Friday, September 27, 2013

Part 9 : Hati Terusik...~

Part 9 : Hati Terusik…~

      Puan Aina menyapu kesan air mata yang masih bersisa. Usah di gambarkan perasaannnya kala ini. Kecewa dan malu dengan perangai anak gadis yang tak seperti gadis. Nak kata bini orang, bukan bini orang. Malu bukan kepalang dia dengan kawan baiknya. Nasiblah Tengku Kamarul dan Sharifah Aina kawan baik mereka laki bini. Geram betul dia dengan Joana.  Belakang suaminya yang masih sibuk membelek barisan buku di rak yang berada bersebelaha dengan pintu bilik air mereka di pandang geram. Sikap selamba suaminya membuatkan dia kembali naik geram.

‘Orang tua ni memang nak kena, anak gadis dia pergi belasah anak teruna orang boleh pulak buat sikap selamba badak dia…aih, apalah nak jadi ni…’Keluh Puan Aina.

“ Mengeluh panjang nampak mamanya…” Lembut suara Datuk Johan menegur sang isteri. Bukan tidak perasan akan gerak geri isteri sejak mereka sampai di rumah dari rumah temannya sejam yang lalu.
Puan Aina menjeling sahaja mendengar teguran suaminya. Di tepuk tepuk bantal beberapa kali sebelum meletakkan di sebelah sisinya. Begitulah yang sentiasa di lakukan sebelum suaminya melabuhkan punggung di atas katil beradu mereka.

“ Tulah papa, manjakan sangat anak gadis awak tu. Boleh pulak buat muka selamba. Papa sedar tak, anak kita dah belasah anak orang. Kot ye pun nak marah sekalipun, bincanglah elok-elok. Malu papa, mama malu tau tak. Nasib baik Tengku Kamarul dengan Maria tu kawan kita dan sudah kena kita lama, buatnya orang tu kita tak kenal sangat. Malu mama tahu tak….”

Datuk Johan hanya tergelak.

“ Eh, boleh gelak sakan pulak papa ni. Anak kita tu perempuan papa oi….” Tegas Puan Aina. Nada suaranya sudah berubah rentak. Sedih.

Datuk Johan menarik lembut badan isterinya supaya rapat dengannya. Rambut Puan Aina di elus lembut. Perasaan sayang dan cintanya pada sang isteri semakin lama semakin bertambah. Biarpun mereka sudah bercucu tetapi kemesraan yang terjalin dalam hubungan mereka suami isteri tetap seperti dulu juga. Tidak berubah.

“ Mama, papa nak cakap apa lagi. Dah terang lagi bersuluh yang dia tak suka dengan anak teruna Kamal tu. Papa tak nak kita memaksa dia seperti sebelum ini. Biarlah dia memilih sendiri cara hidup dia kali ini…” Terluah juga apa yang berada di fikirannya selama ini. Sebenarnya dia juga gembira apabila Kamal ingin menyunting Joana sebagai menantunya tetapi biarlah anaknya membuat keputusan sendiri. Joana bukan lagi di bawah tanggungjawabnya seperti anak gadis lain. Joana sudah boleh membuat keputusan sendiri.

Puan Aina diam, mencari idea untuk memberikan alasan yang munasabah terhadap suaminya. Joana perlu di satukan dengan Adi. Hati nalurinya kuat mengatakan bahawa anak perempuan keduanya akan hidup bahagia dengan Adi. Cukuplah selama ini dia melihat hidup anaknya yang sentiasa di selubungi dengan bayang-bayang lama. Hati ibu mana yang gembira bila si anak seakan-akan putus harapan untuk terus hidup. Kematian Zariff cukup memberikan kesan yang mendalam buat Joana. Dapat di rasakan banyak persamaan Adi dengan arwah Zariff. Adi tidak cepat berputus asa sama seperti arwah Zariff. Gaya mereka menyunting Joana juga sama.

“ Mama nak Joana hidup bahagia pa. Bahagia seperti anak kita yang lain. Mama dapat rasakan yang Adi akan meberi kebahagiaan buat anak kita. Tengoklah cara dia menyunting anak kita, dia menggunakan Kamal dan Maria sebagai orang tengah, sama sebijik dengan apa yang di lakukan oleh arwah Zariff dulu pa. Tapikan, Zariff tak adalah kena penumbuk macam budak Adi kena tu. Kena penampar je…” Puan Aina tergelak mengingatkan kisah yang lepas. Joana anak yang barannya tak menentu. Puas mereka menasihati tetapi perangainya tetap macam itu.

Datuk Johan mengangguk perlahan, tanda setuju dengan kata-kata isterinya.

“Habis tu apa plan mama?” Berminat untuk mengetahui, membuatkan Datuk Johan duduk mengadap wajah isterinya. Puan Aina hanya mampu bersyukur melihatkan reaksi positif suaminya. Baru ada semangat nak keep going ni. Pasni kena bincang dengan Jeslyna anak sulongnya supaya rancangan mereka berjalan dengan lancar.

“Ada lah..papa tunggu dan lihat je..”Senyum Puan Aina.

“Pulak..Hish mama ni, dengan papa pun nak berkira. Tadi macam beria nak cerita kat papa…”

“Mana boleh, papa tu kalau bab Joana mama memang tak percaya. Sayang sangat dekat anak papa tu. Tengoklah, apa yang dia baru buat. Sejak kecil sampailah sekarang ni, asyik nak belasah orang je. Tulah papa, dulu rancak sangat hantar Joana kelas Taekwandolah, silat le, mak yong lah, muay thai lah..Sekali, pantang tak suka belasah je orang….”Panjang leteran Puan Aina.

“Ish..dia dah minat….Tak kan awak nak tengok pasu-pasu antik awak jadi bola dia…” Datuk Johan mengingatkan isterinya kenapa dia mengikut sahaja kata Joana dulu. Yelah, sekali tidak ikut apa yang di minta, habis pasu-pasu antik isterinya menjadi habuan. Pernah sekali Joana membaling laptop dari tingkat 3 ke laman rumah kerana dia menyekat aktiviti lasaknya semasa darjah 5. Nasib baik semakin meningkat remaja, Joana berubah menjadi seorang anak yang mendengar kata Cuma barannya tetap masih ada.

“Papa ni..dahlah, mama malas nak cakap dengan papa dah. Papa tengok lah hasilnya nanti. Masa tu,mesti papa akan puji isteri papa ni…”senyuman Puan Aina semakin lebar. Dia percaya yang rancangannya akan berjaya dengan lancar. Yang penting, dia tahu akan kelemahan si anak.

“Yelah mama, jangan sampai anak beranak bercakaran sudah. Papa kalau boleh tak nak memaksa Joana tapi demi kebahagiaan dia, papa terpaksa sokong mama tau…”Kata putus dari Datuk Johan. Puan Aina mengangguk tanda faham akan maksud yang ingin di sampaikan oleh suami kepadanya.

“Anak awak yang lelaki tu, tak ada tanda-tanda nak balik Malaysia ke mama?” Tiba-tiba Datuk Johan menyambung kata membuatkan Puan Aina tidak jadi untuk merebahkan badan. Wajah suaminya di renung seketika. Mengeluh panjang dia apabila mengingatkan kerenah anak bongsu mereka. Dah masuk tahun kedua dah membawa diri ke negara orang.

“Tak tahulah mama pa, dah puas Jes pujuk. Tak jalan jugak, dengan mama ni dia cakap macam merajuk aje lagi. Ni sorang lagi, kita bukan tak kasi dia bercinta tetapi pilihlah gadis yang elok-elok sikit. Yang kaki boros juga yang dia suka. Mama ni bukan nak masuk campur sangat hal anak-anak ni tapi dah tengok semacam aje tak kan nak biarkan je.”Sudah, tadi sedih sebab anak gadis mereka yang ala-ala gangster tapi sekarang ini sedih akan anak lelaki yang merajuk membawa diri.

“Nanti balik lah budak tu. Kita yang tua ni, kena banyakkan bersabar mama. Darah muda ni banyak yang tak fikir pakai otak. Tak macam zaman kita dulu. Mama pun advance sangat, pasang spy kiri kanan…Entah, dengan papa pun mama pasang juga…”Seloroh Datuk Johan, sengaja mahu mengusik Puan Aina. Dia tahu sangat akan sikap isterinya yang terlalu protective dengan anak-anak. Hanya dengannya sahaja Puan Aina tidak memasang spy kerana isterinya begitu mempercayainya.



            *                                     *                                          *                                               *

Jeslyna mengerling sekilas ke arah Joana yang sedang sibuk melayan Irdina,anaknya yang baru berusia 3 bulan lebih. Terkejut dia sewaktu melihat kedatangan Joana sebentar tadi. Di pelawa Joana makan malam bersama tetapi di tolak. Adiknya yang seorang ini susah untuk di duga. Petang tadi, sebaik sahaja mendapat ajakan untuk makan malam di rumah Tengku Kamarul, Jeslyna menolak kerana Irdina tidak berapa sihat dua hari kebelakangan ini.

“ Macam mana dinner tadi? Jo betul-betul dah makan kat rumah uncle ke?”

Joana mengangguk perlahan. Tanda menjawab pertanyaan dari kakaknya. Dia masih bengang akan hal tadi, malahan untuk berbicara mengenai hal itu bersama kak Jeslyna pun dia tidak ada mood. Biarlah, esok-esok akaknya akan tahu juga dari mulut mama sendiri. Yang penting, malam ini dia mahu bermalam di rumah kak Jeslyna. Timbul perasaan menyesal kerana belum memiliki rumah sendiri lagi. Itulah, hari itu bukan main berbuih arwah menyuruh dia membeli sebuah rumah atas namanya sendiri. Bukannya tak mampu tapi bila mengingatkan yang mama dan papa. Dia rasa tidak perlu lagi untuknya hidup di rumah lain. Di buatnya mama dan papa tak sihat di tengah-tengah malam siapa yang hendak bawa mereka ke hospital. Tapi, malam ini entah kenapa Joana seakan merajuk dengan kedua ibu bapanya sendiri.

“ Jo tumpang tidur rumah akak malam ni…Hurm, Jo masuk bilik dulu kak. Nak mandi dan solat Isyak….” Irdina yang sudahpun lena di ribanya di letakkan ke atas riba kak Jeslyna. Perlahan dia bangkit dari sofa dan melangkah ke arah tangga.

“ Mama dah tahu Jo tidur rumah akak…”

“Hmmmm…..”

‘Pasti sesuatu berlaku di rumah Tengku Kamarul kalau tidak masakan Joana mengalahkan ibu ayam hilang anak’. Telah Jeslyna, ingin sahaja menelefon bertanyakan kepada mama tetapi apabila mengenangkan waktu sudah pun menginjak ke pukul 11 malam, Jeslyna membatalkan sahaja niatnya. Malas mahu mengganggu kedua ibu bapanya. Esok kan masih ada Jes!

Selesai sahaja membersihkan diri, Joana duduk berteleku mengadap cermin solek. Dia mengetap bibir menahan perasaan. Adi dan Zariff, kedua-dua mempunyai banyak persamaaan. Apakah hubungan mereka sebenarnya. Apa yang dia tahu, Adi mengatakan dia dan arwah suaminya bersahabat baik. Selama ini, tidak pernah pula Adi muncul di hadapannya tetapi setelah arwah tiada, lelaki itu datang dalam hidupnya. Kalau datang sebagai sahabat arwah suaminya mungkin dia akan menerima Adi dengan baik. Sahabat arwah juga sahabatnya. Malangnya, Adi datang bersama niat yang lain sekali dengan paksaan. Memang pantang padanya kalau ada orang memaksa-maksa dia. Terutama sekali apabila melibatkan hati dan perasaan. Oh..No! I’m not an easy girl that you can choose freely.

‘Argh! Kenapalah aku nak serabutkan kepala otak aku dengan hal jantan lembik tu. Lembik giler! Baru kena penumbuk sulong aku pun dah menyeringau mengalahkan kambing hilang mulut. Siaplah kau, tunjuk muka lagi depan aku, taulah aku camana nak buat hidup kau bertambah bahagia lepas ni…’

Teringatkan yang dirinya masih belum solat Isyak cepat-cepat Joana beristigfar panjang. Dia segera menyarung telekung ke badannya dan terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam. Teringatkan kembali akan kata-kata Ustaz Islam, guru agama yang selalu datang ke surau di taman perumahannya mengenai solat. Ustaz Islam panjang lebar memberi tazkirah mengenainya. Masih terngiang-ngiang di kepala Joana tazkirah yang di berikan oleh Ustaz Islam tempoh hari.

Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda :

الصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ ، مَنْ أقَامَها فَقدْ أقَامَ الدِّينَ ، وَمنْ هَدمَها فَقَد هَدَمَ الدِّينَ

Sholat Adalah Tiang Agama, barangsiapa yang menegakkannya, maka ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang merobohkannya, berarti ia telah merobohkan agamanya”.

As-Syaikh berkata : “aku tidak mendapati matan hadits yang lengkap seperti ini. Hadits ini masyhur dikalangan manusia dengan bentuk kalimat seperti ini, biasanya sering disampaikan oleh para pemberi nasehat. Aku hanya menemukan awal lafadz hadits ini, yaitu “Sholat adalah tiang agama”.
Lafadz seperti ini dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam “Syu’abul Iman” dengan sanad lemah dari Ikrimah dari Umar As secara Marfu’. lalu Imam Baihaqi menukil perkataan gurunya Imam Hakim yang berkata : “Ikrimah tidak pernah mendengar Umar As”. (demikian yang ternukil dalam “Al-Maqoshid” hal. 632).

Imam Ibnu Sholah dalam “Misykalul Wasith” berkata : “tidak ma’ruf”. Sedangkan Imam Nawawi dalam “At-Tanqiih” berkata : “Mungkar dan Bathil”. Namun Al Hafidz Ibnu Hajar dalam “At-Talkhiish” (1/173) menyanggah dan berkata : “itu tidak tepat, bahkan lafadz ini (Sholat adalah Tiang Agama) telah diriwayatkan oleh Imam Abu Nu’aim gurunya Imam Bukhori dalam “Kitabush Sholat” dari Habiib bin Saliim dari Bilaal bin Yahya ia berkata, seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW lalu bertanya kepada Beliau , kemudian dijawab oleh Nabi SAW : “Sholat adalah Tiang Agama”. Kata Al Hafidz : “ini hadits Mursal, semua perowinya tsiqoh”.

Aku (Syaikh Abu Ishaq) berkata : “demikian menurut beliau, namun ini adalah terlalu longgar, karena Habiib bin Saliim, Imam Bukhori telah menulis biografinya dalam “Al Kabiir” (1/2/319) dan Imam Abu Hatim dalam “Al-Jarh wat-Ta’dil” (1/2/102), mereka berdua tidak menyebut Jarh dan juga Ta’dil kepadanya, sehingga Habiib ini adalah Majhul Hal, sekalipun ia mendapatkan tautsiq dari Imam Ibnu Hibban. Al Hafidz sendiri dalam kitabnya “At-Taqriib” memberinya penilaian “Maqbuul” yang artinya rowi ini hanya dijadikan sebagai Mutaba’ah (penguat) untuk yang lainnya, jika bersendirian maka ia Layyin (lunak) haditsnya. Imam Tirmidzi (no. 986) telah menghasankan haditsnya Habiib yang merupakan hadits lemah tentang larangan An-Na’yi (meratap) dalam Kitab Al Janaiz”.

Makna lafadz hadits (Sholat adalah Tiang Agama) dikuatkan dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi (no. 2616), Imam Ibnu Majah (no. 3973) dan Imam Ahmad (5/231, 237) dari hadits Muadz bin Jabal  dimana Nabi SAW bersabda :

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ

Pucuk urusan adalah Islam, Tiangnya adalah Sholat dan punuknya adalah Jihad”.
Imam Tirmidzi berkata : “Hadits Hasan Shahih”. Aku (Syaikh) berkata : “ini adalah hadits Hasan sebagaimana telah aku tahqiq dalam “Takhrij Kitab Ash-Shomtu” karya Imam Ibnu Abid Dunya (no. 6)”.

Joana sedar akan dirinya yang serba kekurangan, sekali sekala bila ada masa terluang dia akan mengikuti mama untuk bersama-sama hadir ke kelas agama yang di anjurkan oleh Ustaz Islam.

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)