Friday, March 29, 2013

Penamaan KWSP

Have you done it?

Abang dah tapi aku belum. Even aku pergi sama masa tu tapi abang cakap tak payah. Tunggu anak aku besar dulu. Aku punyer dia suruh letak nama anak aku. Aku ingat nak letak nama dia. Dia tak nak..

Penama kedua untuk KWSP ini amat-amatlah penting. Kalau korang tak buat lagi, better buat cepat2. For the future....Kita tak tahu apa kemungkinan akan berlaku pada diri kita. Since kita ada kWSP, better buat penama kedua..Kalau tidak, memang susah. Take a long time to settle it down.

If pemegang KWSP tu meninggal, duit KWSP kita pihak Amanah Raya akan kendalikan. Dan untuk pewaris dapatkan duit tu memang tersangat lama masa yang di ambil. So, moral of the story, baiklah buat penama kedua..senang kerja. Yang ni aku tak berapa nak ingat, sama ada Amanah Raya akan ambil 2.5% cas pengendalian. Rugi kan..makin kurang duit kita bila depa amik banyak tu. I'm really not to sure, 2.5% or 25%..Kalau 25% memang cekik darah bebenor..Tak kot..


Alhamdulillah....abang letak aku as his 100% penama kedua..Thank you abang..


Bila aku tanya anak-anak tak nak share ke? Dia cakap, lau jadi pape..anak-anak nanti aku jaga. Terkedu mak dengar. Kalau boleh, tak nak jadi pape kat laki aku. Biar aku sakit jangan laki aku sakit..



'Selamat membuat penama kedua..'

 Soalan2 ni aku copy and paste dekat KWSP, mana tau korang malas nak masuk bebenang mereka..



Soalan Lazim

» Apakah yang dimaksudkan dengan penamaan?
Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai "benefisiari" atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

» Apakah tujuan penamaan?
Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

» Bagaimana dan di manakah saya boleh menyemak orang yang dinamakan?
Anda boleh menyemak penamaan yang telah dibuat melalui kemudahan i-Akaun atau hadir sendiri di mana-mana pejabat KWSP.

» Bagaimanakah membuat penamaan?
Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dan menyertakan salinan Kad Pengenalan atau pasport ahli. Borang penamaan hendaklah dihantar dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.

» Bilakah penamaan saya itu berkuatkuasa?
Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh diterima borang penamaan itu di mana-mana Pejabat KWSP.

» Bilakah penamaan boleh dibuat?
Penamaan boleh dibuat sebaik sahaja anda berdaftar sebagai ahli dan mencapai umur 18 tahun.

» Bolehkah orang lain mengetahui siapa yang saya namakan sebagai penerima simpanan?
Tidak boleh. Penamaan yang dibuat adalah maklumat sulit. Sekiranya ahli meninggal dunia, waris boleh menyemak status penamaan dengan syarat perlu mengemukakan Sijil Kematian ahli dan bukti hubungan (Sijil Lahir/Sijil Perkahwinan).

» Bolehkah saya membatalkan penamaan yang saya sudah buat sebelum ini?
Penamaan yang anda buat sebelum ini boleh dibatalkan dengan melengkapkan borang KWSP 4A. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengemukakan borang KWSP 4 yang baru, secara automatik ia akan membatalkan penamaan yang dibuat sebelum ini.

» Bolehkah saya menamakan lebih daripada seorang penama?
Boleh. Anda boleh menamakan penama seberapa ramai yang difikirkan perlu dengan menggunakan lebih daripada satu borang KWSP 4 sekiranya tidak mencukupi.

» Bolehkah saya menamakan seseorang yang di bawah usia 18 tahun untuk menerima simpanan?
Boleh. Anda boleh menamakan mana-mana inpidu yang masih di bawah umur.

» Bolehkah waris saya menuntut simpanan sedangkan saya tidak menamakan mereka sebagai penerima?
Tidak boleh. Mengikut Akta KWSP, bayaran hanya akan dibuat kepada penama yang dinamakan oleh ahli sahaja.

» Siapakah yang boleh menjadi saksi kepada penamaan?
Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda KECUALI orang yang dinamakan di dalam borang penamaan itu, anggota dan Petugas Kaunter KWSP.

» Siapakah penjaga yang diiktiraf oleh KWSP untuk menerima simpanan KWSP ahli bagi pihak penama yang hilang upaya atau penama yang di bawah usia 18 tahun?
Penjaga yang diiktiraf adalah di kalangan ahli keluarga terdekat penama yang menjaga kebajikan penama dan tertakluk kepada pemeriksaan dan lawatan Pegawai KWSP mengenai status penjagaan penama ataupun Perintah Mahkamah mengenai hak penjagaan penama.

» Bagaimana status penamaan ahli sekiranya ahli dan penama-penama mati serentak?
KWSP akan bergantung kepada laporan forensik yang akan menentukan masa kematian seperti yang dicatitkan di dalam sijil kematian ataupun berdasarkan faktor usia dan jantina ahli dan penama sekiranya tiada perbezaan masa kematian.

» Mengapakah KWSP tidak membenarkan penamaan dibuat ke atas institusi, rumah kebajikan dan pertubuhan?
Simpanan KWSP adalah bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial dan persaraan hari tua ahli dan termasuk tanggungannya. Oleh itu, penamaan selain daripada itu tidak menepati hasrat tersebut dan mengelakkan masalah pentadbiran.

» Bagaimanakah sekiranya penama yang sepatutnya bertindak sebagai wasi dan menerima wang simpanan ahli yang beragama Islam tidak mengagih-agihkan simpanan KWSP mengikut Hukum Faraid dan bolehkah tindakan undang-undang diambil ke atas penama tersebut?
Bayaran simpanan KWSP kepada penama merupakan satu pelepasan yang sempurna oleh KWSP dan segala tindakan waris-waris ke atas penama iaitu wasi merupakan sesuatu yang di luar bidang kuasa KWSP. Bagaimanapun KWSP memberikan nasihat kepada wasi untuk mengagihkan simpanan KWSP mengikut Hukum Faraid.

» Apakah status wang KWSP ahli yang tidak dituntut oleh penama pada sesuatu tempoh tertentu dan bolehkah penamaan itu terbatal dan tuntutan dibuat sebagai kes tiada penamaan?
Penamaan tidak akan terbatal sekiranya orang yang dinamakan tidak membuat tuntutan ataupun tidak dapat dikesan dan bayaran tidak boleh dibuat kepada waris ahli sebagai kes tiada penamaan.

                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)