Assalamualaikum wbt..........
Meh sini nak cerita sikit pasal kisah anak bujang yang tak lama lagi bakal dapat adik..Kemain manja dia sekarang ni. Sabau jelah, udahlah keadaan mommy dia macam ni, sekejap-sekejap nak buat hal. Memang mencabar minda mak ni tau..Pape pun sabau jelah manjang...
Minggu ni saja, bermulanya hari Isnin dia dah mula buat hal. Tak mo pergi rumah mama dia, sedangkan dekat sana dia boleh makan sedap-sedap, main puas2.. Dari rumah lagi dia mengamuk, just want to stay at our bed. The only words that come out from his little mouth.." Tak nak!!!!!"
Melalak aje keje pepagi, siap peluk aku dengan kuat tu. Satu taman kot dengar..Aih, orang cakap bila adik dah makin dekat nak keluar, si abang or si kakak mula buat perangai. Tapi, korang kena ingat jangan sesekali pukul anak korang tau. Dia just nak perhatian. Ingat jangan pukul atau jangan marah!! Kesian budak tu kalau korang marah or pukul. Sabar tau..jangan biar setan masuk dalam badan korang. Pepagi memang aku dukung dia, nak buat macam mana dah kalau dia tak nak jalan. Tapi, bila time aku mengadu sakit perut dialah orang pertama datang tanya sakit ke tak? Sweet kan....(0_0)
Tu belum masuk part dalam bilik tidur. Bila aku suruh dia tidur sebelah daddy, tak nak ko. Nak tidur sebelah mommy jugak. Dengan gaya mengadap, fuh..melentok kat dada aku ni. Bukan aku tak nak tidur sebelah dia, tapi nak start mengajar dia, lepas ni dia kena tidur sensorang. Hurmm, actually dia kalau tidur memang nak himpit berhimpit dengan aku. Kekadang nak tukar posisi tidur pun susah, mintak tolong daddy dia alihkan dia. Kadang-kadang badan aku berat, bila bukak mata tengok best-best aje dia landing atas aku. Mommy ni ada baby abang oi.....!!!
Itu semua dugaan, aku rasa bukan aku sorang yang mengalami macam ni. Semua mak-mak di luar sana pun samakan. Camanelah mama aku boleh beranakkan kami sembilan orang adik beradik ni. Besar betul pengorbanan mak kita kan. Bukan sorang dua anak, tapi 9 orang. Aku yang nak masuk anak kedua ni dah rasa macam nak pencen dah. Memang setiap anak tu rezekinya ada tapi, bab lain yang aku rasa aku surrender. Offer abang nampak macam best. Housewife sepenuh masa, tapi aku rasa aku tak sesuai jadi HW...Huhu, bukan tak nak besarkan anak-anak sendiri tapi ada benda yang perlu di selesaikan..
P/s: Doakan aku selamat melahirkan anak dan semoga anak di dalam kandungan aku sihat walafiat ye..
Thanks all..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)