Huhuhu...sedih sebenarnya arini...Kalau tak silap bulan lepas aku amik test GBS nih..Hari ini bila pergi check up, result keluar. Aku...aku GBS carrier.. Ooops, lupa nak bagitau dulu GBS tu apa, GBS adalah Group B Streptococcus. Virus atau bakteria ini memang biasa ada pasa setiap wanita dan sesetengah ada terdapat pada kaum lelaki. Tu mengikut apa yang aku buat research ler. Risau jugak mak bila dapat tau aku nih pembawa bakteria ini. Kalau bagi kesan dekat aku, tak delah aku risau, ni risiko pada baby. Ya ALLAH, mintak di jauhkan dari segala yang tidak baik.
Risiko dia, hurmm..kalau tak dapat detect awal memang berbahaya lah. Boleh effect pada otak dan peparu baby. MasyaALLAH...terukkan bakteria zaman sekarang.. Pape pun aku hanya mampu memohon pertolongan dari ALLAH. Dia yang menentukan segalanya. Dari pada Dr. bagitau aku, ramai jugak yang terkena jangkitan ni. So far sekarang ni, tak ada masalah lagi dari dia nye previous patient..Sejuk hati aku dengar! tapi mak still lagi takut dan risau. Aku tanya lah, sebab bakteria nih datang singgah kat aku..Sebab pemakanan ke? sebab apa?
Dr. cakap nih mungkin sebab masa bersalin anak pertama, air ketuban aku pecah lebih 24 jam..Bengang giler aku dengar. Memang aku lebih 24 jam, doktor yang rawat aku time tu saja nak bagi aku rasa sakit. Korang bayangkan, masa ketuban aku pecah tu, aku terus pergi hospital..Around 10 pm aku dah di warded..pagi isnin,aroun 6.15 am aku baru deliver baby. Tup, bila timbul penyakit ni doktor tu tunding jari dekat aku. Masa tu aku memang hangin giler, abang pun angin giler..Siap cakap lagi kalau ada pape kat anak aku, kitaorang nak saman. Sampaikan abang aku yang kerja kat PPUM time tu datang ke Muar terus. Yelah...salah diorang, aku pulak yang kena...Ok..ok, back to story..Tapi jangan risau, anda still lagi boleh bersama dengan incik suami tau. Jangan risau dia tak akan terkena jangkitan ini...(malu)
Dr cakap lagi, biasanya kalau kita nak tahu preggy mommy ni ada GBS ke tak apabila dia mengalami simptom2 sebegini;
1) Masa nak kencing tu sakit
2) keputihan banyak keluar
3) Keluar darah sikit2
4) Keluar air
5) Air kencing kotor
Tu apa yang Dr bagi tahu dekat aku tadi...And then, bila aku tanya sama ada aku boleh deliver kat private. Dengan pantas dia cakap NO but kalau private tu ada baby care...boleh je. Dia cakap kalau pergi private, diorang tak berapa peka benda-benda macam ni. Hurmmm...nak tak nak, aku terpaksa deliver dekat gomen ler....Dr. siap cakap lagi, even dekat gomen servis tu slow, tapi bab-bab macam ni diorang memang peka. Betul juga tu...
Balik dari klinik aku terus wassap abang ipar aku tanya pasal nih. Risau di hati masih belum reda. Dia cakap tu hanya risiko, as long kita dapat detect awal dan bagi antibiotik masa nak deliver. Tak ada masalah. Mungkin baby akan masuk dalam baby care selama seminggu. Time tu diorang akan buat beberapa test tuk detect terkena jangkitan or tidak..Syukur, lega sikit hati aku. Sempat lagi aku cakap yang aku nak bersalin nearest dengan tempat dia..Bukan nak bersalin dengan dia tau..Mak pun segan but in case jadi pape, dia boleh tolong tengokkan...
Ya Allah, engkau jadikanlah anak di dalam kandunganku ini sebaik-baik hambaMu ya ALLAH...amin
P/s: Semoga ALLAh permudahkan segala urusan kami...
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)