Friday, September 27, 2013

Part 8 : Hati Terusik...~

Seperti yang di rancang, sabtu malam sudah tiba. Tetamu Tengku Kamarul dan Puan Maria akhirnya tiba tepat pukul 7 malam. Senyum lebar Adi sebaik sahaja terpandangkan wajah cantik Joana yang baru sahaja melangkah masuk ke halaman rumahnya. Entah si gadis perasan atau tidak bahawa kereta mereka berada bersebelahan. Nampak kereta sahaja dah menunjukkan yang mereka berdua secocok bersama. Jauh berangan nampaknya si Adi kali ini. Apa salahnya memasang angan untuk benda yang baik. Akhirnya Adi ketawa sendirian, geli hati dengan angan-angannya sebentar tadi. Tak pernah di buat orang, melihatkan kereta sudah nampak secocok bersama. Sebaik sahaja kedatangan tetamu jemputan, Adi menarik wajah kecewa. Orang yang di tunggu tidak kunjung tiba bersama yang lain. Mamanya yang perasan akan perubahan anak teruna sulung terus menanyakan khabar buah hatinya. Mama Joana memberitahu yang Joana akan tiba lewat sedikit. Lega! Tetapi masih tidak keruan selagi baying empunya badan tidak berada di depan pandangannya. Sekarang, Adi sudah mampu tersenyum melebar. Nampak gaya Joana memang gadis yang baik. Dengar cakap orang tuanya.

Sebaik sahaja Joana melangkah masuk ke dalam rumahnya, Adi cepat-cepat berlari turun untuk bersama tetamu yang lain. Kalau tadi, moodnya hilang untuk beramah mesra tetapi sekarang ini dia sudah terlebih mood untuk beramas mesra. Aik! Beramah mesra, pembetulan.Sekali lagi Adi senyum sendirian. Memang dia tengah angau sekarang ini. Mabuk cinta. Melihatkan Joana yang sudah duduk selesa di atas sofa bersama yang lain, laju sahaja kakinya melangkah ke ruang itu. Senyuman manis di sedekahkan buat Joana. Malangnya hanya jelingan sahaja yang di balas. Nampak gaya, Joana keterpaksaan untuk makan malam bersama keluarganya.

“ Aik, dah siap ke kerja kamu Adi. Tadi bukan main kelam kabut naik atas..” Tegur papanya Tengku Kamarul. Berubah air muka Adi di tegur sedemikian oleh papanya sendiri. Pembetulan, bukan salah papa kerana papa langsung tidak mengetahui akan agendanya yang di rancang bersama mama. Uhuk..uhuk!Batuk adalah perkara paling mudah untuk di lakonkan bagi mengelakkan dirinya terkantoi bodoh.

“ Haah pa…Tetamu ada tak kan Adi nak berlama-lama kat atas. Hurm, maafkan Adi ye uncle..uncle dan Joana…” Ujar Adi setelah perasaan malunya hilang. Mama yang baru muncul dari ruang makan tersenyum sumbing. Apalah mama ni, bukan nak menolong dia.

“Oh...tak apa..Uncle dan aunti tahu. Lagipun, siapa yang take over klinik kamu sekarang ni. Papa kamu kata kamu jarang berada di klinik waktu malam?” kini papa Joana, Datuk Johan membuka mulut. Senyuman di lemparkan kearah anak sulong kenalan rapatnya.

Joana yang diam dari tadi hanya menjeling panas. Kalau bukan di sebabkan desakan mamanya, tak hingin langsung untuk bertandang ke rumah lelaki sengal ini. Usahkan untuk makan malam bersama, minum air pun dia tak sudi. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan Adi selepas kejadian di pejabatnya hamper 3 minggu yang lepas. Tut..tut, semalam mama beria mengajak dia datang makan malam di rumah sahabat baiknya. Rupanya datang makan malam di rumah lelaki sengal. Joana mengeluh di dalam hati, mahu meminta teramatlah tidak elok. Apa kata mama dan papanya nanti.

“ Kejap lagi waktu azan Magrib masuk, apa kata kita buat solat berjemaah. Lagipun, bukan selalu engkau datang teratak buruk aku ni Johan…” Tengku Kamarul mengajak tetamu-tetamunya solat berjemaah. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga, sebelum makan malam bersama mereka akan solat berjemaah.

‘Nampaknya keluarga Tengku Kamarul ni amat titik beratkan ilmu agama.’Ujar Joana dalam hati. Entah kenapa dia sungguh tidak selesa berada bersama-sama Adi. Kenapalah kak Jeslyna saat akhir memohon maaf tidak dapat bersama mereka malam ni. Alasan yang langsung tidak masuk akal. Irdina buat hal.Huh! Nampak sangat kak Na juga bersekongkol dengan mamanya.

“Eh..boleh aje Kamal. Kau kan kalau tak merendah diri memang tak sah. Dah tua dah kita ni, tak lama lagi nak menimang cucu. Nak berlawak bagus pun agak-agaklah..” sambung Datuk Johan. Sebaik sahaja habis ayatnya itu. Tengku Kamarul ketawa kuat. Masing-masing turut geli hati mendengar ayat Datuk Johan. Entah mana yang lucu pun Joana tidak tahu. Kamal! Papanya memanggil Tengku Kamarul dengan nama Kamal. Nampak sangat mereka ni bersahabat baik. Joana memaksa diri untuk tidak berasa janggal bersama-sama orang-orang tua di hadapannya. Mamat sengal itu masih memandangnya, entah berapa kali si bapa menegur akan kelakuannya yang tidak manis di pandang. Bagi Joana, seratus kali tegur pun bukannya berbekas kat jantan ni. Paling Joana tidak suka apabila dirinya di kaitkan bersama jantan tu.

Adi yang sejak dari tadi asyik menjamu mata memandang tepat ke wajah cantik manis di depannya tersentak. Melihatkan senyuman papa membuatkan Adi malu. Dia tahu sejak dari tadi lagi papa menegurnya, sesekali menepuk bahunya..” Behave yourself Dr.Adi, tak kemananya tetamu kita ni..” Kata-kata papa di sambut dengan gelak ketawa yang lain Cuma Joana yang memandangnya tajam. Alahai, dah hamper sebulan aku tak tengok kau Jo, peluang yang ada ni apa salahnya aku penuhi dengan hanya memandang wajahmu. Gaya Adi sekarang ini ibarat budak sekolah yang telah angau mabuk kepayang bersama cinta monyet. Makin di jeling makin cantik pula Joana pada pandangannya.

“ Jom, azan kejap lagi akan berkemundang apa kata kita bergerak ke surau di tingkat atas..Jemput Joe, Aina dan Joana….jom kita naik ke surau..” Ajak Tengku Kamarul ramah. Memang jarum jam menunjukkan lagi lima minit waktu azan Magrib akan berkemundang. Masing membuka langkah tanpa banyak soal. Adi orang pertama yang memanjat anak tangga, bukan apa niat di hati ingin menyediakan tempat solat untuk tetamu-tetamunya.

Dalam hati puas Joana menyumpah akan gelagat baik Adi…’ Nak tunjuk baiklah sangat, kau ingat kau dapat beli jiwa aku ke beruk woi..Tak ingin aku nak datang sini kalau bukan sebab mama aku yang beria ajak. Nampaknya Pak Engku dan Mak Engku ni tak kenal lagi dengan Joana ni. Tak pe…tadi bukan main anak kau tersengih macam kera kena belacan kat buntut ye. Jap lagi, aku nak tengok ada rupa macam tu lagi ke tak….’ Gumam Joana dalam hati. Cepat-cepat dia beristighfar setelah sedar akan omelan dia sebentar tadi. Ikutkan marahnya saat itu, mahu di sepak terajang sahaja mamat biul tu. Joana! Kau ni kejap lagi nak solat Magrib, berjemaah pulak tu. Bawak-bawaklah bertenang! Gesanya sendirian. Sedar akan kekhilafan diri, Joana terus mengambil wuduk di bilik air di sebelah surau. Terbayang akan wajah arwah suaminya, Zariff. Sejak dua tiga hari ini wajah Zariff yang muncul di dalam mimpinya tidak seperti biasa. Wajah arwah suaminya berseri-seri. Senyuman hanya di lemparkan ke arahnya. Ya Allah, apakah petanda yang ingin Kau sampaikan kepadaku ya Allah. Desah hati kecilnya. Joana melurut air ke mukanya beberapa kali. Dengan bacaan doa, dia mula mengambil wuduk. Niat di hati sebelum menunaikan solat berjemaah, dia ingin menyedekah bacaan Quran buat arwah suaminya.


*                                  *                                *                                      *                                   *

Usai solat Magrib berjemaah dan makan malam, mereka semua kembali duduk di ruangan tamu itu. Adi yang baru sahaja turun dari biliknya turut bersama yang lain. Kalau petang tadi dia hanya berdiri di tepi tingkat tapi sekarang ini dia telah memilih untuk berada di sofa bersama-sama yang lain.

“ Joana….hurm kamu sekarang kerja dekat mana ye?” Tengku Kamarul memulakan bicara. Wajah mulus anak gadis sahabat baiknya di pandang mesra. Sebaik sahaja selesai solat Magrib, isterinya kelam kabut menariknya ke dalam kamar beradu mereka. Rupa isteri dan anak terunanya merancang untuk merisik khabar anak Johan. Suka betul Tengku Kamarul mendengar rancangan isterinya tapi bila mengingatkan layanan dingin Joana terhadap Adi, dia sendiri was was Yelah, yang nak di risik tu terang-terang tidak suka dengan anak terunanya. Biarlah, cuba dulu mana tahu Joana ni lembut dan mendengar kata.

Joana menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan dari Tengku Kamarul. Dia memandang sekilas ke wajah papa dan mamanya. Kedua-dua turut memandang ke arahnya. Mungkin mahu mendengar jawapan darinya atau lebih tepat lagi mahu mendengar dia membuka mulut. Semenjak datang ke mari petang tadi lagi Joana hanya mengambil langkah berdiam diri. Mulut hanya menjawab apa yang di tanya. Itupun sepatah sahaja yang keluar dari mulutnya. Nasib baik Tengku Kamarul dan Puan Maria kenalan rapat mereka sejak dari sekolah lagi, tidaklah segan akan perangai Joana itu.

“ Megah Jaya Consultant…..” Jawab Joana pendek. Berharap sangat yang Tengku Kamarul tidak memanjangkan soalan kepadanya lagi. Harapannya untuk tidak di soal lagi rasanya tinggal harapan kerana wajah Tengku Kamarul nampaknya berminat dengan tempat kerjanya.

“Tan Sri Chong ke CEO dia?”

Joana mengangguk. Ah..Sudah! Jangan kata orang tua kepala botak tu kawan baik dia sudah. Malas aku nak bersoal jawab panjang lebar ni. Ni lah agaknya perangai orang-orang kaya ni, kawan-kawan seperniagaan memang banyak. Kawan betul atau kawan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hanya tuan empunya badan sendiri yang mengetahuinya.

Kedengaran Tengku Kamarul ketawa kuat, papanya juga turut ketawa. Apasal dengan orang tua ni? Aku ada buat lawak ke? Ketawa macam nak putus nyawa. Papa pun sama..Ya Allah, Joana rasa macam nak masuk bawah meja sahaja. Langsung tidak sedar yang papanya juga turut mengenali Tan Sri Chong aka bos besar tempatnya bekerja. Kawan papa maknanya kawan Tengku Kamarul juga lah nampaknya. Aiya, ini olang memang ramai kawan betul.

“ Baru minggu lepas uncle dengan papa kamu jumpa dengan dia. Hurm, kamu ada beritahu tak yang kamu ni anak papa kamu?” tanya Tengku Kamarul, tawanya masih ada cuma tidaklah seperti tadi. Agar reda walaupun masih lagi bersisa

“ Hurm…tak, actually saya nak independent. Saya tak nak orang nilai saya sebab papa, saya nak orang nilai saya sebab usaha saya..” Joana menjawab perlahan tetapi kedengaran tegas. Memang selama ini dia tidak pernah memperkenalkan dia anak kepada salah seorang usahawan ternama Malaysia. Biarlah dia berdiri dengan usahanya sendiri.

“ Johan, anak gadis kamu nikan..Aku berkenan betullah nak buat menantu. Ni aku kira merisik terus ni…” Selang beberapa saat kemudia Tengku Kamarul kembali bersuara. Papa hanya ketawa kecil begitu juga mama.

Joana tersentak mendengar kata-kata yang baru di luahkan oleh Tengku Kamarul. Tiba-tiba dia berasa begitu loya dan mahu muntah. Eh, apahal tiba masuk bab menantu ni. Oh ya dia sepatutnya sudah dapat mengagak sejak dari awal lagi. Hati Joana panas apatah lagi mama dan papa bagaikan mengiyakan sahaja permintaan Tengku Kamarul. Joana sedih di perlakukan begini seolah dia tiada hak ke atas dirinya sendiri. Sedih bila mama langsung tidak memandang ke arahnya malah begitu rancak berbual dengan mak engku mengenai dirinya dan juga Adi. Situasi yang sungguh menyesakkan dadanya.

“ Joana….Kami dah berterus terang dengan mama dan papa kamu. Uncle nak dengar sendiri dari mulut kamu. Bagaimana kalau Uncle dan Auntie jodohkan kamu dengan Adi…Adi cakap dia dan kamu dah beberapa kali bertemu…” Tengku Kamarul tak sempat menghabiskan ayatnya apabila melihatkan reaksi Joana.

Joana bingkas bangun berdiri. Dia memandang sekilas tepat ke wajah mama dan papanya. Wajah lelaki sengal langsung tidak di pandang. Huh, aku nak tengok kau masih nak tersengih-sengih lagi atau tidak ye Dr.Biul!

“ Saya rasa silap faham ni uncle..auntie. Pertama kali saya nak minta maaf sesangat, sebenarnya kami technically tak pernah bertemu..Dan kalau auntie dan uncle nak tahu saya ni sebenarnya dah kahwin..” Joana bersuara lantang. Biarrpun mata mamanya merenungnya tajam, seolah memberi amaran supaya dia menjaga tingkah laku tapi dia perlu membela dirinya

Tengku Kamarul hanya ketawa mendengar kata-kata Joana. Pelik! Joana rasa ayat dia dah jelas dan betul tetapi kenapa papa Adi boleh ketawa pula. Joana menarik muka masam. Sekali lagi dia memandang ke wajah mamanya. Mama hanya tersenyum ke arahnya.

“ Joana, uncle tahu kamu dah pernah berkahwin dan uncle kenal arwah suami kamu tu. Lagipun, arwah dah tiada apa salahnya kamu bukakkan pintu hati kamu untuk menerima Adi. Uncle tak kisah status yang kamu pegang sekarang ini. Yang penting kamu kena teruskan hidup ini. Yang pergi, tak akan kembali lagi. Kita yang hidup nilah kena selalu beringat. Hidup ni hanya sekali…”

Wah! Nampak gaya status yang aku pegang ni tak menjadi masalah. Cuba kalau papa tu orang kebanyakan, nak ke ambil aku jadi menantu? Berani potong jarilah, tak kan Tengku akan terima. Joana mencerlung tajam ke arah Adi.

“ Erk….Joana nak cakap dengan Adi sekejap…”

Tengku Kamarul mengangguk perlahan. Adi lantas bangun nak mengajak Joana keluar ke tepi kolam renang.

“ Aku akan cakap pasal ni sekali sahaja. Pasni kau gunalah otak kau sebetul-betulnya. Aku tak suka kahwin dengan kau. Bukan, aku tak suka tengok muka kau apatah lagi nak kahwin. Aku dah rasa tak sedap hati sejak mama aku beria mengajak aku datang ke rumah kau. Rupanya ini agenda kau kan. Kau betul-betul jantan kurang ajar. Langsung tak hormat perasaan orang lain. Aku sanggup menjanda sampai mati dari hidup dengan kau. Jantan lembik!” Macam bom atom Joana mengeluarkan serangannya. Sejak dari tadi dia hanya menahan rasa amarahnya. Belum sempat Adi membuka mulut, Joana terus menembak lagi. “ Kau memang sialkan. Guna orang tua untuk memuaskan nafsu kau. Eh, kau ni kan..”

Dush! Adi menyeringau menahan kesakitan. Joana menumbuk perutnya kuat. Dia menahan rasa sakit. Boleh tahan minah ni punya angin, sampaikan Adi tak sedar yang Joana menghayunkan penumbuk ke arahnya. Kalau lepas kahwin dia sentiasa berperangai macam ni, mahu mati awal Adi. Tapi, dia sanggup! Asalkan dapat bersama dengn Joana. Hurm, patutlah Zariff pernah memberitahunya sebelum ini yang Joana bukanlah seperti gadis-gadis yang lain. Kalau dia nak marah, dia marah je. Dia nak sepak orang, dia sepak je. Minah ni memang baran. Ada keturunan darah pahlawan ke?

Joana mendengus puas. Cis! Lembik macam sotong..


“ Selepas ni kau jangan kacau hidup aku lagi. Kalau kau rasa dah cukup amalan cubalah..Tak teragak-agak aku nak masukkan kau terus kat klinik kau tu…” Joana terus melangkah pergi setelah menghamburkan kata-kata terakhir. Adi yang mengerang kesakitan tidak di hiraukan langsung. Masuk sahaja ke dalam, Joana terus memohon keizinan untuk pulang. Di salami kedua-dua orang tua Adi sambil memohon maaf sebelum melangkah keluar. Tentu diorang melihat adegan heroin membelasah hero sebentar tadi memandangkan suasana begitu sunyi sebaik sahaja dia melangkah masuk. Lantaklah. Siapa suruh cari pasal. Panggilan mama dan papa di biarkan sepi. Tahu sangat yang mama dan papa akan menyuruhnya memohon maaf kepada si hero di atas kekasarannya sebentar tadi. Minta maaflah ye Dr.Biul, sendiri cari pasal. 

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)