Friday, September 26, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



Tajuk kat atas macam tema Hari Merdeka tahun 2014. Orang dah abis dah celebrate merdeka dan hari Malaysia tapi kita baru nak bukak cerita pasal ni kan..Huhu...mood memang tak dak abes nak menulis menaip mengarang ni. Entah kenapa, memang lama betullah tak menjengah blog yang tak seberapa ni. Timbul tenggelam je kan. Busyyyyyyyyyyyyyyy....Banyak perkara nak kongsi nak story tapi memang tak sempat nak menjengah. Nak kata banyak kerja, baru dua paper aku siapkan itupun banyak yang kena komen. Nak kata buat manuskrip, start pun belum lagi. Nak kata tengah writing, hurm, pages je yang ada. Isi belum terkeluar elok lagi. Kan... tahap malas ni kan...Tak usah nak cerita panjang lah kan..


Mungkin pagi Jumaat yang cukup mulia ini, idea datang untuk menulis. Confirm idea yang mengarut. Before ni aku memang terabai fikiran, sebab sibuk amik tau hal MH370 dan MH17. Mak memang amik tahu pasal tu. Memang tak ada mood sebab fikirkan nasib mereka yang terkorban. Pasal isu Gaza. Boikot...semuanya tu banyak nak di kongsi tapi last-last ke laut semuanya. Hati ini tak boleh nak di buat runding cara, perasaan ni asyik memberontak malas nak buat semua benda. Nasiblah anak-anak kat rumah tu masih elok jaga. Kan kalau anak-anak pun terbiar sama macam blog ni. Mahunya masuk wad spital tanjung rambutan seh..


Cinta! Apa yang anda faham maksud cinta....Cinta ini bagi akulah perasaan halus yang ada dalam hati kita untuk pasangan kita. Waktu dia tidur,kita perhatikan wajah dia. Kita rasa betul bersyukur dapat menjadi sebahagian dalam hidup dia. Kita rasa kita perlukan dia dalam melengkapkan hidup kita. Kita rasa selamat dan damai di samping dia. Itu dari sudut aku punyerlah. Lagi, kita sanggup buat apa saja demi melihat dia bahagiakan. Cinta juga perlu give and take. Kenapa? sebab bila sebelah side sahaja yang give, and another side hanya taking sahaja. No point jugak. Kat sini akan ada banyak kepincangannya. So, untuk cinta ianya perlu seimbang. Give and take..

Drama sekarang ni hangat mengadaptasikan novel ke drama. " Maaf jika aku tak sempurna.." Wah...tajuk tu memang kena sebijik dengan aku. Maaf suami, jika aku (isteri) yang tak sempurna. Banyak cacat dari eloknya. Banyak perangai buruk dari baiknya...

Tapi drama aka novel, ending dia mestilah akhirnya perempuan jadi baik. Ada isu orang ketigalah bagailah, jeles melampaulah bagailah. Pastu tolong kawanlah sampai bini pulak naik confius.


Layanlah korang dengan drama tu. Tapi, yang aku paling sayu pasal kisah drama yang watak utama Zul Ariffin tu. Bila teringatkan peristiwa MH17, bagaimanalah perasaan balu untuk arwah2 pilot and co pilot. Rindu mereka buat suami mereka, hanya mampu di ucapkan dengan Al-Fatihah.


Al- Fatihah untuk mereka yang terkorban dalam nahas MH17. Dan tunjukklah bukti di manakah MH370. Masih ramai yang mengharap berita baik dari MH370..







No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)