Monday, August 27, 2012

Hi, morning alls....this looks very helpful to stay alert in current situation.







P/s: Your life is worth more than a car..Remember this!!1

Thursday, August 16, 2012

Kemahuan atau Kehendak hati...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Hurm, aku just nak kongsi pendapat aku jer dekat sini. Mungkin ramai yang tidak setuju tetapi masing-masing punyer pendapatkan? So, tak salah aku nak HIGHLIGHT kan pendapat aku.

Budak zaman sekarang ini lain macam betul perangai. If aku dulu, kalau nak pape tak pernah nak menyusahkan mak bapak, boleh di katakan aku nih suka juga ikut kehendak hati aka nafsu tapi aku usaha dengan sendiri untuk kumpul duit beli pape. Tak macam budak sekarang, if they want to buy something, mintak dengan mak ayah, tak dapat ugut nak lari, nak buang semua barang..Apa masalah diorang nih yer..Entahlah, risau juga hati aku nih. Since aku pun dah ada anak sekarang nih. Kalau boleh, aku tak nak anak aku macam tu. Kalau nak bergaya, u can. But, u have to work hard, find your own money if you want to buy expensive things ( Smartphone, laptop, or what ever lah)...

Satu case nih...Ina ( bukan nama sebenar), belajar dekat kolej swasta. Dia dari family yang sederhana, like aku.Aku memang kesiankan mak ayah dia, still banting tulang empat kerat untuk support family, si mak pulak siap kena bela cucu-cucu lagi, sepatutnya anak-anak yang bagi duit kat mak ayah si Ina ni tetapi Mak ayah si Ina yang bagi duit kat adik beradik even diorang sema dah ada family sendiri dan kerja sendiri. Tak faham aku..

Back to Ina's story..masuk jer kolej, mengamuk suruh mak dia belikan laptop because, kawan-kawan dia ada. Bukan penting pun, bukan nak kena install software yang perlu buat assignment. Pada logik aku, memang tak penting langsung, si mak yang kumpul duit untuk renovate rumah di gesanya. Di sebabkan sayangnya pada Ina..(huh..kalau adik aku macam nih)..belilah..And then, mengamuk nak smartphone..beli juga..

Ina pula, langsung tak fikir akan mak dia. Apa yang penting bagi dia, kehendak hatinya mesti di tunaikan. Bergaya tetapi otak kosong tiada gunanya juga. Yang penting tu ilmu di dada, bukannya barang-barang mahal. Aku memang pantang betul kalau adik-adik aku mengamuk supaya belikan expensive things macam nih. Alhamdulillah, adik-adik aku setakat ini still lagi ok. Kalau boleh, tak nak diorang macam nih..


P/s: If dah jadi mak bapak nih, baru fikir semua perkara....





















   
 

Moood raya (Part2)

Raya..raya..raya..raya lagi 4 hari. Tengoklah baju cap JUSCO kitaorang dekat bawah tue. Hehehe, but baju Boboy tak ada lagi. Aku dah cari serata tempat dah..Tak de yang sama macam baju kitaorang. If korang ada suggestion, pleasse let me know?Tadi baru lepas pergi PKNS Shah Alam, fuh..ramai betul orang time lunch time pun. Giler lah, memang sesak...But, baju yang aku nak tak ada. Auww..aku nak meraung je rasa. Malam nih abang ajak pergi TESCO, tengok dekat sana kot ada ke tidak. Try jelah..







Baju si Boboy aje belum ada....Jangan risau, mommy akan usaha carikan untuk anak mommy..

Tuesday, August 14, 2012

Trailer terbakar....

It was happened yesterday, when I'm on my way back. Thick smoke in front of me and at the sky..What happened? I was wondering myself and took pictures..

Petronas terbakar ker? Lori terbalik dan terbakar..Kereta meletup, ada letupan..Jalan jem tak usah cakap, memang teruk giler tapi aku amik jalan mudah (curious nak tahu pebenda), aku duk kat line kiri sekali (sekali sekala berada di lorong kecemasan) even semua orang masuk ke kana, aku terus amik lane ke petrol pum. Memang terbaik, aku dapat tengok api sedang menyala-nyala, memang mendebarkan. Hatiku cuak giler time tue. Ada rusuhan ke bila tengok api besar di depan..

Rupanya trailer terbakar, teruk giler. Pemandu dan kelindan dia camane? Aku tak sempat nak tengok lelama, kereta kat belakang macam semut. Nak berhenti dekat tepi aku takut. Hurm, harap pemandu dan kelindan trailer ok, tak ada kemalangan jiwa berlaku. Amin...Punca kejadian pun aku tidak tahu, tunggu jugak kot masuk dalam berita, macam tak ada jer..



Kepulan asap tebal

Terpaksa masuk lane petrol pump

Nampak api marak menyala

Asap makin tebal, bomba dan ambulamce mana? Time nih, diorang tak datang lg..



Wajah trailer yang terbakar di kepala..



Sama-samalah kita berdoa agar tiada apa yang menimpa ke atas kita dan keluarga kita. This is first time kejadian camni berlaku depan mata aku..Seorang diri membawa kereta..OMG!!!abang.....

Monday, August 13, 2012

~ Mooood raya~


Assalamualaikum wbt

Salam untuk semua, hai alls...This week actually last week lagi mood raya aku sudah menjelma..Mood nak kerja terbang ntah ke mana, just mood raya. Mungkin tahun ini lebih bermakna untuk aku dan keluarga, because this year..Boboy dah jalan..Ligatlah nak mengejar dia nanti. Actually dia tak delah hyperactive,still dengar cakap lagi. He never go outside alone, he always looking for me or his daddy first before go out. That's our Boboy.

So, berbalik pada raya. Tema kami tahun ini adalah Grey and purple..Aku just pakai baju kurung moden jer, and abg..of course baju melayu. You know, baju melayu dia lagi mahal dari aku. Hurm, kitaorang shopping dekat Jusco aje. Yang purple tu, dah jahit but lupa nak amik dekat Segamat. Just tinggal baju melayu untuk Boboy jer lagi. We all nak semua sama kaler, next day nyer pakai baju biasa ( baju bukan baru sangat ler) but still dalam tema. MERAH darah ikan..Yes!!..Saja nak kasi meriah aje, tema untuk raya dekat Segamat..PURPLE..

Susah juga nak cari baju untuk aku sebenarnya ( orang pendek katakan), abang pulak asik suruh aku jogging. Gemuk ker aku? Spoil betul ngn ayat abang. Orang nak raya, dia pulak sibuk suruh jogging. Abang sekarang memang kurus giler..

Hurm, ingatkan tahun ini boleh buat biskutker, cookies ker (bukan sama jer),popia dan karipap kecik tapi mamanya sambal ikan berkulat. Mama pun tak sure sama ada silap teknik ke apa, dia siap cakap lagi..

   "Ala, balik buat dekat umah mama jelah.." Bagus juga idea mama, at least adalah tukang tolong aku goreng. Pasal cookies lak ek, kami can't afford to buy oven lagi. Mahal cik non oi!!..Function oven & microwave = RM2K+++..Tunggulah dulu, kalau yang murah adalah tapi kecik sangat. Malas aku nak buat sikit-sikit (see, berlagak duit bukannya banyak pun ). Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada. Aku nih pentingkan yang penting aje. ( Kalau ikutkan nafsu, semua benda aku nak..)

Korang bila balik kampung? Aku, InsyaALLAH...kamis malam kalau tak jammed aku dah balik, semalam ingat nak kemaskan beg untuk balik kampung, last2 aku tinggal je kat bilik belakang, terbongkang atas katil ( sakit kepala=darah rendah), bangun aje tengok semua baju yang siap di lipat tiada, rupenya abang dah simpan semua dalam almari..Ayoyo..orang nak masukkan dalam beg.

So, malam nihlah gamaknya aku mengemaskan beg baju..Hehehe, balik kampung, nak gi bazar, nak beli makanan, nak cari ayam percik, murtabak,pari bakar...uih..sedapnye..



p/s: Mood raya akan sambung di episod akan datang..jangan lupa baca yer...
Okey...Selamat bErhari raya untuk semua..

Saturday, August 11, 2012

Buka Puasa

"Abang...Sayang teringin sangat nak bukak pose dekat luar arini? Actually, dah lama kita tak bukak pose sesama kan..Asyik kena makan sorang2...huhu"

Opps..harap balik nih ada invitation dari abang..Amin.. Serius, seminggu lagi kita nak beraya kan. Tapi aku tak berkesempatan lagi berbuka di luar dengan abang. Masing-masing sibuk dengan kerja..Ahukhuk...Abang balik lambatlah, aku balik lambat lah..Tak kira gak, tadi baru wassup abang ajak makan luar. Still waiting for him to reply back..Agak2, malam ni aku bukak pose dekat luar ke tak yer?

Kalau abang cakap Yes..Aku nak makan sup..tak kisah sup pape asalkan bukan sup lembu..hikhik. gua x makan binatang berkaki empat. Jangan dik no..alahan teruk if termakan. Malas nak layan alahan yang mengalah preggy mommy kalu makan daging..

Kalau korang nak tahu, aku nih memang penggemar sup..Sangat-sangat mengemari sup. During my dip kan, tiap2 hari aku makan bihun sup.Just bihun sup..Semua orang pelik, siap tanya lagi dekat aku, tak busan ke makan sup selalu..Jawab aku,tak..Hari-hari makan pun tidak..

If dapatlah makan macam kat bawah nih...ouih...( Pose nih cik kak)







P/s: Suamiku tidak menggemari sangat sup..Poor me (0_0)'..Tapi, if aku masak dia layan jer. Dan after that, aku akan masak makanan kegemaran dia..Guess what? Sambal ayam...




Pandalela again...

She's the best among the best..am I right? She won a Bronze medal..Congratulation to her because bring our names to the worlds..

Amazing...Awesome....bukan senang nak dapat pingat seperti mereka, tapi the others pun memang terbaik..Yang penting semangat kesukanan di dalam diri. Hurm, dulu aku pun aktif gak sukan..hoho, tapi tak adalah sampai wakil macam diorang ni..Aku dulu setakat wakil kelas je pun..('',)'...

So, skang ni Malaysia dapat 1 silver and 1 bronze, kita tunggu Bryan lak..also sama dengan Pandalela..Sebenarnya aku tak delah ikut sangat Olimpik games nih tapi di sebabkan semangat kesukanan ( dengar jer laporan melalui traxx.fm jer..Yelah, sejam lebih dalam kereta..banyak gak lah aku dengar..)

Hurm, mood raya dah dekat..Sepatutnya kita bangga tahu, they all nih..yang Islam walaupun bulan puasa tetap berusaha dengan gigih...Langsung tidak menjadikan puasa sebagai satu alasan..








P/s: Lepas nih kena tunggu games Paralimpik lak..(00)

Thursday, August 09, 2012

Go go Pandelela..

Yes..Kita masih ada harapan nak menang GOld Medal..Tengah drive tadi, ada mamat yang selalu bagi progress Olimpik kat London.. said that Pandalela was qualified to semi final dalam acara individu 10m platform.('',). Here we go..go..go..

Actually, atlet Malaysia semuanya bagus.. salute dekat korang semua..Never give up to try the best. Especially Our Datuk Lee Chong Wei...Aku seram sejuk tengok dia lawan dengan si tangan kidal yang kuat tu..Huhu, memang bagi tekanan betul LCW dekat Lin Dan..Sampai Boboy pun tengok sama, orang tepuk dia tepuk juga. Sekelip mata angan-angan aku timbul, nak tau apa dia? Berhajat nak antar Boboy berguru dengan LCW..Hahaha..Besar benar impian mommy ni Boboy. Manalah tahu esok-esok Boboy pulak men dekat Olimpik, komfem mommy tempah tiket awal2..

So, bila next Pandalela beraksi nih..Semalamnye aksi aku tak tengok, sebenarnya aku tak tahu pun dia ada satu acara lagi, harap dia menang..Sama-samalah kita berdoa. Buskin robin ada free ke kalau Pandalela menang? Sebabnya malam semalam jer dia bagi free..Bagi ke tak? Sebab statement BR, if Malaysia menang emas...dia akan bagi ais krim percuma...Malam tadi ada ke? Aku tak ada usha lah pulak sebab abang balik lambat. Kalau betullah BR ada bagi percuma, alamak...rugilah tak pergi..







Go Pandalela Go.....

Wednesday, August 08, 2012

Terrible traffic jammed



Hurm, aku tak tahulah korang kat luar stuck dalam traffic macam aku tak semalam..Hurm, kalau korang nak tahu semalam bukan main lagi aku keluar dari opis just in time because janji nak masak untuk berbuka dengan abang. Ala, masak simple2 jer. Kan kerja nih, tak kan lah nak masak heavy lak..Auw..auw..

Aku naik jer flyover Persiaran Kewajipan okey lagi, but dari jauh aku dapat tengok deretan kereta. OMG, belum turun flyover lagi..Kalau dah turun flyover menghala ke exit tol Subang memanglah setiap hari ( 1st Ramadhan sampai le ni jammed) memang dah biasa tapi semalam betul2 luar biasa...Ngeng..ngeng...berbukak dengan asap keretalah aku petang semalam. Sampai umah lagi 10 minit nak bukak, bayangkan..dari pukul 5.30-7.20 aku di atas jalan.

After tol pun jam lagi, NKVE memang teruk jam..Aku tak tahu kenapa...Uwaaa...tak ada jalan lain dah. Terpaksa aku mengharungi lautan kereta nih...


Belum pun turun flyover Subang- kena q..


Belakang aku pun jam teruk.







See, sampaikan exit Rawang pun jam lagi



Hehehe...kalau tak cilok..alamak hidu asaplah aku



Aish..beginilah nasib untuk mencari sesuap nasi tapi tak apa, susah dulu senang kemudian. Harap bulan Ramdahan jer jammed gini pas raya cool down dah..Beginilah Malaysia..huhu, kalau LRT ke KTM sampai ke opis aku..( sebelah opis) memang sah aku naik pengangkutan awam..Tak larat den nak drive...

Saturday, August 04, 2012

Pizza

Homemade pizza..

This menu untuk berbuka puasa..Pizza massala Nor...Kenapa? sebab si Nor yang buatkan..Aku,tukang rasa jer..Oopss, rasa lepas bukak puasa ler..

Besarkan, very lucky because of this factory have a huge oven. So, boleh bakar pizza nih.

Topeng dia di perbuat daripada pes tomato, ayam dan juga bawang putih&merah.

Additional..taruk jer sesuka hati.

Ingat!! Pembaziran itu adalah di larang. Taruk je pape tapi kena makan semua.


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)




Allah Taala menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)






Sama-samalah kita mengingatkan diri kita bahawa membazir itu rakan syaitan. Beringatlah..

Martabak Asli

Hye alls....Nak tahu satu story best tak? Huhuhu..Last week, abang teringin nak makan murtabak asli. Aku cakap kat abang, belilah dekat bazar Ramdhan...kan bersepah orang jual..Dia cakap tak nak?? Tak nak? Huh, mengalah Boboy pulak si bapaknya kalau nak makan sesuatu..Aku tanya lagi..." Murtabak mana abang nak makan nih?''

He said.." Murtabak asli dari India.."...terkejut aku..Biar betik, mana mahu cari murtabak asli dari India. Nak kena fly ke sana lah jawabnyer nih..Aih!!..Selamba aje dia cakap..." Segamat adalah...sayang tak penah merasa ke?..Laju aje aku geleng kepala. Tak pernah dengar pun pasal nih..
 So, nak di jadikan cerita, last weekend kami bergerak balik ke Segamat. Tapi, parents in law aku stay kat kampung, dekat dengan kampung air panas dekat Labis. Huih, jauh bebenor nak pergi sana. Kalau balik Kg. Koh Cheng San sekejap jer.

Bermulalah episod mencari murtabak asli tu. Huh, jauh jugaklah sebab kami dari kampung. Masa tu, belum lagi pukul 5 petang. Korang bayangkanlah sendiri, pernah dengar tak dekat mana-mana bazar kena amik no. giliran untuk beli pape?Hehehe..mesti tak ada kan. Tapi, this stall yang jual murtabak asli wajib kena amik no. giliran. Macam kat bank lah pulak kan..Time tu, abang dapat no.gilirian 46. Korang bayangkan lah, belum lagi pukul 5 dah sampai 46 orang beratur nak membelinye. Punyerlah dasyat penangan murtabak tue. Berpeluh badan menunggu.

Pemandangan indah sebelum memulakan pencarian 'Murtabak Asli'..Subhanallah..

That car bakal bawa Murtabak asli balik..

Nilah rumah kampung mertua aku aka kilang biskut


Kebun atok Boboy

Ini dia...Murtabak Asli..

"Siapa nak beli,kena amik no.giliran. Kalau tidak, anda tidak akan di layan.."

Gaya penunggu, this time dah sampai 70 ++

Betul dari India ker?

Abang cakap harga dia tidak turun-turun..Stil sama macam tahun2 lepas.





That time, masa abang dapat dia puyer, dah ada 102 orang yang menunggu..Fuh..kaya.1 keping = rm6.


Hurm, rasa dia. Not bad lah..so so..abang yang beriya nak makan...

Friday, August 03, 2012

August

Hai, how are you? Okay or not. Hope, you all fine always..InsyaALLAH..

Baru saja rasa masuk tahun 2012 kan..kan,tup..tup, skang dah bulan 8 dah..August now....Hurm, sebenarnya bulan ni tak ada yang menarik pun, bukannya bulan aku di lahirkan. Yelah, kalau di ikutkan, besday aku baru jer lepas beberapa hari yang lalu. Tapi, kenapa aku highlightkan August sebagai topik for today.

Siapa cakap bulan August nih tak ada yang menarik...huhuhu ( padahal statement yang tidak menarik tu, aku yang gitau tadi)..Akeke..silap tue, sebenarnye bulan August tahun inilah yang paling menarik, dan paling banyak Public Holiday..Yeah..yeah..yeah..cuti katakan, siapa tak suka..Hehehe..('',)

By the way, bulan August jugaklah kita berada di dalam keberkatan..betul tak?

“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”


— surah Al-Baqarah, ayat 185

Dan bulan August jugalah kita meraikan Nuzul Quran..Yang mana Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.http://quran.com/96/. بسم الله الرحمن الرحيم



Bulan ini juga semua umat Islam di serata dunia menyambut 1 Syawal.. Raya..('',)...Dan yang paling best aku apply cuti 4 hari. Campur dengan semua, jumlah cuti aku adalah 10 hari...Awesome...Mesti  dah ada dengar lagu rayakan. Hoho, iklan pun dah ada ucap

Dan, hujung bulan pulak cuti sebab 31 August. Bulan kemerdekaan untuk Malaysia...Wah...cuti lagi..

Tapikan, my problem is..cuti lelama pun x berapa nak best coz, banyak kerja kat opis..huhuhu..(-_-)...



Bilalah aku boleh goyang kaki kan...Melampau betul Mommy Boboy nih..Pemalas nyer..


Kui..Kui...this weekend plan nak buat karipap kecik ngn popia simpul...

Pape nanti, i will update in this..Still had pending story...see ya again..


P/s: Need to do drawing back..









Thursday, August 02, 2012

Boboy si anak manja



Hai, inilah permata hati kami berdua...(Mommy sayang Boboy,Daddy pun sama sayang Boboy)..Tapi, sejak dua menjak nih, banyak betul ragam dia..Aish, tak dapat pe yang Boboy nak, mulalah mulut mengomel sambil tunjuk kat benda tue. Every day, balik dari umah Umi (pengasuh), tunjuk fridge..Mintak Vitamin dan Scott Emulsion. Belum sempat nak tanggalkan tudung, dah kena bukak dan bagi semua tu dekat dia. Ingat betul dia dengan rutin harian dia. Orang makan sebijik, dia kena makan dua bijik. Kalau sedap jer, mesti mintak lagi..Boboy...you all tahu first word that come out from his mouth apa? Boboy Boy.....itulah ayat pertama..bukannya Mummy or Daddy...Just Boboy Boy...




Bila sebut je nak bergambar, automatik tangan naik atas..ada gaya model x?





Seiras tak kami? Anis dan Anas



Tempat dia bermain dan membaca


Gaya iklan fokus...fokus..hahaha



Gaya iklan gigi

Rumah kampung di Air Panas



Smile (",)

Tolong susunkan kerusi