ni. Tapi, few of my friends kata cap ni ok bukan macam cap ayam lah..Hohoho..Cap ayam...Ayam brand...Tak adalah..mengarut je aku ni..Tapi, ada brand lain jugak aku research..Kalau boleh, memang nak cari yang terbaik ler...Tak de effect dekat baby...Ni yang aku tengah survey skang...Banyakkan baca ni elok gakkan..Kalaulah aku serajin ni menkaji, ase dulu aku confirm jadi DOKTOR kan..ahaks..


Ni kot set confinement from SHAKLEE...


combination with...

Vitamin B complex dgn asid folik-pas bersalin kena makan lgi ker..eii..xsuka.
Vitalea/multivitamin dengan zat besi- jugak x best nak telan..anak tekak rasa lain macam
Vitamin C- yg ni aku suka
Zink- bolehlah...
Energizing soy protein- nak try lah..


As long as dapat bagi kebaikan dekat me and baby, aku akan berusaha untuk makannya...Chayok.chayok..( mintak abang sponsorkan ek)..Abang lagi yang kena...

Set confinement Sendayu Tinggi...


Tapi, few of my friends cakap yang ni panas tapi ok. Tapi kalau BF tak berapa ok...Betul ker? Yang pastinya aku memang tak tahu. Ada jugak orang pakai ni. Papepun, aku akan menkaji ianya dengan lebih detail...Part yang bes pasal ni, dia bagi complete..ada massage tuk ibu, minyak telon..

Set confinement NONA ROGUY

PAKEJ MENGANDUNGI:


PhytoNatal - 90 biji

Akar Herbanika - 10 paket

Minyak Herbanika - 100 ml

Herbanika barut (krim) - 60gm

Uncang Cuci Herbanika - 10 paket

Herbanika Lulur - 100gm

HARGA : RM365.00

OFFER : RM 300 ----> dengan PERCUMA(pilih antara set di bawah):

Set free gift 1:

Bengkung bodycare/seraimas

Set Free gift 2:

1. Losyen Pati Halia

2. Minyak Telon

3. Barut bayi

4.Sabun Susu Kambing

5. Param

6. Pilis


Set free gift 3

1. Losyen Pati Halia

2. Minyak Telon

3. Barut bayi

4.Sabun Susu Kambing

5. Tungku bayi

 
 
Cuba korang tgk harga ni..aku copy paste lam satu blog..online blog. Macam tak munasabah jer dengan harga, ntah2 harga tu termasuk free gift kot. Nak komen lebih2, aku tak tahu betul ke tak. Kalau ikut logik aku, macam tak logik jer..huhu..ye kot..( nak kena survey dengan dealer lain jgk nih..) Tapi, harga dia memang mahal pon...cakap jelah terus terang tak yah nak belit2 kan ayat..hoho...agak yang ni ok tak????????
 
 
p/s: Kalau di ikutkan skang, memang banyak lah orang jual set berpantang ni. Yang ok tu yang tak tahu actually. Aku kalau boleh, tak nak yang bagi effect kat baby...Harga tu belakang kira, kotnye bayar tu mahal tapi hampeh..Tu yang masalahnye..
 
 
Erk! barang baby belum shopping lagi. Yang pasti, persiapan macam nak dapat anak pertama. Semuanya kena beli baru except car seat and stroller coz BB bapaknya beli dua. Yg BB baby dan sekarang. So, aku rasa tak yah membazir beli baru kan..Tak yah nak show off sangat..Pakai yang mana ada sudah...Tapi, barang lain kena beli..Sebabnya, ada yang aku dah dermakan dekat adik aku...(',)..Ingatkan lambat lagi BB nk dapat adik....rezeki murah..

Wednesday, November 28, 2012

GBS Carrier

Huhuhu...sedih sebenarnya arini...Kalau tak silap bulan lepas aku amik test GBS nih..Hari ini bila pergi check up, result keluar. Aku...aku GBS carrier.. Ooops, lupa nak bagitau dulu GBS tu apa, GBS adalah Group B Streptococcus. Virus atau bakteria ini memang biasa ada pasa setiap wanita dan sesetengah ada terdapat pada kaum lelaki. Tu mengikut apa yang aku buat research ler. Risau jugak mak bila dapat tau aku nih pembawa bakteria ini. Kalau bagi kesan dekat aku, tak delah aku risau, ni risiko pada baby. Ya ALLAH, mintak di jauhkan dari segala yang tidak baik.

Risiko dia, hurmm..kalau tak dapat detect awal memang berbahaya lah. Boleh effect pada otak dan peparu baby. MasyaALLAH...terukkan bakteria zaman sekarang.. Pape pun aku hanya mampu memohon pertolongan dari ALLAH. Dia yang menentukan segalanya. Dari pada Dr. bagitau aku, ramai jugak yang terkena jangkitan ni. So far sekarang ni, tak ada masalah lagi dari dia nye previous patient..Sejuk hati aku dengar! tapi mak still lagi takut dan risau. Aku tanya lah, sebab bakteria nih datang singgah kat aku..Sebab pemakanan ke? sebab apa?

Dr. cakap nih mungkin sebab masa bersalin anak pertama, air ketuban aku pecah lebih 24 jam..Bengang giler aku dengar. Memang aku lebih 24 jam, doktor yang rawat aku time tu saja nak bagi aku rasa sakit. Korang bayangkan, masa ketuban aku pecah tu, aku terus pergi hospital..Around 10 pm aku dah di warded..pagi isnin,aroun 6.15 am aku baru deliver baby. Tup, bila timbul penyakit ni doktor tu tunding jari dekat aku. Masa tu aku memang hangin giler, abang pun angin giler..Siap cakap lagi kalau ada pape kat anak aku, kitaorang nak saman. Sampaikan abang aku yang kerja kat PPUM time tu datang ke Muar terus. Yelah...salah diorang, aku pulak yang kena...Ok..ok, back to story..Tapi jangan risau, anda still lagi boleh bersama dengan incik suami tau. Jangan risau dia tak akan terkena jangkitan ini...(malu)

Dr cakap lagi, biasanya kalau kita nak tahu preggy mommy ni ada GBS ke tak apabila dia mengalami simptom2 sebegini;
1) Masa nak kencing tu sakit
2) keputihan banyak keluar
3) Keluar darah sikit2
4) Keluar air
5) Air kencing kotor

Tu apa yang Dr bagi tahu dekat aku tadi...And then, bila aku tanya sama ada aku boleh deliver kat private. Dengan pantas dia cakap NO but kalau private tu ada baby care...boleh je. Dia cakap kalau pergi private, diorang tak berapa peka benda-benda macam ni. Hurmmm...nak tak nak, aku terpaksa deliver dekat gomen ler....Dr. siap cakap lagi, even dekat gomen servis tu slow, tapi bab-bab macam ni diorang memang peka. Betul juga tu...

Balik dari klinik aku terus wassap abang ipar aku tanya pasal nih. Risau di hati masih belum reda. Dia cakap tu hanya risiko, as long kita dapat detect awal dan bagi antibiotik masa nak deliver. Tak ada masalah. Mungkin baby akan masuk dalam baby care selama seminggu. Time tu diorang akan buat beberapa test tuk detect terkena jangkitan or tidak..Syukur, lega sikit hati aku. Sempat lagi aku cakap yang aku nak bersalin nearest dengan tempat dia..Bukan nak bersalin dengan dia tau..Mak pun segan but in case jadi pape, dia boleh tolong tengokkan...

Ya Allah, engkau jadikanlah anak di dalam kandunganku ini sebaik-baik hambaMu ya ALLAH...amin

P/s: Semoga ALLAh permudahkan segala urusan kami...

Wednesday, November 07, 2012

~Weeks 10- Baby progress~

Baby, fetus at 10 weeks - BabyCenter
Weeks 10


La..la..la...Alhamdulillah, dah nampak bentuk baby kan..Bentuk badan aku pun dah banyak berubah..Tak adalah ketara sangat, tapi memang sure nampak..Cause, aku kan pendek..ketot..sure nampaklah. Plus dengan lelemak yang banyak menyinggah..Mak!! Berat badan dah bertambah..Hehehem, masa bersalin kan Boboy..aku buleh kembali pada asal. Betul!..Cause, aku bagi bf kat Boboy..Harap baby nih, badan aku akan kembali pada bentuk asal. Kalau boleh, bentuk sebelum kahwin pun ok gak..Slim gitu..Boleh lah sarung balik jeans-jeans yang simpan elok dalam almari...Uwahh..dulu size suar 26-28 jer..skang, dah tak boleh pakai...

Thursday, November 01, 2012

Follow up Pregnancy~

Hai..kisah ni semalam nyer. Biasalah kalau pergi klinik gomen. Korang yang dah ada pengalaman tu, mesti dah tau kan. Camane perasaannya menunggu angka giliran. Selalunya aku pergi, aku buat appointment dulu tapi....sama je buat dengan tetap. Korang tetap akan kena menunggu. Yang bestnye, dorang layan aku macam kawan lak. Tak tahulah kenapa, kitaorang siap boleh gurau senda macam kawan. Selalu macam tu...Haahlah, yang sebetulnya diorang dekat sini memang peramah dan mesra alam ( ye ke )..Ye kot, sebab dengan aku memang peramah. Doctor sakit puan pun ok aje, siap bagi MC lagi dekat aku. Semua orang hairan, siap datang temuramah aku lagi..Aada....

" Eh, awak! Nak tanya sikit, camane nak mintak MC dengan Dr ek. Saya pun nak MC macam awak jugak.."

Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Yang aku tahu, Doc memang nak bagi MC dekat aku. Siap janji dengan aku masa previous appoinment lagi..(Bukan apa, doc nak suruh aku ambil ujian kencing manis dan darah tinggi) di umpanya aku dengan MC. Tu yang aku sesenang dapat tu. Ada lah aku tanya dekat doc, susah sangat doc nak bagi MC. Walhal buku MC tebal bapak lagi. Dengan tersengih nya doc menjawab sebab dia tak nak reputasi dia jatuh. Silap hari bulan kena sound dengan bos, kerja asik bagi MC aje...HOHOHOHO..

Tapi kan, sememangnya ibu mengandung yang datang follow up check memang tidak akan di beri MC. Korang bayangkan setiap kali datang, kena bagi MC. Kalau sepuluh orang tak mengapa lah, nih hampir cecah beratus orang. Kerajaan pun nak menjimatkan cost dia jugak. Tul tak? Aku pun setujulah...





Angka giliran aku-( appointment kul 3)
 






Dah macam nursery pun ada-ramai bebudak teman mak mak datang
 






Muka busan- mommy tak nak bawak awak mengamuk..
 
Boboy..hurm, dah lah petang semalam hujan turun dengan maha lebat. Ada hati nak mengikut mommy. Last-last, aku bawak jugak lah. Malas nak melayan kerenah dia. Tak sampai setengah jam dah buat muka busan..Adeh........

Wednesday, October 24, 2012

* 9 Weeks *


Baby, fetus at 9 weeks - BabyCenter
Weeks 9

Ini lah perkembangan baby aku sekarang..Mak oi, kecik lagi kan..Tapi, kalu korang tengok perut aku..Memang tak percaya!! Macam 4 bulan..Biasalah, baby aku ibarat berada dalam kereta Audi A5...hehehe..luas ruangan untuk berenang-renang..Mommy tak sabar nak tunggu baby kuar nih..Sekarang baby kecik lagi, orang cakap size baby macam size buah anggur sebijik...kecik kan..Tapi dah mula terbentuk sifat dah..SubhanaALLAH..kuasa ALLAH yang Maha Hebat..




Pss: this is my second pregnancy but....takut pun ada..hohoho...

Tuesday, October 16, 2012

* 8 Weeks *


Baby, fetus at 8 weeks - BabyCenter
Weeks 8


Minggu ini dah masuk minggu ke lapan..Huhuhu, means dah masuk ke bulan 2. Another 7 months to go..Huhuh..Actually, this time was very tough time to me..Bad morning sickness, oily tak boleh nak makan. OMGodnees!!.People said maybe this time I gonna get girl. Yeke? Hurm, tak boleh nak cakap apa lagi. But, my naluri mengatakan Its a boy. Sames like Boboy. You all nak tahu, pergh!..Boboy sekarang unpredictable behaviour. Sungguh aku tak mampu nak menanganinya seorang diri. Tapi tak mengapa, pape pun he still my son, and I love him very much and baby also...Tak sabar rasanya nak tunggu baby lahir. Hope, baby sihat dan cukup sifat di dalam kandunganku ini. Ya Allah, engkau jadikanlah bayi di dalam kandunganku ini sebaik-baik hambaMu ya Allah!.Amin...Allah maha mengetahui segalanya. SubhanaALLAH.


Huhu! this time, asyik mengidam nak makan tomyam aje aku..Hohoho, susu tak boleh nak minum lagi. Camane nih? risau gak. Sepatutnya time ini aku dah kena minum susu untuk membantu tumbesaran bayi aku ni..Camane nih?

Hurm, sengal dan sakit badan adalah perkara biasa. Now, bed time aku terlalu early. Sampaikan Boboy pun mengeluh, asal malam aje Mommy dah lepak atas katil...











                                                                                                                    ema yusof