Monday, March 04, 2013

Demi Agama, Bangsa dan Negara

Assalamualaikum w.b.t


Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata semalam yang mendakwa mereka merupakan Tentera Kesultanan Sulu.




Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.


Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Tapi yang tak leh blah, isu macam ni boleh di politikkan. Korang ni tak fikirke pasal keselamatan orang yang terlibat dalam operasi ni. Yelah, sebab bukan korang yang berada di sana, yang mengalami situasi beginikan.. Sebab tu boleh melalak tuduh sana tuduh sini. Kalau kerjasama semuakan bagus. Sepatutnya kita bangga, kerana mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan keselamatan negara. Pak cik aku askar, kakak aku pegawai polis. Even diorang tak terlibat dalam operasi ini tapi aku tetap rasa. Mintak di jauhkan semua bala ini.

Kalaulah kita semua pakat-pakat doakan keselamatn para pejuang kita kan bagus. Setiap masa kita memanjatka doa ke hadrat Ilahi supaya menjaga mereka. Ini tidak, aku tengok lam Facebook ramai aje yang tuduh situ, tuduh sana.. Alahai, masing-masing belajar tinggi tapi kenapalah tak guna otak untuk benda berfaedah. Bikin malu sungguh!!


Takziah untuk anak,isteri, ibu bapa dan keluarga mangsa. Semoga anda semua tabah menghadapinya. Kita patut bangga dengan semangat juang yang ada dalam diri pejuang-pejuang negara kita.



Allahuakbar! Allahuakbar!! Panjangkanlah usia pejuang-pejuang kami, semoga Engkau letakkan mereka-mereka yang terkorbang di tempat orang-orang mukmin, lindungilah mereka dari segala-galanya..Amin!!










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)