Anda pun mulai lah terfikir, “Macamana nak buat dia benar-benar jatuh cinta kat aku?” haaa…Bad news nya, bomoh-bomoh tak main okay! Ilmu hitam hanya orang yang dayus saja guna. Tapi, good news nya…ada berbagai-bagai tip sebenarnya!!tip brother love : #1 ~ Buatkan diri anda lebih menarik
Lelaki selalunya akan lebih tertarik kepada girls yang interesting dan tidak membosankan. Girls yang asyik bercakap soal cinta, asyik tanya, “Mengapa tak call? Mengapa tak jawab sms? Mengapa tak nak jumpa?” Itu soalan-soalan yang pasti membuatkan lelaki akan terus bosan dan meninggalkan anda.
Maknanya, you all mesti mempunyai kehidupan sendiri. You all mesti busy kan yourself dengan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatiannya bukan shopping je, bergossip je, … Contoh :-
- Menghadiri berbagai kursus-kursus motivasi dan usahawan
- Mempunyai jadual tetap ke gym
- Menjadi ahli persatuan badan-badan kerajaan atau kebajikan
- Mempunyai hobi seperti, berenang, melukis, bidang seni dan sebagainya.
tip brother love : #2 ~ Jangan cepat perasan dan jatuh cinta.Simpan dulu perasaan yang membuak-buak tergila-gilakan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu baik, you all terus perasan yang dia syok kat you all. Then jangan pula letakkan diri anda begitu bawah hanya kerana mengimpikan cinta seorang lelaki. The minute you buat you ternanti-nanti cintanya, tergila-gilakannya…habislah beb, dia surely bosan dengan you, belah terus berbatu-batu lari dia.
So, tak tunjuk salah, tunjuk pun salah jugak…aik? Macamana nak buat ni?
The trick here is, Tarik tali or tarik kuda…pernah dengar? Macam memancing ikan laaa…mula-mula kita tahan umpan, then bila ikan dah terpaut kat umpan kita tu…kita tarik tali pancing tu sikit, kasi tersangkut then kita lepas tali pancing tu…kasi ikan tu berenang bebas…then kita tarik sikit lagi…then kasi berenang lagi…then tarik, sampai-sampai ikan tu letih, then baru kita tarik habis, tertangkap lah ikan tu….Amacam? Ada nampak kaa? Cara ini pasti akan membuatkan lelaki merasa susah dan senang. Haa, barulah interesting. Tidak susah untuk mendapatkan anda, tetapi tidak pula begitu mudah.
Masalahnya sekarang ni, ramai wanita yang cepat sangat tunjuk yang dia berminat dengan lelaki tu. Sms sepanjang masa, kalau call je layan…ajak keluar je terus On! Tak boleh macam tu. Angkat diri anda sikit, kasi mahal sikit. Walau anda boleh menjawab smsnya, walau anda boleh menjawab telefonnya…anda hindarkan sikit…biarkan dia tertanya-tanya.
tip brother love : #3 ~ Mengkaguminya…This one memang interesting hehe…alright kaum lelaki, jangan marah kat bro ya, nak mengata sikit…Lelaki cukup terkenal dengan egonya, ada banyak perkara yang menaikkan ego mereka. Perasaan bongkak or in control tu kira memang dia orang suka.
So, gunakan kelemahan ini untuk memikat lelaki! Caranya mudah…1st sekali you all kena buat supaya dia tahu yang you all suka kan lelaki itu TETAPI sekadar seorang kawan. Then…slowly you perhatikan apakah perbuatannya, cara pemikirannya, perlakuannya, perkara yang boleh you all puji dia, kaguminya.
Cari masa yang sesuai, then pelan-pelan cakap kat dia, mulakan dengan berkata,
- “I kagum sangat dengan cara you berfikir”
- “I admire keputusan you.”
- “Saya tak pernah terfikir ada lelaki yang bijak bertindak seperti awak!”
Pesan bro, anda sendiri pun kenalah bersiap, kena selalu berhias sebaik mungkin, keterampilan kena jaga. Jangan selekeh walau pun hanya ke kedai runcit. Latihkan diri anda sentiasa kelihatan menarik walau kemana anda pergi. Janganlah sesekali pakai kaftan keluar rumah beb…adoi!