To All my dearest friends who be a teacher,wanna wish you Happy Teacher's Day.. For all my teachers, Happy Teacher Day too. Thanks for all your support, guides,and teach me.. WIthout you teachers,I can't be what I wanna be now...Jasa cikgu-cikgu nih terlalu besar, tidak ternilai.. Aku salute dekat kengkawan yang memilih profesion nih. Memang korang terbaik, kerana koranglah yang bakal mendidik anak aku nanti..Heheh, ntah2 bila aku hantar anak aku dekat sekolah, jumpa korangkan..Hihihi..
Pagi tadi masa on the way datang opis, radio Trax Fm pun kecoh pasal hari guru..Tapi aku tak sempat nak call stesen tu untuk berkongsi pasal cikgu-cikgu sanjungan aku..Tak pelah, aku coretkan di sini jelah yer..Moga cikgu-cikgu aku serta kawan-kawan aku tahu yang korang memang terbaik..Bak kata orang, tak adanye PM, Doktor, Peguam, Polis, Engineer kalau bukan kerana cikgu kan..Ayah aku pun bekas cikgu jugak, mama dan abah pun bekas cikgu jugak. Tapi dalam family aku, tak de sapa pun jadi cikgu.
Aku? hurm, memang tak de bakat jadi cikgu. Masa time study dulu, aku memang fail bab-bab ajar orang. Aku lebih suka..handed over my assingment suh kawan-kawan tiru..Kalau nak suh ajar, kena cari kawan lain..Hehhe..terukkan. Yup, bukan semua di lahirkan untuk menjadi cikgu nih. Termasuk aku.
Sekolah Kebangsaan Alor Bakat |
Masa aku standard 3, aku ingat lagi aku kena pulas perut. Mama, sakitnye..Heheh, kenapa ya? Sebab homework aku, Mama aku yang siapkan. Entah camane Cikgu Fatimah ( Room teacher dan cikgu math) tahu yang homework tu Mama aku yang finishkan..Alamak! Kantoi...Hah, masa sekolah rendah aku admire cikgu sains aku..Cikgu Ghani..Sebab markah sains aku rendah skit.Tak penah nak dapat 60 above. So, aku selalu kena marah dekat dia. Tapi aku suka sebab memotivasikan aku supaya aku belajar betul2..Hehehe..dengan Cikgu Mat Akar ( dia ajar aku math masa darjah 5 n 6) Cara dia ajar memang power. Menusut jantung beb..memang melekat dalam otak aku nih. Dan Cikgu Lee, sebabnya dia selalu pilih aku wakil sekolah untuk aktiviti perkhemahan, pertandingan mewarna dan melukis..
Masa sekolah menengah, hurm...cikgu-cikgu begitu sabar melayan kerenah aku yang agak kasar nih..bukan agak kasar, memang kasar giler..Selalu sorokkan motor Ustaz Zek tiap kali ustaz datang buat spot check dorm..Jahatkan aku..Maafkan saya Ustaz..Dan yang paling aku sayang Ustaz Ariffin..Wah, memang bagus sangat ustaz Pin...Aku sayang sama ustaz. Ciri-ciri kebapaan tu memang terbaik, even aku nih banyak buat masalah kat sekolah tapi ustaz tetap layan aku dengan baik. Hah, cikgu BM aku nih memang sporting giler, time aku tak de kelas ke(actually selalu ponteng bukan tak de kelas) selalu lepak dekat bilik dia. Bilik dia nih besar sebab dia cikgu jaga buku teks..Haha,memang selalu lepak bilik dialah. Cikgu Bm aku nih naik Kembara, masa tu Kembara baru dan dia baru beli Kembara. Apa lagi, aku buat-buat sakit supaya dia anta aku dekat klinik. dan yang pasti aku dan kawan aku dapat merasa Kembara dia. Bau kedai lagi..Nak buat camane, zaman sekolahkan jakun sikit..Aku punyer Penolong Kanan nama dia Cikgu Yassin. Anak dia yang bongsu sangat cute,lupa dah nama budak tue. Ceritanya begini, sekolah aku ada buat outdoor camping kat Pantai Melawi,semua terlibat. Malam sebelum tido tu kami di wajibkan baca ayat Quran,al maklumlah tido di luar..
Sek.Men.Keb.Agama Tangok |
Khemah aku nih boleh muat 8 orang, sewaktu turn kitaorang mengaji, kitaorang mengaji tapi..heheh...Time nih, semua baca reramai.."Bismillahirahmanirahim...Yaaasin.....Mat saad"..Tiba-tiba terkeluar nama Cikgu Yassin dan bapak dia sekali. Apa lagi, kitaorang kena kejar dengan dialah...Masa nak mengaji bukan main tertib,baca doa, duduk dalam keadaan tertib tapi merapu ke lain..Hahhahah..memang semua orang gelakkan geng aku..Kelakarkan..Ampun cikgu,taubat kami tak buat lagi...Nasib Cikgu Yassin maafkan kami, kalau tak,haru juga hidup aku..MasyaALLAH, zaman sekolah bukannya sedar apa yang kita buat..Yang pasti time tu nak seronok jer..
Form 4 aku pindah dekat sekolah baru, bertemu kawan baru, cikgu baru.. Cikgu favourite aku Cikgu Rosli, mengajar sejarah kelas aku. Cara dia mengajar,urm ada kelas mak. Syoknya kalau tak tak tahulah aku, al maklumlah subjek Sejarah.Antara subjek yang paling malas aku nak study. Malas ..malas...dan malas sesangat. Tapi, aku top gak kat sini, top sebab banyak buat masalah..Aku nih budak bermasalah ker? Hehehe..adalah sikit2 tue..Kena panggil masuk disiplin 2x jer..Bukannya teruk sangat..Tapi nak buat camane, aku budak-budak lagi. Semua benda nak ikut otak,lepas tu kantoi terkial-kial bela diri..
Sek.Men.Keb.Agama Melor. |
Hurm, zaman belajar adalah zaman yang manis,pahit dan tidak mungkin akan kita alami lagi..So, korang mesti banyak admire dekat cikgu-cikgu masa korang belajar dulukan...Banyak tak?korang still contact tak cikgu-cikgu korang?Eh, janganlah tak contact..contactlah diorang..kalau aku, aku akan cari diorang especially masa aku kahwin dulu...Tapi,antar cikgu-cikgu yang terkejut bila dapat kad dari ialah Ustaz Zek ngn Ustaz Ariffin cos diorang tahu aku nih macam mana dulu..Siap panggil aku Mohd Ema lg..aish,nampak sangat kejantanan aku dulu terselah dari keayuan..Ish..Ish...
Tak lupa juga untuk pensyarah-pensyarah aku di UDM dan juga di UTHM..Jasamu akan ku kenang sampai bile-bile..
~ SELAMAT HARI GURU~
Tema Hari Guru 2012.
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)