Salam Jumaat untuk anda semua...Huhu, walaupun bukan ramai yang sanggup singgah di sini tapi aku dengan rela hati suka juga untuk mencoretkan luahan..huhhuhu....
So, jap lagi aku nak cerita pasal true story..Cerita ini bukan rekaan tau, memang asli dari aku..Muahahha..memanglah sebab ni kan kisah aku..Kisah kehidupan aku sejak bergelar ibu nih...Dalam masa 2 tahun ni, banyak benda yang aku pelajari. Melalui pemerhatian aku, kajian aku selama 2 tahun ini (actually nak memantapkan fizikal dan mental sendiri kerana tidak lama lagi akan bertambahnya ahli keluarga Bang Boy...Amin)....Dulu, aku selalu risau, mampukah aku jadi seorang ibu. Kalau di lihat peribadi aku ni, confirm tak layak!Aku tak suka dengan budak-budak, apatah lagi bebudak yang selalu buat bising,bergaduh, menangis..Hua..hua..aku memang tak tahan. Aku bukan berjiwa penyanyang..Kalau dulu, sepupu-sepupu aku memang jadi mangsa. Bila dorang tak dengar cakap aku, memang aku belasah. Tak kira depan mak bapak diorang ke, atuk diorangke memang aku belasah. Nak..nak time aku nak makan, mengada mintak di suapkan nasi. Pantang! dan bila time aku tido. Pantang!!..Tu yang buat aku risau tu, mampukah aku jadi mak yang baik...
Masa baby |
Dekat umo 2 years old |
Bersama abangnyer..Anas & Asyraf |
Kan..kan..susah ni jadi seorang ibu. Tapi, bila aku rasa susah, aku teringat dekat mama...She got 9 childrens to raise up...Huhu....so, aku tabahkan hati sambil memohon pertolongan dari ALLAH..amin, aku rasa aku dah membesarkan seorang anak yang baik..Korang nak tahu apa kaedah aku amik..Meh aku ceritakan...
Actually, semua orang sayang anak apatah lagi anak yang baru di lahirkan. Dalam family aku ada doktor, sesetengah orang cakap cara doktor adalah cara kejam tapi bagi aku tidak. Ianya adalah effective dalam membesarkan anak..Korang tau tak, masa dia baby, aku memang jarang pegang dia dan aku memang x allowed people (adik-adik aku especially) yang ghairah dapat nephew ni pegang or riba dia. Aku selalu cakap, jangan sesekali angkat baby even he's crying. Biar dia menangis, korang cuma tengok aje. Alhamdulillah, masa aku dengar dia menangis di tinggalkan memang aku sedih tapi aku tahu tu cara yang terbaik untuk dia. Habis aje menyusu aku letak dia atas tilam. Aku pastikan dia bermain di atas tilam not on my riba. And then, aku tak kasi dia tido dalam buaian..Cuba korang bayangkan, kalau anak anda di biasakan tido di dalam buian, time korang balik kampung tak kan korang nak angkutkan..(aku tengok mak cik-mak cik aku tidokan anak dalam buaian, so bila time nak tido mengamuk sebab bukan dalam buaian) from that, aku jadikan pengajaran...Satu lagi, bila dia dah pandai merangkak, make sure selalu cakap dengan dia. " Baby, kalau nak tido, datang kat mommy dan tido kat bantal baby.." even dia masih kecil, tapi selalu cakap macam tu. InshaALLAH, dia akan mendengar kata. Sama juga selepas or semasa dia menggunakan botol susu. Aku selalu cakap-cakap dengan dia.."pas abes isap susu, tutupkan balik botol susu" dan seiring dengan tunjuk ajar. Tunjuk dekat dia macam mana kita tutup botol..Sekarang ini, so far semua ok. Apa yang aku selalu beritahu dekat dia, dia dah implement dalam kehidupan dia.
Bila dapat aje botol susu, dia akan cari bantal Doreamon dia dan tido. Habis saja isap susu, dia akan tutup botol susu dia dan tido...Tak pernah merengek bila time tido, aku just angkat jer dia. Sebab dia dah tido, yang pastikan tido berbantalkan Doreamon..Alhamdulillah....Yang penting, kena selalu cakap dengan dia. Kalau aku marahkan dia, aku akan mintak maaf dengan dia dan explain kenapa aku marah dia. Budak-budak ni memang unpredictable, but as long kita cakap elok2, dia akan faham. Jangan fikir dia budak-budak, he's never understand..Its totally WRONG!!..
Dan sekarang ini, bila saja dia main or pakai buku-buku dia, aku selalu mintak dia simpan balik..Dia faham..Alhamdulillah, aku rasa aku semakin bersemangat nak timang anak lagi..Tak sabar dah ni non.....DAN, jangan lupa, sebelum tido, baca-bacakan ayat AL-QURAN dan hembus ke ubun-ubun dia...Bila time mengaji AL-QURAN, make sure dia ada dekat sebelah..Amin, aku doakan anak-anak aku menjadi seorang yang berilmu dan soleh serta solehah..Menjadi mukmin yang baik..amin..
Tenkiu mama dan ayah kerana membesarkan kami adik-beradik sehingga menjadi orang-orang yang berguna...Sob..sob..mama sanggup bergolok gadai semata ingin melihat kami berjaya dan berilmu...LOVE YOU SO MUCH SO MUCH!!!!
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)